Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!
January 9th, 2010, by shuth

Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!

Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?

Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..

Jadi, bagaimana yer?

Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!

Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. :) )

Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi?  atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!

Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta  memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka  saya ingin kongsikan info tersebut  kepada semua pembaca blog ini..

Jadi.. bersedia…..

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..

Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….

Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.

Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk

Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)

Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X  20%  = RM6,000

Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri..  RM6,000 sebulan

Dari Rm6,000 itu pula,  bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda.  Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?

Jadi, 60% dari  RM6,000 , ialah = RM3600.

Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)

Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti  contoh di bawah..

Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total  : RM3,100
———————————-

Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah  tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).

Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.

Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank.. :)

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

28 comments Subscribe Comments

  1. hmm.. cam tu rupanya … pengiraan dia… baca sekali imbas .. faham gak le …

  2. Oh baru saya faham bro.. Maknanya kena bawa slip 3 bulan sahaja yer? Adakah kita sendiri yang kena mengesahkan slip tersebut? Sebab rasanya kalau bekerja, bos yang kena sahkan

  3. Kalau bekerja sendiri pun lebih kurang macam itu jugak kiraannya. Tapi saya setuju dengan pendapat Suhaimy supaya mendaftarkan syarikat bagi yang fulltime menjalankan perniagaan internet.

  4. By SalihinMaths on January 11th 2010

    itu perkiraan jika submit profil syarikat kat bank untuk buat loan,saya pernah buat dan pernah dapat pinjam RM 6ooo tu. (itu cerita yang lepas-lepas la,bukan hari ni,senyum)
    tapi kalau loan berdasarkan geran projek lain pulak caranya.
    terima kaseh syuth kerana berkongsi info.

    (gambar kat sebelah tu bukan gambar saya, masuk email salah terus muncul gambar orang lain)

  5. owh camtu cara nak kira.
    informasi yg saya kira sangat penting untuk kita ketahui sedikit sebanyak mengenai pinjaman bank.

  6. Salam Shuth,

    Sy baru je mengorak langkah utk bisnes sendiri. Ni antara info yang saya sedang cari : ), thanks atas perkongsian ni, tak perlu la gi bank tanya pas ni..

  7. Ohhh.. ok ok tengkiu shuth.. kena daftar kompeni.. kena bukak akaun. Eh lupa pulak aku makan gaji lagi la..

  8. Perkongsian info yg baik dari sdr shuth kepada kita semua.Terima kasih…:)

  9. Susah sebenarnya nak wat pinjaman kalau bekerja sendiri ni
    tapi bagi aku, aku lagi prefer kalau tak wat pinjaman dalam hidup ni.. :-)

  10. By xflixz on January 16th 2010

    thanks for the info nye mr shuth!

    saya memang tercari2 info ni.sbb kat website bank2 byk yang bagi info umum..

  11. tq for the info… bagus la membuka minda bahawa kita org bumiputra dh dpt byk kelebihan di negara ni… mgkin kita lupa utk ambil peluang… betapa susah nye org lain k dpt loan…. kita plak main2 dlm hidup…. huhu… nasihat for diri sdiri sbnrnye… azam baru 2010….

  12. Saya juga pernah mengalami perkara yang diperkatakan :)

  13. shuth, seorang yang sentiasa memberikan input yang baik.. tq.

  14. By azmin on January 27th 2010

    Shuth, macam mana pulak dengan income tax? Kena declare ker? kalau nak apply loan rumah ker @ kereta adakah dorang mintak borang B? Harap sesiapa leh bagi pendapat…thanks.

  15. Saya takde masalah nak bertanya pihak bank, sebab isteri saya adalah orang Bank… :)

  16. em. memang kena buat sesuatu nih..

  17. Oooh..mcm tu yer? Saya pun mmg dlm di lema yg sama. Bekerja sendiri sbg usahawan internet sepenuh masa.

    TQ atas info yg berguna ni Shuth. :)

  18. kalo ada aliran wang masyuk tunai setiap bulan dalam akaun bank mereka boleh pertimbangkan sebb kita boleh bayar semula…

  19. Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..

    Terima kasih kpd saudara suhaimy sbb memberikan info yang berguna mengenai cara-cara membuat pinjaman bank untuk orang berkerja sendiri.

    Tq information yang baik..

  20. Assalamualaikum Shuth,

    Terima kasih kerana share info yang amat berguna ini.
    Saya minta kebenaran untuk letakkan post ini di blog saya.

  21. Salam,

    Maklumat berguna untuk IM seperti saya ni.. maklumla saya ni xde perniagaan lain selain perniagaan Internet..

    Segala transaksi perniagaan mestilah masuk ke dalam syarikat dahulu, barulah kita ambil gaji darinya…

    Thanks 4 the info…

  22. Perkongsian ilmu yang berguna bagi mereka yang bekerja sendiri, thanks saudara shuth

  23. Salam,

    Bagus info ni. Sangat berguna itu perancangan saya di masa hadapan. Lagipun saya pun baru bekerja di sektor GLC.

  24. By fazli on February 27th 2010

    salam..

    kalau akaun semasa personal boleh tak buat loan?

  25. terima kasih untuk maklumat yang sangat berguna ini. Sekarang saya sudah tidak perlu risau untuk bekerja sendiri :D

  26. pe pula cerita bg yg bekerja makan gaji..

  27. By Aishah on March 8th 2010

    Sy ialah Business Owner(BO) Cosway.Kebanyakan ramai yang berminat utk memulakan bisnes stokis ni,tetapi x ada modal.(It’s between RM10K-RM35K je utk memulakan bisnes ni)Tapi sesetengah orang jumlah ini sangat besar,,,trust me, i understand.Kalau dah x ada tu, memang x ada.Apakah peluang bagi mereka yang tidak bekerja untuk memohon pinjaman…esp housewives?Will a supporting letter from Cosway help with the application?


Add your comment