Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?
Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..
Jadi, bagaimana yer?
Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!
Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit..
)
Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi? atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!
Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka saya ingin kongsikan info tersebut kepada semua pembaca blog ini..
Jadi.. bersedia…..
Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..
Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….
Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.
Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk
Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)
Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X 20% = RM6,000
Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri.. RM6,000 sebulan
Dari Rm6,000 itu pula, bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda. Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?
Jadi, 60% dari RM6,000 , ialah = RM3600.
Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)
Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti contoh di bawah..
Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total : RM3,100
———————————-
Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).
Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.
Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..
hmm.. cam tu rupanya … pengiraan dia… baca sekali imbas .. faham gak le …
Oh baru saya faham bro.. Maknanya kena bawa slip 3 bulan sahaja yer? Adakah kita sendiri yang kena mengesahkan slip tersebut? Sebab rasanya kalau bekerja, bos yang kena sahkan
Kalau bekerja sendiri pun lebih kurang macam itu jugak kiraannya. Tapi saya setuju dengan pendapat Suhaimy supaya mendaftarkan syarikat bagi yang fulltime menjalankan perniagaan internet.
itu perkiraan jika submit profil syarikat kat bank untuk buat loan,saya pernah buat dan pernah dapat pinjam RM 6ooo tu. (itu cerita yang lepas-lepas la,bukan hari ni,senyum)
tapi kalau loan berdasarkan geran projek lain pulak caranya.
terima kaseh syuth kerana berkongsi info.
(gambar kat sebelah tu bukan gambar saya, masuk email salah terus muncul gambar orang lain)
owh camtu cara nak kira.
informasi yg saya kira sangat penting untuk kita ketahui sedikit sebanyak mengenai pinjaman bank.
Salam Shuth,
Sy baru je mengorak langkah utk bisnes sendiri. Ni antara info yang saya sedang cari : ), thanks atas perkongsian ni, tak perlu la gi bank tanya pas ni..
Ohhh.. ok ok tengkiu shuth.. kena daftar kompeni.. kena bukak akaun. Eh lupa pulak aku makan gaji lagi la..
Perkongsian info yg baik dari sdr shuth kepada kita semua.Terima kasih…:)
Pingback: 3 Hari Bersama Jutawan by Blog Bisnes Internet
Susah sebenarnya nak wat pinjaman kalau bekerja sendiri ni
tapi bagi aku, aku lagi prefer kalau tak wat pinjaman dalam hidup ni..
thanks for the info nye mr shuth!
saya memang tercari2 info ni.sbb kat website bank2 byk yang bagi info umum..
tq for the info… bagus la membuka minda bahawa kita org bumiputra dh dpt byk kelebihan di negara ni… mgkin kita lupa utk ambil peluang… betapa susah nye org lain k dpt loan…. kita plak main2 dlm hidup…. huhu… nasihat for diri sdiri sbnrnye… azam baru 2010….
Saya juga pernah mengalami perkara yang diperkatakan
shuth, seorang yang sentiasa memberikan input yang baik.. tq.
Shuth, macam mana pulak dengan income tax? Kena declare ker? kalau nak apply loan rumah ker @ kereta adakah dorang mintak borang B? Harap sesiapa leh bagi pendapat…thanks.
Saya takde masalah nak bertanya pihak bank, sebab isteri saya adalah orang Bank…
em. memang kena buat sesuatu nih..
Oooh..mcm tu yer? Saya pun mmg dlm di lema yg sama. Bekerja sendiri sbg usahawan internet sepenuh masa.
TQ atas info yg berguna ni Shuth.
kalo ada aliran wang masyuk tunai setiap bulan dalam akaun bank mereka boleh pertimbangkan sebb kita boleh bayar semula…
Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..
Terima kasih kpd saudara suhaimy sbb memberikan info yang berguna mengenai cara-cara membuat pinjaman bank untuk orang berkerja sendiri.
Tq information yang baik..
Assalamualaikum Shuth,
Terima kasih kerana share info yang amat berguna ini.
Saya minta kebenaran untuk letakkan post ini di blog saya.
Salam,
Maklumat berguna untuk IM seperti saya ni.. maklumla saya ni xde perniagaan lain selain perniagaan Internet..
Segala transaksi perniagaan mestilah masuk ke dalam syarikat dahulu, barulah kita ambil gaji darinya…
Thanks 4 the info…
Perkongsian ilmu yang berguna bagi mereka yang bekerja sendiri, thanks saudara shuth
Salam,
Bagus info ni. Sangat berguna itu perancangan saya di masa hadapan. Lagipun saya pun baru bekerja di sektor GLC.
salam..
kalau akaun semasa personal boleh tak buat loan?
terima kasih untuk maklumat yang sangat berguna ini. Sekarang saya sudah tidak perlu risau untuk bekerja sendiri
pe pula cerita bg yg bekerja makan gaji..
Sy ialah Business Owner(BO) Cosway.Kebanyakan ramai yang berminat utk memulakan bisnes stokis ni,tetapi x ada modal.(It’s between RM10K-RM35K je utk memulakan bisnes ni)Tapi sesetengah orang jumlah ini sangat besar,,,trust me, i understand.Kalau dah x ada tu, memang x ada.Apakah peluang bagi mereka yang tidak bekerja untuk memohon pinjaman…esp housewives?Will a supporting letter from Cosway help with the application?
thanks for info….lepas ne kena daftar la ngan ssm…
cam itu rupanya.. tak tahu macam mana pinjaman bank tu, namun lebih jelas sekarang jika nak pinjam bank sekarang.
saya penat tanya bank kat Malaysia ni…
walaupun saya ada kilang jahit, saya dah register SSM, tapi saya tak de bukak company account. Client terus bayar masuk dalam akaun saving tiap2 bulan (RM50k kebawah aje sebulan)dah le tu saya gi semak sendiri CCRIS dan CTOS – Nama saya clear kata BANK NEGARA. tapi Bank kat Malaysia ni kata dalam system diaorg saya tak LULUS.
Hairan Bin Ajaib saya pun dah tak tahu nak buat apa…melainkan kumpul manual untuk dapatkan barang/keperluan yg saya idamkan.
ada saper2 yang boleh perbaiki kekurangan saya ini???
patutla apply tak pernah lepas2.. hehe..
ohhh..baru tahu..NsyaAllah jika perniagaan berkembang mana tahu perlu buat loan..
info yang bagus..
Kakak ipar saya nak jual keta dan dah ada pembeli.
Masalahnya pembeli tu punya loan susah nak lulus.
ada sesapaer yang bekerja bahagian loan loan keta ni.
Saya nak minta izin untuk saya postkan di blog saya.
saya ingin membuat pinjaman kerana istri mahu bersalin
Bank kat Malaysia ni pelik.Permohonan akan direjek jika pemohon tak pernah membuat pinjaman ( contohnya dah keje selama 10 tahun tapi slip gaji bersih tanpa apa2 ptg pinjaman seperti kereta, kad kredit ,rumah…kira dlm sistem ccris, ctos memang takde senarai)
-Hati-hati dgn faedah yang tinggi tahap gaban potong leher oleh bank2 di Malaysia yang menawarkan pinjaman lulus segera.
Info yg sangat berguna, adik saya ada jalankan biz tapi susah nak buat pinjaman dan saya ingat nak share info nie pada dia. Thanks M.Suhaimy.
hmm..saya baru jumpa blog ni..rasa rugi yg teramat..byk entry dah terlepas agaknya..uhuuu
Shuth, good point. Sy sedang usaha kearah itu sekarang(beli rumah). Masih ada beberapa step yng tidak lengkap lagi. Anyways, good advice and thanks again
ooh.. begitu rupanya… thanks for the info
klo cam sye ny keja ngan org tpi nk tringin nk pkai car y tpkai pown jdi la jnji umah selesa je tpi nk bt loan car y buy at org cmne lak aduh pning fkir msaalah ni
Salam Semua, baru2 ni saya ada pergi AM bank untuk memohon
pinjaman perumahan. Saya menuruti segala yang diberikan saudara suhaimy sebagai panduan saya membuat permohonan pinjaman perumahan oleh kerana saya bekerja sendiri. Pegawai pinjaman perumahan itu berkata purata pendapatan saya kurang dari seribu. Apabila ditanya mengapa purata pendapan saya sedemikian sedangkan purata pendapatan bulanan kiraan saya mencecah RM2k. Beliau memberitahu akaun masuk ditolak akaun keluar dan itulah pendapatan purata saya. Contohnya bulan jan2011. jika amount masuk saya RM10k dan amount keluar saya RM9.5k ( RM10k – RM9.5k = RM500.00) jadi amount RM500.00 itulah purata pendapatan bulanan saya. Saya meninggalkan kounter dengan rase sedikit hampa. Walau macam manepun saya akan cuba pergi ke intitusi kewangan lain bagi mendapatkan rujukan. Satu lagi pihak bank juga memerlukai penyata cukai perniagaan atau perniagaan. (harap dikongsi bersame, jike ade sesiape yg ingin berkonsi harap post la anda punye pendapat di ruangan ini… walau apepun saudara suhaimi saya hargai perkongsian anda sebagai panduan.
Setiap bank.. memang lain-lain prosedur pengiraan dia..
apa yang saya kongsikan disini, adalah pengalaman saya berurusan dengan pihak CIMB.
Menurut pegawai CIMB tersebut, mereka tidak melihat pada jumlah wang keluar, kerana mereka tahu, kebanyakkan peniaga, mengeluarkan wang mereka untuk disimpan di tempat lain seperti tabung haji ataupun asb.
mungkin saudara boleh cuba di bank2 lain pula.. selamat berjaya saya ucapkan kepada saudara.
T.kasih saudara suhaimy. Itu lah, saya berpendapat setiap bank mugkin mempunyai prosedur yg berbeza2. Saya juga ucapkan taniah kepada saudara suhaimy kerana sudi berkongsi pendapat dengan warga belia seperti kami… bukan semua orang seperti suhaimy.. esok saya akan terus berhubung dengan pihak perbankan yg berkenaan.
thanks en suhaimy for sharing
GReat info !
salam
t.kasih info ini sgt berguna dan kaedah yang diberikan merupakan rujukan bagi mereka yg keje sendiri.kalau ikut kaedah apa pun akan memudahkan kita jua.
sy nk tahu la….klau buat SSM,lepas tu buat CURRENT ACCOUNT BISNES,DUIT DALAM CURRENT ACCOUNT tu angaran dalam rm5k@rm6k bolh kE wt pinjamn sedang kn ssm dan CURRENT ACCOUNT dibawah setahun lg…..dan bank ape yg senang wt pinjaman?…sbb sy ingin membuka satu perniagaan….kire dlm20k.sy harap ade sesiapa yg boleh beri tahu saya…tentang perkara ini..hidupkn bisnes org kita
Salam Fareez,
Ya, anda boleh memohon pinjaman bank dgn akaun semasa dan ssm anda melebihi 6 bln. 3 bln boleh di pertimbangkan pihak bank atau intitusi yang lain seperti Tekun. Mungkin ada pendapat lain drpd kawan2 kita nanti.
terima kasih for this info.saya seorg suri rumah.ingin membeli rumah utk dijadikan rumah sewa dlam anggaran 40-45k.saya mempunyai pndptn sedri tp tulah tak ada pay slip.lepas baca entri ni,saya tak rasa down sgt.sbb selalu apa nak buat dgn bank mesti kena pay slip.lps ni sya nk try ke bank utk info selanjutnya spt yg dlm entri ni.tk sekali lagi
gud info..sy tak lama lagi plan nak bisnes..bolehlah jadikan ni sebagai panduan. tq