Shuth @ TVSelangor.com

Bagi yang mengikuti saya di facebook, mungkin anda sudah tahu. Tetapi bagi yang belum tahu, ini sedikit info khas untuk anda.

Pada hari khamis, selama 2 minggu berturut-turut yang lalu. Saya telah dijemput oleh pihak TVSelangor.com untuk berkongsikan tips mengenai bidang perniagaan internet. Jadi, bagi mereka yang terlepas untuk menontonnya, bolehlah menonton rakaman yang telah saya “youtube”kan ini.

Topik : Perniagaan Internet

Topik : Ebook

Untuk makluman anda juga, TVSelangor.com adalah merupakan sebuah webTV yang dikendalikan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor dan bersiaran selama 24jam tanpa henti menerusi internet. Beritanya pula lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang berlaku di sekitar Selangor.

Pada setiap hari khamis pula, di dalam segmen “Apa Khabar Selangor” yang bersiaran pada pukul 2.30ptg, 4.30ptg dan 6.30 ptg..  topik-topik yang akan diketengahkan ialah topik yang berkaitan dengan  ”Teknologi”.

Untuk mengikuti siaran TVSelangor ini, sila lawati www.TVSelangor.com dan klik pada banner “Live Webcast”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Shuth @ TVSelangor.com

  1. Salam Shuth,

    Terima kasih atas paparan video tu… seronok tengok Shuth di interview.

    Mula-mula pengacara tak panggil Shuth… episod ebook baru panggil Shuth.. hahaha… janggal juga bila dgr dia panggil nama penuh Shuth…

    Sempat juga promotekan JTC ya.. hehehe… terima kasih…

    Semoga sukses…

  2. Salam,

    Satu lagi usaha saudara Shuth untuk mempromosi bidang perniagaan internet. Syabas dan teruskan usaha murni shuth..

    p/s : Nampak selamba aje shuth dalam tv, mesti dah banyak pengalaman ni..

  3. Tuan,

    Tuan memang hebat! Dua minggu berturut-turut ditemuramah. Bukan senang nak jadi macam tuan. Harap-harap dapat berkenalan dengan tuan dan dapat belajar dari tuan untuk buat bisnes dan berjaya seperti tuan. Tahniah!

    Salam

    Mohd Zaini
    Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>