Shuth @ TVSelangor.com
Bagi yang mengikuti saya di facebook, mungkin anda sudah tahu. Tetapi bagi yang belum tahu, ini sedikit info khas untuk anda.
Pada hari khamis, selama 2 minggu berturut-turut yang lalu. Saya telah dijemput oleh pihak TVSelangor.com untuk berkongsikan tips mengenai bidang perniagaan internet. Jadi, bagi mereka yang terlepas untuk menontonnya, bolehlah menonton rakaman yang telah saya “youtube”kan ini.
Topik : Perniagaan Internet
Topik : Ebook
Untuk makluman anda juga, TVSelangor.com adalah merupakan sebuah webTV yang dikendalikan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor dan bersiaran selama 24jam tanpa henti menerusi internet. Beritanya pula lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang berlaku di sekitar Selangor.
Pada setiap hari khamis pula, di dalam segmen “Apa Khabar Selangor” yang bersiaran pada pukul 2.30ptg, 4.30ptg dan 6.30 ptg.. topik-topik yang akan diketengahkan ialah topik yang berkaitan dengan ”Teknologi”.
Untuk mengikuti siaran TVSelangor ini, sila lawati www.TVSelangor.com dan klik pada banner “Live Webcast”
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Salam Shuth,
Terima kasih atas paparan video tu… seronok tengok Shuth di interview.
Mula-mula pengacara tak panggil Shuth… episod ebook baru panggil Shuth.. hahaha… janggal juga bila dgr dia panggil nama penuh Shuth…
Sempat juga promotekan JTC ya.. hehehe… terima kasih…
Semoga sukses…
Salam,
Satu lagi usaha saudara Shuth untuk mempromosi bidang perniagaan internet. Syabas dan teruskan usaha murni shuth..
p/s : Nampak selamba aje shuth dalam tv, mesti dah banyak pengalaman ni..
Nice one!
Info yang berguna, keep it up!
Tuan,
Tuan memang hebat! Dua minggu berturut-turut ditemuramah. Bukan senang nak jadi macam tuan. Harap-harap dapat berkenalan dengan tuan dan dapat belajar dari tuan untuk buat bisnes dan berjaya seperti tuan. Tahniah!
Salam
Mohd Zaini
Kota Kinabalu
tahniah shuth, selalu masuk tv, pas ni akan ada irfan khairi kedua yang akan muncul
Tahniah Saudara Suhaimy.
Saya pun dah mula minat nak join program EBook ni.
Terima kasih atas info saudara.