Sedar atau tidak, masih ramai yang tidak tahu tentang teknik yang betul apabila bercakap di telefon. Teruatamanya apabila hendak menelefon pihak pembekal ataupun rakan niaga yang baru. Jadi, hari ini, saya nak bagi sedikit tips ringkas tentang komunikasi di telefon. Mempunyai skill bercakap di telefon dengan baik akan membuatkan pihak bakal pelanggan ataupun bakal pembekal anda, berasa selesa dan seronok untuk berurusniaga dengan anda. Silap haribulan.. mungkin bakal pelanggan/pembekal itu akan menjadi pasangan di dalam rumahtangga anda.. Oh!
Baiklah, berikut tips ringkas tersebut :-
1. Apabila bercakap di telefon, pastikan anda sedang tersenyum.. walaupun riak wajah anda tidak dapat dilihat oleh pihak satu lagi, , tetapi, ianya akan mempengaruhi “tone” suara anda.. saya pasti, anda pun boleh tahu adakah seseorang itu sedang sakit atau sedang gembira dengan hanya mendengar suara mereka.
2. Apabila anda menelefon seseorang yang anda tidak kenali, seperti… menelefon pusat khidmat pelanggan sesebuah syarikat atau pertama kali menghubungi no telefon pihak pembekal yang baru. Sila perkenalkan diri anda terlebih dahulu…
Contohnya…
Hello!… Saya Suhaimy….. saya ingin bertanya tentang bla.. bla.. la..
Hello!.. Saya Suhaimy dari Cheras…. saya ingin buat sedikit pertanyaan tentang…..
Hello!.. Saya Suhaimy.. saya dapat no phone anda ini dari website XXX…. jadi boleh saya bertanya sedikit mengenai produk yang anda tawarkan di website tersebut? Iaitu tentang produk…bla.. bla.. bla..
Dengan teknik ini, ianya akan memudahkan si penerima panggilan mengetahui serba sedikit tujuan anda menelefon mereka dan juga sudah boleh memanggil anda dengan nama anda apabila mereka mahu membalas semula pertanyaan anda, ianya lebih mesra, memudahkan serta menggembirakan hati si penerima panggilan tersebut.
Ramai orang tersilap membuat panggilan dan sering menggunakan dialog seperti dibawah..
[X] Hello! Saya nak tanya, kenapa internet saya tak boleh masuk?..
[X] Hello! Awak ada kat kedai tak hari nie? Saya nak datang!
[X] Hello! Kenapa bill elektrik kat rumah saya tinggi sangat bulan ini?
[X] Hello! Nak tanya sikit.. bila lori sampah nak angkut sampah depan rumah saya nie? Dah sebulan tak datang-datang ni! Boleh kena demam kepialau tau saya sekeluarga! (Haish.. ini siapa? rumah kat mana? Tetiba je nak marah-marah! Apahal? Putus haid ke?… bisik dalam hati si penerima panggilan. oh!)
Jadi.. sekianlah tip ringkas dari saya untuk kali ini. Selamat beramal dan jangan bercakap di telefon sewaktu sedang memandu! Yosh!
Huhu…betul tu Tuan Shuth. Saya kadang2 pun lupa nak perkenalkan diri. Main terjah jer.
Terima kasih di atas tip yang diberikan
Saya suka topik kali.
kadang2, tak semestinya atas tujuan untuk berniaga sahaja kena ada skill nie, tapi atas dasar hormat-menghormati sesama kita.
kadang2 kita tak tau yang cara cakap kita boleh buat orang kecik hati, silap hari bulan kita juga yang rugi. mungkin, asbab dari orang tue jugak kita yang akan untung.
bukan ke kita sudah diasuh dari kecil lagi supaya menghormati orang lain? atau kita sahaja yang terlepas pandang?
Apapun, budi bahasa budaya kita, ye tak? sori T.T saya membebel, sebab saya teruja dengan topik kali nie. lagipun, berdasarkan pengalaman saya, orang akan lebih mesra bila kita ada skill seumpama macam nie. Serius kita tak rugi
Tip yang menarik.
Selalu juga amalkan apa yg shuth cakap kat atas tu. Tapi kadang2 ter’biadap’ jugak terhadap orang yang entah2 dari mana telefon utk jual insuran atau kad kredit.. Kalau cakap tak berminat, diorang terus letak takpela, ini nak memaksa-maksa pulak, itu tak boleh tahan..
Salam Motivasi / Berkenalan..
Ini menunjukan “BUDI BAHASA, BUDAYA KITA”
Tq..
Gaya Hebat Disukai Ramai
No.tel yang mudah didapati selalu senang dipanggil termasuk oleh si-pemanggil diluar jangka. Jadi, sebagai penerima panggilan kenalah bersedia setiap masa. Walaupun baru bangun tidur…ehem!..ehem!..ya tuan, boleh saya bantu….?
Tahniah, tips yang baik. Ada orang bercakap di telefon tidak fikir tentang orang yang di sebelah sana. Mereka suka mumble, sepatah perkataan pun tak faham.
salam perkenalan
seperti yang shuth tulis, sy memang amalkan mcm tu bila telefon customer service, ataupun call supplier
memang hasilnya tidak mengecewakan
salam,jadikanlah sopan santun budaya kita…
Haha..gaya penyampaian shuth memang sentiasa buat saya senyum sorang-sorang.Sila perkenalkan diri anda dahulu ya.Tapi yang paling gabra sekali masa terima panggilan dari CPA network.Dah laa speaking hancur
salam..mcm dah lama jek x diupdate blog ni
Bukan semua orang ada skill bercakap melalui telefon ni… kadang2 main terjah semacam je.
macam-macam info ada di blog shuth ne…
saya ada baca kat satu paper pasal etika panggilan.
formula 3 kali deringan.
maksudnya, tunggu deringan ke-3 baru angkat.
dan kawal intonasi supaya tak nampak kelam-kabut.
sekadar perkongsian. hehe.
banyak syarikat masih tidak mengguna teknik macam ini. buat pengguna marah saja dengan budi bicara mereka.
Salam perkenalan,
good info:) satu teknik yang begitu bagus untuk diamalkan oleh kita.
Saya pun tak terfikir teknik telefon ini seperti yang en suhaimy terangkan di atas.Seperti teknik no.1 kita jarang tersenyum bila berjumpa dengan orang..Apatah lagi bila sedang bercakap telefon, alasannya sebab kita tak nampak orang tersebut..Teknik no.2 memperkenalkan diri terlebih dahulu pun jarang kita aplikasikan termasuk saya..Jadi, lepas nie bolehlah kita semua mengamalkan teknik-teknik di atas. Kebaikan mengamalkan teknik-teknik di atas menunjukkan kita ini professional apabila berurusan dengan orang dan ini meningkatkan rasa respect orang terhadap kita.Sekian:)
Thanks En Shuth… Saya setuju sangat dengan pendapat encik. Kalau kita senyum sewaktu kita bercakap dalam telefon dengan seseorang, orang yang kita sedang bercakap tu boleh tau sama ada kita ni sedang senyum atau tak. Jangan tak percaya… Pasal emosi kita akan mempengaruhi percakapan kita. Bayangkan kita sedang marah2… Anda fikir boleh tak kita nak senyum time tu? Confirm tak boleh kan ! Pasal kita kena tunggu emosi kita stabil dulu sebelum kita boleh senyum balik. Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, pakar motivasi di Malaysia (salah seorang idola saya) cakap; “Bila kita senyum, 26 urat pada muka kita akan aktif”. Muka kita akan jadi berseri-seri gitu. Maksudnya… senyum la tu. Jadi, selepas ni jangan lupa senyum ye.. Selain menceriakan komunikasi perbualan telefon dengan seseorang, ia juga dapat mengaktifkan 26 urat pada muka kita agar kita akan tampak muda dan ceria selalu. Ibarat senaman muka lah tu. Ho…ho…ho..Yosh !
lama tak update blog sedara kita ni
bz ek
Salam, bagus ni, peringatan kepada semua.. Kita mesti ada adab. Selalunya kita main terjah aje.. hehe.. Thanks.. ini dapat mengingatkan diri sy juga..
lama betul x masuk blog ni.bertambah maju. double thumb up!!!keep up tuan admin
tips menarik dari tuan..harap lepas ni ramai akan belajar seni bercakap di telefon
izinkan saya copy & paste ke blog saya? kredit untuk anda semestinya
orang kita tak ramai yg mengamalkan phone etiquette …sama macam tak reti beratur …
Tip ini bagus! Saya boleh menjadi telemarketing king =>
Thanks untuk info…dalam telepon pun ada etika dan teknik tersendiri kan
Sepatutnya seni &teknik bercakap di telefon dimasukan dlm silibus pelajaran bahasa di sekolah & University.
saya belajar masa kerja…customer service..hehe..zaman2 dlu la
thanks utk tips nie
Salam ziarah..
hihi kelakar la entri ni, kadang2 terlepas pandang kan..
assalammualaikum..salam perkenalan..satu teknik yg bgus malah saya sukar mendapatkan satu kisah yg boleh di kongsi dan tidak mahu copy dari blogger lain..dr pndapat anda bgaimana skranya jika saya nk cantikkan lg blog dan terkenalkan blog di fb? di myspace? tagged? menginginkan satu kisah yg tulen agak sukar bg saya untuk mendapatkannye..