Lot.my – Sistem Kedai Online Wajib Cuba

“Sistematik dan kos efektif” mungkin istilah yang sesuai untuk laman e-dagang terkini yang baru saya cuba, Lot.my. Bagi anda yang kurang biasa dengan perniagaan internet, saya cadangkan Lot.my sebagai penyelesaiannya. Bagi yang sudah biasa pula, ini sesuatu yang anda patut cuba.

Saya biasa mendengar keluhan dari usahawan-usahawan internet dan masalah di hadapi peniaga online seperti kos membuat laman web e-dagang yang tinggi, tiada kepakaran teknikal dalam bidang teknologi maklumat dan tidak pandai memasarkan produk online.

Dengan adanya Lot.my, saya pasti anda tidak perlu risau lagi, kerana Lot.my menyediakan platform yang menyelesaikan masalah-masalah ini.

Apa itu Lot.my?

Lot.my (www.lot.my) merupakan satu tempat untuk membuat kedai online dengan mudah. Sesiapa saja boleh mendapatkan kedai online mereka sendiri secara percuma.

Kenapa Perlu Guna Lot.my?

Baru-baru ini saya telah mencuba sendiri Lot.my. Sistem e-dagangnya sangat mudah untuk di uruskan. Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah feature-feature yang di sediakan oleh mereka. Antara feature-feature tersebut ialah :

Impresi Kedai – Pertama kali pengunjung sampai ke kedai online anda mereka akan melihat rupa kedai anda. Beratus-ratus corak background dan skin menarik disediakan, anda hanya perlu pilih saja. Lot.my memberi pilihan untuk anda untuk memodifikasikan kedai anda supaya lebih cantik.

Alamat Kedai Unik – Setiap kedai akan mendapat alamat web tersendiri, contohnya jersibola.lot.my, kraftangan.lot.my, myboutique.lot.my. Jadi mudah utk promosikan kedai anda, iaitu dengan meletakkan alamat kedai pada business card, banner dan sebagainya. Boleh lihat contoh-contoh kedai di sini (www.lot.my/examples)

Sistem Katalog – Katalog untuk produk juga sangat menarik. Produk mudah di pilih oleh pengunjung kerana boleh letakkan kategori dan subkategori. Malah anda mempunyai pelbagai pilihan untuk listing produk anda.

Sistem Bayaran – Tak perlu risau tentang cara bayaran kerana ianya amat user friendly, kerana sistem bayaran Lot.my diintegrasi dengan bank-bank tempatan seperti Maybank, CIMB, dan Public Bank. Sesiapa yang ada akaun Paypal pun boleh terima bayaran melalui Paypal dan kad kredit. Bayaran pula diterima secara langsung dari pelanggan anda, bukan melalui pihak Lot.my, jadi anda mendapat 100% bayaran.

Sistem Perhubungan Pelanggan – Anda dapat menghantar informasi terkini tentang produk kepada pelanggan-pelanggan anda dengan sistem newsletter. Seperti yang anda tahu, newsletter penting untuk memastikan hubungan anda dengan pelanggan berkekalan.

Menarik bukan? Ianya sangat mudah di gunakan oleh sesiapa, baik yang masih baru atau yang sudah biasa dengan internet.

Sebenarnya, banyak lagi feature yang saya ingin tuliskan, tapi saya rasa lebih baik jika anda melihat dan merasai sendiri pengalaman memiliki kedai Lot.my, kerana sudah ribuan peniaga internet sudah merasainya.

Anda juga tidak patut ketinggalan dalam dunia bisnes secara online ini. Cubalah sendiri di www.lot.my. Semoga bejaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Lot.my – Sistem Kedai Online Wajib Cuba

  1. salam,
    saya dah cuba.
    lepas kite letak produk, mcm mane sebenarnya pelanggan beli?
    errr maksudnyer kite tunggu je ke pelanggan order or kene iklankan kt mane2?

  2. err..agak lama saudara shuth tak menulis dalam blog ni..ingatkan dah bersara menulis hehehe

  3. semalam saya dah try dah. sangat best. saya tak pandai sangat komputer, tapi lot.my tu senangla nak faham.

    tapi saya tak tau nak jual apa lagi. apa yang untung utk jual online ye?

    satu lagi, siapa yang buat lot.my ni ye? sangat bagus!

  4. lindafeehily >> still kena promosi, lot.my nie just bagi kemudahan platform je.. tapi kita kenalah still promosikan website kita tu..

    a_fiz >> kalau taksilap, yg buat web lot.my ini ialah sekumpulan anak muda melayu yang bernaung di sebuah syarikat yang digelar “aidan group”

  5. Saya dah guna lot.my ni.Memand senang nak faham walaupun mula2 merangkak nak fahamkan.Kalau tak salah saya sistem ni free selama setahun.So kepada yg berminat nak berniaga online boleh guna sistem ni.Alternatif kepada zencart.

    http://sapphire.lot.my
    More than a lingerie

  6. ooo…macam sistem niagakit tu ek…aku ingat tmpat nk beli brang online tadi..dah tersalah anggap..hehe

    terima kasih berkongsi :D

  7. gila gempak. bagusla lot.my ni.

    tak faham nape bende bagus camni tak promosi habis2? mesti ramai yg nak guna ni, terutama usahawan-usahawan yang try bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>