I’m Still Alive…..

Tidak dinafikan….

Sudah agak lama saya tidak meng”update” blog ini. Ada juga yang tertanya-tanya, kemana saya menghilang? Adakah saya sudah merajuk dan beralih arah?

Sebenarnya, saya tidak kemana-mana, ada je kat rumah, lepak-lepak, tengok tv dan buat kerja sikit-sikit! Oh!.. Banyaklah ekau punya lepak-lepak?

Sebenarnya, saya amat sibuk sejak beberapa bulan kebelakangan ini… bermula dari kerja-kerja penubuhan syarikat, pindah rumah, penstrukturan semula projek-projek dan hinggalah kepada penganalisaan semula hala tuju di dalam perniagaan.

Kesibukan tersebut, memaksa saya untuk fokus kepada perkara yang lebih penting dan menjadikan saya lebih bijak dan berhati-hati di dalam membezakan “kerja-kerja” yang “buat duit” dengan “kerja-kerja yang “suka-suka”.

Akibatnya, terbiarlah blog ini tanpa diberi sebarang nafkah zahir dan batin update. Sikap dormant ini, memberikan kesan sampingan di dalam diri saya, dimana, saya dapat merasakan  sedikit demi sedikit “semangat” & “skills” penulisan saya  menjadi tumpul.

Saya sebenarnya telah cuba beberapa kali untuk update blog ini, tetapi, setiap kali saya menulis, terasa seperti ayat  yang ditulis itu tidak kena dan membosankan.

Maka, diamlah saya menyepi dari dunia blog ini selama hampir 6 bulan. Fuh! lama juga tu..

Anyway, kini saya sudah kembali dan menemui semula “rentak” di dalam penulisan saya, semuanya gara-gara “ebook” yang sedang saya siapkan untuk diberi kepada orang ramai secara PERCUMA tidak lama lagi!… Ianya telah mengembalikan semula rasa “nikmat menulis” dalam diri saya!. .. He he! menulis pun ada nikmat tau, jangan ingat “bergurau atas katil” je yang ada nikmat! Oh!

Insyallah,  ebook tersebut akan menemui semua peminat pembaca menjelang minggu hadapan. Saya akan umumkan ia di blog ini kelak apabila ia siap sedia untuk dimuatturun.

Sekian dulu entry permulaan untuk “come back”  ini…

Semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang!..

Adios!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 thoughts on “I’m Still Alive…..

  1. Hohoho…lama dah tak dengar kabar Mr Shuth ni. Welcome back…

    Masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya kan?

    P/S: Saya pun dah lama tak update blog saya :)

  2. MACAM TU LA BROTHER SHUTH…DON’T STOP…5 TAHUN DARI SEKARANG BAYANG PEMBACA ANDA TELAH MENJADI BERJUTA-JUTA….SEHARI 200 ORANG..5 TAHUN DAH BERAPA…GO GO GO GO FOR 1 MILLION….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge