Teknik Paling Cepat Buat Duit Di Internet!

Entry kali ini ringkas sahaja.. tapi sangat power…

Ada orang bertanya kepada saya…

“Salam bro, minggu depan isteri saya nak bersalin. Jadi, agak terdesak nak pakai duit. Boleh tak bro bagi tips.. Apakah cara yang paling pantas untuk buat duit di internet?… Kalau boleh, buat hari ini, hari nie juga  dapat duit! Ada tak bro?”..

Berhari-hari jugalah saya fikirkan jawapan bagi soalan ini… pada mulanya, saya rasa.. macam takde. Tapi.. bila fikir-fikir balik.. mana boleh takde?!.. Brother jual burger kat simpang tu  selalu  kata.. “Nothing Is Imposibile”..

Jadi.. saya mesti cari jalan… Bak kata mentor saya.. “Jalan Pasti Ada! Pasti Ada Jalan! Jom jalan-jalan..”..
Manalah tahu.. kot-kot satu hari nanti saya pun berada pada situasi tersebut. Duit takde.. tapi terdesak nak pakai duit!.

Hari pertama.. saya rasa.. Jawapannya Google Adsense.
Google adsense?  Fuh!.. ikut pengalaman saya…. paling cepat pun, 3 bulan baru dapat cek pertama.. nak apply akaun google adsense je pun dah makan 3 hari, nak tunggu payment clear pula.. ambik masa 45 hari.. Tett!.. Pangkah!

Hari kedua… saya rasa.. jawapannya ialah Affiliate.
Walaupun “affiliate” adalah meupakan satu model  yang paling mudah diantara banyak-banyak model biz internet. Tetapi, bila difikir-fikirkan semula, ia tetap tidak boleh memberikan hasil yang pantas, maksud saya, “buat hari nie dapat duit esok”. Affiliate selalunya membayar pada setiap hujung atau pertengahan bulan. Jadi…ianya bukan teknik yang terbaik untuk dapatkan duit dengan pantas..

Hari ketiga.. saya rasa.. jawapannya ialah Ebay/Lelong.
Jualkan sahaja barang-barang di rumah yang masih elok tetapi  tidak digunakan di ebay/lelong..  tetapi bila fikir-fikir balik. Hmm.. ebay pun ambik masa.. tempoh listing barang pun dah 3 hari. Tambahan lagi, manalah ada barang “elok yang TIDAK dipakai” di rumah saya ini.. semuanya di pakai. Yang  TIDAK dipakai, semuanya dah tak elok.. Oh!

Hari keempat….. saya rasa.. saya dah jumpa jawapannya.

Perkara pertama.. lihat ke dalam diri…  kenalpasti kemahiran-kemahiran yang anda miliki! Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah dan pening kepala untuk mencari produk/pembekal.. kerana, produknya adalah “kemahiran” sedia ada yang terdapat di dalam diri anda.

Antara kemahiran sedia ada yang mungkin anda miliki..

  • Kemahiran menulis artikel
  • Kemahiran memasang blog
  • Kemahiran rekabentuk grafik/melukis (design banner, ecover dll)
  • Kemahiran mengedit photo
  • Kemahiran mengaturcara
  • Kemahiran mengupload video
  • Kemahiran membaca/proof reading
  • Kemahiran buat website
  • dan sebagainya…..

Selepas dah tahu apa kemahiran yang anda miliki… tawarkan ia di forum-forum yang berkaitan!  Seperti di Forum Wangcyber
Insyallah, jika ada yang berminat, anda boleh lakukan khidmat tersebut dalam masa 1 hari dan terus menerima bayaran pada hari tersebut.

Servis yang ditawarkan ini tidaklah perlu terlalu “advance” sangat… (tapi kalau advance pun, lagi bagus.. boleh up sikit harga! :P )
Cukup sekadar perkhidmatan yang basic-basic sahaja, seperti khidmat memasang blog. Percaya atau tidak, masih ramai insan diluar sana yang tidak tahu bagaimana menginstall blog di dalam server mereka, walaupun pada hakikatnya, perkara tersebut hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Kadangkala, ada juga insan yang sudah mahir, tetapi, mereka kesuntukan masa untuk melakukannya.. jadi mereka lebih suka outsourcekan sahaja.  Pada mereka, tak kisah bayar RM10-RM20, apa yang mereka tahu, web mereka mereka sudah siap dipasang sebuah blog  beserta plugin-plugins wajib dan juga themes yang menarik.

Jadi, disinilah peluang anda untuk membuat duit.

Sekarang.. cuba semak-semak semula kemahiran anda dan tawarkanlah ia di forum-forum yang  berkaitan . Insyallah.. RM10-RM50 senang-senang je boleh dapat.. :) (kaedah ini juga amat sesuai untuk mereka yang belum pernah merasa Rm1 yang pertama mereka di internet).

Tetapi.. jika anda dapati anda tiada langsung kemahiran yang boleh ditawarkan? Ermm…. mungkin anda sudah ditakdirkan untuk tidak boleh membuat duit dengan pantas di internet!.. Oh! …. ho! ho! ho!..

.

.

.

Ala.. gurau je.. jangan lah majuk… kalau takde kemahiran tu.. boleh belajar… bila dah pandai.. barulah boleh offer kat orang ramai.. :)

Kesimpulan Tips untuk entry kali ini..
Cara terpantas untuk buat duit di internet ialah, menawarkan servis di forum.

Sekian.. Peace!…

p/s:- Kalau dijadikan ebook, best jugak nie.. boleh letak tajuk.. “10RahsiaDuitTerdesak.com”.. Oh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 thoughts on “Teknik Paling Cepat Buat Duit Di Internet!

  1. Salam,

    Hohohoh…

    Memang duit yang mendesak… :)

    Ya, itulah sepatutnya perkara pertama.
    Lihat kekuatan diri dan berikan perkhidmatan.
    Ianya mungkin juga dibayar segera dan mungkin
    juga setelah siapnya kerja… Jadi bolehlah
    ramai-ramai tawarkan servis.. Ramai juga yang
    masih mencari nie… Cuma pastikan servis adalah
    terbaik dan konsisten… :)

    Thanks Shuth! ~ Post membuka mata nie…

  2. Memang betul tu… saya pun banyak benda yang saya reti buat tapi tak ada masa nak buat bisnes untuk dijual buat masa ini. Apa pun sekarang saya cuma tawarkan panduan percuma di blog saya untuk dikongsikan. Cadangan nak buat duit tu nanti dah banyak ilmu dan kemahiran tentu akan saya usahakan…boleh la JV dengan IM kat forum wangcyber lepas ni…

  3. Salam Shuth.

    Terdesak mencari wang memang memeritkan tetapi kalau ada kemahiran memberi servis, desakan mencari wang itu akan menjadi mesin wang pula.:)

  4. Betul tu Shuth, sebenarnya ramai lagi orang di luar sana terdesak untuk mencari wang tambahan tetapi tidak tahu di mana hendak mencari peluang tersebut. Di harap agar forum wangcyber akan menjadi seperti warrior forum versi Malaysia di mana tempat untuk menawarkan servis dan menuntut ilmu.

    Terima kasih lagi sekali, posting yang membuka mata saya.

  5. memang betul apa yang disarankan oleh saudara suhaimy… tawarkan service… buat bannner ke design ke.. tulis artikel.. translator… macam2 lagi service yang boleh ditawrkan… rajin2 je lepak kat section WTB wangcyber,.. byk kerja leh grab kalau cepat… yang penting kita tahu kekuatan pada diri kita… tapi sedih gak tgk masih ramai yang join skim cepat kaya untuk duit mudah dan pantas tetapi.. bukan pantas dapat duit… pantas hilang duit adela…

  6. Salam shuth,
    Terima kasih dengan perkongsian ini. Memang betul, tidak semua orang tahu melakukan perkara yang bro senaraikan tu. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara tersebut.

  7. bagi mereka2 yang mempunyai kemahiran dalam penulisan pula . boleh menulis artikel2 pendek . kemudia pakej kan , dan jual sebagai produk PLR . mesti ada permintaan . skang ni permintaan utk produk PLR BM agak tinggi juga . :)

  8. Yang penting mesti ada kemahiran. Kemahiran membuat backlink boleh dijadikan servis.:)Semua ini bergantung apa yang kita minat dan bakat yang kita ada.

  9. saudara shuth,
    entry yang menarik..setakat ni syukur dengan pendapatan tak seberapa dari blog.. kagum dengan pencapaian saudara dalam arena IT

  10. jual barang di mudah.my.Pengalaman saya jual gitar disana.dalam masa sehari sahaja sold out.lagi satu.cara nak cepat.beli PLR,edit sikit dan jual di forum-forum.komfom hari tu jugak dapat money cash.nak tau lebih lanjut kenelah survey ; )

  11. Betul, iklankan perkhidmatan di internet. Kita perlu kreatif sedikit dengan anugerah dan bakat yang dikurniakan Allah. Tq atas informasi yang diberikan ini. :-)

  12. MUDAH SAJA…JADI AJEN DROPSHIPPER..TAK PERLU MODAL…JUST RAJIN BUAT MARKETING DEKAT BLOG ATAU LAMAN IKLAN…GO GO GO GO GO…FOR RM1,000,OOO , MASA KIAN BERLALU…ORANG LAIN DAH KEDEPAN…SUSAH ITU BIASA..SUSAH BUAT KITA BERFIKIR..KALAU SENANG OTAK PUN TAK BERJALAN….TAPI KALU SUSAH BUAT KITA BERFIKIR DAN LEBIH KREATIF…SO DON’T PANIC MY FRIEND GO GO GO MY FRIEND..GO GO GO BROTHER SHUTH

  13. BROTHER SHUTH MEMANG BEST…HE IS A GOOD MENTOR…GO GO GO MY FRIEND…1 HARI PUN BOLEH BUAT RM1,000 TAPI USAHA PUN MESTI MCM SATU RIBU…KALAU IEDEA TAK JALAN USAHA KASI LEBIH…GO GO GO GO…

  14. Tips yang bagus, kemahiran dulu ada buat, memang untung cepat, tapi sekarang respon kurang sebab ada problem sikit, sekarang sedang mencari kemahiran baru yang lebih baik.

  15. Satu perkongsian ilmu dan tips yang bagus. Ramai newbie seperti saya masih terkial-kial memikirkan bagaimana “buat duit online”. Dengan tips tuan ini, boleh memberi sedikit sebanyak idea kepada saya atau newbie yang lain untuk melakukan sesuatu (seperti buat duit online).

  16. entry ni menarik….lepas baca blog ni trus jer dpt adea….my hubby memang suka repair dan modify kereta. semua die buat sendiri…sy terpikir klu transform skill hubby into a business online mesti bagus. tp x tau pulak cara2 nk bukak bisness online ni…klu buat blog repair kereta mcm bro shuth bagus jugak. pulak tu bro duk cite dapat cek dr nufnagg la..haha trus jer jd mata duitan. cmne nk blaja dgn bro shuth nk bukak blog yang bleh jana income ni…ade bengkel x bro shuth…

  17. wah, bagus posting ni. ni yang dikatakan niche market iaitu dalam ribuan-ribuan pengunjung mesti yang memerlukan service mcm ni. Mereka mungkin memerlukan wang segera kerana satu-satu sebab. Idea ni boleh diapplykan.t kasih en Suhaimy

  18. kalau nak paling cepat dan tunai, buat lah kerja offline. cuba tanya jiran sebelah kalau2 ada perlukan perkhidmatan atau tanya abang adik saudara-mara. sebagai cth saya malas nak cuci 2 buah aquarium (bukan senang nak cuci aquarium ni) so saya tawarkan rm50.

    sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>