Duit Lebih… Mahu Buat Apa?

Entry kali ini saya nak cerita pasal “duit lebih”…

Maklumlah, awal-awal tahun nie, kebanyakkan company akan mula buat kira-kira penutupan akaun.. dan pekerja-pekerja pula akan tertunggu-tunggu pengumuman dari majikan mereka tentang “bonus” yang mungkin akan diperolehi.

Dengar kata, ada beberapa kawan saya yang dapat bonus 4 bulan gaji.. tahniah saya ucapkan! Teruskan kecemerlangan anda, insyallah boleh dapat bonus 6 bulan pula untuk tahun hadapan.

Namun begitu, ramai juga yang “jammed” kepala apabila menerima duit yang banyak ini. Maklumlah, sebelum ini, tak pernah dapat duit banyak-banyak sekaligus… sekali, rezeki Allah bagi.. tiba-tiba dapat selepuk duit! Maybe RM10,000 atau RM20,000 !  “Terus jam.. aku nak buat apa dengan duit nie?”

Kepada mereka yang menerima durian runtuh ini.. saya ada beberapa tips untuk anda.. !

1) Penuhkan Emergency/Reserved Fund!

Perkara pertama yang anda pelu lihat adalah pada “tabung kecemasan” anda. Jika anda masih belum mempunyai “tabungan kecemasan”, inilah masanya untuk anda penuhkan tabung kecemasan anda. Seeloknya, cuba penuhkan tabungan kecemasan anda untuk 6 bulan. Maksudnya, jika perbelanjaan anda RM3,000 sebulan, maka anda perlu simpan RM18,000 dalam akaun bank (Tabung Haji/ASB) anda untuk tujuan kecemasan.

Perkara kecemasan yang dimaksudkan adalah seperti..

  • Anda dibuang kerja
  • Kereta anda eksiden
  • Ahli keluarga anda dimasukkan ke hospital
  • Peralatan rumah yang penting rosak, seperti peti sejuk, mesin basuh dan dapur masak.

2) Dapatkan Insurans/Takaful

Jika tabung kecemasan anda sudah penuh, lihat pula kepada sistem “perlindungan kewangan” anda. Iaitu insuran/takaful. Insuran yang mesti anda miliki (sekurang-kurangnya), ialah insuran perubatan (medical card) dan juga insuran kemalangan peribadi (Personal Accident). Jika anda belum ada sebarang insuran, inilah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan perlindungan insuran.

3) Melabur / Membayar Hutang

Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan serta perlindungan insuran. Jika anda masih ada “duit lebih”. Maka, bolehlah anda berkira-kira untuk melaburkan wang anda itu.  Namun begitu, sebelum anda melabur kepada mana-mana instrumen pelaburan, adalah terlebih baik untuk anda melabur ke dalam diri anda terlebih dahulu. Beli & baca buku, pergi kursus/seminar dan sebagainya.

Setelah anda benar-benar faham tentang sesuatu pelaburan itu, barulah anda boleh melaburkan wang anda.

Jangan teburu-buru meletakkan wang anda kepada sesuatu pelaburan sebelum anda betul-betul memahaminya. Risikonya akan menjadi sangat tinggi.. bak kata Warren Buffet..

“Risiko adalah keadaan dimana anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan”

Tetapi, jika anda masih blur dan tidak tahu mahu melaburkan wang anda kemana-mana,  saya kira, adalah lebih baik anda gunakan sahaja wang tersebut untuk melangsaikan hutang-hutang anda. Sekuarang-kurangnya, anda boleh melepaskan diri dari bebanan kadar faedah sebanyak 4-18% yang mencengkam kewangan anda. Tak guna juga jika anda membuat pelaburan, dan memperolehi keuntungan 10% sedangkan anda terpaksa membayar faedah hutang kad kredit sebanyak 15%.

Senang kata, laburkan wang anda jika pulangan pelaburan yang ingin anda ceburi itu lebih tinggi dari kadar bayaran faedah hutang anda. Jika tidak, lebih baik setelkan sahaja hutang anda terlebih dahulu.

4) Barang Impian Anda

Ok.. jika katakan anda dah ada reserve fund, dah ada polisi insuran, dah setelkan hutang anda dan juga sudah melaburkan  sedikit wang anda. Tetapi masih lagi ada wang lebihan..

Pada waktu ini, bolehlah anda menggunakan “wang lebih” itu untuk membeli barang-barang yang anda impikan. iPhone ke? iPad? Kamera DSLR? Sofa baru? PS3?  Rantai Emas? Kereta? dan sebagainya…

Apa-apa pun yang ingin anda beli, kena beringat-ingat juga, jangan sampai tambah hutang dan membebankan anda dikemudian hari pula.

Oklah! itu sahaja tips yang ingin saya sampaikan pada entry kali ini..

Kalau masih ada lagi duit lebih tu.. apa kata belanja saya minum kopi secawan? Oh!

Sekian! Yosh!

P/s:- Jika anda merasakan entri ini bermanfaat, “share-share”kanlah entry ini kepada kawan-kawan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 thoughts on “Duit Lebih… Mahu Buat Apa?

  1. tip-tip yang bagus..akan ku amalkan dalam hidup ku..tapi kenbanyakkan kita lebih utamakan no 4..barang impian dulu yang di rembatnye.lagi banyak dpt..lagi besarlah berbenlanja.

  2. Thanks bro Shuth, saya pun memamg selalu simpan di ASB tapi tiada sebarang insurans lagi.. x tau la nak pilih yang mana.. bab pelaburan pun sama… x tau nak labur kat mana.. ingat nak grab ebook Ammar yg pelaburan internet tu .. tengok lah macam mana nanti..

    lepas simpan di ASB biasanya saya terus je skip langkah ke 4 :D oh! hmm..

  3. Dalam istilah wealth adalah Delay Gratification. Apa sahaja yang kita ingini berbentuk barangan mewah kita lewat-lewatkan. Itu adalah langkah bijak untuk Retire Young Retire Rich!

    Great sharing shuth! :)

  4. salam ziarah…

    first thing on my mind –>simpan dulu..

    bila jiwa & fikiran dah tenang, baru boleh tentukan saluran manakah yang boleh disenaraikan untuk duit lebih itu.

    p/s : amat sukar untuk membuat keputusan tatkala fikiran tidak tenang… usah ribut-ribut! (^_^)v

  5. biasanya org agak liat nak lakukan step yg pertama tu.. termasuklah saya sendiri.. kalau takde motivasi mmg tak menjadi. jalan2 kat blog ni at leaast dpt meningatkan saya kepada apa yg perlu saya lakukan skrg.. terima kasih ya shuth! mohon share post ni di fb :)

  6. bagaimana mahu tingkat motivasi menyimpan duit…………benda tu kenak ada aura…..baru bersemangat……bagaimana sila email saya untuk mengetahui lebih lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>