Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, pelaburan emas mula mendapat perhatian. Dengan kenaikan harga emas secara purata 37% sejak 5 tahun lalu. Ianya menjadikan emas sebagai salah satu instrumen pelaburan kalis inflasi yang sangat mengujakan.
Saya lihat ada beberapa fenomena menarik yang berlaku berkaitan pelaburan emas ini..
1. Pihak bank pun kini berlumba-lumba mempromosikan produk mereka yang berkaitan emas. Dulu, yang kita tahu, hanya Maybank sahaja yang menawarkan akaun simpanan emas, tetapi itupun tak berapa di promosikan sangat. Suam-suam kuku je produk tersebut. Tetapi sekarang, tiba-tiba, semua bank pun ada akaun simpanan emas, CIMB, Public Bank, UOB & KFH (siap iklan kat TV lagik!). Apakah makna semua ini?
2. Kedai pajak Ar-Rahnu juga tiba-tiba muncul bak cendawan selepas hujan. Apakah makna semua ini?
3. Begitu juga dengan syarikat-syarikat pengeluar & penjual emas, tumbuh cam cendawan. Apakah makna semua ini?
Saya pun tidak pasti…
Persoalannya, adakah benar pelaburan emas ini begitu menguntungkan?
Pada saya.. tak kisah apa-apa pelaburan pun, asalkan kita mempunyai ilmu berkaitan pelaburan tersebut, insyallah ianya akan memberikan pulangan yang menguntungkan kepada pemiliknya. Jadi, kepada pembaca-pembaca blog ini yang ingin melabur di dalam emas, saya cadangkan agar anda membuat kajian terlebih dahulu serta banyakkan membaca sebelum anda mengambil apa-apa tindakan.
Dan berita baiknya, saya juga telah membuat sedikit kajian mengenai pelaburan emas ini dan telahpun menulis sebuah laporan ringkas berkaitannya. Iaitu tentang “5 Kesilapan Pelabur Emas”.
Anda boleh download laporan tersebut secara PERCUMA di WangEmas.com
Sekian! Selamat membaca!
Minta maaf yer sebab bertanya…
Persoalan saya, adakah pelaburan emas halal? Sebab saya ada terbaca majalah Solusi edisi bulan ini, ada menyatakan bahawa, pelaburan emas adalah haram.
Minta pendapat dari rakan-rakan sekalian…
p.s : Saya berminat nak melabur melalui pelaburan emas, tapi lepas baca Solusi, kena hati-hati jugak la
Oh ye ke? Majalah solusi edisi ke berapa ya? Teringin juga saya nak dapatkan dan baca..
Sementara tu, boleh tuan baca semula / semak semula artikel tersebut.. pelaburan emas ini ada banyak jenis dan cara.. jadi, yang bagaimanakah yang haram? Pelaburan dalam akaun bank ke? atau secara emas fizikal..
Takkan semua pelaburan emas itu haram? maksudnya, umat islam tak boleh beli emas lah kalau macam tu? Oh!
Trimas for the free report..sy pun berminat gak sal pelaburan emas ni cuma masih tak cukup ilmu di dada..(^^)
Salam…
sy dh bace solusi isu 29. sebenarnya bergantung bagaimana cara mendapatkan emas tersebut. sekiranya betul caranya maka ia tidaklah haram. untuk keterangan lanjut boleh emel saya di dr_sidek@yahoo.com
Setelah saya membaca artikel tersebut, ianya menyatakan bahawa pembelian emas secara ansuran adalah diharamkan. Tetapi saya tak tahu la kesasihannya. Harap dapat jawapan yang sebenar-benarnya
p.s : Nak tahu juga pasal pelaburan emas secara mendalam
Salam bro AMIR.
Maaf menumpang cakap.. Ini ILMU yang SEDIKIT ALLAH pinjamkan kepadaku…
Sekiranya tuan benar-benar berminat untuk melabur di dalam emas dan takut untuk TERSILAP Langkah..
Beli ebook encik SYUKOR… InsyaALLAH akan dapat pentunjuk.. Kalo tak MO beli.. Baca jerk kat BLOG dier.. JUTAWANEMAS.. ( Maaf tuan SHUTH )
Harap ILMU nie dapat membantu tuan…
Selagi KITA membeli EMAS dengan AKAD.. Pasti ia HALAL.
Yang saya tahu pula.. BETTER BELI EMAS FIZIKAL.. Elakkan membuka AKUAN PASSBOOK GOLD. DIkhuatiri mengnadungi unsur-unsr HARAM.
Seperti artikel UZAIR tahun 2008.. Sekiranya BANK menjual EMAS yang tiada di dalam simpanan… Situasi gini…
En A beli emas dalam bentuk AKUAN EMAS di Bank O dengan kuantiti 100kg EMAS.. Simpanan Bank O cuma ada 100kg.. Maka simpanan emas di Bank o sekarang adalah ZERO..
Manakala EN B pun ingin membeli emas akuan pun ingin membeli EMAS akuan yang sama di Bank O dengan kuantiti 100kg juga..
Urusan jual beli EN B di Bank O adalah HARAM kerana simpanan di Bank O adalah ZERO…
Harap sedikit sebanyak membantu tuan…
mulai 16 mei 2011 agro bank dah terima gold bar (wafer) untuk gadaian
Wah, suatu artikel yang menarik dari bro shuth. Saya juga merupakan pelabur baru dalam bidang emas ni. Banyak cara sebenarya nak melabur dalam emas ni. Terima kasih dengan artikel yang berkualiti daripada bro shuth:-)
p/s: Dah download dah report tu, memang best ^^
saya memang minat ngan pelaburan emas ni. sekarang tengah study. buat masa sekarang cuma join gold investment account je
En. Shuth,
Terima kasih bbyk berkenaan info di dlm e-book percuma tu. Saya ada modal tp baru nak berjinak2, tgh study lagi psl pelaburan emas…
Saya pun memang berminat ngan pelaburan emas. Skrg ni tgh study mane yg lbh baik…
info yang menarik tapi dah taknak upload entry baru lagi ke?
as-salam.
kalau nak buat pelaburan emas secara akaun, bank yang terbaik adalah Kuwait Finance House. lebih afdal lagi, transaksi jual beli dan pengeluaran emas fizikal (jika mahu)perlu di tempat yang sama.
lebih baik buat pelaburan dengan membeli emas fizikal.
kalau nak cara akaun, bank tempat kita buat akaun tu WAJIB ada stok fizikal emas yang CUKUP untuk kita.misalnya, jika kita nak beli emas secara akaun sebanyak 1 gram pun, emas itu MESTI ada. cuma bank yang tolong simpan emas itu. dan emas 1 gram tadi TIDAK BOLEH di jualbeli kepada pelanggan lain.
sebenarnya banyak hukum syariah yang perlu diketahui sebelum buat akaun emas.
perkongsian ilmu ini adalah apa yang saya tahu dan faham..
info yg bagus.sya baru berjinak2 dlm pelaburan emas guna buku.masih dlm study lagi
salam…
kepada rakan2 yg berminat untuk invest dalam ni..mmg bagus wat kajian sebelum membuat pelaburan. tapi lagi lame kite buat kajian harga emas makin naik.
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna
Mengikut pembacaan dan pengalaman saya sebagai pelabur emas, untuk mencapai Financial Freedom, mereka harus ada 4 perkara.
1) Perlindungan (MAA Takaful No.1 in Malaysia)
2) Ilmu Pengurusan Kewangan (Pelaburan Ilmu i.e Seminar,internet)
3) Simpanan (Bank, Tabung Haji)
4) Pelaburan (Yang paling selamat ialah Emas)
http://WangRezeki.com
Mindset yang betul bagi seorang pelabur ialah bukan menjana keuntungan secepat yang mungkin tetapi berapa lama yang ia boleh bertahan dalam pelaburannya dengan menjana keuntungan secara konsisten.
Mindset yang betul bagi seorang pelabur ialah bukan menjana keuntungan secepat yang mungkin tetapi berapa lama yang ia boleh bertahan dalam pelaburannya dengan menjana keuntungan secara konsisten. http://WangRezeki.com
Terima kasih atas perkongsian menarik ni…:)
Assalamualaikum.
Pelaburan emas mudah menjadi haram kerana emas tersenarai sebagai barang ribawi. Jadi mudah terjadi riba. Oleh itu, urusniaga emas perlu dijalankan dengan erhati-hati.
Isu yang timbul:
Akad – akad perludilakukan dengan jelas. Pertukaran emas dengan emas, atau pembelian perlu dilakukan secara spot. (panjang nak hurai)
hutang – tak boleh huang dengan pen jual (tapi hutang dengan pihak ketiga ok)
emas benar2 dimiliki – kita perlu pastikan emas itu benar2 dimiliki dan juga wujud.
Ade byk lagi isu….
Cuma kebanyakan pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank terletak di bawah perbankan konvensional. Jadi tiada penasihat syariah yang berautoriti untuk mengesahkan keseluruhan transaksi pelaburan emas itu halal. Jadi jika ada wujudnnya riba, memang kita yang kena tanggung sendiri..
(bukan 100% haram, cuma setakat mana statusnya kita tidak tahu)
Setakat yg saya maklum, perbankan Islam yang menawarkan pembelian emas adalah Kuwait Finance House
Emas fizikal semakin menjadi suatu pilihan pelaburan dan penyimpan kekayaan…saya ada kongsi info perniagaan emas di http://www.perniagaanemas.com
salam..
mohon tunjuk ajar cara nak menabur emas melalui MGIA Maybank^^