Samsung Galaxy Note Dari Celcom

Semalam, sekali lagi saya try usha-usha semula pasal Samsung Galaxy Note ini… dan sememangnya, kalau nak pakai Samsung Galaxy Note ini, sudah pastilah, memang wajib kena pakai sekali dengan data plan. Kalau tak pakai data plan…. jawabnya, macam pakai kereta tapi di tarik dengan kuda.

Bila cakap pasal data plan, mestilah kena tengok pada pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi, dan Celcom, syarikat telekomunikasi yang mempunyai liputan rangkaian (coverage) yang paling luas & berkualiti di Malaysia, ada menawarkan Samsung Galaxy Note ini bersama data plan.

Berikut Exec Plan yang ditawarkan oleh Celcom untuk Samsung Galaxy Note.


Kalau dilihat pada plan yang ditawarkan Celcom ini, paling murah, kita boleh beli Samsung galaxy Note ini dengan harga RM1,368 dan kemudian, selama 18 bulan, perlu bayar bil bulan-bulan sebanyak RM250.

Continue reading

Franchise VS Freemium

Saya suka membaca buku-buku berkaitan bisnes, terutama sekali tentang bagaimana sesebuah bisnes itu bermula dan seterusnya berkembang. Dan sememangnya, kebanyakkan buku bisnes yang ada di pasaran, menceritakan tentang model bisnes-bisnes “zaman dahulu” seperti kfc, pizza hut, mcdonald dan sebagainya.

Satu perkara yang saya perasan tentang bisnes-bisnes ini, kebanyakkan mereka menggunakan model “franchise” untuk memajukan dan memperkembangan bisnes mereka. “Sistem Franchise” digambarkan sebagai satu model bisnes yang paling agung dan terbaik di dalam dunia perniagaan. Hinggakan, di dalam permainan “catur bestari” pun , pemain-pemain disuruh untuk membeli/melabur di dalam perniagaan franchise jika sudah menjadi jutawan.

Formula untuk berjaya di dalam dunia perniagaan ialah… mulakan bisnes, “sistem”kan ia.. kemudian franchise kan.

Walaupun prinsip-prinsip perniagaan yang diajarkan di dalam buku-buku tersebut sangat baik, namun ianya masih belum begitu dapat memenuhi nafsu  kehendak saya sebagai seorang usahawan yang berniaga secara online.

Sebagai seorang usahawan “tekno”  (ceh! tekno lah sangat!) , sudah pastinya, saya tercari-cari bisnes model yang lebih sesuai dengan peredaran zaman. Suatu model perniagaan baru yang sesuai untuk perniagaan berasaskan yang berdasarkan teknologi dan internet.

Jadi, saya mula melihat kepada bisnes-bisnes zaman sekarang yang meletup-letup pada masa kini seperti Dropbox, Evernote, Skype, Linkedin, Vimeo, Twitter, Facebook, Google, Youtube dan lain-lain… apakah bisnes model yang mereka gunakan dan bagaimanakah mereka membuat duit ?

Google, Youtube dan Facebook membuat duit menerusi iklan, bisnes model mereka tidak jauh berbeza seperti bisnes model syarikat akhbar dan majalah.  Jadi, saya tidak akan mengupas tentang bisnes model mereka di dalam entry kali ini..

Apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kupas pada entri kali ini, adalah tentang bisnes model Dropbox, Evernote, Skype, Linkedin, Vimeo dan sebagainya. Mereka ini menggunakan bisnes model yang diberi nama “Freemium”.

Freemium sebenarnya adalah nama gabungan diantara perkataan Free & Premium. 

Apa yang dimaksudkan dengan Freemium ialah, memberikan sesuatu secara percuma, kemudian, caj untuk sesuatu faedah/ciri yang lebih baik dan advanced (premium).

  • Dropbox, aplikasi penyimpanan fail secara awan (cloud) , ditawarkan secara percuma, tetapi jika mahu space yang lebih besar, boleh subscribe dengan yuran $9.99 sebulan untuk ruang simpanan sebesar 50gb.
  • Evernote, aplikasi membuat nota, ditawarkan secara percuma, tetapi jika mahu ciri-ciri penggunaan yang lebih superb, boleh subscribe yuran $5.00 sebulan.
  • LinkedIn, sebuah rangkaian sosial untuk profesional dan bisnes, ditawarkan secara percuma jika anda mahu membuat profile disitu, tetapi jika mahu mencari pakar & profesional, perlu bayar yuran subscription sebanyak $19.95 sebulan.
  • Skype , sebuah aplikasi voip yang boleh digunakan secara percuma untuk membuat panggilan antara skype-ke-skype , tetapi jika mahu call ke telefon, perlu beli credit.
  • Vimeo , sebuah website penghos video , boleh buka akaun percuma disitu dan upload video, tetapi jika mahu ruang yang lebih besar dan tiada iklan, boleh subscribe dengan yuran $59.95 setahun
Jika dilihat sekali imbas, model sebegini kelihatan seakan-akan merugikan,iyalah.. beri percuma sahaja.. bila pula masanya mana nak dapat untung?
Memang diakui, untuk bisnes model freemium ini, dari 100 orang pengguna, hanya sekitar 1% orang sahaja yang akan membayar sebagai ahli premium. Bagaimana pula dengan 99 pengguna lagi?
Kebiasaannya, pemilik bisnes freemium ini akan “monetize” (mendapatkan keuntungan) bisnes mereka, dengan cara, memaparkan iklan dan juga penjimatan dari segi kos pemasaran. .  Ini kerana, pengguna-pengguna free selalunya akan mempromosikan produk tersebut kepada rakan-rakan mereka yang lain. Jadi, tidak hairanlah, website-website yang menawarkan produk secara freemium ini tersebar dengan begitu pantas dan menjadi popular dalam masa yang singkat sahaja.
Jadi, adakah bisnes model freemium ini akan menjadi bisnes model yang terbaik untuk abad yang akan datang? Adakah ianya akan menjadi se”agung”  bisnes model franchise? Kita tunggu 50 tahun lagi.. Oh!
Apa-apa pun, kini saya berasa sedikit gembira dan teruja kerana, sudah ada beberapa model bisnes baru yang boleh dicontohi dan diikuti, terutama sekali bagi usahawan-usahawan di dalam bidang IT/Tekno/Online/Internet.
Insyallah, saya akan cuba applykan bisnes model ini untuk projek-projek yang akan datang.. Yosh!

Samsung Galaxy Note Di Malaysia

Wah!.. nampaknya samsung galaxy note sudah pun berada di pasaran sejak 11.11.11 yang lalu.

Kalau nak beli, dah boleh beli di kedai-kedai samsung berhampiran anda ataupun di Celcom & Digi outlet..

Di Celcom, boleh dapat dengan harga serendah RM1,368 – kontrak 18 bulan
Di Digi pula, boleh dapat dengan harga serendah RM1,549 – dengan kontrak , atau RM2,299 tanpa kontrak.

Kali ini, mari kita cuba lihat dengan lebih dekat lagi tentang cara penggunaan Galaxy Note ini.

Tutorial penggunaan S Pen.

Mendiang steve job pernah berkata sewaktu pelancaran iphone.. “Siapa perlukan stylus pen yang sering hilang? Kita sudah ada alat yang lebih baik, iaitu jari kita!”..

Dan semenjak itu, “stylus pen” mulai pupus. Tetapi kini, pihak samsung cuba menghidupkan semula penggunaan stylus pen.. Mengapa? Tidak diketahui dengan tepat tujuannya…

Apa yang pasti, stylus pen disertakan pada Galaxy Note adalah untuk memudahkan pengguna membuat lukisan dan nota (secara hand writing). Mungkin pasaran galaxy note ini lebih ditumpukan kepada golongan artis, perekebentuk fesyen atau individu-individu yang terlibat di dalam bidang berkaitan “art & creative”.

Continue reading

Samsung Galaxy Note Unboxing In Malaysia

Sejak menggunakan handphone Samsung Galaxy S2, nampaknya saya sudah jatuh cinta pada produk keluaran samsung. Jadi, memang sedang berangan-rangan nak dapatkan tablet dari samsung pula. Tapi, tiba-tiba, dengar  samsung akan keluarkan produk yang terbaru pula, iaitu….  Samsung Galaxy Note!

Wah! dengar cam gempak je… apa pula note ini? biasa dengar phone & tablet je… jadi, google punya google.. jumpalah beberapa info dan video pasal samsung galaxy note nie!.. cam best je…


Video unboxing galaxy note dari amanz

Rupanya, samsung galaxy note ini adalah produk “kategori tengah-tengah” , iaitu antara phone & tablet.

Ianya sangat sesuai untuk mereka yang nak tablet.. tapi dalam masa yang sama.. tak nak nampak “weirdo” bila menjawab telefon.. oh!

Apa yang menarik pasal samsung galaxy note ini?

1. Prosessor ia berkelajuan 1.4Ghz Dual core..  laju tu, Samsung galaxy S2 saya tu pun baru 1.2Ghz.. jadi, sudah tentu lah galaxy note ini lebih laju dan lebih multi tasking. Boleh download video, buka email, tulis nota dan jawab telefon dalam masa yang sama.

2. Skrin 5.3 HD” Super Amoled.. memang lagi best untuk tengok video, surfing, reply email dan buat nota, dan ianya, lebih mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja (portable / muat untuk masuk dalam poket) .

3. Digital Memo.. ini software khas yang ada dalam galaxy note tu, lebih mudah untuk tulis nota, tak perlu dah nak bawa buku nota lagi. Yang menariknya, boleh tulis pakai “hand writing”  guna stylus cam biasa dan ia akan recognize huruf yang kita tulis tu. Terbaiik!

So, memang agak teruja jugalah bila dengar pasal samsung galaxy note nie. Dengar kata, akan launch kat Malaysia hari jumaat nie 11 .11.11.. (wah! cam tarikh artis kahwin je! Oh!)

Sementara nak tunggu ketibaan samsung galaxy note tu kat malaysia.. kita layan dulu beberapa video pasal samsung galaxy note kat bawah nie.

http://bit.ly/uopmCd
http://bit.ly/vhKrD4
http://bit.ly/rLVYaf
http://bit.ly/vu8qGO
http://bit.ly/vhO2Vu

Enjoy! Yosh!