Samsung Galaxy Note Unboxing In Malaysia

Sejak menggunakan handphone Samsung Galaxy S2, nampaknya saya sudah jatuh cinta pada produk keluaran samsung. Jadi, memang sedang berangan-rangan nak dapatkan tablet dari samsung pula. Tapi, tiba-tiba, dengar  samsung akan keluarkan produk yang terbaru pula, iaitu….  Samsung Galaxy Note!

Wah! dengar cam gempak je… apa pula note ini? biasa dengar phone & tablet je… jadi, google punya google.. jumpalah beberapa info dan video pasal samsung galaxy note nie!.. cam best je…


Video unboxing galaxy note dari amanz

Rupanya, samsung galaxy note ini adalah produk “kategori tengah-tengah” , iaitu antara phone & tablet.

Ianya sangat sesuai untuk mereka yang nak tablet.. tapi dalam masa yang sama.. tak nak nampak “weirdo” bila menjawab telefon.. oh!

Apa yang menarik pasal samsung galaxy note ini?

1. Prosessor ia berkelajuan 1.4Ghz Dual core..  laju tu, Samsung galaxy S2 saya tu pun baru 1.2Ghz.. jadi, sudah tentu lah galaxy note ini lebih laju dan lebih multi tasking. Boleh download video, buka email, tulis nota dan jawab telefon dalam masa yang sama.

2. Skrin 5.3 HD” Super Amoled.. memang lagi best untuk tengok video, surfing, reply email dan buat nota, dan ianya, lebih mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja (portable / muat untuk masuk dalam poket) .

3. Digital Memo.. ini software khas yang ada dalam galaxy note tu, lebih mudah untuk tulis nota, tak perlu dah nak bawa buku nota lagi. Yang menariknya, boleh tulis pakai “hand writing”  guna stylus cam biasa dan ia akan recognize huruf yang kita tulis tu. Terbaiik!

So, memang agak teruja jugalah bila dengar pasal samsung galaxy note nie. Dengar kata, akan launch kat Malaysia hari jumaat nie 11 .11.11.. (wah! cam tarikh artis kahwin je! Oh!)

Sementara nak tunggu ketibaan samsung galaxy note tu kat malaysia.. kita layan dulu beberapa video pasal samsung galaxy note kat bawah nie.

http://bit.ly/uopmCd
http://bit.ly/vhKrD4
http://bit.ly/rLVYaf
http://bit.ly/vu8qGO
http://bit.ly/vhO2Vu

Enjoy! Yosh!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>