Samsung Galaxy Note Di Malaysia

Wah!.. nampaknya samsung galaxy note sudah pun berada di pasaran sejak 11.11.11 yang lalu.

Kalau nak beli, dah boleh beli di kedai-kedai samsung berhampiran anda ataupun di Celcom & Digi outlet..

Di Celcom, boleh dapat dengan harga serendah RM1,368 – kontrak 18 bulan
Di Digi pula, boleh dapat dengan harga serendah RM1,549 – dengan kontrak , atau RM2,299 tanpa kontrak.

Kali ini, mari kita cuba lihat dengan lebih dekat lagi tentang cara penggunaan Galaxy Note ini.

Tutorial penggunaan S Pen.

Mendiang steve job pernah berkata sewaktu pelancaran iphone.. “Siapa perlukan stylus pen yang sering hilang? Kita sudah ada alat yang lebih baik, iaitu jari kita!”..

Dan semenjak itu, “stylus pen” mulai pupus. Tetapi kini, pihak samsung cuba menghidupkan semula penggunaan stylus pen.. Mengapa? Tidak diketahui dengan tepat tujuannya…

Apa yang pasti, stylus pen disertakan pada Galaxy Note adalah untuk memudahkan pengguna membuat lukisan dan nota (secara hand writing). Mungkin pasaran galaxy note ini lebih ditumpukan kepada golongan artis, perekebentuk fesyen atau individu-individu yang terlibat di dalam bidang berkaitan “art & creative”.

Tutorial Penggunaan Polaris Office

Polaris Office adalah merupakan sebuah aplikasi mobile ala-ala Microsoft Office. Dengan polaris Office ini, pengguna boleh buka dan buat dokumen ms office. Dikatakan, polaris office ini adalah applikasi office yang terbaik bagi versi mobile.

 

Social Hub & Reader Hub

Social hub & reader hub yang tersedia ada dalam galaxy note memudahkan pengguna untuk berkongsi gambar, fail atau apa sahaja ke laman-laman social seperti facebook, twitter dan lain-lain. Reader hub pula membolehkan pengguna mengakses keapda 2.3 juta ebook , 2,000 suratkhabar dan 3,000 majalah online.

Portability

Dengan ketebalan 9.65mm dan berat 178gm, samsung galaxy note sememangnya mudah untuk dibawa kemana sahaja. Dalam beg tangan (wanita) ataupun didalam poket!.

S-Memo

Ini adalah ciri utama yang ada pada samsung galaxy note. Malahan, ikon app untuk s-memo ini diletakkan di bahagian hadapan screen utama, sebaris dengan icon phone & contact. Dan mungkin di sebabkan applikasi inilah maka phone ini dinamakan “note”… Oh!

S-Planner

S-planner ini pula adalah aplikasi untuk mengurus jadual kerja pengguna.

Jadi.. kesimpulannya… perlu atau tidak samsung galaxy note ini?

Pada pandangan saya.. samsung galaxy note ini lebih sesuai untuk mereka yang belum ada smartphone dan juga tablet. Jikalau anda sudah ada smartphone, better dapatkan tablet, dan jika sudah ada tablet, better dapatkan smartphone. Tetapi kalau masih tiada kedua-duanya.. samsung galaxy note agak sesuai untuk anda.

Sekian! Yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>