Samsung Galaxy Note Dari Celcom

Semalam, sekali lagi saya try usha-usha semula pasal Samsung Galaxy Note ini… dan sememangnya, kalau nak pakai Samsung Galaxy Note ini, sudah pastilah, memang wajib kena pakai sekali dengan data plan. Kalau tak pakai data plan…. jawabnya, macam pakai kereta tapi di tarik dengan kuda.

Bila cakap pasal data plan, mestilah kena tengok pada pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi, dan Celcom, syarikat telekomunikasi yang mempunyai liputan rangkaian (coverage) yang paling luas & berkualiti di Malaysia, ada menawarkan Samsung Galaxy Note ini bersama data plan.

Berikut Exec Plan yang ditawarkan oleh Celcom untuk Samsung Galaxy Note.


Kalau dilihat pada plan yang ditawarkan Celcom ini, paling murah, kita boleh beli Samsung galaxy Note ini dengan harga RM1,368 dan kemudian, selama 18 bulan, perlu bayar bil bulan-bulan sebanyak RM250.

Tapi kalau nak ambil pakej bayaran bulanan yang paling murah, boleh ambil Celcom Exec 50 + Celcom Broadband mBasic. Bayaran bulanan , hanya RM88 sahaja dan boleh beli Samsung Galaxy Note tersebut pada harga RM1,748….  kiranya, masih lagi murah jika hendak dibandingkan dengan harga jualan di kedai tanpa sebarang data plan iaitu RM2,299.

Sedikit info ulangan untuk ciri-ciri yang terdapat pada Samsung Galaxy note:-

  • Pemprosesan Berkelajuan Tinggi 1.4GHz dual-core processor dengan OS Android 2.3 Gingerbread .
  • Skrin  HD Super AMOLED seluas 5.3”.
  • Disertakan dengan S Pen Stylus untuk memudahkan membuat nota dengan pantas.
  • Dilengkapi kamera belakang 8 Mega-pixel, dan kamera hadapan 2Mega-pixel.
  • Kad memori dalaman sebesar 16GB, dan boleh ditambah dengan kad microSD sebesar 32GB.
Maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Note bersama data plan ini, boleh dilihat di http://www.celcom.com.my/smartphones
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Samsung Galaxy Note Dari Celcom

  1. Saya dah tengok G Note ni kat kedai, rasa terlalu besar untuk dibawa ke sana-sini macam handphone. Kalau utk perempuan sesuailah sebab boleh sumbat dalam handbag.

  2. Sekadar bertanya , sebelum ni saya gunakan blacberry kemudian bertukar kepada Samsung Galxy Note. Masalah saya , macamana saya nak transfer contact data daripada Blacberry ke Samsung galaxy note ? Saya masih menggunakan pakej CELCOM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>