Halamak……. dah tahun 2012 lah!
Rasanya masih berlum terlambat untuk saya ucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada pelawat-pelawat & pembaca-pembaca blog ini.. (Hmm.. ada lagi ke? oh!)
Kali ini, saya tak nak cerita apa-apa pasal “azam”… asal tahun baru je cakap pasal azam.. asal tahun baru je cakap pasal azam.. asal azam je cakap pasal tahun baru..
Masuk tahun baru ini, saya cuba upgrade blog saya ke versi terbaru wordpres (3.3.1) , lepas-lepas upgrade.. ada error pula.. rupa-rupanya, tak compatible dengan themes yang diguna pakai… jadi, terpaksalah guna themes default wordpress nie.. themes “twenty eleven” nama nya… memula rasa macam tak best.. tapi lama-lama.. ok juga! Sebab themes ini adalah responsive design.. tak caya? cuba try kecilkan windows browser ini.. automatik design blog ini akan mengecil dan disesuaikan dengan paparan skin.. jadi ianya lebih mudah dan efektif.. terutama bagi mereka yang melayari blog ini menerusi handphone.
Tahun 2011, saya memang kurang update blog.. jadi nampak seperti saya menyepikan diri dan seolah-olah seperti sudah mahu melenyapkan diri dalam dunia perniagaan internet. Tetapi sebenarnya, tidak!… saya masih lagi aktif menjalankan perniagaan di internet… cuma, saya agak sedikit sibuk dengan jemputan memberi ceramah mengenai perniagaan internet serta menulis buku.
Tambahan lagi, pada tahun 2011 saya lebih banyak berfikir dan melihat sesuatu projek yang ingin dimulakan itu dengan pandangan yang lebih jauh.
Jika dulu, saya cuma fikir.. buat projek, dapat duit.. dan enjoy!….
Tapi sekarang, sebelum nak buat sesuatu projek… lebih banyak yang saya fikirkan… Apakah impak projek tersebut kepada masyarakat?, Adakah ia akan menarik rahmat & berkat dari Allah jika saya melakukannya?, Apakah faedah yang akan saya perolehi hasil dari projek ini selepas saya meninggalkan kehidupan ini?..
Ya!.. saya bukan sahaja fikirkan manfaat yang akan diperolehi di dunia, tetapi juga mula memikirkan tentang manfaat-manfaat yang boleh dibawa untuk bekalan di akhirat kelak.
(Halamak.. bunyi macam dah tua je… macam sedang dalam krisis pertengahan umur je… oh!)
Ho! ho! ho!.. anyway, untuk tahun 2012, sudah pastinya ada beberapa perancangan yang telah saya buat. Semoga ianya dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan…
Insyallah, pada tahun 2012 ini, saya akan mengeluarkan sebuah lagi buku fizikal. Kiranya, ini buku fizikal saya yang kedua selepas buku “Rahsia Blogger” (halamak! abis stok lah pulak buku rahsia blogger nie)..
Apa-apa pun, nantikan kemunculan buku saya yang kedua itu nanti…!!
Amiinnn…… (sudah tukar! tak pakai yosh lagi! oh!)
Anda? Apa pula perancangan anda untuk tahun 2012 ya?