Motivasi, Ebook & Talk..

Alhamdullillah… sudah 2 bulan berlalu untuk tahun 2012. Kini sudah masuk bulan yang ke-3… syukur, diri ini masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk menghirup udara yang segar di dunia ini!

(eh?.. ayat macam ayat ketua editor kat dalam majalah je.. oh!) 

Sepanjang 2 bulan pertama 2012 ini, saya rasa tahap produktiviti saya agak baik, banyak kerja-kerja penting dapat dilakukan sepanjang 2 bulan ini, cuma, pada pertengahan bulan 2, lalu, produktiviti menjadi sedikit slow sebab masalah kesihatan (demam & selsema).

Insyallah.. pada bulan 3 dan seterusnya ini, momentum produktiviti akan cuba di tingkatkan lagi dan lagi..

Satu kata-kata semangat yang sering saya ingat apabila rasa macam malas-malas ialah..

“Usah biarkan hari ini berlalu tanpa saya melakukan apa-apa untuk saya mencapai impian saya”…

Bila ingat-ingat balik kata-kata tu.. pukul 2-3 pagi pun masih bersemangat lagi untuk buat kerja…

Ok! itu serba-sedikit motivasi dari saya… ini saya nak buat promo sedikit.. he he!

—————————————
Ebook Baru @ Klikjer.com
—————————————

Pada penghujung bulan Febuari lalu, satu lagi ebook baru berjaya diterbitkan di Klikjer.com. Ebook tersebut telah ditulis oleh saudara  Alam Anuar. Iaitu penulis ebook “Panduan Dekorasi”, yang pernah diterbitkan oleh pihak klikjer sebelum ini.

Ebook terbaru beliau ini berjudul “Dekorasi Bajet”. Ianya sebuah ebook yang mengandungi 77 tips/teknik, bagaimana mendekorasi rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada atau bahan yang murah-murah sahaja. Teknik simple tetapi mampu membuatkan ruangan kediaman nampak menarik.

Insyallah, pada bulan Mac ini, 2 buah ebook lagi akan diterbitkan oleh pihak Klikjer.com.Kedua-duanya adalah ebook berkaitan “emas”. Jadi, kepada peminat emas… nantikan kemunculan ebook tersebut!

———————————————————————
Talk @ Eilmu Technoprenuer & Innovation Fair
———————————————————————

Saya ada war-warkan sebelum ini mengenai talk ini di entry yang lepas. Alhamdulillah.. ianya berjalan lancar.. terima kasih kepada yang sudi hadir sewaktu sesi talk saya.

Pada hari tersebut, saya hanya berkongsikan sedikit pengalaman bagaimana saya membangunkan forum WangCyber.com. Dimana, pada mulanya, forum wangcyber.com itu diwujudkan hanya sebagai sebuah hobi.. tetapi apabila sampai satu tahap.. “something happen”.. menyebabkan hobi tidak boleh lagi di teruskan sebagai hobi…

Mindset “hobbyman” perlu ditukar kepada mindset “businessman”.. agar perkara tersebut menjadi suatu aset, dan bukannya liabiliti kepada diri.

Satu mesej yang saya cuba sampaikan pada talk tersebut sebenarnya, adalah tentang.. melakukan sesuatu yang kita suka di dalam hidup ini! Insyallah.. kehidupan kita akan lebih menarik & bahagia.

Tetapi.. benarkah? Untuk berjaya di dalam  hidup ini.. kita perlu lakukan perkara yang kita minat & suka?.. Insyallah.. entry seterusnya, saya akan kupas mengenai isu ini!

Sekian dulu papran saya untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi, di hari dan waktu yang sama, di minggu hadapan!..

Amiinn…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Motivasi, Ebook & Talk..

  1. peh lama tak singgah blog shuth
    rupanya dah aktif menulis kembali..
    blog pun dah berubah.. apapun motivasi terbaik…

  2. Macam saya pula, kalau rasa malas…. terus ingat kata-kata semangat ini; ” Perkara yang anda nak lakukan esok, anda lakukan hari ini. Sebaliknya, perkara yang anda nak lakukan hari ini, anda lakukan sekarang !!! ” Moralnya; Jangan kita pandai bercakap jer, tetapi bila suruh buat, malas nak buat…Lu fikirlah sendiri… Yosh!

  3. Tahniah Shuth. Saya bersara kejap dari bidang talk dan jemputan seminar. Nak fokus pada pembangunan produk dan jualan sekejap. Landskap perniagaan internet di Malaysia dan berbeza dan banyak peluang-peluang baru.

  4. Input entry memang cool bro,
    thanks.
    Saya memang suka Blog yang mempunyai Isi kendungan yang relevan dan membina.
    need to have performance kan? haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge