Hi! Nama saya Mohd Suhaimy Abu Bakar, di internet, saya lebih dikenali sebagai “shuth” ( disebut sebagai…shoot). Dan dengan nama tersebut, saya telah menubuhkan sebuah syarikat berasaskan internet (online based company) yang diberi nama Shuth Network Sdn. Bhd.
Saya telah menjalankan perniagaan di internet sejak tahun 2005. Antara perniagaan internet yang saya usahakan adalah seperti:-
- WangCyber.com - ini adalah sebuah website komuniti yang memfokuskan kepada topik “perniagaan internet”. Website ini telah saya bangunkan sejak tahun 2005. Terdapat pelbagai tips, perbincangan serta maklumat-maklumat terkini berkenaan perniagaan di internet di kongsikan di website tersebut.
- Sempoihosting.com - menawarkan perkhidmatan webhosting dan nama domain mampu milik yang khusus kepada masyarakat malaysia. Di sempoihosting, anda yang tentukan berapa harga yang ingin anda bayar.
- Maskahwin.com – ini adalah sebuah website yang menjual buku panduan pengurusan kewangan yang khusus untuk bakal-bakal pengantin. Jika anda nak kahwin, tapi tak tahu macam mana nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan anda.. dapatkan ebook ini.
- RahsiaBlogger.com – ini adalah merupakan website rasmi bagi buku fizikal tulisan saya bersama saudara farid yang berjudul “Rahsia blogger”. Ia adalah sebuah buku panduan yang menceritakan bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan menerusi blog anda. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda atau boleh juga didapati terus secara online di website www.rahsiablogger.com.
- RahsiaKambing.com – sebuah website yang menjual ebook panduan bagaimana memulakan pernternakan kambing. Ebook ini telah ditulis oleh rakan saya , Mohammed Farid Sulaiman, seorang penternak kambing yang berjaya.
- Klikjer.com – ianya merupakan sebuah syarikat penerbitan digital yang mana, menerusi web ini, syarikat saya akan menerbitkan ebook-ebook yang dihasilkan oleh penulis tempatan. Selain itu, website ini juga turut menyediakan sebuah program affiliate berpusat yang membolehkan affiliate-affiliate di Malaysia menjana wang dengan mempromosikan ebook-ebook tersebut.
Selain menjalankan perniagaan di internet, saya juga kerap dijemput untuk memberikan ceramah dan taklimat berkenaan “Perniagaan Internet” anjuran IPT serta pihak swasta. Antaranya, seperti di UIA, Unisel, MSU, Kolej INPENS, Maktab Kerjasama Malaysia, Institut Pembangunan & Pengurusan Johor, Akademi Pembangunan Belia malaysia, Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan sebagainya.
Saya juga pernah muncul di media massa seperti di TV1, TVSelangor, Astro Awani, Harian Metro juga di Majalah Sukses.
Oklah! itulah sahaja, serba sedikit mengenai diri saya…
Diharap anda enjoy dan selalu-selalulah datang ke sini!
Selamat bekenalan! Yosh!







Pingback: Hakikat Sebenar Buat Duit Di Internet | Ibnu Hassim Network | IbnuHassim.com
Pingback: Usahawan Internet Sepenuh Masa? - Majalah IM
Pingback: Ralat Pada Blog « firdauz.net
Pingback: firdauz.net » Mas Kahwin Yang Hilang