Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.
Beberapa hari lepas saya telah diberi peluang untuk menguji sebuah website terbaru yang menyediakan platform jual beli secara online. Iaitu website Apeje.my
Website ini telah di asaskan oleh saudara Ammar Zahar.
Apabila membuka sahaja website tersebut, tetiba je rasa macam tak sabar untuk register, jadi, saya pun register dengan gelojohnya. Proses pendaftaran agak simple dan menarik (menarik sebab ada effect sliding masa isi form.. ho! ho!). Continue reading →
Seorang lelaki duduk di stesen metro di Washington DC dan mula bermain biola, ia adalah sebuah pagi yang dingin pada bulan Januari. Dia bermain enam helai Bach selama kira-kira 45 minit.
Pada waktu itu, keadaan sangat ribuk, dianggarkan seramai 1,100 orang telah melalui stesen tersebut, kebanyakan mereka dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiga minit berlalu, dan seorang lelaki dalam umur pertengahan menyedari ada seorang pemuzik sedang bermain biola. Jadi, dia memperlahankan langkahnya, dan berhenti selama beberapa saat, dan kemudian bergegas untuk memenuhi jadual.
Beberapa minit kemudian, pemain biola tersebut menerima dolarnya yang pertama: seorang wanita telah melemparkan wang ke dalam bekas biola tanpa berhenti, dan terus berjalan.
Beberapa minit kemudian, seseorang lelaki telah bersandar pada dinding untuk mendengarnya, kemudian lelaki itu melihat jam tangannya dan mula berjalan semula. Jelas sekali beliau telah terlambat untuk ke tempat kerja.
Orang yang paling banyak memberikan perhatian, adalah budak lelaki yang berusia 3 tahun. Ibunya yang memegang beliau, tergesa-gesa, tetapi kanak-kanak itu telah berhenti untuk melihat tukang biola. Akhirnya, ibunya terpaksa menarik dengan keras, dan kanak-kanak itu terus berjalan, tetapi memalingkan mukanya sepanjang masa untuk melihat pemain biola tersebut.
Tindakan ini telah diulangi oleh beberapa kanak-kanak yang lain. Semua ibu bapa, tanpa pengecualian, memaksa anak mereka untuk bergerak. Dalam masa 45 minit muzik dimainkan, hanya 6 orang yang berhenti dan tinggal buat sementara waktu. Kira-kira 20 orang memberinya wang, tetapi terus berjalan seperti biasa.
Wang yang berjaya dikumpul, $32. Setelah beliau selesai bermain, suasana menjadi sunyi semula, tiada siapa yang perasan. Tiada siapa yang bertepuk tangan dan tidak ada sebarang pengiktirafan.
Tetapi, tiada siapa yang tahu, pemain biola itu ialah Joshua Bell, salah seorang pemuzik yang paling berbakat di dunia. Dia baru sahaja memainkan salah satu muzik yang paling rumit yang pernah ditulis, menggunakan biola yang bernilai $ 3.5 juta dolar. Dua hari sebelum bermain di stesyen keretapi bawah tanah tersebut. Tiket untuk konsert Joshua Bell di teater Boston yang berharga $100 sekeping telah habis dijual.
Ini adalah cerita sebenar. Joshua Bell telah menyamar dan bermain di stesen metro anjuran Washington Post sebagai sebahagian daripada eksperimen sosial tentang persepsi, rasa, dan keutamaan orang.
Salah satu kesimpulan yang didapati dari pengalaman ini: Jika kita tidak mempunyai masa untuk berhenti dan mendengar salah satu daripada pemuzik terbaik di dunia yang sedang bermain muzik terbaik yang pernah ditulis, kemungkinan, berapa banyakkah perkara-perkara hebat lain yang telah kita terlepas?
Majalah “Malaysian Business” telah mengeluarkan senarai carta 40 orang yang terkaya di Malaysia. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat kedudukan carta tersebut.
Robert Kuok Hock Nien – RM45.7b – KerryGroup/KuokGroup
T Ananda Krishnan – RM43b – Usaha Tegas
Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.6b – Public Bank
Tan Sri Lee Shin Cheng – RM11.4b – IOI Group
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM9.5 – Albukhary Foundation
Tan Sri Quek Leng Chan – RM8.0b – Hong Leong
MalaysiaTan Sri Lim Kok Thay – RM7.58b – Genting Group
Puan Sri Lee Kim Hua - RM6.59b – Genting Group
Tan Sri Tiong Hiew King – RM6.41b – Rimbunan Hijau
Ong Beng Seng – RM492b – Hotel Properties Ltd
Tan Sri Azman Hashim RM3.47b – Arab-Malaysian Corp
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun – RM2.54b – Berjaya Group
Datuk Mokhzani Mahathir – RM194b – Kencana Petroleum
Datuk Lee Yeow Chor – RM1.78b – IOI Group
Tan Sri Tony Fernandes – RM1.77b – AirAsia
Lee Yeow Seng – RM1.75b – IOI Group
Tan Sri Lau Cho Kun – RM1.72b – Hap Seng Consolidated
Tan Sri Yeoh Tiong Lay – RM1.71b – YTL Group
Tan Sri Lee Oi Hian – RM1.59b – Batu Kawan
Datuk Lee Hau Hian – RM1.58b – Batu Kawan
Ops! cuma dapat sampai 20 je, yang selebihnya, kenalah dapatkan majalah tersebut di kedai-kedai berhampiran.
Jadi, apakah pandangan/komen anda mengenai carta ini? Adakah ianya memotivasikan? atau menjengkelkan? atau… “Ada aku keesah”?
1. Nampakya, semua billionaire adalah orang yang berumur lebih dari 50 tahun….
2. Bagi yang masih tidak tahu bagaimana mahu menjadi billionaire… salah satu cara paling popular untuk jadi billionaire, adalah dengan menyenaraikan syarikat anda di bursa saham ( company berhad).
3. Hmm.. Ada ke rakyat Malaysia below 30/40 yang bergelar billioniare? Mungkin saya/anda boleh jadi orang yang pertama?
Setiap kali nak pergi ke mana-mana.. mesti saya akan check dulu lokasi serta jalan ke tempat itu menggunakan google maps. Boleh dikatakan, saya kini penguna tegar google maps. Alhamdulillah.. kini saya jarang sesat untuk pergi ke sesuatu destinasi yang saya tidak pernah pergi.
Cerita pasal sesat nie… pernah suatu ketika dulu, tahun 2001 , masa tu saya baru tamat belajar dan sedang cari kerja. Satu hari, adalah satu syarikat call saya. minta saya datang temuduga… so.. saya pun kata ok je!.. Tapi satu masalah bagi saya.. syarikat tersebut terletak di Petaling Jaya.. dan secara jujurnya, pada waktu itu, saya tidak pernah pergi ke petaling jaya dan tidak tahu langsung, dimanakah lokasi Petaling Jaya.
Tapi disebabkan kesuntukan masa, saya nekad je.. naik motor.. terus merempit ke arah KL, harap-harapnya.. adalah signboard yang tunjuk ke arah Petaling Jaya. Dipendekkan cerita, hampir 4 jam saya di atas motor berpusing-pusing di area KL tu, saya tak jumpa lokasi syarikat tersebut, minyak habis (2 kali berenti isi minyak dan tanya orang), masa terbuang dan lagi menyakitkan, punggung pun rasa macam keras je (cramp) sebab duduk atas moto lama sangat..
Dulu ada seorang pakar motivasi bagi tips. Katanya, kalau kita mahu impian kita tercapai dengan cepat dan pantas, beritahu & war-warkan impian kita itu kepada orang lain. Dengan cara ini, ianya akan menambahkan sedikit tekanan kepada diri kita untuk benar-benar mencapai impian kita itu.. sebabnya.. orang lain dah tahu impian kita itu! Jadi, kalau kita tak buat/capai.. nanti kita akan malu..
Jadi, saya pun cubalah buat seperti yang dinasihatkan… apabila ada idea baru & impian baru.. saya akan bagitahu kat orang lain.. “Saya nak buat itu!”.. “Saya nak buat ini!”..
Tapi, apa yang saya sedar.. dari 10 perkara yang sudah saya katakan tadi.. 9/10 darinya.. saya tidak akan jadi buat…
Tetapi.. beberapa perkara yang tidak saya hebah-hebahkan… yang mana, idea/perkara tersebut hanya saya simpan sahaja di dalam hati/minda.. akan saya usaha untuk buat dan siapkan!
Wah!… nampaknya.. nasihat dari pakar motivasi yang saya dengar sebelum ini.. tidak begitu “sesuai” untuk diri saya…..
Akhirnya…. saya menemui video dibawah!.. ini menguatkan lagi… bahawa, kata-kata pakar motivasi yang sebelum ini.. memaaaaaang tidak “sesuwaaii”…
Enjoy video dibawah…
Lepas ini.. kalau ada idea/impian/perancangan.. jangan cerita kat orang… duduk diam-diam dan buat dulu!.. dah siap! baru cerita….