Author Archive for shuth



13
Aug

Bagaimana mencapai kebebasan kewangan?

Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakkan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut.

Sebelum itu, kita semak dulu, apa maskud bebas kewangan?
Secara ringkasnya, bebas kewangan ialah, apabila.. anda tidak mempunyai hutang, dan pendapatan anda melebihi perbelanjaan anda setiap bulan. Ok that it! Senang je bukan?

Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan!

1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang)

Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, ptptn, rumah, mamak, kawan-kawan, court mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1.  Tuliskan juga, berpakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda.. contohnya,

1) Kad kredit (RM5000)… RM250 sebulan
2) PTPTN (RM21,000)…….RM150 sebulan
3) Kereta (RM70,000)…….RM600 sebulan
4) Rumah (RM180,000)….RM1,200 sebulan
===========================
Jumlah (RM276,000)…….RM 2,200 sebulan
===========================

Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama.. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda.

Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300).. bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda.

Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang ptptn anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda.

Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda.

Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda.

Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun.. pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang!

2) Tambah pendapatan berulang “passive income”  anda.

Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi.

Contohnya, adalah seperti..

  • menulis buku
  • memiliki rumah sewa
  • menulis lagu
  • memiliki website perniagaan internet yang berfungsi secara automatik
  • blog yang menjana pendapatan walaupun tidak diupdate
  • dan sebagainya

Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda.

3) Awasi status kewangan anda setiap masa

Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit).

Percayalah.. dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja! Hey! Ianya bukan teori tau… ianya adalah praktikal.. saya sudah berjaya melakukannya dan ianya hanya mengambil masa 3 tahun, saya pasti anda juga mampu melakukannya! :)

Yosh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

08
Aug

Shuth @ MPH Bookstore.

Sabtu, 9 Ogos 2008 : Saya dan Mohammed Farid akan berada di MPH Bookstore , Midvalley , pada pukul 1.00 - 2.00 petang untuk sesi “Book Talks” buku Rahsia Blogger.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Sesi Book Talks Buku Rahsia Blogger

Tarikh : 9 Ogos 2008

Masa : 1 - 2 petang

Tempat : MPH Bookstore, Midvalley.

Semua pembaca-pembaca blog ini dijemput hadir untuk menyaksikan sesi book talks tersebut. Jumpa anda disana!

Updated!

Gambar sekitar sesi book talks yang berlangsung di MPH midvalley.

Farid cuba menyakinkan pendengar bahawa mereka boleh buat duit dengan blog!

Farid semakin syok dan ghairah berceloteh!

Shuth malu-malu kucing.. mioooowww.. sambil mencakar meja!

Shuth malu-malu kucing.. mioooowww.. sambil mencakar meja!

04
Aug

terima kasih..

Semalam, merupakan satu hari yang bersejarah bagi komuniti wangcyber.com. Setelah 3 tahun beroperasi, akhirnya, semalam, satu majlis perjumpaan ahli komuniti wangcyber secara rasmi, telah berjaya di adakan.

Rata-rata, ramai yang seronok dan gembira dengan perjumpaan semalam.. mana taknya..  selain dapat berjumpa , berteman tapi bermesra dan bernetworking bersama-sama rakan IM, semua yang hadir juga dapat baju WC, car sticker, bag, makan best, dan juga dapat ilmu dan tips yang “power” dari ahli panel forum dan juga dr. irfan sendiri. (Bak kata mastercard, the value is priceless…)

Ya!.. memang saya minta dr irfan kongsi tips, “Bagaimana nak jadi jutawan internet di malaysia.. secara real!”  Jadi, saya kira.. dr irfan sudah pun berikan tips tersebut semalam. Berbahagialah semua dengan ilmu yang dr irfan berikan semalam.  Kalau anda nak dengar lebih banyak tips2 yang hebat dari dr. irfan, mungkin anda boleh datang ke seminar beliau selepas ini (mungkin juga dr. irfan boleh buat seminar perniagaan internet untuk level intermediate & advance lepas nie.. :) ).

Sebenarnya, majlis semalam adalah merupakan pengalaman “pertama kali” saya di dalam mengetuai dan menguruskan sesebuah majlis. selama ini, saya hanya menjadi pembantu sahaja. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan juga kepada saudara Farid (rahsiakambing.com) yang banyk membantu saya di dalam menguruskan majlis ini, bermula dari survey tempat hinggalah kepada menjadi pengacara majlis.

Begitu juga dengan fai yang sudi membantu menjaga booth jualan buku, hasrul yang sudi membantu kerja-kerja persedian pada hari tersebut, catzer (selaku official cameragirl) dan juga awek yang sudi menjaga kaunter pendaftaran (nama & no phone terpaksa dirahsiakan,  kalau nak jumpa awek tu lagi.. boleh datang ke seminar anjuran wangcyber pada masa akan datang.. ho! ho! ho!..)

Sebenarnya, saya rasa sedikit terkilan juga semalam sebab tak sempat nak bergambar (guna camera sendiri) dan berbual-bual panjang dengan semua orang, maklumlah, jadi penganjur, sudah tentunya agak sibuk sedikit.

Bagi yang tak dapat hadir..  tak perlulah menyesal sangat (walaupun sebenarnya anda memang perlu menyesal selama 44 hari.. ho! ho! ho!)… insyallah DVD rakaman majlis gathering ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.. tunggu…