UPDATED @ 12.01am , 1 Nov 2008 : Setbersalin.com SOLD to Mom for RM1820
Update Note:
Saya telah cuba untuk mengumumkan pemenang bid ini pada pukul 12.01 tadi, tetapi saya tidak tahu kenapa, saya sendiri tak boleh nak post di ruangan komen.. asyik keluar error “Sorry, you can only post a new comment once every 15 seconds”.. sampailah sekarang nie pun saya masih tak boleh nak post di ruangan komen. So.. terpaksalah saya tuliskan disini sahaja nampaknya..
Ingin dimaklumkan, Bid telah ditutup pada pukul 12.01a.m 1 Nov 2008 tadi..dan pemenangnya ialah Mom dengan bid RM1820
So.. Tahniah kepada mom..nanti saya akan hubungi Mom di email.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang sudi membuat bidaan untuk jualan website ini… especially yunomi..
Saya terharu dengan minat yang anda tunjukkan terhadap website setbersalin.com ini.
Kepada en. mohd ashri.. saya mohon maaf banyak-banyak kerana tidak dapat menerima bidaan anda disebabkan tempoh bidaan telah tamat. Insyallah, mungkin di lain kali.. terima kasih juga saya ucapkan diatas minat anda terhadap lelongan website setbersalin.com ini.
Sekian..
====
Hari ini, saya mengambil keputusan untuk menjual salah satu website perniagaan saya. Iaitu website www.setbersalin.com. Dibawah adalah maklumat berkenaan website ini.
URL : www.setbersalin.com
Info:
Setbersalin.com telah dilancarkan pada Julai 2007.
Ianya adalah sebuah website yang menjual salah satu produk edaran amway
iaitu “Set Bersalin Tropical Herbs”.
Sebab menjual:
- ingin fokus kepada website perniagaan yang lain.
- Sudah berhenti dari menjadi agen jualan langsung syarikat amway.
Jualan termasuk:
- Domain name & Webhosting
- Website
– Optin page (www.setbersalin.com)
– minisite (www.setbersalin.com/amway2)
- Logo & Graphic (source incl .psd)
- E-zine ( source incl .doc)
- List Opt-in (2000 leads .csv)
- 9 Artikel follow-up autorespond
- Modus Operandi Busines (Bussines System Flowchart)
Yearly Expenses
- Domain & Hosting - RM80 (Expired on 19 April 2009)
Boleh sambung terus di sempoihosting.com atau pindah ke server sendiri.
Monthly Revenue
- RM300 - RM500 dari jualan produk (keuntungan bersih, selepas ditolak kos)
- RM100 - RM300 bonus diterima dari syarikat amway
Traffic & SEO :
- Purata 1000 pelawat unik sebulan
- top keyword @ yahoo : setbersalin , bersalin, set bersalin amway
- Google PR : 1
Potensi :
1) Pembeli boleh mendaftar sebagai agen amway dan menyambung terus jualan di website tersebut.
2) Pembeli boleh mengantikan produk jenama amway tersebut dengan produk jenama lain,
untuk ini, perlukan sedikit pengubahsuaian pada salesletter.
3) List boleh digunakan untuk menjual produk-produk back-end berkaitan ibu & bayi.
Harga Bidaan Bermula : RM1000 (bidaan berakhir sehingga 31 Oct 2008 )
Harga Buy-It-NOW: RM3000
1. Bagi mereka yang berminat untuk membuat bidaan, bolehlah membida dengan meniniggalkan harga bidaan di ruangan komen. Bidaan akan berlangsung sehingga 31 Oct atau sehingga ada orang yang membuat pembelian secara BIN.
2. Bagi yang ingin membeli terus dengan harga “Buy It NOW” (BIN) , boleh menghubungi saya menerusi “contact me”.
3. Sebarang pertanyaan juga boleh dinyatakan di ruangan komen.
Terima kasih.
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.





Latest Comments
mazuki, Richie, zool, Richie, shuth [...]
GADIS SEKSI, mustahing, zool, Saharman, alongovtx [...]
bukaminda, samdaddycool, Noorizam Shah, nal, SyedHafidz [...]
Osman, FaridSulaiman.com, Zan, 1001Cures, KampungBoy [...]
dioh, shah, Mengkarung, ACE NGV, sad [...]