Books

Buat masa ini, saya telah menulis 2 buah buku.

1) Maskahwin Yang Hilang , panduan pengurusan kewangan untuk bakal pengantin

Tajuk : Maskahwin Yang Hilang
Tahun Terbit : 2005
Penerbit : Extreme D Enterprise
Format : Ebook
Harga : RM20

Ini adalah merupakan sebuah ebook yang memberikan tips serta panduan pengurusan kewangan yang betul kepada bakal pengantin. Buku ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga. Terutama bagi mereka yang masih “kekurangan bajet” untuk perkahwinan mereka. Selain dapat membantu pasangan-pasangan kekasih ini mendirikan rumahtangga mereka dengan lebih cepat, ebook ini juga mampu membantu mereka apabila sudah bergelar suami & isteri kelak. Ini kerana, ilmu pengurusan kewangan perlulah di terapkan sejak awal lagi, agar, apabila sudah berumahtangga kelak, mereka dapat mem  membina sebuah rumahtangga yang bahagia dan harmoni tanpa  perlu menghadapi masalah kewangan yang memeritkan, yang seringkali menjadi punca penyebab kepada keretakan dan penceraian rumahtangga.

Ebook ini hanya boleh didapati secara online di www.maskahwin.com

2) Rahsia Blogger , membongkar rahsia buat duit dengan blog!

Tajuk : Rahsia Blogger
Tahun Terbit : 2007
Penerbit : Truewealth Publishing
Format : Buku
Harga : RM29.90

Buku ini pula ialah sebuah buku panduan yang akan menunjukkan kepada anda, bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan menerusi blog anda. Ianya penuh dengan panduan yang praktikal. Bermula dari tutorial bergambar bagaimana membina blog menggunakan blogspot sehinggalah kepada tips-tips bagaimana mempromosikan blog anda dan seterusnya menghasilkan pendapatan.

Buku ini diterbitkan oleh pihak Truewealth Publishing dan boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda, ataupun, boleh juga diperolehi secara online di www.rahsiablogger.com

3) Ebook Produk Fizikal, panduan menjual produk fizikal secara online

Tajuk : Produk Fizikal
Tahun Terbit : 2008
Penerbit :  Wangcyber.com, Extreme D Enterprise
Format : Ebook
Harga : RM37

Ini pula adalah merupakan sebuah ebook yang menghimpunkan pengalaman saya selama 3 tahun menjual barang-barang fizikal di internet  seperti cadar, setbersalin, baju baby, dan bermacam-macam lagi. Terdapat banyak petua dan tips yang saya kongsikan di dalam ebook ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini. Anda boleh dapatkan ia di www.wangcyber.com/PF

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl