Archive for the 'Idea Bisnes' Category



16
Jul

SetBersalin.com , khas untuk ibu mengandung..

Entry ini khas untuk wanita yang sedang hamil sahaja…

Di malaysia, terdapat lebih 10 juta pengguna internet, dan dianggarkan, 49% daripadanya adalah golongan wanita, dan dari jumlah itu pula…. 45%  telahpun berkahwin.

Sedar tak sedar, golongan wanita juga  seringkali membeli barangan secara online. Kepada rakan-rakan lelaki yang bujang, mungkin mereka kurang menyedari tabiat ini, tetapi bagi yang sudah berkahwin.. saya hampir pasti, anda pasti pernah melihat isteri anda membeli barang-barang secara online bukan?  Tudung, minyak wangi, cadar, pakain dalam, gelang, baju dan bermacam-macam lagi produk ke”wanita”an yang sering dibeli oleh golongan wanita gen-x & gen-y pada masa kini secara online.

Makumlah, wanita zaman sekarang pun turut bekerja, jadi, masa untuk pergi bershopping itu agak terhad. Jadi, mungkin ini salah satu sebab mengapa tabiat membeli barangan secara online ini semakin mendapat sambutan dari golongan wanita.

Jika anda kurang percaya, anda boleh lihat sendiri peningkatan trend ini di wanitamelayu.com , adikbijak.com , ummikusayang.com dan tidak kurang juga di maskahwin.com (believe it or not, kebanyakkan pembeli buku tersebut adalah wanita gadis.. ho! ho! ho!) 

Sehubungan itu, projek terbaru saya yang diberi nama SetBersalin.com ini, adalah sebuah website yang memang khusus ditujukan kepada golongan wanita. Atau lebih tepat lagi.. golongan wanita yang sedang hamil. Mungkin ia tiada kaitan dengan anda.. maklumlah, anda mungkin bukanlah seorang wanita.. apatah lagi sedang hamil? (Eh? kan dah cakap, entry ini untuk wanita hamil sahaja..)

Tidak mengapalah.. tetapi, jika ada rakan-rakan, sedara mara atau “bekas makwe” anda yang sedang hamil.. jangan lupa beritahu mereka mengenai website setbersalin.com tersebut.Oh!

Saya minta maaf, buat masa ini, tiada program affiliate ditawarkan untuk website tersebut. Insyallah, jika ada rezeki pada masa hadapan, mungkin saya akan buka juga program affiliate untuk website tersebut.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini walaupun anda bukanlah seorang wanita yang sedang hamil..  (kan dah cakap entry ini untuk wanita hamil sahaja..)

Kepada wanita yang sedang hamil… saya ucapkan.. selemat melahirkan cahaya mata anda, dan selamat kembali kepada bentuk asal anda yang aggun dengan bantuan setbersalin.com

Oh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

04
Jan

Mulakan Dengan Penamatnya..

Selamat Tahun Baru 2007 saya ucapkan kepada semua pembaca blog ghairah ini… saya mohon maaf kerana agak terlewat mengucapkan ucapan tersebut!

Tak mengapalah… yang penting pada tahun baru ini.. kita mulakan dengan semangat baru yang lebih berkobar-kobar.

Bagi posting pertama tahun 2007 ini, saya ingin kongsikan satu tips yang menarik dengan semua pembaca blog ini. Saya tidak pasti.. mungkin ada diantara pembaca blog ini yang telah tahu mengenainya.. tapi tidak mengapalah.. jika dah tahu.. anggaplah sahaja ia sebagai ulangkaji.. bagi yang belum tahu… mungkin tip ini dapat membantu anda di dalam mencapai cita-cita anda.

Tips kali ini….. “Mulakan sesuatu dengan penamatnya”

Yer…. sila baca sekali lagi… “Mulakanlah sesuatu itu dengan penamatnya..”

Arghh.. tak paham….

Takper… saya tulis sekali lagi.. “Mulakanlah sesuatu itu dengan penamatnya.. di dalam minda anda”

Tak paham juga?…. ok teruskan membaca….

“Mulakanlah sesuatu itu.. dengan anda.. membayangkan diminda anda.. bagaimana ia akan berakhir…”

Amacam? Boleh paham?.. Saya bagi contoh….

Ok.. contohnya.. anda merancang ingin membina sesuatu perniagaan…jadi.. bayangkan diminda anda… bagaimanakah rupanya perniagaan anda dipenghujungnya nanti? Bayangkan… bayangkan~~~.. (sambil tangan melambai seperti pengacara rancangan misteri nusantara)

Anda kini mempunyai satu perniagaan yang kukuh. Perniagaan anda disenaraikan di papan utama bursa malaysia. Anda mempunyai beribu-ribu pekerja yang tekun bagi perniagaan anda. Perniagaan anda mempunyai sebuah bangunan 15 tingkat yang tersergam indah. Pada masa ini.. syarikat anda sedang mengendalikan 10 projek yang setiap satunya memberikan pulangan antara RM5-20juta..

Ok.. ok.. mungkin bayangan tersebut terlalu tinggi…. takper.. takper..kita cuba bayangkan yang rendah sedikit.

Anda kini mempunyai sebuah pejabat bagi menjalankan perniagaan anda. Terdapat lebih kurang 5 orang staff yang sungguh berdedikasi menguruskan perniagaan anda.. maklumlah.. perniagaan internet.. sememangnya tidak memerlukan staff yang ramai. Urusan komunikasi anda dengan staff pula banyak dilakukan menerusi internet dan telefon. Jadi.. masa anda banyak dihabiskan di rumah dan di tempat-tempat yang anda gemari… ataupun keluar mencari peluang-peluang perniagaan yang lain. Anda tidak perlu berada di pejabat sepanjang masa. Setiap bulan.. anda akan memberikan ceramah kepada peserta-peserta seminar anjuran syarikat anda.. dan pendapatan anda sebulan.. RM100 ribu..

Ok.. macam mana?.. boleh kan bayangkan?..

Setelah anda selesai membayangkan bagaimana kejayaan yang anda inginkan di akhir projek anda? Kini anda perlu rancangkan apa yang perlu anda lakukan bagi mencapai garisan penamat impian anda itu.

Untuk menyusun perancangan itu pun… mulakan dengan pengakhiran impian anda itu.

Di akhir impian itu.. anda ingin sebuah pejabat perniagaan dengan beberapa staff yang dapat menguruskan perniagaan anda bukan?.. jadi.. anda perlukan sebuah pejabat… bagaimana untuk mendapatkan sebuah pejabat? Anda perlukan modal.. bagaimana nak mendapatkan modal?… Anda perlu simpan duit banyak2 hasil dari perniagaan anda?.. Apa perniagaan anda.. sekian.. sekian.. sekian… adakah perniagaan yang sekian. sekian.. sekian.. ini mencukupi untuk anda menjana modal?… Belum mencukupi… jadi adakah anda perlu tambahkan lagi perniagaan anda? atau tingkatkan lagi hasil dan potensi perniagaan anda?.. Ya!… jadi.. bagaimana? Apa yang perlu anda lakukan?.. Anda perlu lakukan.. begini.. begini.. dan begini..!… Jadi.. macam mana nak mula untuk lakukan “begini”… anda perlu lakukan begitu.. begini dan seterusnya….

Nampak tak?…

Orang yang berjaya.. selalunya sudah mempunyai gambaran yang jelas di minda mereka bagaimana dia akan berjaya. Dengan gambaran tersebut ia akan berusaha untuk mengecapinya..

Sekarang.. mari bayangkan “penamat” bagi semua projek kita untuk tahun ini.. jika anda merancang untuk menulis ebook.. bagaimanakah anda mahu ia ditamatkan?.. adakah anda membayangkan penamatnya pada jualan yang ke 1000? Takkan itu sahaja?.. bagaimana dengan backend produk? adakah anda ada membayangkannya?.. seminar?… video?.. membership site?.. bagaimana dengan pengambilan staff untuk uruskan urusan jual beli produk ebook anda itu?.. produk seterusnya selepas ebook tersebut?…

sudahkah anda membayangkannya?

Jadi.. tips saya kali ini.. bayangkan “penamat” bagi projek/impian anda setinggi mungkin.. kemudian aturkan strategi untuk mencapainya, bermula dari garisan penamat tersebut….

Semoga berjaya! YOSH!

Iklan tak berbayar:
Sertailah cabaran WC di wangcyber.com!! Pelbagai hadiah menarik menanti anda! Cabaran yang pertama sudah pun bermula.. keyword melayu boleh kini menjadi rebutan! Klik disini untuk merebut gelaran melayu boleh!

30
Nov

Info terlampau?… get the “BIG PICTURE”

Salah satu sebab, mengapa ramai yang tidak berjaya memulakan langkah pertama mereka, walaupun telah menghadiri seminar/kursus perniagaan internet serta telah banyak membaca buku serta artikel… adalah disebabkan.. “information overload” atau dalam sebutan ghairahnya.. “info terlampau”.

Ia merupakan, suatu keadaan dimana.. anda menerima begitu banyak maklumat kedalam otak anda pada satu-satu masa.. sehinggakan menyebabkan otak anda menjadi keliru dan tidak dapat menyusun maklumat tersebut dengan tepat dan wajar. (Oh!.. mungkin ini juga salah satu sebab mengapa Allah menurunkan wahyu kepada nabi secara sedikit demi sedikit)

Ada sesetengah pihak menyarankan.. jika anda mengalami masalah ini.. maka anda hendaklah..
1) Pergi bercuti dan tenangkan fikiran… (mana boleh cuti.. kerja tengah banyak giler nie!)
2) Cari mentor untuk memberi tunjuk ajarkepada anda.. (Isabella.. adalah…. oh!.. tunjuk.. ajarku sifuu..)
3) Tengok wayang.. (akula..cicakkKKMANNNN!!!….)
4) Dengar lagu indon.. (aku memang pencinta wanita.. namun ku bukan buaya~~ la.. la.. la..)
5) Pergi jogging… (hish! his! hish!..)
6) Tido… (zzzzz…)
7) Solat tahajud di sepertiga malam dan membaca yassin.. aminnn..

dan macam-macam lagi…

Bagi mereka yang pernah menghadiri mana-mana kursus perniagaan internet.. saya pasti anda pernah mengalami situasi ini. Dimana, sewaktu didalam kursus tersebut.. anda mendapat sungguh banyak ilmu.. bermula daripada ilmu memilih produk, menulis surat jualan, membina website.. hinggalah kepada ilmu mempromosikan website anda. Ditambah lagi dengan ilmu-ilmu sampingan seperti adsense.. affiliate.. blog.. mailing list.. dan sebagainya. Tetapi apabila anda pulang kerumah.. anda mula menjadi pening dan ilmu yang banyak tadi seperti tenggalam timbul di ingatan anda… selepas beberapa hari.. anda akan bertanya.. “Apa aku nak buat untuk cari duit kat internet nie yer?”

Jika anda mengalami masalah tersebut.. satu tips dari saya… pergilah masuk ke dalam jamban… ho! ho! ho!.. ok.. ok.. mungkin anda kurang selesa… tak mengapa.. cuba dapatkan sehelai kertas serta sebatang pen.. dan kemudiannya duduk di satu tempat yang kurang gangguan dan tenang..

Jika anda merasakan berada di taman rekreasi dapat memberikan ketenangan kepada anda.. maka.. pergilah ke taman tersebut..
Jika anda merasakan berada di masjid dapat memberikan ketenangan kepada anda.. maka pergilah duduk di dalam masjid…
Dan jika anda merasakan berada di pusat karaoke itu dapat menenangkan fikiran anda dan otak anda ligat berfikir sewaktu berada di situ.. maka pergilah ke tempat tersebut..

Carilah suatu tempat yang tenang yang mampu membuatkan otak anda berfikir dengan keupayaan yang optimun.. (bagi saya, senang je.. masuk jamban.. sunyi dan tenang… jangan lupa.. dapatkan buku saya yang berjudul “Rahsia Buat duit dalam Jamban” yang akan diterbitkan pada tahun 2048 nanti! ya.. saya perlu memastikan rahsia tersebut betul-betul praktikal sebelum saya menulisnya… Oh!)

So.. apa nak buat di tempat yang tenang dengan sebatang pen dan sehelai kertas…?

Catatkan semua info yang anda tahu, yang kini sedang berselerakan di dalam otak anda.. keluarkannya satu-satu dan catitkannya… jika anda mengalami masalah info terlampau bagi topik “Mencari Duit di Internet”... catitkan kesemua kaedah yang anda tahu bagi mendapatkan duit di internet.. dari adsense, affiliate, jual ebook, blogging, dropship hinggalah ke domain parking. Senaraikannya semua terlebih dahulu..

Kemudian.. dari semua list tersebut.. cuba kategorikannya mengikut kategori ciptaan anda sendiri.. (bukan kategori balada atau pop rock la.. mentang2 tgh musim muzik2 skang nie.. loyar buruk lah kunun..)

Sesetengah orang selesa mengkategorikannya mengikut tahap keupayaan diri.. iaitu antara “susah” & “senang”…
Ada orang suka kategori mengikut “hasil”… yg mana lumayan.. yg mana tak lumayan..
Ada orang suka kategori ikut “masa”.. yg mana “short period” projek.. yg mana “long period” projek..

Terpulang kepada anda…

Untuk persoalan cari duit di internet, saya memilih untuk mengkategorikannya mengikut “model operasi” nya.. hasilnya adalah gambarajah seperti yang anda semua dapat lihat pada entry sebelum ini..

Saya pasti… ramai yang dapat melihat the “BIG PICTURE” tentang dunia mencari duit di internet dengan gambarajah tersebut…. sekaligus.. menyelesaikan masalah “blur-blur” pada otak anda akibat info terlampau…

So.. kesimpulannya… apabila anda mengalami masalah info terlampau… ambil pen dan kertas.. pergi ke tempat yang tenang.. dan lakarkan the BIG PICTURE

YOSH!…

p/s:- Kalo nak tahu.. inilah salah satu cara mudah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah… masalah tu kan duit?