Wah!.. sekejap je dah bulan 12, tak lama lagi, berakhirlah tahun 2009 dan menjelmalah tahun 2010. Pada waktu-waktu begini, saya pasti ramai pembaca-pembaca blog ini yang sedang sibuk menilai prestasi 11 bulan yang lepas dan sibuk merangka strategi-strategi baru untuk tahun 2010.
Tak kisahlah strategi apa pun, strategi bisnes ke?, strategi pelajaran ke? ataupun strategi rumahtangga (tambah bilangan isteri anak mungkin? Oh!). Yang penting, harapannya, hari esok mestilah lebih baik dari hari sebelumnya.
Saya pun, sedang sibuk membuat analisa prestasi untuk tahun 2009, nampaknya banyak perkara yang perlu diperbaiki agar ianya lebih cemerlang pada tahun 2010 kelak.
Berapa income tahun ini?
Ermm… seringkali, soalan itu yang ditanyakan dan seringkali juga, jumlah pendapatan itulah yang akan dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap sesuatu kejayaan. Ianya tidak salah.. malahan itulah perkara yang menjadi ukuran syarikat-syarikat didunia ini.
Cuma bagi saya, sebagai salah seorang “Usahawan Internet” yang lebih menfokuskan kepada “info-produk”. Kejayaan yang sebenar BUKANLAH terletak kepada “berapa RM yang saya jana hasil jualan info-produk saya?..”.. tetapi.. apa yang lebih penting ialah, “berapa RM yang dihasilkan oleh pelanggan-pelanggan saya, untuk diri mereka, setelah membeli & menggunapakai info-produk saya?”.
Memang sejak awal lagi.. saya percaya, untuk lebih berjaya, kita perlu membantu orang lain untuk turut berjaya juga. Continue reading


