Rahsia Duit

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab “Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, ” Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau “.

TIPS: Jika ingin memperolehi duit yang banyak… kita perlulah terlebih dahulu memberi duit kepada orang lain dengan banyak (bersedekah). Jika kita merasa berat untuk memberikan wang RM100 atau RM200 kepada pihak surau atau masjid.. berilah wang tersebut kepada kedua orang tua kita. Insyallah.. mengembirakan hati orang tua itu juga adalah suatu amalan yang mulia dan ia juga boleh dikira sebagai salah satu amalan bersedekah.

Website.. Belajar Buat Sendiri atau Upah Orang? Yang mana lebih baik?

Yaa… tajuk kali ini agak kontroversi sedikit. Bagi yang mempunyai bisnes membuat website.. sudah pastinya mereka mahu post saya kali ini memihak pada mereka… manakala bagi mereka yang mempunyai bajet yang agak kurang.. sudah pastinya mereka mahu post saya ini memberikan cadangan agar mereka belajar membina website sendiri itu lebih baik.

Apa-apa pun.. berikut adalah pandangan dan pendirian saya terhadap isu ini. Terpulang pada anda untuk bersetuju atau tidak.. setiap orang mempunyai pandangan mereka masing-masing. Kalau tak puas hati.. boleh tulis di bahagian komen. Kalau puas hati.. juga boleh tulis di bahagian komen, nyatakan kenapa anda bersetuju dengan pendapat saya. Saya tahu saya agak kacak.. jadi tidak perlulah anda tulis bahawa anda bersetuju dengan saya semata-mata disebabkan kekacakkan saya. (Maaf, saya terpaksa puji diri saya sendiri kerana…tiada seorang pun yang sudi memuji diri saya kacak!… oh! sedihnya.)

Okla… ini pendapat saya tentang isu membina website.

Setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai latar belakang serta keperluan yang berbeza-beza. Kita mungkin suka makan roti canai untuk bersarapan pagi… manakala orang lain pula mungkin suka makan nasi lemak untuk sarapan pagi mereka.

Kita mungkin merasakan sarapan pagi itu sangat penting, tetapi bagi orang lain .. sarapan pagi itu tidaklah penting, malah membazir sahaja bagi mereka. Maklumlah, dah nak dekat hujung bulan nie.. kenalah save bajet sedikit. Ho! ho! ho!..

Apa-apa pun yang pastinya, setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza… keperluan ini pula biasanya disebabkan oleh suasa serta persekitaran sekelilling. Keperluan serta persekitaran seorang “student” sudah pastinya tidak sama dengan seorang “bisnesman”. Jadi.. bagi persoalan diatas, iaitu..

"Yang manakah lebih baik untuk memiliki website? Adakah lebih baik kita belajar dan membuatnya sendiri? atau... upahkan sahaja orang untuk membuatnya?"..

Jawapan saya… ia bergantung pada situasi dan keperluan anda!

Pilihan untuk belajar & membuatnya sendiri adalah baik jika:-

1) Anda mempunyai banyak masa terluang serta gemar meng”explore” benda-benda teknikal dengan duduk di depan komputer berjam-jam lamanya.
Anda mempunyai banyak masa kerana anda tidak perlu menghantar dan mengambil anak anda ke sekolah. Tidak perlu menukar lampin anak. Tidak perlu bangun awal untuk pergi kerja. Tidak perlu ke pasar membeli sayur dan bahan masakan. Tidak perlu mengemas rumah. Tidak perlu membawa keluarga anda berjalan-jalan. Tidak perlu pergi kerja. Tidak perlu memasak. Tidak perlu bersusah payah memikirkan bagaimana mencari duit untuk menyara hidup anda. Serta.. tidak perlu ber”teman-tapi-mesra” dengan pasangan anda.

Oh! siapakah gerangan manusia yang tidak perlu membuat semua itu?…
Mereka ini kebanyakkannya (bukan semua) adalah manusia yang berumur antara 12-23 tahun.. mereka ialah golongan pelajar atau pun penganggur.

TIPS: Jika anda menjalankan bisnes membuat website.. anda mungkin boleh kurangkan tumpuan kepada golongan ini sebagai target market anda.

2) Takde Bajet!
Ho! ho!.. ini biasalah.. kalau dah takde bajet.. mcm mana nak upah orang buat website. Nak tak nak.. kenalah buat sendiri juga.

Manakala, adalah lebih baik anda mengupah orang buat website anda jika:-
1) Anda tidak mempunyai masa.
Anda adalah seorang bisnesman yang berjaya dan agak sibuk menguruskan perniagaan anda. Bagi anda, masa adalah lebih berharga dari emas. Anda merasakan, adalah lebih baik anda membuat aktiviti pemasaran bagi perniagaan anda, daripada duduk di depan komputer menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk belajar dan mencuba membina website anda sendiri. Berbulan-bulan masa anda habiskan… tetapi website yang diingini tidak jadi-jadi juga. Malah, kalau jadi pun, anda akan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan hasilnya.

2) Anda mempunyai target serta deadline yang perlu di ikuti.
Anda perlu memasarkan produk anda secepat mungkin, jika tidak, pendapatan anda mungkin akan terjejas. Jadi, anda tidak mempunyai banyak masa untuk cuba-cuba belajar dan buat website anda.

3) Ho! ho! Anda ada DUIT!..
Anda ada modal.. anda memahami konsep leverage di dalam menjalankan perniagaan anda… anda telah membuat pengiraan tentang ROI serta RISK apabila mengupah orang untuk membuat website anda. Anda memang seorang bisnesman yang hebat.

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai situasi serta keadaan yang berbeza-beza. Jika soalan ini ditanya sewaktu saya menjadi student dulu, saya pasti akan memberikan jawapan “belajar & buat sendiri website itu adalah lebih baik”… kemudiannya saya akan memberikan hujah-hujah dan menyatakan kelebihan-kelebihan yang diperolehi jika membuat website sendiri seperti.. dapat pengalaman… belajar benda baru… nafsu lebih puas sebab dapat lihat hasil kerja sendiri.. dan bla.. bla. bla…

Tetapi, jika ditanya pada masa depan (bila dah kaya la.. amiinn!..).. saya pasti akan berkata.. “lebih baik upahkan orang” kerana.. hasil kerja lebih profesional.. tidak perlu membuang masa dan masa yang ada boleh digunakan untuk membuat aktiviti lain yang lebih penting seperti membuat marketing… ataupun beriktikaf di dalam masjid (cewahh! cewah! tunjuk alim lah kunun..ho! ho!..ho!)

Apa-apa pun.. tidak kiralah sama ada anda ingin belajar dan buat sendiri website anda.. atau pun.. mengupah orang lain untuk membuatnya.. sama-samalah kita berdoa, agar perniagaan internet kita maju dan berjaya! YOSH!!

Kelebihan Menghadiri Seminar…

Pada waktu ini, industri peniagaan internet di Malaysia sedang berkembang pesat dan menjadi semakin meriah. Ramai orang Malaysia sudah mula membuka mata untuk melihat peluang yang begitu luas dan menguntungkan di dalam menjalankan perniagaan di internet ini.

Bagi mereka yang sudah agak lama menceburkan diri di dalam bidang ini, sudah pastinya mereka ini mempunyai banyak pengalaman yang berharga untuk dikongsikan. Disebabkan industri ini masih baru lagi di Malaysia, maka, bahan-bahan rujukan di dalam industri ini masih agak kurang.. yer.. saya tidak nafikan! Kita boleh dapatkan banyak info berkenaan industri ini di internet. Bagi yang mahir berbahasa inggeris.. ia tidak menjadi masalah.. namun, bagi mereka yang kurang mahir… ini adalah merupakan masalah besar bagi mereka. Mereka ini ingin menceburkan diri di dalam bidang ini, tetapi mereka tiada panduan serta tempat untuk dirujuk.

Internet.. amat luas… untuk mencari panduan yang tepat itu sudah satu hal.. kemudiannya, maklumat tersebut kalau boleh mestilah berbahasa melayu… tambah satu lagi masalah.. tidak diketahui sama ada maklumat tersebut bersesuaian atau tidak dengan situasi di Malaysia. Maka, nak tak nak.. anda harus mencubanya sendiri.. try and error.. jadi.. proses pembelajaran anda akan menjadi semakin panjang.

Dengan itu, salah satu cara untuk memendekkan proses pembelajaran anda (learning curve).. ialah dengan menyertai seminar. Di dalam seminar, anda akan dapat mengorek rahsia (ilmu yang belum anda ketahui) daripada pakar-pakar dengan lebih mudah. Bertanyakan soalan-soalan yang menghantui fikiran anda selama ini serta satu lagi manfaat yang ramai orang terlepas pandang.

Iaitu…. “networking”. Inilah masanya untuk anda membina networking anda, mencari kenalan-kenalan baru.. serta mencari peluang-peluang baru di dalam memajukan perniagaan anda.

Jadi.. saya tidak nampak mengapa anda tidak patut menyertai seminar. Oh!. oh!.. ada.. ada.. saya tahu… anda mungkin tidak cukup duit untuk menyertai apa-apa seminar.

Saya tidak pasti sama ada anda sememangnya benar-benar tidak cukup duit atau anda sebenarnya merasakan diri anda akan membazirkan duit sahaja jika menyertai apa-apa seminar.

Jika anda merasakan begitu.. mungkin anda perlu memikirkannya semula sewaktu anda berada di dalam tandas. Hu! hu!.. apa pula kaitannya tandas dengan seminar? Saya tidak pasti.. tetapi saya banyak mendapat ilham sewaktu berada di dalam tandas… mungkin disebabkan suasananya yang sunyi menyebabkan minda saya tenteram untuk memikirkan tentang sesuatu. Tiada bunyi bising, tiada bunyi radio serta tiada bunyi bayi menangis… suasananya sungguh tenang dan tenteram.. hu! hu!..

Adus.. apa yang saya tuliskan ini… sudah sedikit menyimpang nampaknya.

Sebenarnya.. saya hanya ingin berkongsi dengan semua pembaca blog saya tentang seminar-seminar berkaitan perniagaan internet yang akan berlangsung di dalam bulan ini dan bulan depan. Jadi, jika keadaan anda mengizinkan dan berkesempatan, janganlah lepaskan peluang ini.. begitu banyak manfaat yg anda akan dapat hasil daripada menyertai seminar ini. Oh! satu lagi sebelum terlupa… jangan sekali-sekali menganggap yuran yg anda bayar sebagai yuran.. tetapi anggaplah ia sebagai suatu pelaburan. Insyallah anda akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda lagi hasil pelaburan anda di dalam seminar-seminar ini.

Okla.. inilah dia seminar-seminar tersebut.

1)Workshop Jutawan Internet (Asas)
Tarikh : Ahad, 25hb June 2006
Tempat : J.W. Marriott, Kuala Lumpur
Speaker : Irfan Khairi
Yuran : RM760

2) Seminar “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”
Tarikh: Sabtu, 8 Julai 2006
Tempat : Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur
Speaker : Team SaifulSham
Yuran : RM297 – RM497

3) Kelas Adsense & Affiliate Programme
Tarikh : Sabtu, 15 Julai 2006
Tempat : SHRDC, Shah Alam, Selangor
Speaker : Kidino & Shuth
Yuran : RM297

dan satu lagi…. seminar yang amat sesuai untuk mereka yang ingin berkahwin di dalam waktu terdekat ini…

4) Seminar “Mahligai Impian”
Tarikh : 22 Julai 2006 (8.30 pagi – 1.30 tgh)
Tempat : Dewan Melawati, Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor
Yuran : RM75

Untuk seminar yang ini.. manfaat lain yang mungkin anda akan perolehi ialah.. mungkin anda boleh menemui jodoh yang sesuai dengan anda disini. Hu! hu!.. maaf jika seminar ini tidak ada kaitan dengan industri perniagaan internet.

Maaf juga jika entry kali ini agak panjang. Wassalam…. yosh!!

Bagaimana Memperolehi RM1,000,000

Kali ini saya ingin menulis pendek sahaja… sebenarnya terdapat banyak cara untuk mendapatkan RM1 juta didalam hidup kita. Tetapi, saya amat tertarik dengan satu idea berikut.

Ambil RM10 daripada 100,000 orang

Saya tidak mahu fikirkan perkara lain lagi.. kini saya hanya mahu fikirkan “Bagaimana meminta RM10 daripada 100,000 orang”.

Saya perlu bertindak..
Bulan lepas saya telah berjaya meminta RM10 daripada 100 orang… walaupun angka tersebut terlalu kecil.. tetapi sekurang-kurangnya saya telah dapat melihat dan merasakan sendiri keseronokan tersebut.. ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Insyallah.. saya akan terus mencari 99,900 orang lagi dan memberikan perkembangannya dari masa ke semasa di dalam blog ini.. yoshhh…