Archive for the 'Nama Domain' Category

25
Sep

Nama Domain Lebih Dari 1 Perkataan

Buat Masa ini, hampir 8 billion website serta nama domain telah didaftarkan… dan, boleh dikatakan nama domain dot com yang mempunyai satu patah perkataan di dalam bahasa inggeris telah habis dan tidak ada lagi. Begtu juga dengan bahasa melayu, nampaknya semakin sukar untuk membeli nama domain dengan satu perkataan. Hampir semua nama domain satu perkataan telah dibeli.

Jadi, nak tak nak, kita terpaksa mengambil 2 patah perkataan untuk nama domain kita. Contohnya macam WangCyber.com , SempoiHosting.com , BicaraJutawan.com , MohdSuhaimy.com dan sebagainya..

Satu tips untuk anda… jika anda membeli nama domain yang lebih daripada satu perkataan, pastikan anda menggunakan “Title Case” semasa mempromosikan website anda, dimana huruf pertama bagi perkataan tersebut dibesarkan… diulangi. sewaktu mem”PROMOSI”kan.. bukan semasa membeli.. Contohnya, pastikan anda menulis. WangCyber.com dengan huruf “W” dan “C” adalah huruf besar..

Contoh lain..

MohdSuhaimy.com.. lebih mudah dibaca dan diingat daripada mohdsuhaimy.com
IdeaBisnesLuarBiasa.com.. lebih mudah dibaca dan diingat berbanding ideabisnesluarbiasa.com..

Yer.. tips kali ini nampak macam “bodoh” sahaja…
Tapi ketahuilah.. ia sebenrnya memberikan impak yang besar di dalam memudahkan orang membaca serta mengingati alamat website anda..

Salam..

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

16
Sep

Nak transfer domain.. tapi dah expired!

Ramai juga yang bertanya..

“Bolehkah saya memindahkan nama domain saya ke sempoihosting.com… pendaftar nama domain yang saya gunakan sekarang agak mahal. So.. untuk tahun berikutnya nie.. saya ingat nak transfer domain nie. Boleh ke?”

Err… “Nama domain tu masih aktif lagi ke atau sudah expired?”.. tanya saya bagi men”kompem”kan situasi keghairahannya..

“Oh.. rasanya baru je expired 2-3 hari lepas”… jawap mereka

“Oh!.. jikalau begitu.. saya minta maaf… nama domain anda tidak boleh ditransfer..” jawap saya dengan rasa ghairah yang telah turun secara mendadak.. ho! ho!.. ho!

Yer rakan-rakan… untuk pengetahuan rakan-rakan (kepada yang belum tahu)
Nama domain tidak boleh di transfer kepada pihak lain jika nama domain tersebut telah pun “expired” dan tempoh “expired”nya pula belum lagi melebihi 30 hari. Untuk makluman, nama domain yang telah “expired”, akan diletakkan ke dalam tempoh penembusan semula oleh tuannya.. dimana tempoh penembusan adalah selama 30 hari. Jadi.. dalam masa 30 hari itu, nama domain tersebut tidak boleh di transfer atau dibeli oleh sesiapa pun. Ia hanya boleh di”renew” sahaja.

Ini bermakna… jika nama domain anda expired pada hari ini… anda masih mempunyai tempoh sehingga 30 hari untuk memperbaharui nama domain tersebut. Jika anda tidak memperbaharuinya sehinggalah habis tempoh 30 hari tersebut… maka, barulah nama domain tersebut akan dibebaskan dan akan diletakkan semula di pasaran untuk orang ramai membelinya. jadi, jika anda ingin mendapatkannya semula.. maka, anda perlulah membelinya semula seperti mana anda membeli nama domain yang baru.

Jadi.. persoalannya.. bilakah masa yang sesuai untuk kita membuat domain transfer?
Saya cadangkan, 30 hari sebelum nama domain tersebut expired. Ya.. diulangi… 30 hari SEBELUM nama domain tersebut expired… bukannya dalam masa 30 hari selepas ia expired.

Sekian, terima kasih.

Ada sesiapa nak buat domain transfer? ho! ho!.. YOSH!

30
May

Nama Domain < 12 huruf..

Jika anda pernah menyertai newsletter saya di sempoihosting.com, anda pasti telah mengetahui 6 tips memilih nama domain yang baik.

Disini, saya ingin kongsikan 1 lagi tips terbaru mengenai pemilihan nama domain (masih lagi dalam kajian sebenarnya, belum pasti sama ada ianya betul atau tidak). Tetapi, tidak mengapalah, saya ingin juga kongsikan tips “versi beta” tersebut kepada anda.

Tipsnya, jika anda ingin mencari nama domain.. pastikan nama domain anda tidak melebihi 12 huruf.. tidak termasuk huruf selepas dot, iaiatu “com” “net” dan sebagainya

Ya.. 12 huruf… mengapa?

Kerana.. nama domain yang melebihi 12 huruf adalah sukar untuk ditaip. Yer.. walaupun nama domain tersebut senang untuk disebut, tetapi jika ejaannya melebihi 12 huruf.. ia agak sukar untuk ditaip… kebarangkalian anda untuk salah taip adalah besar..

Contohnya…

malaysiainternetbussiness.com -> 25 huruf
businessownerclub.com -> 17 huruf
serampangduamata.com -> 15 huruf

begitu juga dengan sempoihosting.com –>13 huruf , ya.. saya akui kesilapan saya. Diwaktu awal membeli nama domain ini, memang saya agak sukar untuk menaipnya di ruangan URL. Saya sering kali tersalah eja, kadang kala tertinggal huruf “s”.. kadang kala tertinggal huruf “h” dan kadang kala tertinggal huruf “o”..

Saya sebenarnya masih tidak tahu sebab utama mengapa saya sukar untuk menaip perkataan yang melebihi 13 huruf, mungkin ia ada kaitan dengan tahap kemampuan “ingatan jangka pendek” saya.

Baiklah, mari kita cuba..
1) buka new windows
2) Cuba anda taip url ini.. sempoihosting.com
3) Adakah anda dapat menaipnya dengan betul?
4) Bagaimana pula dengan URL ini.. businessownerclub.com

Adakah anda dapat menaipnya dengan betul? Beritahu saya.. :D

p/s:- pernahkah anda mendengar, bahawa, bagi manusia biasa, mereka hanya boleh mengingati 7 nombor secara berurutan. Maksudnya, jika ada satu urutan nombor seperti ini.

0 9 8 7 6 8 5 3 7 8 9 7 6 5 3,

Dan jika anda cuba menghafalnya..

Anda pasti akan cuba menghafal.. 7 digit yang mula, dan kemudiannya, 7 digit yang seterusnya,iaitu..

0987685 dan 3789653

Maklumat lanjut, anda boleh baca disini.. suatu kajian mengenai sains kognitif. Mungkin ini ada kaitan serba sedkit mengapa nama domain anda susah untuk ditaip jika ia melebihi 12 huruf. Ha! ha!