Archive for the 'Pelaburan Internet' Category

07
Aug

Pelaburan halal

Walaupun banyak skim-skim pelaburan internet yang telah berkubur.. tetapi masih ada lagi peminat-peminat fanatik skim tersebut yang masih tidak berpuas hati dan inginkan skim-skim pelaburan tipu tersebut dihidupkan semula dan dihalalkan.

Alasan lapuk mereka.. adalah tidak adil mengharamkan skim pelaburan internet tersebut..  jika ingin haramkan.. maka, semua pelaburan juga perlu diharamkan. Bagi mereka, tidak ada satu pun pelaburan di dalam dunia ini yang halal.. semuanya adalah haram.

Oh!.. Maaf..  tetapi ia sunguh jelas sekali memperlihatkan kebodohan serta kebusukan hati mereka. Orang-orang yang busuk hati seperti ini, selalu beranggapan, jika mereka tidak boleh “membuat duit”… maka semua orang juga tidak boleh membuat duit!…

Sebenarnya… terdapat banyak lagi pelaburan-prlaburan yang halal di dunia ini.. cuma mungkin pelaburan ini tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi dalam sekelip mata,  maka..  ia dianggap sebagai pelaburan yang “menyusahkan”.

Baiklah.. tanpa membuang masa.. saya senaraikan beberapasyarikat  pelaburan halal yang boleh anda sertai jika anda berhajat untuk melaburkan wang anda..

Unit Amanah

1. Public Mutual Berhad - Shariah Based Fund

  • Public Ittikal Fund
  • Public Islamic Equity Fund
  • Public Islamic Opportunities Fund
  • PB Islamic Equity Fund
  • Public Islamic Dividend Fund
  • Public Islamic Ittikal Fund
  • PB Islamic Asia Equity Fund

2.  RHB Unit Trust Management Berhad

  • RHB Islamic Growth Fund

3.  BIMB Unit Trust Management Berhad

  • ASBI Dana Al Mubin
  • ASBI Dana Al-Falah

4.  MAAKL Mutual Berhad

  • MAA Mutual Trust - MAA Mutual Al-Faid
  • MAA Mutual Syariah Index Fund
  • MAAKL Al-Fauzan

5. TA Unit Trust Management Berhad

  • TA Islamic Fund
  • TA Dana OptiMix

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Anda juga boleh melaburkan wang anda di dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia. Terdapat hampir 86%  kaunter  (1023 kaunter) di  Bursa Malaysia yang mempunyai kelulusan syariah.

Perniagaan

Satu lagi cara mudah untuk melaburkan wang anda adalah dengan melaburkannya ke dalam perniagaan. Ini adalah cara yang paling cepat anda boleh gandakan wang anda dan potensi keuntungannya juga tidak terbatas… bukan setakat 10%, 20% atau 300% setahun.. malah.. ia boleh mencecah sehingga beribu-ribu % setahun.

Jadi.. siapa kata tiada pelaburan halal di dunia ini?

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

20
May

Hakikat Buat Duit Di Internet

Selepas saya menulis 2 entry di blog ini berkaitan pelaburan internet. Ada yang memberi komen dan bertanya, “Mengapa saya begitu bersungguh-sungguh hendak menghalang skim-skim pelaburan di internet ini? Adakah kerana saya pernah menjadi mangsa dan kerugian beribu-ribu ringgit? atau semata-mata sebab takut produk saya tak laku?”

Hari ini, saya akan berikan jawapannya…

Pertama sekali… ingin saya maklumkan, saya TIDAK pernah kerugian sesen pun akibat tertipu oleh mana-mana skim pelaburan haram di internet. Bukan ingin bangga diri, tapi itu hakikatnya. ALhamdulilah, berbekalkan sedikit ilmu yang allah kurniakan, saya dapat membezakan dengan jelas yang mana tipu dan yang mana benar. Bukan susah sangat untuk mengetahuinya.. hanya orang yang “kurang ilmu kewangan & tamak” sahaja yang mempercayai skim-skim pelaburan tipu seperti itu.

“Jika anda tidak pernah menyertai mana-mana skim pelaburan? bagaimana anda boleh tahu?”… soal mereka lagi..

Oh! seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, anda tidak perlu membiarkan diri anda di patuk ular untuk mengetahui bahawa di patuk ular itu adalah menyakitkan dan boleh membawa maut.

Tambahan untuk entri kali ini, “Anda tidak perlu masuk ke dalam tong taik untuk mengetahui bahawa di dalam tong itu ada taik! Hanya orang2 “kurang ilmu”  sahaja yang akan berbuat demikian!”

Keduanya, mereka mendakwa, saya menentang pelaburan haram kerana saya takut produk saya tak laku!.

Ho! ho! ho!.. hanya orang-orang yang pernah berbuat sedemikian sahaja yang akan membuat tuduhan seperti itu. Di dalam 2 entry saya berkenaan pelaburan internet sebelum ini, adakah saya mempromotekan apa2 produk saya? Tiada! So.. sorry to say.. that’s not my style lah untuk memburukkan produk org lain semata-mata nak lakukan produk sendiri…  saya menulis & berkata untuk kebenaran!

Ketiganya, ini dia sebab-sebab utama mengapa saya begitu menyampah dengan skim-skim pelaburan internet yang menipu ini.

1) Mereka menipu orang ramai. Mungkin hari ini mereka menipu orang-orang yang anda tidak kenali, tetapi esok lusa, siapa yang tahu? Mungkin saudara-mara anda, pakcik makcik anda, adik beradik anda, atau pun mungkin ibu-bapa anda sendiri yang akan menjadi mangsa mereka? Takkan nak tunggu salah seorang ahli keluarga yang anda sayangi dah terkena baru anda nak menentang? Jadi.. itu adalah sebab pertama mengapa saya cukup menyampah dengan skim-skim pelaburan haram ini.

2) Mereka merosakkan masyarakat. Skim-skim penipuan ini, seringkali menjadikan masyarakat pemalas, maklumlah duduk diam pun dapat duit. Tiada lagi produktiviti yang akan berlaku, orang yg menoreh getah akan mula berhenti menoreh, orang yang berniaga pasar malam, jual semua peralatan-peralatan mereka, orang yang kerja kerajaan dan kerja di pejabat, sibuk & lalai mencari dowline masing-masing kat opis. Itu yang banyak aduan-aduan dari rakyat tidak dapat dilayan dan diproses dengan cepat.

3) Mereka mencemarkan industri perniagaan internet. Perkara ini sudah saya jangkakan, lihat sahaja pada industri MLM kini, habis tercemar teruk dengan skim-skim piramid. Hinggakan, ramai orang yang akan lari lintang pukang apabila terdengar sahaja perkataan MLM. Akibatnya, orang-orang yang menjalankan perniagaan MLM yang tulen pun sudah susah nak cari makan.

Inilah sebenarnya yang menjadi kerisauan saya, jika pelaburan-pelaburan haram ini tidak dibendung, lambat laun, ia akan memusnahkan industri perniagaan internet di Malaysia ini yang baru sahaja ingin bertunas. Kesannya sudah dapat dirasakan serba sedikit pada waktu ini, bila disebut sahaja “perniagaan internet”, ramai masyarakat biasa yang akan beranggapan ianya adalah “pelaburan-pelaburan yang menipu”.

Saya tidak mahu melihat industri perniagaan internet di malaysia menerima nasib yang sama seperti industri MLM.

Kini, ramai yang terkeliru antara “Perniagaan Internet” dengan “Pelaburan Internet”. Masyarakat sudah mula memandang serong terhadap apa-apa sahaja cerita tentang buat duit menerusi internet. Pada mereka, semua yang berkaitan dengan internet hanyalah tipu dan bohong belaka

Oleh itu, untuk membetulkan semula tanggapan tersebut, saya bersama-sama rakan-rakan di wangcyber, telah melancarkan sebuah kempen “Celik Duit Internet”, khusus untuk mendidik masyarakat tentang cara yang sebenar-benarnya, bagaimana hendak membuat duit di internet.

Inilah sahaja antara beberapa usaha yang mampu saya jalankan untuk menjernihkan semula industri perniagan internet di malaysia ini. Diharapkan, anda semua yang membaca blog ini dapat turut sama membantu menjayakan kempen ini..

Sila klik butang kempen di bawah untuk mengetahui hakikat sebenar membuat duit di internet.

Saya benci skim cepat kaya

16
Apr

Pelaburan Internet.. TIPU!!

Sekali lagi saya tergerak untuk menulis tentang pelaburan internet. Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa telah memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama isalam. Dan saya pasti.. penggiat2 skim ini tidak akan serik dan mula mempertikaikan keputusan itu.. namun begitu, suka untuk saya mengingatkan, walau bagaimanapun anda cuba pertikaikan.. belok sana.. masuk kwsp.. belok sini.. masuk cukai… belok kanan masuk kredit kad.. pinjaman rumah.. dan masuklah mana-mana simpang pun.. pelaburan internet tetap HARAM.. dan HARAM adalah HARAM, jika anda cuba mengatakan yang Haram itu Halal.. secara automatiknya.. anda tergolong ke dalam golongan orang2 yang murtad.

Maaf! Mungkin agak tegas.. tetapi itu hakikatnya.. mengHALALkan yang HARAM adalah suatu perbuatan yang syirik dan ia boleh menjadikan seseorang itu menjadi murtad. Dan mengikut hukum islam, orang yang murtad ini layak sahaja di bunuh jika ia engkar untuk bertaubat.

Itu pelaburan internet dari segi hukum islam… saya tidak mahu mengulas lanjut kerana saya bukanlah seorang yang pakar di dalam muamalat islam.. jika ingin mengetahui pandangan pakar muamalat islam tentang pelaburan internet ini.. boleh lawati website Ustaz Zaharuddin

Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini… ialah.. mengenai pembongkaran aktiviti-aktiviti SCAM yang dilakukan oleh pelaburan internet ini. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini… “Terus/Masih Membayar” bukanlah kriteria yang tepat untuk menentukan sama ada sesuatu pelaburan itu benar atau tidak.

Apabila sebut tentang pelaburan.. banyak aspek yang perlu dilihat dan diambilkira! Bukannya hanya dinilai sama ada pelaburan itu boleh “bayar atau tidak?” sahaja. Itu adalah penilaian orang-orang yang kurang bijak.

Ok.. mari kita lihat beberapa sebab mengapa pelaburan internet itu adalah satu penipuan.

1) Tidak mempunyai lesen = TIPU

Sebuah syarikat pelaburan yang sah perlulah mempunyai lesen dan berdaftar dengan mana-manabadan kewangan sesebuah negara. Lebih-lebih jika mereka ingin memungut deposit dari orang ramai untuk tujuan pelaburan. Tidak kiralah jika ia adalah syarikat dari luar negara atau pun luar dunia sekali pun, jika ia berhajat untuk memungut wang-wang deposit dari orang ramai yang berada di Malaysia. Ia perlulah mendapatkan lesen terlebih dahulu.

Aktiviti memungut wang tanpa lesen adalah merupakan satu aktiviti haram (dari segi undang2) dan jelas ia adalah merupakan satu aktiviti penipuan.

2) Pelaburan Luar Pantai, Minyak, Komoditi = TIPU

Ini sebuah lagi penipuan yang dilakukan oleh website pelaburan internet. Di laman web mereka, mereka mendakwa bahawa, mereka melaburkan wang-wang pelabur ke dalam pasaran komoditi, luar pesisir pantai dan sebagainya. Jika benar apa yang mereka dakwa, mana laporan kewangan tahunan pelaburan tersebut?… surprise!! Takde pun!

3) Pulangan Tetap 300% = TIPU

Fuyoooooohh! Satu penipuan terhebat di abad ini. Warren Buffet, seorang pelabur terhebat didunia pun hanya mampu memberikan pulangan wang sebanyak 34% setahun bagi pelaburannya, inikan pula.. entah sape2 yang langsung tidak dikenali boleh berikan pulangan wang 300% setahun?Kat mana dia laburkan duit itu yer? Offshore? Warren Buffet pun ada buat Offshore Investment.. tapi takde pun dapat sampai 300% setahun?… Oh! saya tahu… duit itu sebenarnya tidak dilabur kemana-mana pun.. duit itu hanya dipusing-pusingkan, duit dari orang bawah dibahagikan kepada orang atas.. alaa.. macam yang charles ponzi & pak man telo pernah buat dulu tu.. skim cepat kaya yang tipu-tipu tu..

4) Syarikat Pelaburan berpusat di US, Switzerland, Iran, Hongkong dan mana-mana negaralah, asalkan bukan Malaysia = TIPU

Hampir semua pelaburan haram internet ini adalah di dalangi oleh orang2 malaysia sendiri. Jadi, sebab itulah skim-skim pelaburan ini hanya popular di malaysia. Orang-orang luar negara tidak tahupun tentang skim pelaburan tersebut. Bukti bahawa hanya orang malaysia sahaja yang tahu mengenai skim pelaburan ini boleh kita lihat dari jumlah carian pelaburan tersebut di internet melalui google.

Swisscah Tipu

Anda boleh lihat… hanya orang2 dari malaysia sahaja yang sibuk mencari maklumat berkenaan pelaburan haram tersebut. Orang Switzerland & US tidak tahu menahu langsung tentang pelaburan itu.

Jadi, jelas disini, pelaburan internet itu hanyalah satu “SCAM” dan bukannya sebuah pelaburan yang betul. Dan apabila ia bukan sebuah pelaburan.. maka prinsip.. “Hanya labur apa yang anda mampu untuk hilang” dan kata-kata ” Setiap pelaburan mempunyai risiko” tidak langsung boleh digunapakai.

Sebabnya? Ia bukannya pelaburan.. tetapi hanyalah sebuah penipuan!

Jauh bezanya tu.. cuba eja dan sebut PELABURAN & PENIPUAN.. kan jauh beza tu.. :)

P/s:- apa-apa pun, islam dah bagitau, pelaburan yang memberikan keuntungan tetap adalah haram… sebab ia sememangnya tak wujud.. jika ada.. ia hanyalah satu penipuan!