Seringkali saya mendengar alasan… daripada orang-orang yang hendak mula menceburkan diri di dalam perniagaan internet mengatakan mereka teramat sibuk dengan kerja pekerjaan tetap mereka. Balik rumah sudah letih… tak boleh nak duduk depan komputer lagi. Hujung minggu pula, sibuk untuk melayan keluarga dan membawa keluarga keluar bersiar-siar. Jadi, memang takde masa nak buat website ke atau nak tulis ebook ke atau nak buat apa-apa yang berkaitan untuk memulakan perniagaan internet. Tak sempat la.. takde masa..
Biasa dengar tak masalah macam nie?! Mungkin anda pun pernah mengalami masalah ini. Saya pun sendiri mengalami masalah ini. Terasa seperti diri ini terlalu sibuk sangat. Pada mulanya, saya menyangkakan… mungkin saya kekurangan ilmu di dalam “menguruskan kerja dan waktu”… jadi.. seperti biasa.. saya pun mencari dan membaca buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut, iaitu ilmu pengurusan masa. So.. adalah 2-3 buku saya dah baca mengenai pengurusan masa ini.
Hasilnya?… saya masih lagi merasakan diri saya tidak cukup masa.
Kemudian, saya bertanya kepada rakan-rakan IM yang lain..   konon-kononnya, nak korek skitlah rahsia mereka, macam mana mereka  menguruskan waktu?
Tetapi, you know what?
Mereka pun semua sibuk tak cukup masa macam saya!! Oh!
Akhirnya.. saya cuba untuk menerima hakikat.. rupa-rupanya, masalah sibuk kerja & tiada masa ini bukanlah masalah saya seorang.. tapi semua orang menghadapi masalah yang sama. Jadi.. saya pun mula menganggap.. ia adalah “normal”. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Walaupun fikiran saya cuba mengatakan perkara ini adalah masalah biasa, tetapi hati saya seperti tidak dapat menerimanya.
Maka, terjadilah perselisihan pendapat di antara “si tanduk dua” dengan “si cincin bulat” di dalam diri saya.
Si tanduk dua kata, “Ala.. biasalah nie.. semua orang pun tak cukup masa, tak perlu nak risau apa!”
Si cincin bulat pula kata.. “Tidak! Sebenarnya,  kau masih belum menjumpai punca yang sebenar kepada masalah ini. Sekaligus menyebabkan kau tidak dapat mengatasinya. Jangan putus asa, cari lagi sampai jumpa punca masalah tersebut.”
Tips 1 Perenggan: Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita haruslah terlebih dahulu mencari & mengenalpasti terlebih dahulu punca permasalahan tersebut. Jika anda merasakan anda sudah tahu apa punca masalah tersebut, dan kemudian membetulkannya, tetapi didapati masalah tersebut masih belum selesai, itu bermakna, punca tadi adalah salah. Sila cari punca yang lain.
Jadi, saya terus mencari dan mencari…  akhirnya.. saya dah dapat beberapa perkara yang mungkin menjadi punca dan penyebab mengapa saya selalu tidak cukup masa untuk menyiapkan dan melancarkan projek perniagaan internet saya yang baru.
Antaranya…
1) Tidak fokus… yer… saya sebenarnya telah merancang beberapa projek untuk dijalankan pada tahun ini. Tetapi, seringkali fokus saya terganggu disebabkan  kehadiran “peluang-peluang”  baru yang nampak mengiurkan. Akibatnya, saya seringkali hilang fokus dan semua projek yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan.
Solusinya? Saya akan abaikan dulu semua email2 promo yang masuk ke dalam mailbox saya. Tidak perlu risau tentang akan terlepas peluang, peluang boleh dicipta.
 2)  Tidak penting.. salah satu sebab mengapa saya suka menanguh-nanguhkan projek yang saya rancang dan lebih mementingkan benda lain seperti berehat, lepak-lepak tengok TV,  chat, bekerja lebih masa dan sebagainya. Sebab saya tidak meletakkan kepentingan projek peniagaan internet saya sebagai perkara yang paling penting dan utama. Yer.. jika anda rasakan anda terlalu sibuk dengan kerja pejabat anda sehingga sanggup bekerja lebih masa hingga ke malam, jelas sekali, anda merasakan projek perniagaan internet anda adalah sesuatu yang tidak penting, bagi anda kerja anda adalah lebih penting. Sebab itulah anda selalu mengadu, terlalu sibuk dengan kerja anda. Cuba anda letakkan “projek perniagaan internet” anda lebih penting dan utama daripada ”kerja-kerja pejabat anda”.  Saya pasti, sesibuk mana pun anda, anda akan cuba  mencuri-curi masa untuk membuat projek perniagaan internet anda.
Solusinya? Saya mestilah mementingkan dan mengutamakan perniagaan internet saya dari perkara lain. Anggaplah.. sesuatu yang buruk akan berlaku jika saya tidak berjaya menyiapkan projek perniagaan internet saya. Yer!.. Sesuatu yang amat-amat buruk dan mengerikan.. seperti saya akan mati kelaparan..  kereta saya ditarik dan rumah saya akan dilelong. Seriously.. manusia biasanya tidak akan berusaha jika mereka berada di dalam keadaan yang selesa (”comfort zone” ialah kunci kepada perasaan malas & kehidupan yang “biasa-biasa” sahaja)
Ada beberapa lagi punca yang saya rasakan mengapa saya sentiasa sibuk dan tiada masa untuk memulakan “projek peniagaan internet” saya yang baru, tapi macam yang ramzwatcher cakap. Saya memang suka cerita dari “A” sampai “K” sahaja…
YOSH!.. dah gi sambung buat projek perniagaan internet anda.
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




Latest Comments
mazuki, Richie, zool, Richie, shuth [...]
GADIS SEKSI, mustahing, zool, Saharman, alongovtx [...]
bukaminda, samdaddycool, Noorizam Shah, nal, SyedHafidz [...]
Osman, FaridSulaiman.com, Zan, 1001Cures, KampungBoy [...]
dioh, shah, Mengkarung, ACE NGV, sad [...]