Sibuk Kerja & Tiada Masa…

Seringkali saya mendengar alasan… daripada orang-orang yang hendak mula menceburkan diri di dalam perniagaan internet mengatakan mereka teramat sibuk dengan kerja pekerjaan tetap mereka. Balik rumah sudah letih… tak boleh nak duduk depan komputer lagi. Hujung minggu pula, sibuk untuk melayan keluarga dan membawa keluarga keluar bersiar-siar. Jadi, memang takde masa nak buat website ke atau nak tulis ebook ke atau nak buat apa-apa yang berkaitan  untuk memulakan perniagaan internet. Tak sempat la.. takde masa..

Biasa dengar tak masalah macam nie?! Mungkin anda pun pernah mengalami masalah ini. Saya pun sendiri mengalami masalah ini. Terasa seperti diri ini terlalu sibuk sangat. Pada mulanya, saya menyangkakan… mungkin saya kekurangan ilmu di dalam “menguruskan kerja dan waktu”… jadi.. seperti biasa.. saya pun mencari dan membaca buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut, iaitu ilmu pengurusan masa. So.. adalah 2-3 buku saya dah baca mengenai pengurusan masa ini.

Hasilnya?… saya masih lagi merasakan diri saya tidak cukup masa.

Kemudian, saya bertanya kepada rakan-rakan IM yang lain..   konon-kononnya, nak korek skitlah rahsia mereka, macam mana mereka  menguruskan waktu?

Tetapi, you know what?

Mereka pun semua sibuk tak cukup masa macam saya!! Oh!

Akhirnya.. saya cuba untuk menerima hakikat.. rupa-rupanya, masalah sibuk kerja & tiada masa ini bukanlah masalah saya seorang.. tapi semua orang menghadapi masalah yang sama. Jadi.. saya pun mula menganggap.. ia adalah “normal”. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Walaupun fikiran saya cuba mengatakan perkara ini adalah masalah biasa, tetapi hati saya seperti tidak dapat menerimanya.

Maka, terjadilah perselisihan  pendapat di antara “si tanduk dua” dengan “si cincin bulat” di dalam diri saya.

Si tanduk dua kata, “Ala.. biasalah nie.. semua orang pun tak cukup masa, tak perlu nak risau apa!”

Si cincin bulat pula kata.. “Tidak! Sebenarnya,  kau masih belum menjumpai punca yang sebenar kepada masalah ini. Sekaligus menyebabkan kau tidak dapat mengatasinya. Jangan putus asa, cari lagi sampai jumpa punca masalah tersebut.”

Tips 1 Perenggan: Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita haruslah terlebih dahulu mencari & mengenalpasti terlebih dahulu punca permasalahan tersebut. Jika anda merasakan anda sudah tahu apa punca masalah tersebut, dan kemudian membetulkannya, tetapi didapati masalah tersebut masih belum selesai, itu bermakna, punca tadi adalah salah. Sila cari punca yang lain.

Jadi, saya terus mencari dan mencari…  akhirnya.. saya dah dapat beberapa perkara yang mungkin menjadi punca dan penyebab mengapa saya selalu tidak cukup masa untuk menyiapkan dan melancarkan projek perniagaan internet saya yang baru.

Antaranya…

1) Tidak fokus… yer… saya sebenarnya telah merancang beberapa projek untuk dijalankan pada tahun ini. Tetapi, seringkali fokus saya terganggu disebabkan  kehadiran “peluang-peluang”  baru yang nampak mengiurkan. Akibatnya, saya seringkali hilang fokus dan semua projek yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan.

Solusinya? Saya akan abaikan dulu semua email2 promo yang masuk ke dalam mailbox saya. Tidak perlu risau tentang akan terlepas peluang, peluang boleh dicipta.

 2)  Tidak penting.. salah satu sebab mengapa saya suka menanguh-nanguhkan projek yang saya rancang dan lebih mementingkan benda lain seperti berehat, lepak-lepak tengok TV,  chat, bekerja lebih masa dan sebagainya. Sebab saya tidak meletakkan kepentingan projek peniagaan internet saya sebagai perkara yang paling penting dan utama. Yer.. jika anda rasakan anda terlalu sibuk dengan kerja pejabat anda sehingga sanggup bekerja lebih masa hingga ke malam, jelas sekali, anda merasakan projek perniagaan internet anda adalah sesuatu yang tidak penting, bagi anda kerja anda adalah lebih penting. Sebab itulah anda selalu mengadu, terlalu sibuk dengan kerja anda. Cuba anda letakkan “projek perniagaan internet” anda lebih penting dan utama daripada ”kerja-kerja pejabat anda”.  Saya pasti, sesibuk mana pun anda, anda akan cuba  mencuri-curi masa untuk membuat projek perniagaan internet anda.

Solusinya? Saya mestilah mementingkan dan mengutamakan perniagaan internet saya dari perkara lain.  Anggaplah.. sesuatu yang buruk akan berlaku jika saya tidak berjaya menyiapkan projek perniagaan internet saya. Yer!.. Sesuatu yang amat-amat buruk dan mengerikan.. seperti saya akan mati kelaparan..  kereta saya ditarik dan rumah saya akan dilelong. Seriously.. manusia biasanya tidak akan berusaha jika mereka berada di dalam keadaan yang selesa (“comfort zone” ialah kunci kepada perasaan malas & kehidupan yang “biasa-biasa” sahaja)

Ada beberapa lagi punca yang saya rasakan mengapa saya sentiasa sibuk dan tiada masa untuk memulakan “projek peniagaan internet” saya yang baru, tapi macam yang ramzwatcher cakap. Saya memang suka cerita dari “A” sampai “K” sahaja… :D

YOSH!.. dah gi sambung buat projek perniagaan internet anda.

Kunci Kekayaan Di Internet

Sewaktu saya mula-mula ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan internet. Saya menyangkakan, untuk berjaya di dalam dunia perniagaan internet. Kita perlulah handal dan pandai membuat website yang cantik!

Maka, belajarlah saya tentang dunia pembangunan web, bermula dari asas pengaturcaraan, sehinggalah kepada rekabentuk grafik dan multimedia untuk web. Banyak software pembangunan website serta bahasa pengaturcaraan website berjaya saya kuasai, seperti flash, photoshop, dreamweaver, css, xhtml, asp, php, javascript, SQL dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia pembangunan laman web.

Hasilnya, saya berjaya membangunakn website yang cantik, menarik , tertarik dan mendapat pujian dari ramai pelawat (yg terdiri dari rakan-rakan sepejabat dan sekelas). Dari segi “duit”? Satu sen pun tak masyuk….

Selepas kegagalan itu.. saya cuba menyelidik apa kekurangan website saya, nak kata tak cantik, dah lawa giler dah website saya nie.. siap ada animasi flash lagi. Oh!.. mungkin website saya tidak cukup “content” /maklumat yang menerangkan dengan lebih terperinci tentang perkhidmatan yang saya tawarkan (masa tu saya buat servis web design).

Jadi.. saya pun buat website baru dan kini, saya meletakkan portfolio, serta maklumat mengenai perkhidmatan saya dengan lebih terperinci lagi. Setelah siap, saya pun dengan senyuman panjang lebar mengupload website saya yang baru itu dan menghebahkannya kepada rakan-rakan di YM dan forum. Seperti biasa… saya berjaya mendapat pujian yang berbakul-bakul banyaknya mengatakan website saya sangat cantik pada masa itu. Itulah sahaja yang mampu saya perolehi.. pujian yang sudah pastinya tidak boleh ditukarkan dengan apa-apa barang makanan atau pakaian atau apa-apa keperluan hidup. Arghh! Saya mahu DUIT! bukannya pujian.

Kemudian, selepas itu, saya berfikir panjang… mungkin disebabkan perkhidmatan web design sudah terlalu kompetetif, sebab itulah servis saya tidak laku. Jadi, saya bertukar pula kepada bentuk produk. Sedang baik pula, saya diperkenalkan oleh abang ipar saya tentang satu produk MLM yang sungguh menakjubkan dan boleh menyembuhkan segala macam jenis penyakit. “Ah ha!.. bagus juga kalau aku jual ubat nie secara online”.. kata saya sekuat-kuatnya menggunakan microphone yang terdapat di surau.. di dalam hati.

Kini saya mempunyai produk yang hebat + website yang cantik dan menarik di internet. Pasti saya akan jadi kaya.. ho! ho! ho!.. saya ketawa sambil melompot-melompat di atas katil berspring… di dalam hati.

Setelah setahun berlalu… saya berjaya menjual.. 3 botol ubat ajaib tersebut secara online dengan keuntungan setiap botol.. bernilai RM1.50.

It s*�% man….  saya menangis sambil menghempaskan diri di atas katil dan memukul-mukul bantal dengan kedua-dua belah tangan… di dalam hati.

Setelah itu, saya berhenti sebentar dari membuat apa-apa projek baru, saya buat study dan buat research selama 6 bulan sepenuh masa secara sendiri, menggunakan kemahiran mencari maklumat yng saya pelajari sewaktu di universiti dulu. Saya baca banyak artikel serta ebook tentang cara-cara berniaga di internet. Setiap hari saya akan membaca antara 5-10 artikel mengenai dunia perniagaan internet. Pada masa tu buku dr. irfan khairi tak keluar lagi dan tiada blog2 bahasa melayu yang menulis tentang dunia perniagaan internet seperti sekarang. Semua bahan rujukan adalah di dalam bahasa inggeris.

Setelah 6 bulan membuat study. Saya pun merancang satu projek  baru… hasil dari research dan study yang telah saya lakukan. Saya dapati, produk yang paling laris, sebenarnya ialah produk yang dapat menyelesaikan masalah orang.

Dipendekkan cerita, saya hasilkan sebuah website yang diberi nama “sempoihosting.com”, sebuah website yang menyediakan perkhidmatan webhosting secara timbang kati. Menyelesaikan masalah yang sering dialami oleh banyak freelancer dan orang-orang yang baru hendak berjinak memilki website di internet. (Freelancer biasanya memerlukan ruangan web yang kecil sahaja untuk meletakkan website pelanggan mereka, manakala orang2 baru yang nak memiliki website pula, mereka ini agak gementar untuk mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli domain dan hosting bagi website mereka.)

Oleh itu, di sempoihosting, saya menyediakan produk yang dapat menyelesaikan masalah orang + website yang agak simple dan menarik + autoresponder untuk memujuk mendidik bakal pelanggan. Alhamdulilah, usaha saya berhasil… sudah setahun setengah sempoihosting berjalan.. dan kini ia mempunyai pelanggan seramai seribu lebih orang dan telah memberikan pulangan keuntungan sebanyak.. RMXX,XXX setahun.

Kuiz pantas!.. Apakah yang menjadi kunci kejayaan saya?

Website menarik?
Produk yang bagus yang dapat menyelesaikan masalah orang?
atau.. Sistem autoresponder dengan kandungan yang baik?

Kuiz Tamat! Saya berikan jawapanya kepada anda….

Jawapannya yang sebenar….

ialah…

ILMU!

Saya hanya berjaya setelah  saya berhenti seketika… IQRA’, belajar dan bertindak. Oh! Saya tahu, mungkin sudah ada yang bosan mendengar nasihat yang sama berulang-ulang. Tapi… itulah hakikat sebenarnya, dalam al-quran pun dah kata, tidak sama kedudukan antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Jadi, tuntutlah ilmu banyak-banyak dan rajin-rajinkanlah membaca… dibawah ini, ada satu report mini  yang saya rasa amat berbaloi untuk dibaca oleh semua orang yang ingin berjaya di internet. Downloadlah dan bacalah… PERCUMA sahaja.. tidak perlu bayar apa2. Klik sahaja pada banner kat bawah nie…

Rahsia Kekayaan Di Internet

Viral Marketing… konon!

Kali ini, saya akan cerita mengenai topik “perniagaan internet” pula… iaitu tentang teknik viral marketing…

Viral marketing sememangnya suatu teknik marketing yang hebat, tetapi jika tidak dilakukan dengan BETUL dan TERANCANG , ia hanya akan mengecewakan dan tidak berkesan.

Salah satu prinsip di dalam konsep viral marketing ialah “Memberikan sesuatu yang berharga kepada orang ramai, secara PERCUMA”.

Terus terang saya katakan, saya pernah melakukan teknik ini, dan hasilnya, saya GAGAL.

Harapannya, dengan memberikan sesuatu yang percuma kepada orang ramai, maka, orang ramai akan menyebarkannya kepada orang lain.. dan orang lain itu pula.. akan sebarkannya pula kepada orang lain yang lain.. orang yang lain yang lain pula.. akan sebarkan pula kepada orang yang lain yang lain yang lain… dan orang yang lain yang lain yang lain… ok.. ok… cukuplah tu.. pening den nak membacanya.

Hakikatnya?… apabila saya berikan barang PERCUMA itu kepada orang ramai.. orang ramai TIDAK menyebarkannya kepada orang lain. Kesudahannya, virus yang saya cuba cipta, tidak menjadi (Viral marketing adalah satu teknik marketing yang diilhamkan daripada kaedah penyebaran virus )

Alhamdulilah!.. saya BELAJAR dari kesilapan ini!.. (Pengalaman & Kegagalan adalah guru yang terbaik)

Satu persoalan yang timbul daripada keGAGALan itu… Mengapa orang tidak menforwardkan “produk percuma” saya? Mengapa? Mengapa? Mengapaaa!!? (Sambil menghempaskan diri di atas katil dan memukul-mukul bantal.. oh!)

Kemudian, Saya bangun dan masuk ke dalam tandas…
Blink! Satu persoalan timbul, apakah sebenarnya yang membuatkan orang berasa “ghairah” untuk menforwardkan “sesuatu” kepada orang lain?

Setelah berfikir beberapa ketika di tempat yang sunyi tersebut.. saya dapat beberapa jawapan.. dan jawapannya… ia bukanlah disebabkan “sesuatu” itu PERCUMA!! ataupun disebabkan, betapa manfaatnya sesuatu produk percuma itu.

Tetapi, orang LEBIH berminat untuk menforwardkan “sesuatu” itu.. (sesuatu itu contohnya adalah seperti powerpoint slide, video, ebook, mini report, senarai semak, kalendar, ezine… dan sebagainya).. hanya jika mereka mendapat manfaat apabila mem”forward”kannya, dan bukannya manfaat yang diperolehi secara langsung dari produk PERCUMA tersebut!

Antara contoh manfaat yang men”ghairah”kan untuk seseorang menforwardkan sesuatu ialah..

Manfaat #1 : Pahala.
Yer! Itu adalah salah satu sebabnya… sebab itulah kita dapat lihat ramai betul orang yang suka forward2 email yang mengandungi tazkirah.

Manfaat #2 : Lebih Banyak Freebies
Jika anda katakan kepada orang ramai.. bahawa mereka akan mendapat lebih banyak template percuma, atau fail audio, atau apa2 sahaja produk lain secara PERCUMA!! dengan syarat mereka menforwardkan terlebih dahulu produk percuma anda yang pertama itu. Ke”ghairah”an mereka untuk mengisi email forward akan bertambah!

Contoh aplikasi..

Gobala dengan 100percentsmalaysian.com
Kidino dengan DIYminisite.com (masa version 1.0 dulu lah)
Wangcyber dengan WCezine #1 (dulu lah)

Manfaat #3: DUIT!

Ho! ho!.. inilah alat peningkat “ghairah” yang paling berkesan. Lihat sahaja bagaimana Scott Boulch melakukannya dengan ebook percumanya “The Death Of Google Adsense” dan Mike Filsame dengan “The Death Of Internet Marketing”nya.

Keghairahan orang untuk menyuruh orang lain turut mendownload ebook free tersebut memancut-mancut meluap-luap.

Jadi.. satu pengajaran yang saya dapat disini…. jika anda ada menulis ebook! Dan ingin memberikannya secara percuma kepada orang ramai untuk tujuan viral marketing!

Rancang dengan teliti strategi viral marketing anda.

Yosh!

Rahsia Meletakkan Harga!

Apabila tiba bab meletakkan harga pada produk… ada satu perdebatan klasik tentangnya. Iaitu, sama ada meletakkan harga murah? atau harga mahal?

Harga murah => senang di jual => banyak untung!
Harga mahal => tak perlu jual banyak => untung lebih kurang sama atau lebih tinggi berbanding  ”produk yang sama tetapi diletakkan dengan harga murah!”

Bagi yang suka “letak harga murah” pada produk mereka..
Mereka berpendapat..
1) Lagi murah.. lagi banyak boleh jual..
2) Orang takkan berfikir panjang bila hendak membeli produk yang murah..

Bagi yang suka “letak harga tinggi” pada produk mereka..
Mereka berpendapat..
1) Harga melambangkan “kualiti”.. disebabkan produk saya amat berkualiti.. maka saya perlu letakkan harga yang tinggi pada produk saya.
2) Saya tak kisah jika tidak ramai orang yang membeli produk saya.. saya hanya perlukan orang yang betul2 berminat sahaja membeli produk saya, dan ini, sekaligus akan menjadikan mereka lebih menghargai produk saya.

Bagi saya… kedua-keduanya.. tidak salah… letak harga murah ke.. harga mahal ke.. masing-masing mempunyai kekuatan, kelemahan serta alasan yang tersendiri.

Namun begitu, kini, pihak-pihak yang menyokong produk harga murah  mempunyai sebab yang lebih kukuh dan banyak, mengapa mereka harus meletakkan harga yang murah kepada produk mereka. Salah satu sebab yang menarik, orang biasanya tidak akan ada banyak rungutan kepada produk yang berharga murah… “Murah beb!.. standard lah kalau kureeng sikit”

Ada banyak lagi sebab yang menarik tentang “meletakkan harga murah pada produk”. Apakah sebab-sebab yang menarik tersebut? Anda boleh ketahuinya dengan membaca report “$7 Dollar Secret yang ditulis oleh Jonathan Leger”. Saya kira, ini adalah report yang WAJIB dibaca oleh semua internet marketer malaysia yang ingin menjual info produk. Oh! Maaf… report ini berharga USD7.. bukan free yer!

Bagi saya!… jika ditanya, yang manakah menjadi pilihan hati saya jika ingin meletakkan harga pada produk saya? Adakah harga murah? atau harga mahal?

Saya akan pilih… DUA-DUA!..

Aik? Dua-dua? Macam mana tu? Tak paham la…

Mudah sahaja! Lihat bagaimana saudara irwan danhill melakukannya di smswang.com!

Satu lagi contoh… lihat sempoihosting.com… anda rasa.. harga hosting disitu mahal atau murah? (Anda perlukan, kertas, pen, kalkulator serta suasana yang tenang dan sunyi untuk mendapatkan jawapannya! ho! ho! ho!)

Kesimpulannya.. tidak mustahil untuk anda meletakkan harga yang mahal dan murah secara serentak pada produk anda. Apa yang anda perlu miliki, ialah sedikit ke”kretifan”.

Yosh!

Bakat.. perlu atau tidak?

Jika anda ingin menjadi penyanyi.. anda perlukan bakat.
Jika anda ingin menjadi pelukis….. anda perlukan bakat.
Jika anda ingin menjadi pemain bola sepak yang terhandal.. anda juga perlukan bakat.
Jika anda ingin menjadi pelakon yng hebat… lagilah bakat itu menjadi penting..

Bagaimana jika anda ingin menjadi ahli perniaagan internet yang berjaya? Adakah bakat juga diperlukan?

Saya ingin mendengar pendapat anda… sila nyatakan pendapat anda di ruangan komen.