M-Money , duit dalam handphone!

Pejam celik-pejam-celik, rupa-rupanya, sudah 8 tahun saya menggunakan Hotlink (maxis). Fuh!.. lama jugak tu, itulah satu-satunya nombor handphone saya sejak dulu sampai sekarang.  Setia beb!

Sekarang nie, maxis telah memperkenalkan satu produk baru untuk pengguna-pengguna maxis, tak tahulah baru ke lama, tapi saya baru tahu dan perasan produk ini minggu lalu.. so kira barulah pada saya. Oh!. Iaitu M-Money!

M-Money nie lebih kurang macam mobile-wallet , cara gunanya.. (1) Buka akaun free dengan hantar sms (2) masukan duit dalam akaun M-Money tersebut, (3) mula membeli barang dengan hanya hantar sms je untuk membayar

Idea ini nampak macam “coool”.. tapi dari segi “practicality”, masih banyak persoalan yang timbul dan perkara yang perlu diperbaiki. Buat masa ini, hanya 5 pihak sahaja yang menerima kaedah bayaran menggunakan M-Money ini, iaitu.. TGV ( Beli Tiket), Lelong, Maxis (Beli Top-up) ,  Domino Pizza dan MOL.

Fuh!.. Memang masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mewujudkan “trend” pembelian menerusi SMS ini.

Antara usaha yang menarik yang dilakukan oleh Maxis, adalah dengan membuat kerjasama dengan website Lelong. Dimana, pihak Lelong telah bersetuju mewujudkan satu ruangan khas bagi pengguna-pengguna maxis membida barang-barang jualan menggunakan M-Money ini. Ke semua barang tersebut, dijual(taja) oleh maxis dan kebanyakkan barang-barang yang ditawarkan, agak “coool”. Anda boleh lihat sendiri di http://www.lelong.com.my/Auc/MAXIS/

Mereka yang ingin membida barangan-barangan tersebut pula, perlu mengakses halaman bidaan itu menggunakan perkhidmatan WAP Maxis (saya dah cuba untuk bid guna streamyx, takleh beb!), dan apabila menang, mereka perlu membayar menggunakan M-Money ini.

Fuh! satu strategi marketing yang sangat hebat dan unik pada pandangan saya.

(1) Ia menggalakan pengguna maxis menggunakan WAP dan M-Money (sekaligus memupuk budaya pembelian menerusi sms)
(2) Kos tajaan barang dapat dikurangkan, sebab pengguna masih perlu bid dan beli barang tersebut (kalau maxis sponsor bulat2.. mesti sangat tinggi kos yang mereka perlu keluarkan.)

Diringkaskan cerita, saya telah mencuba “kempen kerjasama antara maxis-lelong” ini. Setiap hari khamis, produk-produk baru akan di senaraikan dan dibuka untuk “bidding” selama seminggu. Pada minggu lepas, salah satu produk yang ditawarkan, adalah PS3, dan produk tersebut telah berjaya membuatkan saya berasa teruja dan berasa ghairah! ho! ho! ho!… lebih-lebih lagi apabila telah membaca review dan kehebatan PS3 di beberapa web http://asia.playstation.com/my/en memang melekat la! Oh!

Tanpa membuang masa, saya pun mengaktifkan akaun M-money untuk nombor hotlink saya. Prosesnya agak mudah, hanya perlu hantar dalam 5 SMS dan ianya selesai.

Dipendekkan cerita lagi, berbekalkan teknik “LOA & The Secret” yang baru dipelajari 2 hari lepas, akhirnya, saya berjaya memenangi bid tersebut. Oh!

Kemudian, langkah seterusnya, adalah membuat bayaran. Nasib baik, Maxis juga menyediakan kemudahan top-up menerusi Maybank2u. So, dengan senang hatinya, saya pun cubalah men”top-up” akaun M-Money saya di web maxis.

Malang tidak berbau, wang top-up sebanyak RM1325 telah berjaya di tolak dari akaun maybank2u saya tetapi, diakhir proses, saya dibawa ke page “Transaksi Anda Tidak Berjaya” di website maxis.. erk? apa kes?

Saya check akaun M-Money saya.. memang tiada wang dikreditkan ke dalam akaun M-Money saya.
Check di Maybank2u pula, sejumlah RM1325 telah dipotong… Fuh! sedikit cemas dan suspen…

Kemudian, saya try pula call Maxis Centre.. layanan yang diberi agak baik, tetapi yang melecehkan, saya perlu pergi ke Maxis Centre yang terdekat untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Tetapi, alhamdulilah.. sekali lagi saya cuba menggunakan teknik “LOA & The Secret”.. selepas 5 minit saya meletekkan telefon, saya menerima SMS Notifikasi mengatakan wang top-up tadi telah dikreditkan ke akaun M-Money saya.. Fuh!.. lega!… tak perlu susah-susah nak ke Maxis Centre.

So.. dipendekkan lagi cerita.. saya berjaya membayar menggunakan M-Money dan insyallah minggu depan dah boleh start main PS3 (walaupun pada hakikatnya, saya bukanlah seorang kaki games! Oh!).

Kesimpulannya..

“Nak berlagaklah tu.. beli PS3 pun nak cite kat blog!”… Errk?.. taklah! Saya just nak cite pasal pengalaman saya membeli guna SMS je. Takkan nak cite pengalaman beli condom pula? (err..itu mungkin lain kali kot?). Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya..

(1) Membeli barang di Lelong sebenarnya dapat menjimatkan banyak wang anda, ini kerana barang-barang yang ditawarkan selalunya lebih murah dari di kedai. Jadi, amat rugilah jika anda tidak memiliki akaun di lelong dan tidak pernah membeli barang di lelong. Saya sendiri kerap membeli barang di lelong dan boleh dikatakan, saya telah berjaya menjimatkan wang sebanyak RM3k pada tahun ini dengan hanya membeli barang di lelong. TV LCD, handphone, usb modem, dan PS3 adalah antara barang2 yang saya beli di lelong pada tahun ini.

(2) Jika anda menghadapi masalah apabila membeli barang di internet, jangan malu-malu untuk call pemilik website tersebut. Sebab itu adalah penting untuk anda memastikan ada no phone yang disediakan di website penjual produk. Elakkan membeli produk dari website yang tidak meletakkan maklumat yang mencukupi untuk dihubungi.

(4) Jika anda ingin membuat JV, seboleh-bolehnya dapatkan nama-nama brand yang besar, contohnya, Maxis – Lelong – Maybank , fuh! memang semua syarikat itu mempunyai “% pasaran” yang paling besar dalam niche masing-masing.

(3) Buku berkaitan kuasa minda seperti “Law Of Attraction” dan “The Secret” adalah buku yang menarik untuk dibaca pada abad ini. Saya rasa, semua orang yang berjaya mempunyai “ilmu” yang terdapat di dalam buku tersebut dan telah mengaplikasikannya, sama ada secara sedar atau tidak. Jadi, jangan ketinggalan membaca buku tersebut.

Sekian, untuk kali ini… YOSH!..

Akan datang saya nak cerita pasal penggunaan LOA menerusi Twitter pula!
Wah! dah jadi blog pasal LOA pula blog saya nie?

P/s:- Untuk mencapai kejayaan! segala-galanya bermula dari memiliki minda (mind setting) yang betul. Oleh itu, ilmu “pengurusan minda” adalah satu lagi cabang ilmu yang menarik yang saya rasa saya perlu kuasai selain dari “ilmu kekayaan (ilmu pengurusan kewangan, perniagaan dan pelaburan)“.

be proactive..

Di dalam buku “Secret of Self Made Millionaires” tulisan Adam Khoo , ada menyatakan, salah satu sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang jutawan adalah sikap “proactive”. Ia bermaksud, mengambil langkah awal ataupun bertindak terlebih dahulu.

Contoh paling mudah.. jika anda sedang duduk menunggu bas dan ternampak seorang awek cun.. anda perlulah menegur dan menjadi pihak pertama yang memulakan conversation bersama awek itu.. “Hai! sorang je?.. dah kahwin ke belum? uweeerkkk!..

Bukannya .. menunggu dan berharap awek itu berjalan di depan anda dan terseliuh.. kemudian, anda dengan machonya, akan cuba membantu. Berhentilah berharap…

Itu contoh dalam dunia percintaan.. mungkin boleh dipraktikan oleh mereka yang masih single. Untuk contoh dalam dunia perniagaan pula..

Jika anda menerima miss call sewaktu anda sedang sibuk dan tidak sempat menjawapnya. Anda perlulah telefon semula nombor “miss call” tersebut secepat mungkin. Bertanyakan, siapakah disana dan apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka?  Mungkin ianya seorang “orang kaya” yang ingin menjadi pelanggan anda dan memberikan anda projek berjuta. Itu, sesuatu yang proaktif..

Tetapi, jika anda hanya menunggu dan berharap orang tersebut menelefon anda semula. Itu adalah suatu sikap yang tidak proaktif.

Begitu juga halnya jika anda menghadiri sesebuah seminar, perjumpaan, perhimpunan atau pun gathering. Anda boleh sahaja duduk di suatu sudut dan menunggu sesiapa di majlis tersebut datang kepada anda (tidak proaktif).. ataupun, anda boleh bergerak, menegur dan memulakan conversation dengan semua orang yang berada di majlis tersebut (proaktif).

Dengan cara itu,anda akan memperolehi lebih banyak kawan dan network kelak. Di dalam perniagaan.. network adalah salah satu komponen yang penting.. lebih besar network, lebih mudah untuk anda berjaya.. saya pasti anda sedar akan hakikat itu.

Yosh!

macam mana nak jadi jutawan?

Masa kecik-kecik dulu, sewaktu di sekolah rendah, apabila cikgu tanya.. “Apa cita-cita awak?”,  saya akan cakap.. “Saya nak jadi polis!”.  Kawan-kawan saya pula, ada yang nak jadi cikgu, bomba, askar, doktor dan macam-macam lah.. yang nak jadi komunis pun ada. Ha! ha!

Sewaktu di sekolah menengah pula. Selepas peperiksaan PMR , pihak sekolah ada mengadakan minggu kerjaya.  Pada minggu tersebut, beberapa pihak dijemput untuk membuat pameran dan taklimat di sekolah. Antaranya adalah seperti  polis, askar, bomba, jururawat, pegawai bank dan ramai lagi.

Bagi mereka yang berminat nak jadi bomba, boleh jumpa pakcik-pakcik bomba yang ada pada hari itu untuk bertanyakan sebarang soalan. Manakala yang nak jadi polis pula, boleh jumpa dengan En. polis dan
bertanyakan bermacam-macam soalan mengenai polis.

Macam mana nak jadi polis?
Susah ke tak jadi polis?
Apa kelulusan yang perlu ada untuk jadi polis?
Berapa gaji polis sebulan?
Best tak tangkap orang jahat?
dan berbagai-bagai lagi soalan..

Memang seronok pada waktu itu, banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi hasil “menemuramah” En. polis tersebut. En. Polis tu pun jenis layan baaaeeekk punya!

Itu kisah sewaktu di zaman persekolahan…

Apabila sudah meningkat dewasa… seiring dengan perkembangan ilmu di minda, ditambah lagi dengan pengaruh-pengaruh persekitaran. Cita-cita  yang ada di dalam diri sewaktu kecil dulu sudah berubah. Jika dulu nak jadi polis, kini, cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang usahawan jutawan yang berjaya.

Tidak seperti di alam persekolahan dulu, pihak sekolah akan berusaha menemukan kita dengan pihak yang telah terlibat dengan sesuatu pekerjaan yang kita cita-citakan. Tapi sekarang, kita perlu cari sendiri orang-orang tersebut.

Masalah bagi saya… dimana saya nak mencari usahawan-usahawan jutawan yang telah berjaya untuk saya berbual dan bertanyakan soalan-soalan tentang “Bagaimana hendak menjadi jutawan?”.

Kebanyakkan jutawan adalah sibuk, dan masalah yang paling besar.. siapa pula saya ntuk bertemu mereka dan bertanyakan soalan? Rasa seperti tiada harapan untuk saya bertemu, bertanyakan soalan dan mengorek rahsia dan pengalaman-pengalaman mereka tentang, bagaimana hendak menjadi jutawan.

Baru-baru ini, Dr. Irfan Khairi (jutawan internet malaysia), telah mengeluarkan produk terbaru beliau. Iaitu sebuah ebook yang berjudul “Mentor Jutawan”.

Ianya adalah sebuah ebook yang memuatkan temubual antara beliau dengan jutawan-jutawan di Malaysia seperti:-

  • Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
  • Azizi Ali, Jurulatih jutawan & Jutawan Hartanah
  • Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
  • Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  • Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
  • Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura

Wow! Saya kira..  Ini suatu produk yang hebat!  Jadi, saya terus sahaja mendapatkan ebook tersebut. Selepas membaca beberapa temuramah..

Pergh! Memang best!… soalan-soalan yang ditanyakan di dalam temubual tersebut, sama seperti soalan-soalan yang ada di fikiran saya. Itulah soalan-soalan yang ingin saya tanyakan jika berpeluang untuk berjumpa dengan semua jutawan-jutawan tersebut.

Macam mana nak jadi jutawan?
Apa halangan-halangan yang ditempuhi?
Apa pengorbanan yang perlu dilakukan?
Bagaimana menguruskan wang untuk jadi jutawan?
dan berbagai lagi soalan menarik, beserta jawapan menarik diberikan oleh jutawan-jutawan sebenar ini  didalam ebook tersebut.

Bagi saya, ianya adalah satu produk yang TEPAT!
Bukankah…
kalau kita nak jadi doktor.. kita kenalah tanya doktor…
kalau nak jadi polis… kenalah tanya polis macam mana nak jadi polis..
kalau nak jadi askar.. kenalah tanya askar.. barulah kita dapat ilmu yang tepat & pengalaman yang sebenar..

Bukankah itu yang sebaiknya?

Begitu juga jika kita ingin jadi jutawan.. kenalah tanya pada mereka yang sudah bergelar jutawan.. jangan pula tanya pada rakan sepejabat atau bos anda yang “masih” belum menjadi jutawan.. takut-takut nanti, ilmu & pengalaman yang diperolehi itu kurang tepat pula.

Jadi, bagi anda yang ingin menjadi jutawan! Saya sarankan anda mendapatkan ebook “Mentor Jutawan” ini.

Memang berbaloi! Klik Disini Untuk Mendapatkan Ebook Mentor Jutawan tersebut!

i’m out of the race

Hari ini hidup saya sedikit berbeza. Tiada lagi suasana kelam-kabut bersiap di pagi hari untuk bergegas ke pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, tapi saya masih lagi duduk di depan komputer dengan kain pelekat di rumah dan menulis blog ini. Oh!..

Semalam, secara rasminya, saya telah terkeluar dari “perlumbaan tikus” (rat race) setelah hampir 6 tahun menyertainya. Hari ini saya akan memulakan kehidupan baru sebagai seorang IM sepenuh masa. Nampaknya, azam saya  yang ke-14 bagi tahun 2008 sudah tercapai. Yeah! (sambil mengangkat tangan dan membuat simbol peace!)

Terima kasih kepada kawan-kawan di NIOSH yang sudi membuat sedikit “Farewell Party” semalam. Semoga kalian semua terus happy & success selalu!

22 August 2008 : Farewell Party @ NIOSH

22 Julai 2008 : Farewell Party @ NIOSH

Zemanta Pixie

3 sikap un-jutawan

Selain daripada ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga peluang… "sikap (attitude)" juga adalah merupakan salah satu faktor yang paling penting di dalam menentukan kejayaan anda. Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal dan mengubah sikap anda agar ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anda.

Jika hendak diceritakan tentang sikap-sikap baik yang perlu ada untuk membolehkan anda menjadi jutawan.. sudah pastilah ia terlalu banyak. Dari sikap suka berfikiran positif, baik hati, mesra, rendah diri, jujur, gigih, ikhlas hinggalah kepada sikap suka tolong-menolong.Memang terlalu banyak untuk disenaraikan…

Tapi pada kali ini, saya ingin bercerita tentang 3 sikap negatif yang perlu anda elak dan buang jauh-jauh dari dalam diri anda jika anda ingin menjadi jutawan. Jika anda berjaya mengikiskan 3 sikap ini dalam diri anda, insyallah.. jalan untuk anda menjadi jutawan, akan semakin mudah.

Apakah 3 sikap buruk yang perlu dikikis dan dibuang tersebut?

1) Menyalahkan Orang lain

Perkara ini saya sudah nyatakan pada entri saya sebelum ini. Sikap yang hanya suka menyalahkan orang lain tidak akan membawa diri kita kemana-mana. Dengan menyalahkan orang lain.. bermaksud, kita enggan untuk meng"hasabah" diri, jesteru, ia akan menyebabkan kita tidak akan dapat melihat segala kekurangan diri dan memperbaikinya. Apabila tidak memperbaiki diri.. maka, susahlah nak jadi jutawan.

Oleh itu, sentiasa "take 100% responsibility" diatas segala hasil dan akibat yang anda terima dari usaha anda. Jika ia berjaya.. ia adalah disebabkan anda.. dan jika ia gagal.. ia juga adalah disebabkan anda.

 

2) Komplen tak sudah-sudah

Ini satu lagi sikap yang perlu anda hindarkan di dalam diri anda.  Jangan terlalu mudah merungut dan membuat komplen. Membuat komplen menunjukkan fkiran anda sedang menumpu kepada "masalah".. dan ini akan menyebabkan hidup anda lebih tertekan. Untuk berjaya, fikiran dan fokus kita perlulah lebih kepada "penyelesaian masalah" dan bukannya kepada "masalah" tersebut.

Mungkin ada yang kurang faham.. tak mengapa.. saya bagi contoh.

Contohnya.. anda kini sedang berada di lapangan terbang dan ingin menaiki pesawat dalam masa 30 minit lagi. Tiba-tiba, satu pengumuman dibuat yang menyatakan penerbangan anda terpaksa ditunda sehingga 3 jam.

Bagi orang yang bersikap "un-jutawan" dan suka komplen… mereka akan mula..

  • memikirkan masalah baru yang akan muncul akibat kelewatan penerbangan tersebut
  • mereka akan fikirkan tentang meeting mereka yang akan terlepas
  • mereka akan fikirkan projek yang cuba mereka dapatkan akan terlepas
  • mereka akan fikirkan kesan buruk yang akan menimpa syarikat mereka akibat terlepas projek tersebut
  • mereka akan fikirkan syarikat mereka terpaksa membuang pekerja
  • mereka akan fikirkan pekerja-pekerja mereka memberontak
  • mereka akan fikirkan syarikat mereka kena saman dan terpaksa ditutup
  • mereka fikirkan mereka akan bangkrap
  • mereka akan fikirkan kekecewaan serta kesusahan hidup yang mereka akan hadapi

Akhirnya.. mereka mengambil keputusan untuk membuat komplen kepada syarikat penerbangan dan minta ganti rugi kepada keseluruhan kerugian yang akan mereka alami di dalam hidup mereka.

Lihat.. itu contoh orang yang suka menumpukan fikiran mereka kepada masalah. Mereka akan fikirkan apakah masalah seterusnya yang akan mereka hadapi disebabkan masalah yang mereka hadapi sekarang.. mereka hanya akan fikirkan masalah.. masalah.. masalah.. dan masalah..

Berbeza dengan orang tidak suka membuat komplen, pemikiran mereka lebih fokus kepada "bagaimana hendak menyelesaikan masalah" tersebut… fikiran mereka dengan pantas akan mula mencari-cari kaedah penyelesaian yang terbaik yang boleh mereka lakukan.

Mereka akan mula mencari-cari option yang lain seperti, menaiki bas? kereta? LRT? komuter? feri? teksi?  helikopter? dan sebagainya..  yang penting mereka akan berusaha sendiri dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.. dan bukannya hanya menunggu. melihat.. dan kemudian membuat komplen.

Jadi.. berhenti membuat komplen. Ia hanya akan membuatkan diri berasa tertekan dan terus berada di dalam situasi yang lemah dan tidak berdaya.

 

3 ) Membuat alasan.. untuk menyedapkan hati

Anda mesti pernah dengar orang kata..

"Ala.. kekayaan itu tak penting! Tak kaya pun tak kisah!"..

Orang yang berkata begini memang confirm tidak akan jadi kaya. Cuba anda tukarkan perkataan "kekayaan" itu kepada keluarga ataupun "sahabat"..

Ia akan berbunyi.. "Alaa.. keluarga itu tidak penting! Tak ada keluarga pun tak kisah!"..

Eee.. teruk bukan bunyinya? Jika anda berkata begitu, sudah pastinya keluarga anda akan menjauhi anda.. begitu juga jika anda mengatakan "sahabat itu tidak penting".. sudah pastinya sahabat-sahabat anda juga akan mula menjauhi anda. Sebab anda tidak tahu menghargai mereka dan menganggap mereka tidak penting di dalam hidup anda. Jadi, mengapa mereka perlu menghampiri anda?

Begitulah juga dengan kekayaan.. jika anda rasa kekayaan itu tidak penting.. maka.. sudah pastinya kekayaan itu akan menjauhi diri anda. Sebab itu saya kata..  orang yang berkata begitu, confirm takkan kaya!.

Ada juga sesetengah orang suka mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian dan segala-galanya..".. betul ke?

Memang betul! Setiap benda perlu digunakan pada tempatnya yang betul.. begitu juga wang.. anda perlu menggunakan ia pada tempat yang betul bersesuaian dengan fungsinya. Wang memang tidak boleh membeli kebahagian tetapi ia boleh membeli rumah yang besar, keta yang besar, perabot yang cantik dan sebagainya untuk membina kehidupan yang bahagia.

Begitu juga dengan cinta & kebahagian.. anda rasa anda boleh beli makanan, minuman, pakaian dan rumah hanya dengan cinta?.. Cubalah ambil makanan di kedai dan kemudian cium makcik gerai tu sebagai tanda anda membayar makanan anda dengan cinta & kasih sayang. Ho! ho! ho! Boleh jadi anda kena pelangkung dengan tong gas nanti..

Jadi.. bagi saya, alasan yang mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian.." hanyalah alasan untuk menyedapkan hati dan memaksa diri untuk tidak bergerak dari zon selesa… yang akhirnya.. membuatkan diri kita hanya "begitu-gitu" sahaja disitu.

 

Akhir kata, jika anda ingin menjadi jutawan @ orang yang berjaya.. anda perlulah kikis dan buang jauh-jauh 3 sikap buruk yang saya nyatakan diatas. Berhenti menyalahkan orang lain, berhenti merungut dan berhenti membuat alasan. Fikirkan perkara yang positif dan usahakan… insyallah cita-cita & impian anda akan tercapai!

Yosh!