Pinjaman Pelaburan Emas.. Untung atau Rugi?

Ada yang bertanya saya, adakah untung jika kita membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas?

Ianya bergantung kepada 2 faktor. Hanya 2 faktor inilah yang akan menentukan sama ada anda akan RUGI atau UNTUNG apabila membuat pinjaman untuk melabur dalam emas ( atau  apa-apa pelaburan yang lain).

Ianya..

1. Kadar Interest Pinjaman

2. Kadar peratusan keuntungan pelaburan anda.

Ini kerana, untuk mengetahui sama ada anda untung atau rugi… formulanya adalah..

Kadar peratusan Keuntungan Pelaburan – Kadar Interest Pinjaman = Untung / (Rugi)

Contohnya….
Anda membuat pinjaman dengan kadar interest sebanyak 7% setahun.
Selepas setahun, pelaburan emas yang anda lakukan memberikan pulangan kenaikan sebanyak 15% (setelah ditolak spread).

Bermakna,  15% – 7% = 8%… ya anda akan memperolehi keuntungan 8%

Nampak mudah bukan? Tapi realitinya… bukan semudah itu…

Disini, saya ingin berkongsikan dengan anda realiti tentang membuat pinjaman untuk pelaburan..

Continue reading

Mengapa Rakyat Malaysia Muflis?

Apabila bercerita tentang isu muflis, ianya sering dikaitkan dengan penggunaan kad kredit dan aktiviti berbelanja yang melampau. Apakah benar dakwaan ini?

Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh jabatan insolvensi pada tahun 2010 (tahun 2011 takde lagi).

  •  24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
  • 11.78% disebabkan pinjaman perumahan
  • 10.93% disebakan pinjaman perniagaan
  • 5.5% disebabkan kad kredit
Dapat dilihat dengan jelas disitu, ramai yang muflis/bangkrap adalah disebabkan hutang kenderaan.. dan bukannya kad kredit. Jadi, saya kurang faham, mengapa isu kad kredit seringkali diperbesar-besarkan apabila bercerita tentang muflis.
Mungkin disebabkan kenderaan dan rumah adalah merupakan keperluan asas, dan sememangnya, tiada cara lain lagi untuk memilikinya kecuali dengan berhutang, maka perkara itu bolehlah di”skip”kan…  tidak boleh diperbesarkan, takut nanti terkena batang hidung sendiri.
Tapi hakikatnya, itulah.. itulah perkara yang seringkali menjadikan seseorang itu terperangkap di dalam hutang hinggakan menjadi punca penyebab seseorang itu  menjadi muflis.

Dari perspektif individu..

Saya BUKANlah mahu mengatakan bahawa, kita mestilah membeli rumah & kereta secara tunai.. saya tahu, sememangnya tidak ramai yang berkemampuan sebegitu. Apa yang boleh kita lakukan, adalah menganalisa dengan sebaik mungkin tentang tahap kemampuan kita apabila ingin membeli kereta dan rumah.
Dicadangkan, bayaran ansuran bulanan kereta perlulah tidak melebihi 20% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda. Manakala bayaran ansuran rumah pula, seelok-eloknya, tidak melebihi 30% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda.
Jika anda hanya mampu membeli viva.. maka belilah Viva. Jika hanya mampu membeli Proton Saga FLX, maka belilah.. tahan nafsu & ego untuk berkereta toyota atau honda.  Jika tidak mampu, terimalah hakikat yang anda masih belum mampu..
Elakkanlah membeli kereta-kereta mewah walaupun anda mampu.. selagi anda membelinya secara hutang, itu sebenarnya, bermaksud anda tidak mampu. Oh!
Akibatnya, kita boleh lihat sendiri di bahagian lelongan website Jabatan Insolvensi, kebanyakkan kenderan yang dilelong adalah kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, bmw, jaguar dan sebagainya. Ini bermakna, betullah, kebanyakkan orang yang muflis adalah disebabkan membeli kenderaan yang melebihi kemampuan mereka.
Satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang apabila membeli rumah dan kenderaan, ialah tentang kos-kos perbelanjaan yang akan turut muncul secara tiba-tiba di dalam hidup kita apabila kita memiliki kenderaan atau rumah. Antaranya adalah seperti kos minyak, tol, servis, roadtax dan sebagainya.. lebih mewah kenderaan kita, lebih besar kos pebelanjaannya. Begitu juga dengan rumah, lebih besar rumah yang dibeli, lebih banyak barangan perabot yang perlu disiikan, maka lebih banyaklah kosnya.
Jadi, berpada-padalah, fikirkan juga kos-kos tambahan ini apabila ingin membeli kereta dan rumah. Bukan hanya sekadar melihat pada kos bayaran ansuran bulanan sahaja.. :)

Dari perspektif pihak yang berkuasa a.k.a kerajaan..

Mungkin pihak kerajaan juga perlu melihat kepada isu ini, ianya tentang harga kereta dan harga rumah di negara ini. Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia, adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah, yang mana harganya semakin hari semakin meningkat. Perkara ini,  menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis… pihak kerajaan perlu juga mengambil sedikit tanggungjawab, dan bukannya dengan mudah, menyalahkan rakyat dan menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
Jadi dengan ini, saya mencadangkan, untuk bajet 2012 ini, pihak  kerajaan boleh mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menurunkan harga kereta (mungkin dengan mengurangkan cukai import kereta), dan juga harga rumah (subsidi rumah? penurunan blr?).  Ceh! macam lah ada orang yang berkuasa di kerajaan baca blog aku nie! Oh! 
Selain itu faktor inflasi & kenaikan harga barang  juga  turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.
 Jadi, camner?….

Kesimpulannya…

Lu pikir lah sendiri.. oh!
P/s;- Apsal plak tetiba je shuth cite pasal muflis nie? Dah lah dah lama tak update blog.. update-update je.. cite pasal muflis plak.. shuth muflis ke?”
P/p/s:- Ho! ho!.. taklah.. sebenarnya, saya baru je ditemuramah oleh pihak Astro di dalam rancangan U-Wartawan mengenai isu hutang & muflis nie..i tu yang semangat nak update blog tu! ho! ho ho!
P/p/p/s:- Jangan lupa saksikan rancangan u-wartawan di astro awani (saluran 501) hari jumaat ini pada pukul 10.00 malam.
P/p/p/s:- Harap anda dapatlah sebar-sebarkan post blog ini (klik je butang share kat bawah, manalah tahu kot-kot ianya boleh sampai kepada  pegawai kerajaan yang sedang buat bajet kerajaan untuk 2012 tu ke?..  ho! ho!

Pelaburan Emas Di Malaysia..

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, pelaburan emas mula mendapat perhatian. Dengan kenaikan harga emas secara purata 37% sejak 5 tahun lalu. Ianya menjadikan emas sebagai salah satu instrumen pelaburan kalis inflasi yang sangat mengujakan.

Saya lihat ada beberapa fenomena menarik yang berlaku berkaitan pelaburan emas ini..

1. Pihak bank pun kini berlumba-lumba mempromosikan produk mereka yang berkaitan emas. Dulu, yang kita tahu, hanya Maybank sahaja yang menawarkan akaun simpanan emas, tetapi itupun tak berapa di promosikan sangat. Suam-suam kuku je produk tersebut. Tetapi sekarang, tiba-tiba, semua bank pun ada akaun simpanan emas,  CIMB, Public Bank, UOB & KFH (siap iklan kat TV lagik!). Apakah makna semua ini?

2.  Kedai pajak Ar-Rahnu juga tiba-tiba muncul bak cendawan selepas hujan. Apakah makna semua ini?

3.  Begitu juga dengan syarikat-syarikat pengeluar & penjual emas, tumbuh cam cendawan. Apakah makna semua ini?

Saya pun tidak pasti…

Persoalannya, adakah benar pelaburan emas ini begitu menguntungkan?

Pada saya.. tak kisah apa-apa pelaburan pun, asalkan kita mempunyai ilmu berkaitan pelaburan tersebut, insyallah ianya akan memberikan pulangan yang menguntungkan kepada pemiliknya. Jadi, kepada pembaca-pembaca blog ini yang ingin melabur di dalam emas, saya cadangkan agar anda membuat kajian terlebih dahulu serta banyakkan membaca sebelum anda mengambil apa-apa tindakan.

Dan berita baiknya, saya juga telah membuat sedikit kajian mengenai pelaburan emas ini dan telahpun menulis sebuah laporan ringkas berkaitannya. Iaitu tentang “5 Kesilapan Pelabur Emas”.

Anda boleh download laporan tersebut secara PERCUMA di WangEmas.com

Sekian! Selamat membaca!

Duit Lebih… Mahu Buat Apa?

Entry kali ini saya nak cerita pasal “duit lebih”…

Maklumlah, awal-awal tahun nie, kebanyakkan company akan mula buat kira-kira penutupan akaun.. dan pekerja-pekerja pula akan tertunggu-tunggu pengumuman dari majikan mereka tentang “bonus” yang mungkin akan diperolehi.

Dengar kata, ada beberapa kawan saya yang dapat bonus 4 bulan gaji.. tahniah saya ucapkan! Teruskan kecemerlangan anda, insyallah boleh dapat bonus 6 bulan pula untuk tahun hadapan.

Namun begitu, ramai juga yang “jammed” kepala apabila menerima duit yang banyak ini. Maklumlah, sebelum ini, tak pernah dapat duit banyak-banyak sekaligus… sekali, rezeki Allah bagi.. tiba-tiba dapat selepuk duit! Maybe RM10,000 atau RM20,000 !  “Terus jam.. aku nak buat apa dengan duit nie?”

Kepada mereka yang menerima durian runtuh ini.. saya ada beberapa tips untuk anda.. !

1) Penuhkan Emergency/Reserved Fund!

Perkara pertama yang anda pelu lihat adalah pada “tabung kecemasan” anda. Jika anda masih belum mempunyai “tabungan kecemasan”, inilah masanya untuk anda penuhkan tabung kecemasan anda. Seeloknya, cuba penuhkan tabungan kecemasan anda untuk 6 bulan. Maksudnya, jika perbelanjaan anda RM3,000 sebulan, maka anda perlu simpan RM18,000 dalam akaun bank (Tabung Haji/ASB) anda untuk tujuan kecemasan.

Perkara kecemasan yang dimaksudkan adalah seperti..

  • Anda dibuang kerja
  • Kereta anda eksiden
  • Ahli keluarga anda dimasukkan ke hospital
  • Peralatan rumah yang penting rosak, seperti peti sejuk, mesin basuh dan dapur masak.

2) Dapatkan Insurans/Takaful

Jika tabung kecemasan anda sudah penuh, lihat pula kepada sistem “perlindungan kewangan” anda. Iaitu insuran/takaful. Insuran yang mesti anda miliki (sekurang-kurangnya), ialah insuran perubatan (medical card) dan juga insuran kemalangan peribadi (Personal Accident). Jika anda belum ada sebarang insuran, inilah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan perlindungan insuran.

3) Melabur / Membayar Hutang

Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan serta perlindungan insuran. Jika anda masih ada “duit lebih”. Maka, bolehlah anda berkira-kira untuk melaburkan wang anda itu.  Namun begitu, sebelum anda melabur kepada mana-mana instrumen pelaburan, adalah terlebih baik untuk anda melabur ke dalam diri anda terlebih dahulu. Beli & baca buku, pergi kursus/seminar dan sebagainya.

Setelah anda benar-benar faham tentang sesuatu pelaburan itu, barulah anda boleh melaburkan wang anda.

Jangan teburu-buru meletakkan wang anda kepada sesuatu pelaburan sebelum anda betul-betul memahaminya. Risikonya akan menjadi sangat tinggi.. bak kata Warren Buffet..

“Risiko adalah keadaan dimana anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan”

Tetapi, jika anda masih blur dan tidak tahu mahu melaburkan wang anda kemana-mana,  saya kira, adalah lebih baik anda gunakan sahaja wang tersebut untuk melangsaikan hutang-hutang anda. Sekuarang-kurangnya, anda boleh melepaskan diri dari bebanan kadar faedah sebanyak 4-18% yang mencengkam kewangan anda. Tak guna juga jika anda membuat pelaburan, dan memperolehi keuntungan 10% sedangkan anda terpaksa membayar faedah hutang kad kredit sebanyak 15%.

Senang kata, laburkan wang anda jika pulangan pelaburan yang ingin anda ceburi itu lebih tinggi dari kadar bayaran faedah hutang anda. Jika tidak, lebih baik setelkan sahaja hutang anda terlebih dahulu.

4) Barang Impian Anda

Ok.. jika katakan anda dah ada reserve fund, dah ada polisi insuran, dah setelkan hutang anda dan juga sudah melaburkan  sedikit wang anda. Tetapi masih lagi ada wang lebihan..

Pada waktu ini, bolehlah anda menggunakan “wang lebih” itu untuk membeli barang-barang yang anda impikan. iPhone ke? iPad? Kamera DSLR? Sofa baru? PS3?  Rantai Emas? Kereta? dan sebagainya…

Apa-apa pun yang ingin anda beli, kena beringat-ingat juga, jangan sampai tambah hutang dan membebankan anda dikemudian hari pula.

Oklah! itu sahaja tips yang ingin saya sampaikan pada entry kali ini..

Kalau masih ada lagi duit lebih tu.. apa kata belanja saya minum kopi secawan? Oh!

Sekian! Yosh!

P/s:- Jika anda merasakan entri ini bermanfaat, “share-share”kanlah entry ini kepada kawan-kawan. :)

Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!

Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?

Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..

Jadi, bagaimana yer?

Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!

Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. :) )

Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi?  atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!

Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta  memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka  saya ingin kongsikan info tersebut  kepada semua pembaca blog ini..

Jadi.. bersedia…..

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..

Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….

Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.

Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk

Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)

Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X  20%  = RM6,000

Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri..  RM6,000 sebulan

Dari Rm6,000 itu pula,  bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda.  Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?

Jadi, 60% dari  RM6,000 , ialah = RM3600.

Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)

Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti  contoh di bawah..

Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total  : RM3,100
———————————-

Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah  tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).

Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.

Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank.. :)