MohdSuhaimy.com » Tips Kewangan

Pinjaman Pelaburan Emas.. Untung atau Rugi?
Ada yang bertanya saya, adakah untung jika kita membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas?

Ianya bergantung kepada 2 faktor. Hanya 2 faktor inilah yang akan menentukan sama ada anda akan RUGI atau UNTUNG apabila membuat pinjaman untuk melabur dalam emas ( atau  apa-apa pelaburan yang lain).

Ianya..

1. Kadar Interest Pinjaman

2. Kadar peratusan keuntungan pelaburan anda.

Ini kerana, untuk mengetahui sama ada anda untung atau rugi… formulanya adalah..

Kadar peratusan Keuntungan Pelaburan – Kadar Interest Pinjaman = Untung / (Rugi)

Contohnya….

Anda membuat pinjaman dengan kadar interest sebanyak 7% setahun.

Selepas setahun, pelaburan emas yang anda lakukan memberikan pulangan kenaikan sebanyak 15% (setelah ditolak spread).

Bermakna,  15% – 7% = 8%… ya anda akan memperolehi keuntungan 8%

Nampak mudah bukan? Tapi realitinya… bukan semudah itu…

Disini, saya ingin berkongsikan dengan anda realiti tentang membuat pinjaman untuk pelaburan..

1. Kadar interest untuk pinjaman peribadi, adalah tinggi.

Ianya sekitar 24% setahun. (merujuk kepada pakej  pinjaman dari easy rhb) . Jadi, untuk untung, anda perlu pastikan dalam masa setahun, harga emas yang anda beli menggunakan wang pinjaman, naik sebanyak 30%. ( 24% untuk interest pinjaman +  6% untuk spread) . Jika tidak, anda akan menanggung kerugian.

Untuk mengurangkan risiko ini, cuba cari pakej-pakej pinjaman yang menawarkan kadar interest yang paling rendah. Jika boleh, cari pinjaman yang menawarkan kadar interest sekitar 5% sahaja setahun. Ada ke? Err.. yg itu anda kena cari sendiri ler.. oh! Tapi saya rasa ada.. sebab saya pernah mendapat call dari pihak bank yang ingin menawarkan saya pinjaman peribadi dengan kadar interest 4.8% setahun.

2. Anda tidak akan mendapat wang pinjaman 100%.

Yup! Jika anda ingin membuat pinjaman sebanyak RM10,000 , selalunya, anda tidak akan mendapat nilai penuh tersebut. Akan ada caj-caj sampingan seperti yuran pemprosesan dan sebagainya. Jadi, sebelum memohon, tanya pihak bank tersebut  tentang caj-caj tambahan ini.

3.  Prestasi pelaburan lalu, tidak mengambarkan prestasi akan datang!

Ya! Kita sering di gula-gulakan dengan kadar purata pulangan pelaburan emas sebanyak 22% setahun sejak 5 tahun kebelakangan ini…. sesuatu yang mungkin anda tidak perasan ialah tentang perkataan “PURATA”.

Jika dilihat prestasi kenaikan harga emas sejak 5 tahun lalu, ianya adalah seperti berikut :-

2006 : 18%

2007 : 36%

2008 : 5%

2009 : 26%

2010 : 25%

Purata hasil kenaikan 5 tahun ialah = (18% + 36% + 5% + 26% + 25%) / 5 = 22% setahun.

Ya! memang banyak.. tetapi cuba lihat pada tahun 2008.. kenaikan emas hanyalah 5% sahaja.

Apabila anda membuat pinjaman, tempoh pinjaman anda adalah 1 tahun sahaja.

Jadi, jika anda membuat pinjaman untuk melabur dalam emas pada tahun 2008… anda akan mengalami kerugian yang besar!

Berbeza jika anda melabur menggunakan duit sendiri, ianya tidak menjadi begitu bermasalah.. jika pada tahun itu emas hanya naik sebanyak 5% sahaja, anda masih boleh relaks-relaks lagi dan tunggu sehingga tahun berikutnya. Sebabnya, anda tidak perlu membayar apa-apa. Anda tidak terikat pada “masa & kadar interest”.

4. Pinjaman dibayar secara bulanan!

Satu perkara yang anda perlu sedar, bayaran pinjaman adalah secara bulanan… jika anda meminjam RM10,000 hari ini, dan menggunakan semua wang tersebut untuk membeli emas… untuk bulan-bulan seterusnya.. bagaimana pula anda mahu membayar bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut pula?

Pajakkan emas itu! Wow! kini anda sudah ada 2 hutang yang perlu ditanggung..

Kadar interest pinjaman (24%) + kadar interest pajakan(upah simpan) (13%) + spread barang kemas emas (30%) = 67%.. woww! anda perlu pastikan harga emas naik sebanyak 67% untuk tahun tersebut!

Jangan! memajakkan emas anda… bukanlah satu idea yang baik!..

Mahu atau tidak, anda perlu siap sedia menyediakan wang untuk membayar hutang pinjaman anda itu secara bulanan.

Pendek kata, jika anda ingin meminjam RM10,000 untuk melabur dalam emas, pastikan dahulu, anda sudah ada RM12,000 di dalam akaun anda untuk digunakan sebagai bayaran bulanan pinjaman anda.

“Hah? What the point? Kalau aku dah ada RM12,000.. baik aku guna je dut tu beli emas.. tak payah nak pinjam-pinjam..!”

Oh! sememangnya… itulah yang terbaik!

Itulah antara beberapa realiti yang perlu anda tahu apabila anda ingin membuat pinjaman untuk membeli emas. Mohon maaf jika entry saya ini bunyinya seperti mengerikan… tetapi, itulah realitinya.

Jika masih mahu membuat pinjaman pelaburan emas!

Jika anda masih tetap mahu berhutang/membuat pinjaman untuk melabur di dalam emas! Pastikan anda melepasi 2 syarat ini.

1. Dapatkan pinjaman yang menawarkan kadar interest paling rendah, kalau zero interest,  itu lebih baik!

2. Pastikan anda mampu membuat bayaran bulanan pinjaman tersebut. Sama ada menggunakan wang gaji atau wang simpanan anda yang sudah sedia ada.

Apa-apa pun… wang anda, tanggungjawab anda!

Sekian!.. selamat melabur….

Mengapa Rakyat Malaysia Muflis?
Apabila bercerita tentang isu muflis, ianya sering dikaitkan dengan penggunaan kad kredit dan aktiviti berbelanja yang melampau. Apakah benar dakwaan ini?

Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh jabatan insolvensi pada tahun 2010 (tahun 2011 takde lagi).

24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan

11.78% disebabkan pinjaman perumahan

10.93% disebakan pinjaman perniagaan

5.5% disebabkan kad kredit

Dapat dilihat dengan jelas disitu, ramai yang muflis/bangkrap adalah disebabkan hutang kenderaan.. dan bukannya kad kredit. Jadi, saya kurang faham, mengapa isu kad kredit seringkali diperbesar-besarkan apabila bercerita tentang muflis.

Mungkin disebabkan kenderaan dan rumah adalah merupakan keperluan asas, dan sememangnya, tiada cara lain lagi untuk memilikinya kecuali dengan berhutang, maka perkara itu bolehlah di”skip”kan…  tidak boleh diperbesarkan, takut nanti terkena batang hidung sendiri.

Tapi hakikatnya, itulah.. itulah perkara yang seringkali menjadikan seseorang itu terperangkap di dalam hutang hinggakan menjadi punca penyebab seseorang itu  menjadi muflis.

Dari perspektif individu..

Saya BUKANlah mahu mengatakan bahawa, kita mestilah membeli rumah & kereta secara tunai.. saya tahu, sememangnya tidak ramai yang berkemampuan sebegitu. Apa yang boleh kita lakukan, adalah menganalisa dengan sebaik mungkin tentang tahap kemampuan kita apabila ingin membeli kereta dan rumah.

Dicadangkan, bayaran ansuran bulanan kereta perlulah tidak melebihi 20% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda. Manakala bayaran ansuran rumah pula, seelok-eloknya, tidak melebihi 30% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda.

Jika anda hanya mampu membeli viva.. maka belilah Viva. Jika hanya mampu membeli Proton Saga FLX, maka belilah.. tahan nafsu & ego untuk berkereta toyota atau honda.  Jika tidak mampu, terimalah hakikat yang anda masih belum mampu..

Elakkanlah membeli kereta-kereta mewah walaupun anda mampu.. selagi anda membelinya secara hutang, itu sebenarnya, bermaksud anda tidak mampu. Oh!

Akibatnya, kita boleh lihat sendiri di bahagian lelongan website Jabatan Insolvensi, kebanyakkan kenderan yang dilelong adalah kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, bmw, jaguar dan sebagainya. Ini bermakna, betullah, kebanyakkan orang yang muflis adalah disebabkan membeli kenderaan yang melebihi kemampuan mereka.

Satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang apabila membeli rumah dan kenderaan, ialah tentang kos-kos perbelanjaan yang akan turut muncul secara tiba-tiba di dalam hidup kita apabila kita memiliki kenderaan atau rumah. Antaranya adalah seperti kos minyak, tol, servis, roadtax dan sebagainya.. lebih mewah kenderaan kita, lebih besar kos pebelanjaannya. Begitu juga dengan rumah, lebih besar rumah yang dibeli, lebih banyak barangan perabot yang perlu disiikan, maka lebih banyaklah kosnya.

Jadi, berpada-padalah, fikirkan juga kos-kos tambahan ini apabila ingin membeli kereta dan rumah. Bukan hanya sekadar melihat pada kos bayaran ansuran bulanan sahaja..

Dari perspektif pihak yang berkuasa a.k.a kerajaan..

Mungkin pihak kerajaan juga perlu melihat kepada isu ini, ianya tentang harga kereta dan harga rumah di negara ini. Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia, adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah, yang mana harganya semakin hari semakin meningkat. Perkara ini,  menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis… pihak kerajaan perlu juga mengambil sedikit tanggungjawab, dan bukannya dengan mudah, menyalahkan rakyat dan menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.

Jadi dengan ini, saya mencadangkan, untuk bajet 2012 ini, pihak  kerajaan boleh mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menurunkan harga kereta (mungkin dengan mengurangkan cukai import kereta), dan juga harga rumah (subsidi rumah? penurunan blr?).  Ceh! macam lah ada orang yang berkuasa di kerajaan baca blog aku nie! Oh!

Selain itu faktor inflasi & kenaikan harga barang  juga  turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.

Jadi, camner?….

Kesimpulannya…

Lu pikir lah sendiri.. oh!

P/s;- Apsal plak tetiba je shuth cite pasal muflis nie? Dah lah dah lama tak update blog.. update-update je.. cite pasal muflis plak.. shuth muflis ke?”

P/p/s:- Ho! ho!.. taklah.. sebenarnya, saya baru je ditemuramah oleh pihak Astro di dalam rancangan U-Wartawan mengenai isu hutang & muflis nie..i tu yang semangat nak update blog tu! ho! ho ho!

P/p/p/s:- Jangan lupa saksikan rancangan u-wartawan di astro awani (saluran 501) hari jumaat ini pada pukul 10.00 malam.

P/p/p/s:- Harap anda dapatlah sebar-sebarkan post blog ini (klik je butang share kat bawah, manalah tahu kot-kot ianya boleh sampai kepada  pegawai kerajaan yang sedang buat bajet kerajaan untuk 2012 tu ke?..  ho! ho!

Pelaburan Emas Di Malaysia..
Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, pelaburan emas mula mendapat perhatian. Dengan kenaikan harga emas secara purata 37% sejak 5 tahun lalu. Ianya menjadikan emas sebagai salah satu instrumen pelaburan kalis inflasi yang sangat mengujakan.

Saya lihat ada beberapa fenomena menarik yang berlaku berkaitan pelaburan emas ini..

1. Pihak bank pun kini berlumba-lumba mempromosikan produk mereka yang berkaitan emas. Dulu, yang kita tahu, hanya Maybank sahaja yang menawarkan akaun simpanan emas, tetapi itupun tak berapa di promosikan sangat. Suam-suam kuku je produk tersebut. Tetapi sekarang, tiba-tiba, semua bank pun ada akaun simpanan emas,  CIMB, Public Bank, UOB & KFH (siap iklan kat TV lagik!). Apakah makna semua ini?

2.  Kedai pajak Ar-Rahnu juga tiba-tiba muncul bak cendawan selepas hujan. Apakah makna semua ini?

3.  Begitu juga dengan syarikat-syarikat pengeluar & penjual emas, tumbuh cam cendawan. Apakah makna semua ini?

Saya pun tidak pasti…

Persoalannya, adakah benar pelaburan emas ini begitu menguntungkan?

Pada saya.. tak kisah apa-apa pelaburan pun, asalkan kita mempunyai ilmu berkaitan pelaburan tersebut, insyallah ianya akan memberikan pulangan yang menguntungkan kepada pemiliknya. Jadi, kepada pembaca-pembaca blog ini yang ingin melabur di dalam emas, saya cadangkan agar anda membuat kajian terlebih dahulu serta banyakkan membaca sebelum anda mengambil apa-apa tindakan.

Dan berita baiknya, saya juga telah membuat sedikit kajian mengenai pelaburan emas ini dan telahpun menulis sebuah laporan ringkas berkaitannya. Iaitu tentang “5 Kesilapan Pelabur Emas”.

Anda boleh download laporan tersebut secara PERCUMA di WangEmas.com

Sekian! Selamat membaca!

Duit Lebih… Mahu Buat Apa?
Entry kali ini saya nak cerita pasal “duit lebih”…

Maklumlah, awal-awal tahun nie, kebanyakkan company akan mula buat kira-kira penutupan akaun.. dan pekerja-pekerja pula akan tertunggu-tunggu pengumuman dari majikan mereka tentang “bonus” yang mungkin akan diperolehi.

Dengar kata, ada beberapa kawan saya yang dapat bonus 4 bulan gaji.. tahniah saya ucapkan! Teruskan kecemerlangan anda, insyallah boleh dapat bonus 6 bulan pula untuk tahun hadapan.

Namun begitu, ramai juga yang “jammed” kepala apabila menerima duit yang banyak ini. Maklumlah, sebelum ini, tak pernah dapat duit banyak-banyak sekaligus… sekali, rezeki Allah bagi.. tiba-tiba dapat selepuk duit! Maybe RM10,000 atau RM20,000 !  “Terus jam.. aku nak buat apa dengan duit nie?”

Kepada mereka yang menerima durian runtuh ini.. saya ada beberapa tips untuk anda.. !

1) Penuhkan Emergency/Reserved Fund!

Perkara pertama yang anda pelu lihat adalah pada “tabung kecemasan” anda. Jika anda masih belum mempunyai “tabungan kecemasan”, inilah masanya untuk anda penuhkan tabung kecemasan anda. Seeloknya, cuba penuhkan tabungan kecemasan anda untuk 6 bulan. Maksudnya, jika perbelanjaan anda RM3,000 sebulan, maka anda perlu simpan RM18,000 dalam akaun bank (Tabung Haji/ASB) anda untuk tujuan kecemasan.

Perkara kecemasan yang dimaksudkan adalah seperti..

Anda dibuang kerja

Kereta anda eksiden

Ahli keluarga anda dimasukkan ke hospital

Peralatan rumah yang penting rosak, seperti peti sejuk, mesin basuh dan dapur masak.

2) Dapatkan Insurans/Takaful

Jika tabung kecemasan anda sudah penuh, lihat pula kepada sistem “perlindungan kewangan” anda. Iaitu insuran/takaful. Insuran yang mesti anda miliki (sekurang-kurangnya), ialah insuran perubatan (medical card) dan juga insuran kemalangan peribadi (Personal Accident). Jika anda belum ada sebarang insuran, inilah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan perlindungan insuran.

3) Melabur / Membayar Hutang

Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan serta perlindungan insuran. Jika anda masih ada “duit lebih”. Maka, bolehlah anda berkira-kira untuk melaburkan wang anda itu.  Namun begitu, sebelum anda melabur kepada mana-mana instrumen pelaburan, adalah terlebih baik untuk anda melabur ke dalam diri anda terlebih dahulu. Beli & baca buku, pergi kursus/seminar dan sebagainya.

Setelah anda benar-benar faham tentang sesuatu pelaburan itu, barulah anda boleh melaburkan wang anda.

Jangan teburu-buru meletakkan wang anda kepada sesuatu pelaburan sebelum anda betul-betul memahaminya. Risikonya akan menjadi sangat tinggi.. bak kata Warren Buffet..

“Risiko adalah keadaan dimana anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan”

Tetapi, jika anda masih blur dan tidak tahu mahu melaburkan wang anda kemana-mana,  saya kira, adalah lebih baik anda gunakan sahaja wang tersebut untuk melangsaikan hutang-hutang anda. Sekuarang-kurangnya, anda boleh melepaskan diri dari bebanan kadar faedah sebanyak 4-18% yang mencengkam kewangan anda. Tak guna juga jika anda membuat pelaburan, dan memperolehi keuntungan 10% sedangkan anda terpaksa membayar faedah hutang kad kredit sebanyak 15%.

Senang kata, laburkan wang anda jika pulangan pelaburan yang ingin anda ceburi itu lebih tinggi dari kadar bayaran faedah hutang anda. Jika tidak, lebih baik setelkan sahaja hutang anda terlebih dahulu.

4) Barang Impian Anda

Ok.. jika katakan anda dah ada reserve fund, dah ada polisi insuran, dah setelkan hutang anda dan juga sudah melaburkan  sedikit wang anda. Tetapi masih lagi ada wang lebihan..

Pada waktu ini, bolehlah anda menggunakan “wang lebih” itu untuk membeli barang-barang yang anda impikan. iPhone ke? iPad? Kamera DSLR? Sofa baru? PS3?  Rantai Emas? Kereta? dan sebagainya…

Apa-apa pun yang ingin anda beli, kena beringat-ingat juga, jangan sampai tambah hutang dan membebankan anda dikemudian hari pula.

Oklah! itu sahaja tips yang ingin saya sampaikan pada entry kali ini..

Kalau masih ada lagi duit lebih tu.. apa kata belanja saya minum kopi secawan? Oh!

Sekian! Yosh!

P/s:- Jika anda merasakan entri ini bermanfaat, “share-share”kanlah entry ini kepada kawan-kawan.

Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!
Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?

Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..

Jadi, bagaimana yer?

Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!

Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit..   )

Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi?  atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!

Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta  memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka  saya ingin kongsikan info tersebut  kepada semua pembaca blog ini..

Jadi.. bersedia…..

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..

Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….

Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.

Contohnya.

Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk

Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk

Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk

Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000

(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)

Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..

RM30,000 X  20%  = RM6,000

Jadi, itulah gaji bulanan anda!

Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri..  RM6,000 sebulan

Dari Rm6,000 itu pula,  bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda.  Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?

Jadi, 60% dari  RM6,000 , ialah = RM3600.

Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)

Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti  contoh di bawah..

Bayaran bulanan bagi hutang..

1. Kereta = RM1,000

2. Rumah = RM1,000

3. Kad Kredit = RM600

4. Personal Laon = RM500

Total  : RM3,100

Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah  tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).

Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.

Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..

Revolusi Bisnes Suri Rumah..
Ibu saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Setiap hari, ibu saya akan akan bangun di awal pagi untuk menguruskan anak-anak beliau pergi ke sekolah. Sediakan sarapan, bekalan dan juga keperluan-keperluan sekolah yang lain seperti baju, beg, kasut dan sebagainya. Memang seronok apabila bangun tidur nampak ibu, balik sekolah nampak ibu, petang nampak ibu, maghrib nampak ibu dan malam bila nak tido pun nampak ibu.. rasa lebih selamat dan disayangi.

Ayah pula? Ayah sibuk bekerja dan merupakan tonggak utama di dalam sumber pendapatan keluarga. Tetapi, apa yang menarik tentang ayah saya, pukul 6 pagi ayah sudah keluar kerja, jadi, masa bangun tido, jarang nampak ayah. Tetapi apabila tiba waktu tengahari, antara pukul 10-12, ayah sudah pun pulang ke rumah dan banyak meluangkan masa bersama keluarga. Waktu kerja ayah hanyalah dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Itulah kelebihan orang yang berniaga sendiri, waktu kerja di tetapkan sendiri.

Saya fikir, mungkin itu yang menjadi pengaruh utama saya apabila sudah membesar, secara tidak sedar, saya cuba membentuk keluarga yang hampir serupa dengan keluarga ibu &  bapa saya, isteri duduk rumah dan si suami pula bebas bekerja sendiri.

Ok! Sambung semula cerita ibu & bapa saya..

Walaupun bapa saya kuat bekerja, tetapi kadang-kala, duit pendapatan yang diperolehi tidak berapa mencukupi, maklumlah, ekonomi kan sentiasa turun dan naik. Jadi itu adalah perkara normal. Apabila ekonomi keluarga sedang gawat, saya melihat ibu saya akan mula mengeluarkan “jurus kemahiran cari duit lebih” beliau.

Antara perkara yang dilakukan adalah seperti menjual kerepek ubi, membuat kuih, menjual aiskrim, mengambil upah menjahit, dan sebagainya. Walau apa pun pekerjaan sambilan yang dilakukan oleh ibu, ianya pasti akan beroperasi dari rumah sahaja.

Saya kira, ianya adalah suatu “jurus buat duit lebih” yang terbaik. Selain dapat menambahkan pendapatan keluarga, tugas utama menjaga & mendidik anak-anak juga dapat terus dilaksanakan.

Bukankah ianya sesuatu yang hebat dan menarik?

Namun begitu.. itu dulu…

Sekarang, dunia dah maju.. zaman dah berubah..

Nak cari suri rumah yang pandai buat kuih, kerepek dan pandai menjahit pada zaman ini agak sedikit sukar. Maklumlah, wanita zaman kini sudah maju dan berpendidikan tinggi (maklumlah semua belajo tinggi-tinggi sampai masuk U). So, kalau ditanya.. “Pandai tak menjahit baju?” Memang lah jawabnya..  “Tak berapa pandai laa bang~~..”.. tapi kalau suruh guna komputer.. memang laju jer lah tangannya menaip dan mengklik-klik butang tetikus itu.

Alhamdulilah, komputer dan internet kini, telah serba sedikit membentuk revolusi baru kepada si isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kini, suri rumah yang ingin menjana pendapatan sampingan untuk keluarganya mempunyai satu lagi “jurus buat duit lebih” yang baru,  tidak lain tidak bukan.. iaitu perniagaan di internet.

Malah dengan menggunakan internet, pasaran untuk perniagaan yang dijalankan di rumah oleh suri rumah menjadi sangat luas dan tidak terhad. Jika dulu, ibu saya hanya mampu menjual kerepek yang dibuat dirumah kepada jiran-jiran yang berhampiran sahaja. Tetapi kini, suri rumah yang membuat kerepek, coklat, muffin, gubahan hantaran, kuih raya dan sebagainya… mampu memasarkan produk mereka ke seluruh dunia.

Jadi, siapa kata suri rumah tak boleh buat duit?..

Inikah Revolusi? Atau hanya Ilusi? Bagaikan mimpi jadi realiti~~~

Rasional diriku, rasional dirimu.. penentu masa.. masa depanmu..~~

Ho! ho! ho! Yosh!

3 Kesilapan Dalam Memulakan Pelaburan
Akhir-akhir nie banyak pula blog cerita pasal pelaburan, yang paling hangat pada waktu ini, pelaburan emas.  Untung ke melabur di dalam emas? Ermmm… bergantung.. bergantung kepada berapa banyak ilmu & kemahiran yang anda miliki.

Satu perkara yang perlu difahami tentang pelaburan ialah, semua pelaburan ada risiko untung dan ruginya. Hatta pelaburan emas sekalipun, siapa kata pelaburan emas tidak akan rugi? Harga emas pun ada turun-naiknya… macam saham juga. Tak percaya? Lihat statistik dibawah untuk harga emas sejak 36 tahun kebelakangan ini.

Harga emas sedang berada pada kemuncaknya pada waktu ini.. adakah harga emas akan jatuh atau akan terus naik selepas ini?  Tiada siapa yang tahu… itulah risikonya.

Baiklah.. saya sebenarnya bukan nak cerita pasal pelaburan emas… tapi saya just nak kongsi tip tentang 3 kesilapan yang sering dilakukan apabila melabur.

Jika ditanya pada agent Unit Amanah.. bila masa yang sesuai untuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!

Jika ditanya pada broker  Saham… bila masa yang sesuai unutuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!

Jika ditanya pada agent Hartanah… bila masa yang sesuai untuk melabur… mereka akan kata.. SEKARANG!

Hatta.. jika ditanya pda penganjur skim cepat kaya pun.. mereka akan kata.. SEKARANG lah masa yang sesuai untuk melabur.

Realitinya.. bila-bila-bila masa pun adalah sesuai untuk membuat pelaburan.. bagi saya.. untuk mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melabur, bukanlah diukur pada keadaan ekonomi semasa, ianya adalah faktor no 2 atau 3. Faktor utama yang perlu dilihat sebelum seseorang itu  membuat pelaburan, ialah.. situasi kewangan semasa mereka.

Ramai orang yang terhegeh-hegeh mahu ikut melabur pada sesuatu tempat/instrumen setelah melilhat orang lain berjaya mengaut keuntungan yang besar pada pelaburan tersebut. Takde duit nak melabur? Tak kisah.. boleh pinjam! Sebab % keuntungan pelaburan adalah lebih tinggi dari % faedah(bunga) yang perlu dibayar. Mesti boleh cover punya….

3  kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam pelaburan…

No #1. Mengabaikan risiko kerugian…

Macam yang saya tulis diatas.. apabila sebut pasal pelaburan.. ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”.. jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja.  Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.

No # 2. Meminjam wang untuk melabur..

Jika anda tidak ada duit, ikhlas lah pada diri mengatakan “anda tidak ada duit pada waktu ini dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda melabur”.  Melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang saya maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”.

Maksudnya.. wang lebihan dari dana kecemasan anda.

Contohnya,

Anda ada wang RM10,000.

Dana kecemasan yang anda perlukan ialah RM6,000 (iaitu simpanan sebanyak RM2,000 untuk 3 bulan)

Jadi, wang yang anda boleh gunakan untuk pelaburan… RM10,000 – RM6,000 (dana kesemasan) = RM4,000

Ya! Hanya RM4,000. Jangan melabur lebih dari RM4,000..

Jangan sesekali melabur jika anda masih belum mempunyai “Dana Kecemasan”.

No #3.  Kurang ilmu ,  hanya dengar-dengar dan ikut.

Perkara ini saya selalu tekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula melabur atau mula berniaga. Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu. Macam mana nak dapatkan ilmu? Senang je.. banyakkan membaca dan bergaul dengan mereka yang pakar. Saya pernah terbaca satu laporan kajian. Tapi tak ingat di mana.. untuk kita mengetahui sesuatu perkara/topik  itu, secara “purata”.. kita hanya perlu baca 2 buku mengenainya.  Bergantung kepada “info dalam buku” tersebut dan juga “tahap kefahaman” anda. Ho! ho! ho!.. anyway, itulah perkara yang sering saya lakukan sebelum menceburi sesuatu bidang yang baru.

Contohnya,

Nak berniaga di ebay.. kena baca 2 buah buku dulu pasal ebay.

Nak berniaga pasar malam..  kena baca 2 buku dulu pasal bisnes pasar malam.

Nak melabur dalam saham… kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburan saham.

Nak melabur dalam emas…. kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburan emas.

Saya mendapati, teknik ini agak bagus dan sudah agak mencukupi untuk “membekalkan” diri saya dengan ilmu-ilmu asas tentang sesuatu perkara untuk bermula. Tak perlu nak baca banyak buku.. kalau nak tunggu baca sampai 100 buku dulu baru nak bemula.. ditakuti kita tidak akan bermula langsung nanti. Buku yang ke-3 dan seterusnya… boleh dibaca SELEPAS kita bermula.

Ringkasnya.. kalau nak menceburi sesuatu bidang baru.. baca 2 buku dulu mengenainya. Kemudian mula buat… selepas dah buat.. baca lagi buku (yg ke-3).. kemudian improve skill.. kemudian, baca lagi buku lain (yg ke-4).. improve lagi skill  yang ada dan begitulah seterusnya sampai bila-bila..

Jangan bermula sesuatu itu dengan hanya “dengar-dengar” cakap orang sahaja… biasalah.. kebanyakkan orang hanya suka menceritakan benda-benda yang menarik sahaja..

Oklah! sampai disini sahaja untuk entry kali ini..

Yosh!…  selamat melabur dan selamat maju jaya!

Seminar Ebook Batch 01
Semalam, “Seminar Membina Perniagan Ebook” yang pertama, telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 36 orang peserta telah menyertainya (tak sangka sambutan agak menggalakkan..target 30 orang je) .  Antara yang menyertai seminar kali ini ialah saudara Tazilan (www.ideabisnesluarbiasa.com) , Jamal (www.rahsiakamar.com) , saudara Fairuz (www.myfzbiz.com), saudara Nazrul (www.terbitsendiri.com) , saudara Bazli (www.ezi2swim.com) dan ramai lagi.. terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yag telah hadir pada seminar kali ini.

Harapan saya.. semoga ilmu yang dikongsikan.. dapat dimanfaatkan oleh anda untuk selama-lamanya.

Terima kasih juga saya ucapkan pada saudara Amirol (www.mohdamirol.com) yang telah sudi hadir untuk berkongsi pengalaman beliau bersama-sama peserta seminar didalam menjalankan pernigaaan ebook.

Di bawah ada beberapa keping gambar “kenang-kenangan”.. klik pada gambar untuk besar.

Peserta-peserta Seminar Ebook

Shuth sedang menunjukkan teknik mengibas-ngibas duit yang betul.. oh!

Amirol berucap dengan teknik gaya bebas yang sangat romantik.. ho! ho!

Kepada semua peserta seminar forum… jangan lupa untuk daftar di “Forum Eksklusif” yang disediakan untuk anda.

Saya tunggu anda di forum tersebut.. dan juga.. ebook pertama dari anda…

Untuk sesi seterusnya, Seminar Ebook ini akan diadakan lagi pada 18 April 2009. kepada yang berminat, bolehlah mendaftar di www.seminarebook.com

SSPN dan tabung pendidikan anak.
Sebelum ini, saya pernah berkongsikan tentang rahsia menyediakan tabung pendidikan anak-anak menggunakan instrumen pelaburan hartanah. Tetapi, satu kelemahan jika menggunakan kaedah tersebut adalah, ianya sukar untuk di”cairkan” atau senang kata.. susah nak tukarkan ia kepada “duit cash secara underspot”. Ini kerana, proses penjualan hartanah selalunya mengambil masa antara 2-3 bulan untuk selesai. Dan kadangkala, ianya juga mengambil masa antara 2-3 tahun untuk anda mendapatkan pembeli yang “sesuai” untuk membeli hartanah anda.

Oleh itu, beberapa alternatif lain perlu diambil kira sebagai Plan B. Setelah meng”usha” beberapa instrumen kewangan untuk tujuan tabung pendidikan anak-anak, saya agak tertarik dengan skim simpanan SSPN yang ditwarkan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu, pada bulan lepas, sempena ulangtahun kelahiran anak saya, saya telah pergi ke bank dan membuka akaun SSPN untuk mereka. Tujuannya..  tidak lain tidak bukan, adalah untuk menyediakan “tabung pendidikan mereka” pada masa hadapan.

Ok! ok!.. saya tahu.. mungkin ada yang tidak bersetuju dengan simpanan di SSPN ini. Maklumlah, mereka kata, SSPN ini hanya mengkayakan kerajaan sahaja (err… apa salahnya?).. dividen pun sikit je!.. baik labur dalam unit trust! ( are u sure?).

He! he!.. ok.. ok!.. dalam post ini.. saya akan kongsikan dengan anda mengapa saya memilih SSPN?

1) Mudah Tunai

Maksudnya, dengan hanya  mengisi borang sahaja, anda sudah boleh “cash” kan simpanan anda. Tidak perlu bersusah payah menunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun sepertimana yang perlu anda hadapi jika cuba menjual hartanah anda.

2) Potongan Cukai

Bagi mereka yang “tidak layak” untuk membayar cukai, mungkin kelebihan ini tidak langsung memberikan apa-apa kesan. Tetapi bagi mereka yang “layak” membayar cukai, pengecualian potongan cukai sebanyak RM3,000 setahun kerana menyimpan di SSPN , adalah sesuatu yang memberangsangkan.

3) Perlindungan Insuran

Nampaknya, agen-agen insuran yang menjual polisi-polisi insuran untuk pendidikan perlu berkeja lebih keras lagi selepas ini. Ini kerana, PTPTN juga turut memberikan perlindungan insuran sebanyak RM50,000 kepada setiap pendeposit. Maksudnya, apabila anda sebagai bapa, telah membuat simpanan sebanyak RM1,000 (syarat untuk layak dapat perlindungan insuran) di SSPN, anda tidak perlu risau lagi tentang masa depan dan  “tabung pendidikan” anak anda jika selepas itu, anda terpaksa berhijrah ke alam barzakh (pergh! ayat..). Ini kerana, apabila anda berhijrah ke alam barzakh, automatik, wang pampasan berjumlah sehingga RM50,000 akan di masukkan terus ke akaun SSPN anak anda.

4) Dijamin Kerajaan.

Walaupun saya tidak pasti sejauh mana boleh pakainya “jaminan” tersebut. Tapi, sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit kelegaan dan rasa selamat kepada saya.

5) Geran sepadan

Ini pula faedah yang akan diperolehi oleh ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan. Maksudnya, jika anda adalah seorang penarik beca yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dan anak anda adalah seorang pelajar yang cemerlang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Anda akan mendapat hadiah (geran) sebanyak Rm10,000 dari SSPN.

6) Boleh check akaun online

Ini adalah ciri yang paling saya suka. Serius!, ia memudahkan saya untuk memantau dan membuat perancangan tentang dana pendidikan anak-anak saya….. sehingga kini, saya masih ternanti-nanti, bilakah ASB dan Tabung Haji boleh buat checking secara online.

Saya kira, itulah antara ciri-ciri yang menarik perhatian saya tentang skim SSPN ini, kelebihan lain, anda boleh baca sendiri di web PTPTN.

Ok.. itu cerita mengenai kelebihan SSPN..  Kekurangan ia pula?… (setiap perkara mesti ada kelebihan dan kekurangan kan..)

1) Susah nak keluar.

Nampaknya, SSPN memang betul-betul “strict”kan simpanan ini khas untuk “tabung pendidikan anak-anak” anda… kalaulah anda terdesak sangat mahu membeli PS3 dan bercadang nak keluarkan wang simpanan SSPN anak anda.. memang tak dapat lah jawapnya. Ini kerana, setiap tahun, anda hanya boleh keluarkan wang dari SSPN sekali sahaja! dan had maksimun pengeluaran pula hanyalah RM500 sahaja ataupun 10% dari jumlah simpanan .

Kalau nak keluarkan wang tersebut 100%.. kena tunjuk surat tawaran masuk ke IPT atau surat berhenti sekolah atau.. sijil kematian (erk!).

2) Dividen Rendah

Jika hendak dibandingkan dengan unit trust, pelaburan saham dan pelaburan hartanah, susah semestinya, %  dividen yang diberikan oleh SSPN adalah rendah… hanya sekitar 3-5% setahun. Tapi saya kira, ianya masih berbaloi.. jika kita melihat pada manfaat-manfaat yang diberikan diatas tadi.

Tips saya, apa yang saya lakukan, setiap tahun, saya hanya simpan RM3,000 sahaja di SSPN. Ianya sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mendapatkan potongan cukai, dan saya kira, amaun sebanyak itu sudah memadai, ini kerana, selepas 18 tahun (umur anak masuk IPT), wang yang terkumpul akan berjumlah hampir RM60,000. Saya kira, jumlah itu sudah memadai untuk “Plan B” bagi tabung pendidikan anak saya. Diulangi.. Plan B.

Sedikit pengalaman saya membuka akaun SSPN untuk anak-anak.

Saya telah membuka akaun SSPN di maybank, selepas sebulan, saya masih lagi tidak menerima “kad keahlian” dari SSPN. Then saya call SSPN.. permohonan saya masih dalam “proses”. (erk.. dah sebulan masih dalam proses?).

Selepas sebulan setengah… saya masih lagi tidak mendapat “kad keahlian” tersebut. Saya call SSPN lagi.. akaun sudah diaktifkan, tetapi kad dalam proses untuk penghantaran. Alhamdulilah, at least, akaun sudah diaktifkan.

Fikir positif… mungkin terlalu ramai orang yang membuka akaun dengan SSPN…

Anda bila lagi? Yosh!

M-Money , duit dalam handphone!
Pejam celik-pejam-celik, rupa-rupanya, sudah 8 tahun saya menggunakan Hotlink (maxis). Fuh!.. lama jugak tu, itulah satu-satunya nombor handphone saya sejak dulu sampai sekarang.  Setia beb!

Sekarang nie, maxis telah memperkenalkan satu produk baru untuk pengguna-pengguna maxis, tak tahulah baru ke lama, tapi saya baru tahu dan perasan produk ini minggu lalu.. so kira barulah pada saya. Oh!. Iaitu M-Money!

M-Money nie lebih kurang macam mobile-wallet , cara gunanya.. (1) Buka akaun free dengan hantar sms (2) masukan duit dalam akaun M-Money tersebut, (3) mula membeli barang dengan hanya hantar sms je untuk membayar

Idea ini nampak macam “coool”.. tapi dari segi “practicality”, masih banyak persoalan yang timbul dan perkara yang perlu diperbaiki. Buat masa ini, hanya 5 pihak sahaja yang menerima kaedah bayaran menggunakan M-Money ini, iaitu.. TGV ( Beli Tiket), Lelong, Maxis (Beli Top-up) ,  Domino Pizza dan MOL.

Fuh!.. Memang masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mewujudkan “trend” pembelian menerusi SMS ini.

Antara usaha yang menarik yang dilakukan oleh Maxis, adalah dengan membuat kerjasama dengan website Lelong. Dimana, pihak Lelong telah bersetuju mewujudkan satu ruangan khas bagi pengguna-pengguna maxis membida barang-barang jualan menggunakan M-Money ini. Ke semua barang tersebut, dijual(taja) oleh maxis dan kebanyakkan barang-barang yang ditawarkan, agak “coool”. Anda boleh lihat sendiri di http://www.lelong.com.my/Auc/MAXIS/

Mereka yang ingin membida barangan-barangan tersebut pula, perlu mengakses halaman bidaan itu menggunakan perkhidmatan WAP Maxis (saya dah cuba untuk bid guna streamyx, takleh beb!), dan apabila menang, mereka perlu membayar menggunakan M-Money ini.

Fuh! satu strategi marketing yang sangat hebat dan unik pada pandangan saya.

(1) Ia menggalakan pengguna maxis menggunakan WAP dan M-Money (sekaligus memupuk budaya pembelian menerusi sms)

(2) Kos tajaan barang dapat dikurangkan, sebab pengguna masih perlu bid dan beli barang tersebut (kalau maxis sponsor bulat2.. mesti sangat tinggi kos yang mereka perlu keluarkan.)

Diringkaskan cerita, saya telah mencuba “kempen kerjasama antara maxis-lelong” ini. Setiap hari khamis, produk-produk baru akan di senaraikan dan dibuka untuk “bidding” selama seminggu. Pada minggu lepas, salah satu produk yang ditawarkan, adalah PS3, dan produk tersebut telah berjaya membuatkan saya berasa teruja dan berasa ghairah! ho! ho! ho!… lebih-lebih lagi apabila telah membaca review dan kehebatan PS3 di beberapa web http://asia.playstation.com/my/en memang melekat la! Oh!

Tanpa membuang masa, saya pun mengaktifkan akaun M-money untuk nombor hotlink saya. Prosesnya agak mudah, hanya perlu hantar dalam 5 SMS dan ianya selesai.

Dipendekkan cerita lagi, berbekalkan teknik “LOA & The Secret” yang baru dipelajari 2 hari lepas, akhirnya, saya berjaya memenangi bid tersebut. Oh!

Kemudian, langkah seterusnya, adalah membuat bayaran. Nasib baik, Maxis juga menyediakan kemudahan top-up menerusi Maybank2u. So, dengan senang hatinya, saya pun cubalah men”top-up” akaun M-Money saya di web maxis.

Malang tidak berbau, wang top-up sebanyak RM1325 telah berjaya di tolak dari akaun maybank2u saya tetapi, diakhir proses, saya dibawa ke page “Transaksi Anda Tidak Berjaya” di website maxis.. erk? apa kes?

Saya check akaun M-Money saya.. memang tiada wang dikreditkan ke dalam akaun M-Money saya.

Check di Maybank2u pula, sejumlah RM1325 telah dipotong… Fuh! sedikit cemas dan suspen…

Kemudian, saya try pula call Maxis Centre.. layanan yang diberi agak baik, tetapi yang melecehkan, saya perlu pergi ke Maxis Centre yang terdekat untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Tetapi, alhamdulilah.. sekali lagi saya cuba menggunakan teknik “LOA & The Secret”.. selepas 5 minit saya meletekkan telefon, saya menerima SMS Notifikasi mengatakan wang top-up tadi telah dikreditkan ke akaun M-Money saya.. Fuh!.. lega!… tak perlu susah-susah nak ke Maxis Centre.

So.. dipendekkan lagi cerita.. saya berjaya membayar menggunakan M-Money dan insyallah minggu depan dah boleh start main PS3 (walaupun pada hakikatnya, saya bukanlah seorang kaki games! Oh!).

Kesimpulannya..

“Nak berlagaklah tu.. beli PS3 pun nak cite kat blog!”… Errk?.. taklah! Saya just nak cite pasal pengalaman saya membeli guna SMS je. Takkan nak cite pengalaman beli condom pula? (err..itu mungkin lain kali kot?). Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya..

(1) Membeli barang di Lelong sebenarnya dapat menjimatkan banyak wang anda, ini kerana barang-barang yang ditawarkan selalunya lebih murah dari di kedai. Jadi, amat rugilah jika anda tidak memiliki akaun di lelong dan tidak pernah membeli barang di lelong. Saya sendiri kerap membeli barang di lelong dan boleh dikatakan, saya telah berjaya menjimatkan wang sebanyak RM3k pada tahun ini dengan hanya membeli barang di lelong. TV LCD, handphone, usb modem, dan PS3 adalah antara barang2 yang saya beli di lelong pada tahun ini.

(2) Jika anda menghadapi masalah apabila membeli barang di internet, jangan malu-malu untuk call pemilik website tersebut. Sebab itu adalah penting untuk anda memastikan ada no phone yang disediakan di website penjual produk. Elakkan membeli produk dari website yang tidak meletakkan maklumat yang mencukupi untuk dihubungi.

(4) Jika anda ingin membuat JV, seboleh-bolehnya dapatkan nama-nama brand yang besar, contohnya, Maxis – Lelong – Maybank , fuh! memang semua syarikat itu mempunyai “% pasaran” yang paling besar dalam niche masing-masing.

(3) Buku berkaitan kuasa minda seperti “Law Of Attraction” dan “The Secret” adalah buku yang menarik untuk dibaca pada abad ini. Saya rasa, semua orang yang berjaya mempunyai “ilmu” yang terdapat di dalam buku tersebut dan telah mengaplikasikannya, sama ada secara sedar atau tidak. Jadi, jangan ketinggalan membaca buku tersebut.

Sekian, untuk kali ini… YOSH!..

Akan datang saya nak cerita pasal penggunaan LOA menerusi Twitter pula!

Wah! dah jadi blog pasal LOA pula blog saya nie?

P/s:- Untuk mencapai kejayaan! segala-galanya bermula dari memiliki minda (mind setting) yang betul. Oleh itu, ilmu “pengurusan minda” adalah satu lagi cabang ilmu yang menarik yang saya rasa saya perlu kuasai selain dari “ilmu kekayaan (ilmu pengurusan kewangan, perniagaan dan pelaburan)“.

Bagaimana mencapai kebebasan kewangan?
Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakkan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut.

Sebelum itu, kita semak dulu, apa maskud bebas kewangan?

Secara ringkasnya, bebas kewangan ialah, apabila.. anda tidak mempunyai hutang, dan pendapatan anda melebihi perbelanjaan anda setiap bulan. Ok that it! Senang je bukan?

Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan!

1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang)

Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, ptptn, rumah, mamak, kawan-kawan, court mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1.  Tuliskan juga, berpakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda.. contohnya,

1) Kad kredit (RM5000)… RM250 sebulan

2) PTPTN (RM21,000)…….RM150 sebulan

3) Kereta (RM70,000)…….RM600 sebulan

4) Rumah (RM180,000)….RM1,200 sebulan

Jumlah (RM276,000)…….RM 2,200 sebulan

Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama.. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda.

Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300).. bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda.

Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang ptptn anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda.

Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda.

Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda.

Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun.. pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang!

2) Tambah pendapatan berulang “passive income”  anda.

Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi.

Contohnya, adalah seperti..

menulis buku

memiliki rumah sewa

menulis lagu

memiliki website perniagaan internet yang berfungsi secara automatik

blog yang menjana pendapatan walaupun tidak diupdate

dan sebagainya

Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda.

3) Awasi status kewangan anda setiap masa

Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit).

Percayalah.. dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja! Hey! Ianya bukan teori tau… ianya adalah praktikal.. saya sudah berjaya melakukannya dan ianya hanya mengambil masa 3 tahun, saya pasti anda juga mampu melakukannya!

Yosh!

macam mana nak jadi jutawan?
Masa kecik-kecik dulu, sewaktu di sekolah rendah, apabila cikgu tanya.. “Apa cita-cita awak?”,  saya akan cakap.. “Saya nak jadi polis!”.  Kawan-kawan saya pula, ada yang nak jadi cikgu, bomba, askar, doktor dan macam-macam lah.. yang nak jadi komunis pun ada. Ha! ha!

Sewaktu di sekolah menengah pula. Selepas peperiksaan PMR , pihak sekolah ada mengadakan minggu kerjaya.  Pada minggu tersebut, beberapa pihak dijemput untuk membuat pameran dan taklimat di sekolah. Antaranya adalah seperti  polis, askar, bomba, jururawat, pegawai bank dan ramai lagi.

Bagi mereka yang berminat nak jadi bomba, boleh jumpa pakcik-pakcik bomba yang ada pada hari itu untuk bertanyakan sebarang soalan. Manakala yang nak jadi polis pula, boleh jumpa dengan En. polis dan

bertanyakan bermacam-macam soalan mengenai polis.

Macam mana nak jadi polis?

Susah ke tak jadi polis?

Apa kelulusan yang perlu ada untuk jadi polis?

Berapa gaji polis sebulan?

Best tak tangkap orang jahat?

dan berbagai-bagai lagi soalan..

Memang seronok pada waktu itu, banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi hasil “menemuramah” En. polis tersebut. En. Polis tu pun jenis layan baaaeeekk punya!

Itu kisah sewaktu di zaman persekolahan…

Apabila sudah meningkat dewasa… seiring dengan perkembangan ilmu di minda, ditambah lagi dengan pengaruh-pengaruh persekitaran. Cita-cita  yang ada di dalam diri sewaktu kecil dulu sudah berubah. Jika dulu nak jadi polis, kini, cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang usahawan jutawan yang berjaya.

Tidak seperti di alam persekolahan dulu, pihak sekolah akan berusaha menemukan kita dengan pihak yang telah terlibat dengan sesuatu pekerjaan yang kita cita-citakan. Tapi sekarang, kita perlu cari sendiri orang-orang tersebut.

Masalah bagi saya… dimana saya nak mencari usahawan-usahawan jutawan yang telah berjaya untuk saya berbual dan bertanyakan soalan-soalan tentang “Bagaimana hendak menjadi jutawan?”.

Kebanyakkan jutawan adalah sibuk, dan masalah yang paling besar.. siapa pula saya ntuk bertemu mereka dan bertanyakan soalan? Rasa seperti tiada harapan untuk saya bertemu, bertanyakan soalan dan mengorek rahsia dan pengalaman-pengalaman mereka tentang, bagaimana hendak menjadi jutawan.

Baru-baru ini, Dr. Irfan Khairi (jutawan internet malaysia), telah mengeluarkan produk terbaru beliau. Iaitu sebuah ebook yang berjudul “Mentor Jutawan”.

Ianya adalah sebuah ebook yang memuatkan temubual antara beliau dengan jutawan-jutawan di Malaysia seperti:-

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!

Azizi Ali, Jurulatih jutawan & Jutawan Hartanah

Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap

Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)

Billi Lim, Jutawan Berani Gagal

Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf

Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura

Wow! Saya kira..  Ini suatu produk yang hebat!  Jadi, saya terus sahaja mendapatkan ebook tersebut. Selepas membaca beberapa temuramah..

Pergh! Memang best!… soalan-soalan yang ditanyakan di dalam temubual tersebut, sama seperti soalan-soalan yang ada di fikiran saya. Itulah soalan-soalan yang ingin saya tanyakan jika berpeluang untuk berjumpa dengan semua jutawan-jutawan tersebut.

Macam mana nak jadi jutawan?

Apa halangan-halangan yang ditempuhi?

Apa pengorbanan yang perlu dilakukan?

Bagaimana menguruskan wang untuk jadi jutawan?

dan berbagai lagi soalan menarik, beserta jawapan menarik diberikan oleh jutawan-jutawan sebenar ini  didalam ebook tersebut.

Bagi saya, ianya adalah satu produk yang TEPAT!

Bukankah…

kalau kita nak jadi doktor.. kita kenalah tanya doktor…

kalau nak jadi polis… kenalah tanya polis macam mana nak jadi polis..

kalau nak jadi askar.. kenalah tanya askar.. barulah kita dapat ilmu yang tepat & pengalaman yang sebenar..

Bukankah itu yang sebaiknya?

Begitu juga jika kita ingin jadi jutawan.. kenalah tanya pada mereka yang sudah bergelar jutawan.. jangan pula tanya pada rakan sepejabat atau bos anda yang “masih” belum menjadi jutawan.. takut-takut nanti, ilmu & pengalaman yang diperolehi itu kurang tepat pula.

Jadi, bagi anda yang ingin menjadi jutawan! Saya sarankan anda mendapatkan ebook “Mentor Jutawan” ini.

Memang berbaloi! Klik Disini Untuk Mendapatkan Ebook Mentor Jutawan tersebut!

tips mengukuhkan kedudukan kewangan
Bayangkan….

Isteri anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan sedang sarat mengandung, bulan hadapan, anda akan menyambut cahaya mata anda yang ke-4. Sebagai satu-satunya pihak yang menjadi punca rezeki untuk keluarga, hari ini anda bangun tidur dan mula bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja.

Setibanya di tempat kerja, anda lihat rakan-rakan anda berkumpul di hadapan pintu gate tempat kerja anda.  “Eh?” Kenapa nie? Pak guard tertinggal kunci pintu gate lagi ke?”… bisik hati anda.

“Kenapa nie wak? Pak guard tinggal kunci lagi ke?” anda bertanya kepada rakan sekerja anda yang umurnya sudah agak veteran sedikit.

“Tinggal kunci apanya?..   Kilang kita nie dah tutup!.. Dah Bangkrap!”.. ujar wak dengan nada sedikit tinggi

“Bangkrap?”…

Jeng! jeng! jeng! (muzik latar dari filem p. ramlee)

WPvideo 1.10

<object data="http://www.youtube.com/v/khVlSAwgEP0" type="application/x-shockwave-flash" width="100%" height="100%"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/khVlSAwgEP0"></param></object>

Dalam kehidupan hari ini, ramai yang beranggapan, apabila mereka mempunyai satu pekerjaan, kedudukan kewangan serta kehidupan mereka akan “selamat dan terjamin”. Hakikatnya , untuk mendapatkan kedudukan kewangan yang kukuh dan lebih selamat, kita memerlukan beberapa perkara.

1) Memiliki Dana Kecemasan Yang Mencukupi.

Untuk mencari pekerjaan baru setelah diberhentikan kerja bukanlah sesuatu yang mudah pada hari ini. Hari ini diberhentikan kerja, esok dah boleh dapat kerja baru di tempat lain… ia tidak semudah itu. Selalunya ia akan mengambil masa antara 1-3 bulan untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baru. Pada waktu-waktu begini, dana kecemasan menjadi sangat penting.

2) Memiliki Lebih dari satu punca pendapatan

Kebanyakkan orang hanya memiliki satu sahaja punca pendapatan, iaitu pekerjaan mereka. Jika sesuatu ancaman berlaku terhadap punca rezeki mereka yang satu ini seperti ,

dipecat kerana masalah disiplin diri

dibuang kerja kerana faktor pengurangan kos oleh pihak majikan,

dianiaya dan akhirnya dipecat akibat bahana politik pejabat

ditangkap dan dipecat kerana aktiviti salahlaku seperti, rasuah, penyalahgunaan kuasa , bunuh dan liwat

Maka, mereka akan terkapai-kapai dan kedudukan kewangan mereka akan berada pada tahap yang bahaya. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda mempunyai pelbagai punca pendapatan di dalam hidup anda. Jangan terlalu bergantung kepada satu punca pendapatan (kerja makan gaji).

3) Mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi

Hidup ini tidak selalu cerah! Ada masa kita sihat dan ada masa kita sakit. Ada masanya kita gembira dan ada masanya kita bersedih. .

Rumah terbakar, kereta hilang, anak sakit, kemalangan jalan raya, masuk hospital, adalah beberapa contoh risiko dalam kehidupan yang bukan sahaja menganggu emosi dan fizikal, tetapi, turut juga menganggu kedudukan kewangan. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia dan menyediakan payung sebelum hujan. Insuran & takaful, adalah merupakan “alat” yang terbaik untuk menjadi “payung” bagi kedudukan kewangan kita. Walaupun payung itu tidaklah dapat menjamin kita sepenuhnya untuk tidak “basah” langsung , tapi sekurang-kurangnya, payung itu boleh mengelakkan kita dari basah kuyup (orang utara kata basah lencun kot?).

Jadi… mari kita sama-sama fikir-fikirkan, jika hari ini tiba-tiba syarikat tempat saya bekerja menutup operasinya dan saya dibuang kerja, bolehkah kewangan saya “survive”?

Bagi yang bekerja & berniaga sendiri, jika hari ini tiba-tiba perniagaan anda “bungkus” adakah kewangan anda masih boleh survive?

Akhir kata,  simpan duit banyak-banyak, buat kerja/perniagaan part time (bagi makan gaji) , pelbagaikan cabang perniagaan (bagi yg berniaga) , buat sedikit pelaburan (hartanah & saham, bukannya skim cepat kaya, atau pelaburan internet) dan akhir sekali, jangan lupa beli insuran.

Ke arah kewangan yang sihat & selamat! (hmmm.. best juga slogan nie!)

NGV.. boleh jimat ke?
Image by Getty Images via Daylife

Sejak kenaikan harga minyak ini, berbagai cara & ikhtiar dilakukan oleh masyarakat. Antara langkah yang diambil adalah dengan memasang sistem NGV di kenderaan. Gas NGV adalah 4 kali ganda lebih murah dari harga petrol. Jika petrol seliter adalah RM2.70, gas NGV pula hanya RM0.68 seliter.

Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10, dan kenderaan anda boleh bergerak sejauh 180 – 200km sebelum kehabisan gas.

Jika anda menggunakan petrol, berapa “RM” kah yang perlu anda keluarkan untuk keneraan anda bergerak sejauh 180-200km?

Setelah membuat pengujian & pengukuran, saya mendapati, saya perlu mengisi petrol sebanyak RM50 untuk bergerak sejauh 200km. Bagaimana cara pengukuran dilakukan?.. senang je.. isi minyak RM50, sebelum start kereta, tekan butang reset km di kereta anda. Kemudian, tengoklah bacaan meter tu, berapa jauh jaraknya sebelum kereta anda kehabisan minyak. Lakukan 2-3 kali.. kemudian dapatkan ukuran purata.

Disebabkan kereta saya memerlukan RM50 untuk menyuruhnya bergerak sejauh 200km, ini bermakna, bagi setiap kilometer, saya terpaksa membayar kereta saya sebanyak..  RM50 / 200km = RM0.25 perkm

Orang kata, kalau pasang sistem NGV, lebih jimat, namun begitu, untuk memasang NGV di kenderaan, kosnya adalah  dalam lingkungan RM3,000 (bergantung kepada jenis sistem NGV). Oleh itu, satu perkiraan ROI (Return of Investment) perlu dilakukan.  Iaitu, kita perlu tahu, jika kita memang NGV, bilakah “waktu” yang sebenar-sebenarnya kita akan merasakan “nikmat” penjimatan itu?

Mari kita kira…

Untuk pemasangan NGV, kosnya RM3,000. Jika saya tidak memasang NGV dan memperuntukkan RM3,000 tersebut untuk digunakan membeli petrol, berapa kilometer kah kenderaan saya boleh bergerak?

RM0.25 = 1km

RM3,000 = RM3000 / RM0.25 = 12,000km

Ya, jika saya gunakan RM3,000 tersebut, kenderaan saya boleh bergerak sejauh 12,000km dengan menggunakan petrol. Persoalannya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kereta saya bergerak sejauh 12,000 km?

Sekarang, mari kita buat anggaran..  saya akan servis kereta setiap 5,000km sekali, untuk mencapai 5,000km itu pula, biasanya, ia akan mengambil masa 3 bulan. Jadi, secara kasarnya… pegerakan sejauh 12,000 km itu, memerlukan masa selama 6-7 bulan. Ini bermakna,  jika saya memasang sistem NGV di kenderaan saya, saya sebenarnya hanya akan merasa “nikmat” penjimatan tersebut, hanya selepas 7 bulan.

Berbaloi ke? Tapi.. dengar kata, selepas 6 bulan (tahun hadapan), harga minyak akan naik lagi?

Saya rasa, NGV ini amat sesuai bagi mereka yang berjalan jauh setiap hari. Contohnya seperti, orang-orang yang kerja di KL, tapi tinggal di serembam.. setiap hari bergerak sejauh 200km (pergi balik).  2 bulan je dah jejak 12,000 km. Maka, sesuai lah rasanya kot nak pasang NGV.

Tapi bagi saya?.. hmm… nak kena check bonet dulu.. muat ke tak? oh!

Tips Menangani Inflasi
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak barang yang naik harga. Semuanya berpunca dari kenaikan harga minyak. Harga minyak naik -> kos pengangkutan naik -> kos pengeluaran produk naik -> harga barang pun naik ler.

Pendek kata, kalau harga minyak naik.. semua barang pun akan turut naik harga. Dan secara tidak langsung.. maskahwin juga berkemungkinan akan naik. Dengan itu, saya menyeru kepada labanon semua yang masih lagi “suci dalam debu” dan telah berkemampuan itu, berkahwinlah kamu sebelum kamu dikahwinkan. Hah?

Patah balik kepada cerita inflasi, inflasi boleh dibahagikan kepada 2 peringkat.

Peringkat pertama adalah kadar inflasi negara. Yang ini memang kita tidak boleh nak kawal.. ianya terletak diluar kuasa/kawalan kita.. kalau harga minyak nak naik.. ia akan naik.. kita sebagai individu tidak akan dapat menghalang atau mengawal kenaikan harga minyak tersebut. Kadar kenaikan inflasi ini biasanya tidak banyak. dalam 2-4% setahun. Perkara ini biar kerajaan dan bank negara yang uruskan.

Peringkat kedua adalah kadar inflasi keluarga. Macam mana tu? Contohnya.. dulu sewaktu kita kecil-kecil, ayah kita belanja abc tepi jalan pun, kita rasa dah ok sangat… tapi sekarang.. anak-anak kita.. ajak makan abc tepi jalan.. aiseh! jatuhlah standard. Kalau nak makan abc , kena gi baskin robins. (ada ke abc kat baskin robins? oh!) .

Contoh lain… jika dulu sekeluarga makan KFC sebulan sekali, tapi sekarang.. makan KFC seminggu sekali.

Jika dulu kalau nak beli burger just singgah mana2 stall burger tepi jalan.. tapi sekarang, kalau nak beli burger mesti tepon 1300-13-1300.

Jika dulu cuma tgk 6 channel TV (TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9) sekarang sudah tengok lebih 80 channel (Astro ler)

Kadar inflasi peringkat kedua inilah yang selalunya mempunyai kadar peningkatan yang tinggi setiap tahun… kenaikkannya boleh mencecah sehingga 10% , 30% , 75% mahupun 125% setahun. Namun begitu, satu berita gembira, anda boleh mengawal kadar inflasi peringkat kedua ini. Untuk mengawalnya.. anda perlulah berbincang dan bersepakat bersama semua ahli di dalam keluarga. Kalau tidak.. sudah juga. Yerla.. si ayah beli baju setahun sekali.. si anak beli baju sebulan sekali dan baju tersebut pula mesti anda tanda right!. Si anak berehat di kantin sekolah, si ibu pula berehat di mcD setiap hari. Susah ler nak kawal kadar inflasi kalau macam tu.. so.. kena sepakat dan bekerjasama.

Ok!.. itu cerita pasal peringkat inflasi.. sekarang saya nak bagi beberapa tips untuk anda mengawal kadar inflasi.

1) Menonton movie secara online!. Ya.. tahukah anda, anda kini boleh menonton movie secara online dengan PERCUMA! adakah saya ada mengatakan perkataan PERCUMA tadi? Tak percaya? Percayalah~~~~ (kata siti nurhaliza).. malah, saya baru sahaja menonton filem INDIANA JONES yang terbaru tadi. Ianya percuma sahaja! Tak perlu menghabiskan duit di panggung wayang dan berasak-asak beratur panjang membeli tiket. Apa yang lebih menarik, anda bukan sahaja boleh menonton filem yang ditayangkan di Malaysia, tapi.. filem2 yang tak masuk malaysia pun anda boleh tgk sekali.

Tak caya? Pergi tengok kat Watch Movies Online. Memanglah.. kualitinya agak kurang sedikit (standard cd pirate) dan tiada subtitle bahasa melayu. Tapi! okla tu.. free je kan?..

2) Brand No More! . Ya.. sesuatu barang itu akan menjadi mahal disebabkan jenama. dan jenama ini pula biasanya mengambarkan 2 perkara.. kualiti dan juga gaya. Jika anda ingin membeli barangan yang berjenama.. pastikan jenama itu “berjenama” di sebabkan kualitinya, bukannya disebabkan “ayat-ayat bunga” yang memujuk anda untuk menjadi lebih bergaya. Tetapi, apa yang lebih penting, belilah sesuatu itu mengikut keperluan. Contohnya, jika anda hanya perlukan seutas jam tangan yang boleh menunjukkan anda masa, cukuplah sekadar membeli jam tangan yang tahan lasak sedikit yang mungkin berharga RM30-RM300. Tak perlulah beli jam tangan yang berharga sehingga RM3,000 – RM30,000. (Eh? ada beb orang beli jam tangan sampai RM3,000.. bukan jutawan pun mamat tu.. kerani je! Gua pernah jumpa beb orang macam nie..memang gua tak paham la beb kenapa dia sanggup beli jam semahal tu. Kena tipu kot? oh!).

Contoh lain, Jika anda perlukan sebuah handphone yang boleh membuat panggilan telefon, menghantar sms, berkamera, bermuzik, mempunyai sambungan internet 3G, wifi dan HDSPA kerana ia penting untuk kerja2 dan kehidupan seharian anda dan hanya N95 yang dapat memenuhi semua keperluan itu. Belilah N95 (dengan syarat mampulah).. i think it’s ok!. Perlu diingat.. anda membelinya untuk memenuhi keperluan anda.. bukannya untuk memenuhi “gaya” anda.

Pendek kata, beli sesuatu itu untuk keperluan & kualiti.. bukan untuk jenama @ gaya.

Okla.. itu je 2 tips yang “luar biasa sedikit” yang dapat saya fikirkan buat masa ini. Tips-tips biasa yang lain seperti berhenti merokok, kurangkan makan diluar, kurangkan bahan majalah picisan dan sebagainya.. itu saya rasa anda sudah boleh fikirkan sendiri..

Sekian, untuk kali ini.. yosh!

Reserve Fund @ Dana Kecemasan
Andaikata, jika hari ini, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja.. tiba-tiba kereta yang anda pandu, terhenti enjinnya.  Kemudian, apabila dibawa ke bengkel, mekanik bengkel mengatakan, timing belt kereta anda putus dan sekaligus merosakkan enjin kereta anda. Kos untuk memperbaikinya ialah RM2,500..

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Kemudian, balik ke rumah, dengan keadaan yang penat dan dahaga, anda membuka peti sejuk di rumah anda untuk mengambil satu tin air minuman, malangnya.. peti sejuk rumah anda rosak pula!. Tiada air sejuk untuk anda, sayur-sayuran dan daging di dalam peti sejuk pula mula berbau semacam. Aiseh.. Kalau nak beli peti ais baru, kosnya dalam RM900

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Duduk di sofa, cuba menonton TV.. apabila cuba on TV, tapi TV tak on on pula.. TV pun rosak?

Kos untuk TV baru.. RM500

Hah?  Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Tak boleh tgk TV, pasang laptop la… boleh juga tengok TV secara online. Suiz komputer di tekan… tapi selapas 10  minit, screen laptop masih juga gelap. Wah!.. ini sudah lebih.. laptop pun rosak? Kos untuk laptop baru.. RM2500.

Hah? Dimanakah anda mahu mendapatkan wang sebanyak itu?

Ya.. ya! itu hanyalah kisah dongeng dan rekaan semata-mata.. tak mungkin hidup anda akan ditimpa malang bertingkat-tingkat seperti itu.

Tetapi.. itulah kemungkinan-kemungkinan yang mungkin perlu kita hadapi di dalam kehidupan ini.

Cuba bayangkan, sekarang sudah dekat hujung-hujung bulan, gaji belum masuk lagi, duit dalam poket tinggal RM50 je.. tiba-tiba anda terlibat dalam kemalangan dan mangsa kemalangan yang anda langgar tersebut meminta RM500 sebagai ganti rugi.  Mana nak cekau duit?

Disinilah pentingnya anda memiliki “dana kecemasan” di dalam hidup anda. Dana kecemasan adalah sejumlah wang yang anda simpan di dalam bank, khusus untuk tujuan-tujuan kecemasan. Apakah “kecemasan-kecemasan” tersebut?… Semuanya seperti yang telah saya nyatakan diatas tadi, kereta rosak, peti sejuk rosak, tv rosak, mesin basuh rosak, terlibat dalam kemalangan malah.. ditangkap berkhalwat dan dipaksa berkahwin diberhentikan kerja juga boleh dimasukkan sekali sebagai salah satu perkara kecemasan.

Ianya adalah perkara-perkara yang perlu anda selesaikan dengan segera.. jika tidak.. ia akan menyusahkan lagi hidup anda. Itulah yang saya maksudkan dengan “kecemasan” disini.

Persoalannya, berapakah dana kecemasan yang perlu anda miliki?.. Sesetengah penasihat kewangan, mencadangkan, anda menyimpan 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan anda. Contohnya, kalau gaji anda RM2,000 sebulan, maka.. anda perlulah ada RM6,000 sebagai dana kecemasan anda.

Ada sesetengah penasihat kewangan pula..  mencadangkan 6 bulan gaji!. Ianya sebenarnya terpulang kepada anda, ikut keselesaan anda.

Itu adalah anggaran dana bagi orang “makan gaji”.. bagaimana pula dengan usahawan/ orang yang bekerja sendiri?..

Sama aje sebenarnya, ikut keselesaan… tapi bagi saya… saya lebih selesa jika seseorang usahawan itu mempunyai dana kecemasan untuk 2 tahun gaji/ kos sara hidup beliau. Maklumlah,  untuk orang yang nak memulakan / terlibat dalam perniagaan ini, selalunya, ia mengambil masa 2-3 tahun untuk perniagaan mereka betul-betul stabil.

Oklah.. sekian tips untuk kali ini. Jika anda masih belum ada dana kecemasan… usah berlengah lagi. Bina dana kecemasan anda sekarang juga!. Susah hidup beb kalau takde dana kecemasan nie..

Oh! Sebut pasal dana kecemasan nie, ada satu survey sedang dijalankan di wangcyber berkenaan dana kecemasan ini, sila klik disini untuk menyertai survey tersebut.

Yosh!

Kad kredit.. ok ke ko?
Click here to view the video on YouTube.

Ada sesetengah pihak mengatakan, kad kredit adalah lambang kepada kemewahan… dan ada sesetengah pihak yang lain pula mengatakan sebaliknya, “kad kredit adalah punca kepada kehancuran kewangan anda…”

yang mana satu yang betul?…

suatu masa dahulu (sewaktu masih muda dan bujang), saya pernah berhutang dengan pihak bank menerusi kad kredit sebanyak RM3,000 dan saya mengambil masa hampir 2 tahun untuk melangsaikan hutang kad kredit tersebut.. memang rasa sedikit tension juga.. nak ikutkan.. hutang saya taklah banyak sangat.. RM3,000 je..  lepastu tiap-tiap bulan saya bayar.. tapi tak habis-habis… 2 tahun baru habis.. arghh!

tapi itu dulu…. sekarang?

Sekarang..  setiap bulan.. saya menggunakan kad kredit saya antara RM3,000 – RM7,000 sebulan.. tapi alhamdulilah.. hutang pinjaman kad kredit tersebut.. dapat saya langsaikan setiap bulan. Oh tidak! saya tidak menggunakan kad kredit saya untuk berjoli dan berdansa di disko-disko atau mana-mana pusat hiburan sehingga larut malam.. tetapi saya menggunakan kad kredit saya sebagai alat untuk “pusingan” modal bagi perniagaan internet saya.

Maklumlah, yuran webhosting, nama domain, autoresponder, ebook, membership dan sebagainya.. semuanya perlu dibayar secara online menggunakan kad kredit.

Kenapa tak guna kad debit?

Kad debit?..  hmm.. memang teringin juga nak buat, tapi asyik tak berkesempatan sahaja.. lagipun saya rasa saya tiada masalah di dalam menggunakan kad kredit ini.. jadi saya rasa better saya stick sahaja dengan kad kredit ini.

Apa yang saya suka di dalam menggunakan kad kredit ini ialah.. mengenai “point” yang diberi..  semakin banyak kita gunakan kad kredit, semakin banyak point yang kita akan dapat kumpulkan.  Point tersebut pula boleh ditebus dengan apa-apa barang yang ditawarkan. Buat masa ini, saya telah berjaya menebus sebuah penimbang berat elektronik dan sebuah water boiler elektronik hanya dengan menggunakan “point” yang terkumpul daripada kad kredit tersebut.

Yuran kad kredit mahal?

Oh! percaya atau tidak… anda sebenarnya boleh untuk tidak membayar yuran tahunan kad kredit anda dengan hanya menelefon call center pengeluar kad kredit tersebut. Contohnya seperti maybank atau citibank.. call sahaja no customer service yang terdapat di belakang kad tersebut dan katakan kepada mereka, anda inginkan yuran percuma untuk kad anda.

Selalunya, jika mereka mendapati anda kerap menggunakan kad kredit anda, mereka tidak akan banyak songeh dan akan hapuskan yuran tahunan anda pada tahun itu dari sistem mereka. Tetapi, kalau mereka banyak songeh.. katakan pada mereka anda ingin batalkan kad kredit anda dan ingin pergi ke bank lain yang menawarkan pemilikan kad kredit secara percuma seumur hidup. Nescaya mereka akan bagi juga anda yuran percuma tersebut.

Apa yang saya cuba sampaikan disini.. saya pernah mengalami kedua-dua situasi, dimana saya “tidak bijak” dan  “bijak” di dalam menggunakan kad kredit. Apa yang saya sedar.. kad kredit sebenarnya hanyalah satu “alat”, jika kita bijak menggunakannya.. ia boleh mendatangkan manfaat. Tetapi, jika kurang bijak di dalam menggunakannya.. ia boleh menjadi punca kepada kemusnahan hidup kita.

Kesimpulannya…… lu pikirlah sendiri!…. ho! ho! ho!

berapa income anda?
Dulu.. saya pun begitu teruja untuk melihat berapa income yang boleh saya dapat setiap bulan. Tapi lama-kelamaan intuisi itu sudah tidak lagi menghairahkan.. (ceh!.. ayat…)

Pendapatan yang tinggi bukanlah faktor utama untuk anda menjadi kaya dan bebas kewangan.. apa yang lebih penting ialah berapa yang anda dapat simpan (sebelum menjadi jutawan) dan berapa nilai “networth” anda (selepas jadi jutawan).

Tahukah anda.. dikalangan jutawan..  tidak akan ada soalan yang berbunyi.. “Berapakah income anda sebulan?”.. jika anda bertanyakan soalan itu di majlis yang dihadiri oleh jutawan-jutawan .. jelaslah kelihatan anda bukan jutawan (mesti payeeng punya! oh!). Di kalangan jutawan-jutawan.. soalan yang akan mereka tanya ialah. “Berapakah nilai networth anda? @ “Berapakah keuntungan anda?”..

Jika anda tidak percaya?.. anda boleh lihat sendiri “Senarai Jutawan Muda Dunia” , anda boleh lihat.. disitu mereka menggunakan “Revenue” & juga “Estimated Networth” sebagai kayu pengukur kekayaan & kejayaan mereka…  tiada langsung disebut tentang “Income”.

Oleh itu, usahlah terlalu taksub dengan jumlah “pendapatan” anda…. ia kadangkala boleh memerangkap anda dengan menjadikan anda berasa “selesa” dan mencukupi, lantas membuatkan anda mengurangkan usaha anda.

Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam ebook “Maskahwin Yang Hilang“..  tidak ada gunanya anda mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan jika perbelanjaan anda ialah RM12,000 sebulan… anda tetap seorang yang boros dan sentiasa tidak cukup wang..

Adakah anda masih fikir jumlah pendapatan itu.. begitu penting untuk anda?

P/s :- Bacaan sampingan, baca kisah suri rumah tangga berniaga di internet.

4 tahap kekayaan
Satu lagi info menarik yang saya perolehi dari bacaan buku “The Secret Of Self Made Millionaire” tulisan Adam Khoo, ialah mengenai 4 tahap kekayaan.

1) Kestabilan Kewangan

Tahap kestabilan adalah tahap pertama di alam konteks ukuran kekayaan. Pada tahap ini, anda sudah memiliki kedudukan kewangan yang stabil. Maksud kewangan yang stabil ialah, anda masih boleh menyara kehidupan anda selama 6 bulan jika anda berhenti kerja pada waktu ini.  Pendek kata, jika perbelanjaan anda sebulan ialah RM2,000… dan anda sudah mempunyai simpanan sebanyak RM12,000. Maka anda sudah mencapai tahap pertama kekayaan ini, iaitu, kestabilan.

2) Keselamatan Kewangan

Pada tahap ini pula, anda sudah mempunyai nilai aliran tunai yang positif yang dapat menampung perbelanjaan keperluan asas kehidupan anda. Pendek kata, anda sudah boleh berhenti kerja dan pendapatan pasif income anda sudah boleh menampung gaya hidup anda yang asas. Tetapi jika anda tidak mahu berhenti kerja, hasil pendapatan daripada perkerjaan makan gaji anda itu, anda boleh gunakan untuk menambahkan lagi portfolio pelaburan anda yang seterusnya akan membesarkan lagi nilai “cash flow” bulanan anda.

3) Kebebasan Kewangan

Kita sering mendengar perkataan “kebebasan kewangan”.. tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan   kebebasan kewangan?. Menurut Adam khoo, anda mencapai tahap kebebasan kewangan apabila, pasif income yang terhasil daripada aset serta pelaburan anda.. mampu menampung perbelanjaan gaya hidup anda “pada masa kini”. Sudah tentunya, ianya agak subjektif.. setiap orang mempunyai definasi yang berbeza tentang definasi “Gaya Hidup Masa Kini”. Walau apa-apa pun, pada tahap ini anda sudah boleh berhenti kerja dan hidup dengan kehidupan anda yang sederhana pada masa kini (berbanding pada tahap “keselematan kewangan”, anda hanya boleh hidup pada tahap yang asas-asas sahaja.

4) Rezeki Melimpah-ruah (Financial Abundance = Kelimpahan Kewangan?)

Di tahap ini… anda sudah boleh berhenti kerja dan goyang pinggul kaki dirumah sahaja… anda kini hidup di dalam gaya kehidupan yang anda idam-idamkan. Rumah banglo 5 tingkat (pergh!), swimming pool beserta ikan dolphin (fuyoo), keta BMW 7 ketul (waaaahh), helikopter 2 biji (gulp) serta isteri 4 orang beserta 7 orang anak setiap seorang ( ho! ho! ho!)..

Tapi, pada kebiasaannya, orang yang sudah mencapai tahap ini, jarang sekali berhenti kerja dan hanya duduk rileks-rileks goyang pinggul. Mereka akan terus bekerja.. tetapi, mereka bekerja bukan kerana duit. Tapi kerana mereka memang minat melakukan perkara tersebut.

Itulah serba sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama anda hasil pembacaan saya. SO.. boleh renung-renungkan, anda di tahap mana?

Kalau nak lebih puas hati.. mungkin anda boleh baca sendiri buku karangan Adam Khoo yang berjudul “The Secret Of Self Made Millionaire” ini, boleh dapatkan secara online di website MPH.. saya pun beli online je haritu.. Kalau cari kat MPH yang berdekatan, memang susah skit nak jumpa. Buku ini stok dia terhad. Oh! kalau nak beli kat web MPH tu.. kena pakai IE, kalau pakai firefox dia tak jalan… tak tahu kenapa..

Ok lah!  itu sahajalah untuk entry kali ini.. YOSH!…..

P/s:- ada sesiapa gi youth malaysia kat pwtc esok pagi? I’ll be there..

Nak buat apa beli insuran?… membazir je…
Dafi adalah seorang pemuda yang kacak & bujang.  Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu.

Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”

Mawi yang baru sahaja sebulan  menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~”  Oh!

Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi.  Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..

“Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat

“Hello“….  suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..

Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..

“Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..

“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..

“Hah?! Hospital? kenapa?”.  tanya mawi agak terkejut..

“Abang dafi eksiden semalam..”  jawap adik manis (adik perempuan dafi)  itu lagi..

Tamat… ho! ho! ho!… saya memang suka buat cerita tergantung..

Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anak muda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadap insuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawap dan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidak penting bagi mereka..  membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada padangan mereka..

Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-

Diri anda sendiri

Isteri & anak-anak

Ibu & bapa (kadangkala)

Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang.  Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..

Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatan anda?.  Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayar hutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang  rokok anda di kedai mamak?…

Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…

Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insuran“…  pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda serta jangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadi penjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!

Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?

Wei!.. Aku Kaya!
Satu persoalan yang mungkin agak sensitif untuk diketengahkan ialah.. “Perlukah kita mengheboh-hebohkan kekayaan kita kepada orang ramai?”

Dulu.. sewaktu saya dalam keadaan “cukup bulan duit habis” , saya akan berasa amat seronok ika mendapat duit-duit sampingan, sama ada hasil daripada membuat kerja-kerja frelancer  mahupun hasil daripada menjual suratkhabar lama.

Asal dapat duit skit.. mesti saya akan berasa sangat teruja dan mulalah “kecoh sekampung” …  “Lihatlah dunia!.. aku berjaya dapat duit sebanyak RMxxx hasil menjual produk xxx.. ho! ho! ho!”.

Berikutan pengumuman itu, maka akan ramailah yang datang kepada saya dan mengadu sudah 2 hari tak makan nasi (sebab asyik makan McD& KFC je..),  tak cukup duit beli susu anak sebab dah habis buat modified keta, hutang bertimbun, duit habis sebab asyik keluar out station, nak beli rokok tak cukup duit dan sebagainya.

Nampaknya.. saya perlu berubah sikap.

Ada duit ke.. takde duit ke… apa nak kecoh-kecoh? senyap-senyap dan buat hal sendiri sudahlah..  lainlah kalau dengan menghebohkan kekayaan anda itu, maka kekayaan anda akan bertambah.. maka bagi saya itu harus.

Contohnya kepada penggiat-pengiat MLM & pengeluar produk-produk “buat duit” , satu cara yang paling mudah untuk menyakinkan orang ramai adalah dengan menunjuk-nunjukkan sedikit “kekayaan” atau hasil pendapatan anda. Mungkin cara ini kurang digemari oleh sesetengah pihak…. tetapi, suka atau tidak,  ia telah terbukti sebagai salah satu cara yang paling berkesan.

Orang “biasanya” tidak akan membeli ubat jerawat dari seseorang yang mukanya penuh dengan jerawat.

Begitu juga dengan ubat pelangsing badan, adakah anda akan membeli ubat tersebut jika anda melihat orang-orang yang menjualnya bersaiz badan manjalara? Mungkin “Ya” dan mungkin “Tidak”… bergantung kepada sejauh mana otak anda dapat menganalisa situasi tersebut..   . Tetapi secara “normal”nya.. 8 dari 10  orang akan katakan “Tidak”..

Jadi.. apa bezanya dengan produk-produk “buat duit”? Mahu atau tidak.. anda perlulah “tunjuk” kan sedikit “kekayaan” anda. Barulah kekayaan anda akan bertambah dengan lebih cepat… oh!

Bagi saya… jika aktiviti “menunjuk-nunjuk” kekayaan anda itu dapat memudahkan anda membina kredibiliti, kepercayaan serta menjadikan anda lebih kaya.. maka..  ianya harus…

Tetapi.. jika anda merasakan kekayaan anda tidak akan bertambah dengan menunjuk-nunjuk hasil kekayaan yang anda ada.. tak perlulah tunjuk.. duduk diam-diam dan tambahkan lagi kekayaan anda itu sudahlah..

Menunjuk-nunjuk kekayaan ini pula ada bermacam stail… bagi penggiat MLM, mereka lebih gemar bergambar di depan rumah besar yang mempunyai kereta mewah sambil memakai kot, dengan tangan menunjuk tanda “bagus”. ho! ho! ho!

Bagi penjual-penjual produk “buat duit” di internet pula… screenshot-screenshot penyata pendapatan memang menjadi kegemaran..

Bagi saya.. ia tidak salah..  asalkan sahaja gambar-gambar tersebut adalah  sahih & benar.

Tetapi kalau gambar tipu-tipu…..itulah yang akan menjadi masalahnya. Apa-apa pun, yang lebih penting, sentiasalah jujur & ikhlas dengan diri anda.. menunjuk bukti adalah berbeza dengan menunjuk-nunjuk untuk tujuan “riak”.

P/s :- Agak-agak, kalau saya tunjuk screenshoot hasil jualan sempoihosting.. ramai ke yang akan membeli hosting dari sempoihosting nanti?  Sungguh tidak relevan bukan? So.. duduk diam-diam saje sudah lah..

Perasan Kaya…
Satu kesilapan yang sering dilakukan oleh orang-orang biasa tanpa sedar, yang akhirnya akan menyebabkan mereka terus hidup di dalam kemiskinan dan penuh dengan hutang adalah kerana mereka “perasan diri meraka kaya”. Memiliki 2 buah kenderaan yang kesemuanya berharga RM120,000, sebuah rumah teres kembar 2 tingkat yang berharga RM320,000, sebenarnya… tidak langsung melambangkan anda seorang yang kaya, lebih-lebih lagi dengan pendapatan tahunan sebanyak RM72,000 setahun.

Jika sekali pandang dengan 2 buah kereta yang dimilikinya, rumah yang besar lengkap dengan orang gaji,  wah! kayanya dia~~~

Tetapi hakikatnya, hidupnya sepanjang hayat hanya lah bekerja untuk membayar hutang..

Hutang Kereta  : RM70,000

Hutang Rumah :   RM280,000

Jumlah : RM350,000

Hakikatnya! Beliau sangat miskin dan mempunyai hutang sebanyak RM350,000 untuk dilangsaikan!

Jadi, di mana “kaya”nya mereka?…. kaya  kat dalam hutang jer la….

Itulah kesilapan yang seringkali tidak disedari oleh orang-orang yang “perasan dirinya kaya”… mereka menyangkakan kereta yang miliki serta rumah yang mereka duduki itu adalah “aset”, sedangkan, hakikat sebenarnya, ianya adalah “liabiliti”.

Mengapa ia liabiliti? Kerana, nilainya akan susut mengikut masa dan untuk terus memilikinya, akan memaksa wang terus keluar dari poket pemiliknya. Jadi, bagaimana anda boleh menggangap sesuatu yang akan menyebabkan “wang terus mengalir keluar dari poket” anda itu sebagai suatu aset?

Jadi, usah terkeliru antara aset & liabiliti, dan tolonglah.. janganlah berlagak dan “perasan kaya” hanya disebabkan anda memiliki 2 buah kereta mahal dan sebuah rumah yang besar…

Sekalipun jika anda benar-benar kaya, mengapa perlu berlagak? Kekayaan anda itu boleh gerenti anda masuk syurga ke?

P/s:-  Oh! Sorry.. ter “emo” skit untuk entry kali ini..

Masa Untuk Menikmati Kemewahan!…
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan jawapan dan pandangan yang bernas bagi soalan kuizÂ  sebelum ini.Â  Semua jawapan adalah bagus2 belaka.

Okla…Â  selepas sehari membuka soalan kuiz… saya akan berikan jawapannyaÂ  hari ini. Jawapan ini mungkin tidak betul bagi sesetengah orang.. tetapi inilah pandangan saya tentang “Waktu yang sesuai untuk bermewah-mewahan”..

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kedudukan pendapatan bulanan manusia ini ada 3 jenis, negatif / 0 / positif. Dan seringkali, apabila cashflow bulanan seseorang itu bertukar sahaja menjadi positif.. kita akan mendengar..

“Bulan nie ada duit lebih sikit!.. Ingat nak angkat handphone baru lah!”..

“Bulan depan dapat bonus, ada duit lebih.. aku nak tukar sportrim keta baru”

Â ”Dah 6 bulan dapat incomeÂ  RM20,000 nie.. bulan depan aku nak angkat keta merc/bmw/honda accord… barulah nampak bergaya!. Barulah lagi ramai akan jadi downline aku!..”

Itulah antara ayat-ayatÂ  yang seringkaliÂ  kita dengar apabila seseorang itu ada duit lebih sedikit. Tidak kiralah orang itu rakan kita, adik beradik, sedara-mara dan tidak ketinggalan juga, diri kita sendiri.

Pantang cashflow bulanan positif sikit..Â  mulalah berangan-angan untuk bergaya dan bermewah-mewahan. Sindrom ini menjadi lebih menonjol kepada orang-orang yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka secaar mendadak dengan cepat (biasanya hasil skim cepat kaya, MLM piramid dan sebagainya).

Orang-orang yang perasan kaya cepat ini, “BIASANYA” tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang konkrit. Jadi tidak hairanlah jika mereka ini akan menjadi sedikit gelojoh apabila ingin hidup bermewah-mewahan.

Pendapatan cashflow bulanan yang positif, sebenarnya bukanlah tiket untuk hidup bermewah-mewahan. Tetapi, masa yang paling sesuai untuk menikmati kemewahan hidup hasil daripada kekayaan yang telah anda usahakan, adalah apabila….

“NILAI BERSIH ANDA POSITIF”

Apa itu nilai bersih? Nilai bersih ialah apabila nilai aset anda melebihi nilai liabiliti anda.

Waktu yang sesuai untuk berfoya-foya menikmati hidup mewah adalah apabila nilai bersih anda terus positif walaupun anda menambahkan liabiliti baru ke dalam portfolio kewangan anda.Â

Skerang, kira berapa aset anda dan liabiliti anda. Contohnya, jika aset (RM100,000)Â  anda dan liabiliti pula (RM95,000). Maka nilai positif anda ialah Rm100,00 – RM95,000 = RM5,000

Setelah mengetahui nilai bersih anda hanyalah RM5,000… maka jika anda ingin bermewah-mewah.. pastikan harga barang mewah anda ituÂ  tidak melebihi nilai RM5,000.

Ipod? Handphone? Laptop? Sport rim?….Gunakanlah duit itu untuk menghadiahkan diri anda.Inilah waktunya untuk anda memberikan ganjaran kepada diri anda. Nak hadiah mercedes? Oh no!.. tunggu networh anda menjadi positif RM500,000 ribu.

Bagi diri saya, itulah prinsip yang saya pegang. Jika saya ingin bermewah-mewah dan menghadiahkan diri sayaÂ  sesuatu yang mahal/berharga, saya akan pastikan nilai networth saya sudah menjadi positif terlebih dahulu, dan bukannya, berdasarkan cashflow.Â  Bagi saya, mempunyai pendapatan bulanan sehingga RM20-30ribu serta mempunyai nilai cashflow yang positif setiap bulan.. bukanlah petanda yang sesuai untuk bermewah-mewahan.

Jika anda bermewahan-mewahan berdasarkan nilai cashflow bulanan anda semata-mata,Â  saya berani jamin… dalam beberapa tahun lagi.. anda akan “back to the square”.Â  Kembali semula kepada keadaan asal. Banyak hutang dan hanya cukup-cukup sahaja setiap bulan. Sebab itulah anda boleh lihat.. ramai orang yang jadi kaya dengan cepatnya.. biasanya tidak akan berkekalan. (kalau ikut kata orang-orang tua.. mereka akan kataÂ  sebab.. duit tu tak berkat!).. sebenarnya, mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas yang kukuh tentang menguruskan kewangan.

Jadi.. berdsarkan jawapan yang saya nyatakan di atas…. pemenang kuiz bagi kali ini, hanya dimenangi oleh seorang sahaja, iaitu.. saudara Sabri Saifulsham yang telah memberikan jawapan yang tepat dan sama di fikiran saya.

Tahniah sabri.. sekejap lagi saya emailkan ebook tu. So.. insyallah hujung tahun nie bolehlah tunaikan niat anda untuk berumahtangga itu…. ho! ho! ho!..

Kepada pembaca lain.. usah kecewa… saya ada satu hadiah untukÂ  anda semua pada entri kali ini. Software “simple” untuk mengira nilai bersih anda. Klik link dibawah untuk download.

Mengira Aset dan Liabiliti Anda

Wassalam… Yosh!

Bilakah masa untuk bermewah?
Salah satu impian, mengapa seseorang itu ingin menjadi kaya, adalah kerana mereka inginkan kehidupan yang mewah. Ingin memiliki rumah yang besar, kereta sport yang mewah, mengelilingi dunia 88 hari disamping membeli belah di pusat-pusat membeli belah yang ternama di dunia.

Tiada masalah… jika anda “mampu”.. teruskan! Saya tiada halangan dan tiada masalah dengan impian anda itu. Itu lah ganjaran yang perlu anda nikmati hasil penat lelah usaha anda mengumpul kekayaan.  Apa gunanya menjadi kaya jika anda tidak menikmati semua kemewahan itu?

Asalkan sahaja anda “mampu”, ianya tidak menjadi masalah.

Tapi, bila sebut mengenai “mampu”, ramai orang yang tersilap tafsir dengan istilah itu. Ramai orang yang tak mampu, tetapi “buat-buat” mampu apabila tiba bab bermewah-mewahan ini.

“Selepas saya menyertai perniagaan XXX ini, saya telah berjaya mendapat pendapatan RM20,000 sebulan… lihatlah kereta mercedes yang baru saya beli ini”. kata xxx

Seringkali kita dengar, seseorang yang kerja biasa-biasa… pakai kereta biasa.. tiba-tiba menukarkan kehidupan mereka kepada kehidupan yang mewah. Semuanya hasil daripada  menyertai perniagaan/pelaburan XXX.

Seperti yang saya katakan diatas.. saya tiaada masalah dengan impian itu, bagi saya ia tidak salah.. asalkan sahaja mereka “mampu”.

Persoalannya? Adakah mereka benar-benar “mampu”? atau.. “buat-buat” mampu?

Mari kita kupas persoalan ini bersama…

Secara umumnya, situasi kewangan  bagi pendapatan bulanan manusia boleh dibahagikan kepada 3 golongan.

1) Aliran Tunai Negatif -  iaitu golongan manusia yang sentiasa tidak cukup duit. Setiap bulan, mesti nak kena pinjam duit dari rakan-rakan. Golongan ini, jelas kita boleh lihat yang mereka ini tidak berkemampuan. Jika mereka memiliki kereta mewah.. nampak sangat mereka ini hanya “buat-buat” mampu.

2) Aliran Tunai 0 – golongan yang duitnya cukup-cukup sahaja.  Cukup bulan, tiada lebih dan tiada kurang.. hanya cukup2 sahaja.

3) Aliran Tunai Positif –  cukup bulan ada duit lebih, dan golongan ini pula terbahagi kepada dua. Ada yang “lebih sikit”.. dan ada yang “lebih baaaaaaanyak.” Jika dulu, sewaktu makan gaji.. mereka ada duit lebih skit (RM100-RM300) , tapi selepas 6 bulan join perniagaan/pelaburan XXX ini, mereka sudah ada duit lebih  yang banyaaakk (RM2,000-RM3,000)…  memanglah mereka dapat RM20,000- RM30,000 sebulan.. tapi bila dah tolak hutang rumah, kereta, kad kredit, pinjaman bank, belanja makan, anak sekolah bla.. bla.. bla…   dan bla.. bla.. bla.. maka, tinggallah baki lebihan dalam RM2-3 ribu sebulan

So.. nak buat apa dengan baki RM2-3 ribu yang lebih setiap bulan ini?….

“Angkat Mercedes baru lah…. apa lagi?… Inilah masanya aku nak bawak kereta mercedes! Yeaahh!! Aku kaya!!.. ” kata xxx

SOALAN KUIZ!!

Disini, saya ingin membuat satu kuiz khas untuk pembaca-pembaca blog ini… memandangkan beliau (orang yg contoh di atas tu) sudah mempunyai pendapatan lebihan sebanyak RM2-3 ribu sebulan..

Adakah benar “inilah masanya” untuk beliau bermewah-mewah? Jika Ya…mengapa? dan jika tidak… mengapa?…  Jika bukan sekarang, bila lagi masanya nak bermewah-mewah?…

Sila berikan jawapan anda di bahagian komen… saya akan berikan anda satu copy ebook “maskahwin yang hilang” secara percuma jika anda dapat memberikan jawapan yang tepat ( jawapan yang sama dengan jawapan yang ada di dalam fikiran saya).

Jawapan serta nama pemenang akan diumumkan pada entry yang seterusnya.

Oh yer! Pemenang boleh lebih dari seorang..  . Kalau ada 10 orang beri jawapan yang sama & betul.. saya akan berikan kepada 10 orang hadiah ini.. jadi.. rebutlah peluang ini (bukan senang tau saya nak buat kuiz dan bagi hadiah kat blog saya nie! ahak!)

YOSH!.. saya nantikan jawapan anda.

Tangan kiri boleh tengok tangan kanan ke?
Satu amalan yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan secara saintfik,tTetapi, amat berkesan dan mujarab, di dalam menjadikan seseorang itu  kaya dan gembira.. ialah amalan “suka memberi”, atau dalam bahasa yang lebih islamiknya… “bersedekah”.

Amalan “memberi” / “bersedekah” ini ada dinyatakan didalam al-quran dan bible. dan penerangan mengenai kelebihan amalan ini biasanya lebih tertumpu kepada manfaat “rohaniah”/”spiritual”.. dan disebabkan tiada penjelasan yang saintifik mengenai amalan ini. Maka, ramai juga yang tidak begitu mengambil berat tentang amalan ini di dalam mengejar cita-citanya menjadi kaya dan hanya memandangnya  sebagai perkara yang enteng sahaja.

Amalan ini, sememangnya amat mujarab… yang penting.. ia perlu dilakukan secara ikhlas. Seperti yang biasa kita dengar, jika ingin bersedekah, bersedekahlah dengn tangan kanan, dan pastikan tangan kiri anda tidak mengetahuinya.

Sewaktu saya kecil… apabila saya ingin memasukkan duit ke dalam tabung di surau, saya akan pastikan, saya menghulurkan duit syiling tersebut dengan tangan kanan dan tangan kiri saya pula akan dimasukkan ke dalam poket. Secara teknikalnya, dengan berbuat demikian, maka, tangan kiri saya tidak akan tahu… pada masa itu, saya betul2 percaya bahawa, si tangan kiri boleh melihat aktiviti si tangan kanan secara “spiritual”..

Tapi lama-kelamaan baru saya tersedar.. rupa2nya ayat “bersedekah biarlah dengan tangan kanan, dan tangan kiri diselindungkan” itu sebenarnya, hanyalah satu bidalan saja! ( Cis!..Â  den mati2 ingat tangan kiri memang boleh nampak tangan kanan.. )

Maksud sebenar ayat tersebut ialah, jika anda bersedekah, pastikanÂ  orang lain tidak mengetahuinya, walaupun orang yang paling rapat dengan anda seperti, suami, isteri, adik beradik, ataupun ibu-bapa. Itu lah sebenar maksudnya.

Jadi, bersedekahlah dengan ikhlas..Â  tak pernah lagi saya dengar orang jadi miskin sebab bersedekah..

Senjata Memusnah Hutang!
hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang ditulis oleh salah seorang mentor saya.. bacalah…

Dalam kehidupan sekarang, kita tidak dapat lari dari berhutang, terutamanya  apabila membeli barang yang agak mahal harganya seperti rumah, tanah dan  kenderaan. Hutang ini umpama lemak dalam badan kita. Dalam keadaan tertentu, ia  tidak dapat kita elakkan. Seperti lemak dalam badan, bila hutang sudah menjadi  terlampau banyak, ia boleh mendatangkan bahaya kepada seseorang dan  pewaris-pewarisnya. Sebab itulah hutang ini perlu diuruskan dengan betul, sama  seperti kita menguruskan kandungan lemak dalam badan kita.

Orang yang  mempunyai masalah hutang yang banyak, boleh diumpamakan seperti orang yang  mempunyai masalah kegemukan yang melampau. Kalau bayaran hutang pun dah  tertunggak, sampai kena saman masuk CTOS dan masuk COURT (bukan court mammoth  ar), itu tandanya kesihatan kewangan (financial health) anda sudah sangat  kritikal. Umpama organ jantung dan hati yang sudah diselaputi lemak tebal, hanya  menunggu masa saluran darah untuk tersumbat!

Jadi, bila dah cecah tahap  kritikal sebegini, beringat-ingatlah! Cubalah buat sesuatu untuk KURANGKAN  MASALAH tersebut. Bukan menambah lagi hutang yang sudah ada!

Ini  kadang-kadang saya perhatikan, ada orang yang sudah black-list, sudah kena saman  masuk CTOS dan masuk court sebab tak dapat bayar hutang lama, masih lagi nak  cari pinjaman baru, nak beli kereta barulah, nak besarkan rumah-lah, nak beli  itu ini lah. Mentang-mentanglah sekarang banyak offer pinjaman tanpa penjamin,  black-list pun boleh mohon, berebut-rebut dia nak tambah hutang lagi! Bang,  hutang lama pun tak mampu bayar, takkan nak tambah hutang lagi? Tak kasihan ke  diri sendiri dan anak bini?

Apa Nak Buat Bila Berhutang?

————————–<wbr></wbr>——–

Dalam Islam, bila kita dah berhutang,  kita kena bayar balik. Tak kisahlah hutang dah tertunggak 7 bulan tak bayar ke,  hutang dah bertambah 2 kali ganda ke, ia wajib anda selesaikan sepenuhnya  terutamanya hutang tersebut adalah kepada orang bukan Islam.

Selagi anda  tak selesaikan hutang anda, terutamanya hutang di dunia, roh anda akan  tergantung. Orang yang mati syahid pun tidak akan masuk syurga, selagi hutangnya  belum selesai! Ini pesanan ulama ya, bukan saya sengaja reka-reka cerita.

Dalam menguruskan kesihatan fizikal, apabila seseorang itu mengalami  masalah kegemukan yang melampau (macam saya, hehehe), dia perlu mengambil  langkah-langkah asas seperti berikut :-

1 â€“ DIET untuk kurangkan  pengambilan lemak, garam, gula, monosodium, bahan kimia, bahan pengawet dan  bahan toksik ke dalam badan. Hanya consume makanan dan minuman yang berkhasiat  sahaja.

2 â€“ UBAH-SUAI kehidupan kita, dengan berhenti merokok, berhenti  hisap dadah, berhenti minum arak, berhenti makan junk-food & fast-food,  berhenti cari penyakit / buat maksiat serta buang tabiat buruk yang merosakkan  tubuh badan kita.

Inilah 2 benda yang kerap orang lakukan untuk  menguruskan kesihatan fizikal mereka. Tetapi, kedua-dua langkah asas ini, tidak  akan berkesan sepenuhnya jika tidak disertakan langkah 3 yang sangat penting  iaitu,

3 â€“ BERSUKAN untuk meningkatkan kadar metabolisme (pembakaran  lemak) dalam badan kita dan seterusnya membuat diri kita lebih bertenaga, lebih  yakin dan lebih ceria.

Kalau tak buat 2 langkah pertama, tapi focus  kepada langkah 3 yakni bersukan pun, sudah cukup untuk memerangi masalah  kegemukan yang melampau. Bersukan ini sangat penting dalam kehidupan sekarang  kerana ia adalah SENJATA UTAMA untuk membakar lemak dalam badan kita yang  semakin bertambah akibat cara pemakanan kita.

Dalam pengurusan kesihatan  kewangan pula (financial health), langkah asas yang sama, perlu anda lakukan  untuk memerangi masalah hutang yang melampau, iaitu :-

1 â€“ DIET untuk  kurangkan perbelanjaan yang tidak penting atau keterlaluan. Kalau dulu, setiap  bulan beli baju dan kasut baru, kali ini hanya beli 6 bulan sekali. Kalau dulu,  setiap hari makan di luar, kali ini bawa bekal ke pejabat. Jimat belanja, lebih  wang untuk selesaikan hutang!

2 â€“ UBAH-SUAI pinjaman yang tinggi  interest kepada pinjaman yang rendah interest (melalui loan consolidation dan  re-financing) <wbr></wbr>. Kalau dulu ada pinjaman rumah islamik yang tinggi interest  dan hutang 3 kad kredit (juga tinggi interest), kini semua hutang sudah  dikumpulkan dalam 1 akaun pinjaman rumah konvensional baru yang jauh lebih murah  interestnya. Interest rendah, hutang pun cepat selesai!

Tetapi, 2  langkah ini tidak akan berkesan sepenuhnya jika tidak disertakan dengan langkah  3 yang menjadi SENJATA UTAMA untuk memerangi hutang melampau. Lebih-lebih lagi  apabila kadar inflasi (kenaikan harga barang) semakin meningkat dari tahun ke  tahun. Perbelanjaan tahunan semakin bertambah walaupun anda sudah â€œberdietâ€  kurangkan perbelanjaan. BLR tetap naik sedikit walaupun anda sudah ubah-suai  pinjaman anda,

CARA TERBAIK UNTUK MEMERANGI MASALAH HUTANG MELAMPAU DAN  KENAIKAN KADAR INFLASI adalah dengan memastikan PENDAPATAN TAHUNAN ANDA  BERTAMBAH SETIAP TAHUN!

Sama seperti kesihatan fizikal, kalau anda tak  fokus pada 2 langkah asas tetapi lebih banyak fokus kepada bersukan, kesihatan  anda pasti akan improved. Begitu jugalah dengan kesihatan kewangan anda.

Kalau anda tak fokus sangat kepada diet perbelanjaan dan ubah-suai  pinjaman, tetapi anda lebih banyak fokus kepada menambah pendapatan keluarga  setiap tahun, insya-Allah semua masalah hutang anda akan selesai dengan cepat!

Mana taknya, setiap tahun inflasi naik 5% – 10%, tapi pendapatan tahunan  anda bertambah 30% – 40%. Dulu pendapatan hanya RM30,00 setahun. Tahun ini naik  kepada RM40,000 setahun. Bukankah dengan kenaikan pendapatan, masalah hutang  boleh selesai dengan cepat?

Saya cakap begini kerana saya faham, ramai  orang dah cuba kurangkan perbelanjaan kepada yang paling asas sekalipun, tapi  tak dapat nak selesaikan masalah hutang yang melampau. Nak ubah-suai pinjaman  sedia-ada, tapi permohonan tersangkut kerana tak lepas CCRIS dan CTOS.  Bulan-bulan buat simpanan, tapi simpanan tak mengurangkan hutang sedia-ada,  sebaliknya tersepuk di satu tempat, awal tahun depan, baru dapat dividennya,  itupun tak seberapa jika dibandingkan dengan interest hutang yang dikenakan.  Masalah hutang yang ada, tak banyak berubah. Kalau berubah pun, sedikit sahaja,  terlalu perlahan.

Yang kasihannya, gaji tak naik naik juga (0%). Tapi  harga minyak dah naik 10%-20%. Inflasi keseluruhan naik 5%. No wonder ramai  orang yang naik minyak sekarang! Kos sara hidup naik lebih tinggi dari kenaikan  gaji mereka.

Sebab itulah, senjata utama saya dalam memperbaiki  kesihatan kewangan saya, lebih ditumpukan kepada usaha untuk meningkat  pendapatan tahunan saya. Tiap-tiap tahun, saya pastikan pendapatan tahunan saya  naik. Bila kenaikan pendapatan tahunan lebih 50% setahun, saya tak perlu risau  tentang kenaikan inflasi 10% sekalipun. Saya tak perlu berdiet sangat dalam  perbelanjaan dan dapat menikmati kehidupan seperti yang saya inginkan.

Ramai financial adviser yang saya lihat, beri nasihat kewangan terlalu  konservatif. Tak perlu cari duit lebih, buang karen saja. Kalau gaji RM1,500  sebulan, cukup dah tu, berjimatlah, tak payah pakai kereta, tak payah pakai  handphone. Astro? Membazir saja tu. KFC? McD? Itu pantang, tak boleh makan. No  personal expenses please! Semua kena cut-down! Ikat perut sey!!

Kadang-kadang saya kasihan melihat kehidupan orang lain yang tersekat  dan tiada kebebasan kerana nasihat yang diperolehinya terlalu konservatif. Apa  nak buat, adviser suruh kekal dengan kerja & pendapatan sekarang dan cut  down benda lain sampai dah tak boleh nak cut-down lagi dah. Tak perlu buat kerja  extra untuk cari duit lebih.

Nasihat saya â€“ dalam kehidupan kita, ada  banyak pilihan. Just becoz Haji Bakhil itu kaya, maka anda nak contohi sikapnya  yang sangat kedekut, hinggakan semua perbelanjaan keluarganya, dia cukup  berkira! Just becoz seseorang itu berjaya memperbaiki hidupnya hingga menjadi  kaya, tidak bermakna caranya sesuai untuk semua orang. Dan tidak bermakna  caranya sajalah yang perlu diguna-pakai.

Lain padang, lain belalang.  Lain orang, lain keadaan kewangannya. Oleh sebab itu, gunakan cara yang anda  rasa paling sesuai dengan diri anda. Yang penting, anda lakukan apa yang  diperlukan untuk memperbaiki hidup anda. Bukan sekadar tahu, tapi tak buat.  Dapat ilmu, tapi tak amal!

I guess Iâ€™m the only adviser yang tidak  terikat dengan rentak dunia dan norma kehidupan, yang berani menyarankan orang  ramai agar memastikan pendapatan tahunan mereka bertambah setiap tahun sebagai  SENJATA UTAMA untuk memerangi masalah hutang melampau dan kenaikan inflasi.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”

AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P:  012-2011-555)

Manager – Insurance, Takaful & Investment (AFPM)

Tekad  Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)

A corporate agency with MAA Assurance  & MAA Takaful

For reliable & trusted advice, visit us at http://www.simpanduit.com

3 Cara Pantas Jimat Duit Setiap Bulan
Hari ini, saya ingin beri tips ringkas bagaimana anda boleh jimatkan duit anda setiap bulan. Jadi.. duit yang lebih tu nanti.. bolehlah di simpan, atau digunakan kepada perkara lain yang lebih berfaedah.

1) Hentikan langganan TV berbayar anda.

Saya dah buktikan.. dan berjuta-juta lagi orang telah membuktikan, bahawa, mereka masih lagi bernyawa dan hidup dengan gembira tanpa memiliki a***o di rumah. Saya rasa, keseronokan melihat aksi mawi menari di saluran TV berbayar, masih belum mampu untuk menenangkan fikiran anda, yang sentiasa berserabut dan rungsing, memikirkan “macam mana nak cari duit lebih” untuk menampung sara hidup anda setiap bulan. Jika, dengan berhenti melanggan saluran TV berbayar dapat menjimatkan (sila baca sebagai “menambahkan pendapatan”) anda sebanyak RM50 setiap bulan?  Mengapa anda tidak lakukannya sahaja?

2)  Bersenam dengan bijak

Sesetengah orang kata, kesihatan itu lebih penting dari wang.. itu saya tidak nafikan. Cuma, jika sesuatu aktiviti kesihatan itu boleh “menyakitkan” wang anda.. saya rasa, itu bukanlah sesuatu yang bijak. Antara langkah drastik yang boleh anda ambil jika anda mengalami masalah kewangan, ialah dengan menamatkan keahlian anda di pusat-pusat gym. Sekali lagi.. berjuta-juta orang dah membuktikan, mereka masih boleh hidup dengan sihat dan cergas tanpa perlu pergi ke gym.

3) Langganan bahan bacaan bulanan

Adakah anda ada melanggan bahan bacaan yang memerlukan anda membuat bayaran setiap bulan? seperti.. Suratkhabar? Majalah? URTV? HAI? MANGGA? Mungkin anda boleh hentikan seketika, dan duit yang lebih tu, gunakan ia untuk membeli bahan bacaan yang lebih bermanfaat seperti buku-buku yang mengajarkan anda tentang pengurusan kewangan.

Sebenarnya, banyak lagi cara anda boleh lakukan untuk menjimatkan wang anda setiap bulan, apa yang perlu anda lakukan ialah, menyemak semua bil-bil bulanan anda. Semaklah dengan teliti.. mungkin ada sesetengah bil bulanan itu, anda boleh elakkan dan tidak perlukan di dalam hidup anda. Terutama sekali, bil-bil yang anda bayar setiap bulan secara automatik melalui potongan kad kredit anda.Sekali lagi… semak bil-bil bulanan anda, buat penilaian semula, adakah bil tersebut benar-benar perlu atau anda boleh tamatkannya sahaja, untuk menjadikan hidup anda lebih tenang dan gembira.

Yosh!..

P/S:-

1) Post terdahulu tentang “Petua Simpan Duit Banyak-banyak”

2) Dapatkan lebih banyak lagi petua tentang penjimatan wang di dalam “buku pink” ini !

Melabur Dalam Hutang
Melabur dalam hutang? Mungkin agak sedikit pelik bunyinya… tetapi, itulah salah satu pelaburan yang mungkin memberikan manfaat yang lebih baik kepada diri anda berbanding pelaburan-pelaburan yang lain.

Apa yang dimaksudkan dengan melabur didalam hutang? Kalau melabur dalam unit amanah ke? saham ke? hartanah ke?.. biasalah juga saya dengar.. tapi melabur dalam hutang.. tak pernah dengar pun!

Apabila membicarakan tentang pelaburan.. perkara pertama yang kerap timbul di fikiran ialah.. “Berapa % kah kadar pulangan yang akan diperolehi?”

Secara kasarnya… berikut adalah peratus kadar pulangan bagi sesuatu pelaburan yang SAH disisi undang-undang.

Deposit Tetap – 3-4%

Unit Amanah – 5-9%

Saham – 10-20%

Option – 15-30%

Note : Ini hanya kadaran kasar sahaja.. realitinya. mungkin kurang atau mungkin juga lebih banyak lagi.

Biasanya apabila ada duit lebih sedikit.. kita akan lebih cenderung untuk melaburkan duit kita kepada produk-produk kewangan yang diharapkan dapat memberikan pulangan wang yang lebih tinggi seperti iASB, Unit Amanah dan juga Pasaran Saham. Seringkali, hutang-hutang yang ada, akan di abaikan dan dibayar hanya pada kadar yang minimum sahaja.

Kuiz! Jika anda mempunyai wang lebih sebanyak RM500 sebulan, dimanakah anda akan gunakan wang tersebut?

A) Melabur dalam Deposit Tetap ( Pulangan 3% setahun)

B) Melabur dalam ASB (Pulangan 6% setahun)

C) Melabur dalam Unit Amanah (Pulangan 12% setahun)

D) Membayar Hutang Kad Kredit ( Kadar Faedah 18% setahun)

Klue Jawapan : Tidak ada gunanya anda melabur pada tempat yang menambahkan duit anda sebanyak 3% setahun, sedangkan hutang anda, menghakis duit anda sebanyak 18% setahun.

Anda hanya akan menjadi lebih miskin dan bertambah kecewa. Jadi.. fikir-fikirkan, laburkanlah duit anda pada tempat yang betul dan sah.

P/s:- Wei ****! bila nak bayor hutang aku? Mentang2 ler takde interest.. ko buat dek je ek! Isk! isk!

Menjadi Jutawan Sekelip Mata… Bertahankah?
Sejak kebelakangan ini.. saya agak kurang mengupdate blog. Saya ingin meminta maaf kepada semua peminat-peminat blog ini (euuww.. ada ke?!). Diharapkan anda dapat bersabar menanti entry-entry yang “menghairahkan” dari saya di blog ini.

Bulan ini, adalah merupakan bulan yang paling sibuk bagi saya pada tahun ini.. selain menyusun strategi perniagaan untuk tahun hadapan.. saya juga sedang sibuk melaburkan diri di dalam “ilmu pengetahuan” secara fast track. (Tinggal 8 hari sahaja lagi untuk masuk tahun 2007… dan saya masih ada 15 buah buku lagi yang perlu dibaca sebelum tamat tahun 2007 ini.. Oh!)

2 minggu yang lepas…. saya telah menghadiri mini workshop Azizi Ali tentang “Property Investment” yang diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya. Satu perkara yang menarik yang saya pelajari swaktu d dalam workshop tersebut.. ialah.. tentang “mengekalkan kekayaan”.

Satu soalan ditujukan.. “Apa yang buatkan orang kaya terus kekal menjadi kaya?.. “ dan mengapa.. orang miskin.. yang menjadi kaya dengan tiba-tiba.. (biasanya disebabkan harta pusaka, dapat pampasan, menang loteri, join skim cepat kaya dan sebagainya) .. akan menjadi miskin kembali, seperti mana miskinnya mereka sebelum ini, selepas 2-3 tahun. Why?

Ok… tak perlu nak teka-teka.. saya bagi jawapannya terus…

Sebabnya… mereka tidak ber“ILMU”.

Jika ditanya kepada anda sekalipun… jika anda diberikan wang RM1juta sekarang ini.. apa yang anda akan lakukan dengan wang tersebut?

Saya nak bayar semua hutang saya…

Saya nak beli rumah besar yg siap dengan swimming pool…

Saya nak beli kereta mewah 3 biji..

Nak tambah isteri sampai 4…

Nak gi haji…

Lepas tu…

Saya nak simpan skit dalam unit trust..

Saya nak beli beberapa ketul rumah dan sewakannya.. apa orang jawa kata tu? property investment kan?..

Ermm…. lepas tu.. saya nak buat modal bukak bisnes skit..

Hah.. itulah yg saya nak buat kalau ada 1 juta…

Saham?.. saham.. saya tak berani lah…. saya tak pandai main saham…

Bagaimana? rasa-rasanya.. jawapan di atas tu sama tak dengan jawapan anda.

Jika dilihat.. jawapan di atas agak bijak!.. Melabur dalam unit trust.. labur dalam property investment, bukak bisnes.. bijak dan kelihatan bagus bukan?

Dan jika anda nak tahu.. itulah yang dilakukan oleh orang-orang yang menjadi jutawan dengan segera dan selepas beberapa tahun.. menjadi miskin semula. (Oh! Ye ker?)

Why hah? … tanya anda dalam hati pula sekarang ini.. ho! ho!.. saya tahu apa yang anda fikirkan.. terrer tak saya? Cis!

Jawapannya mudah… sebab mereka tidak mempunyai ILMU yang cukup.

Ya.. mereka ingin melabur dalam unit trust.. tapi unit trust yg mana?

Ada buat pelaburan dalam hartanah!.. tapi hartanah yang bagaimana? Nak melabur dalam hartanah bukan semudah main beli sahaja… ada syarat2 serta ilmu2 yang perlu diketahui.

Begitu juga bukak bisnes.. bukan semudah bukak kedai sahaja… berbagai ilmu serta selok belok menguruskan kedai dan perniaagaan perlu dipelajari sebelum membukanya. Tanpa ilmu yang betul dan mencukupi… kekayaan yang dimiliki akan hilang dalam sekelip mata.

Jadi.. disini.. pokok pangkalnya… ialah ILMU.

Jika orang yang sudah menjadi jutawan pun masih melabur di dalam ilmu.. apatah lagi orang yang belum jadi jutawan? ( Sila rujuk entry dari blog dr. irfan)

Berbalik kepada orang yang menjadi kaya sekelip mata…..  alangkah bagusnya jika sewaktu mereka menjadi kaya… mereka berhasrat begini..

“Dengan duit satu juta yg saya ada ini.. saya nak gunakan ia sedikit untuk melabur di dalam ILMU.. saya nak pergi seminar-seminar serta mengupah profesional personal coach untuk mengajar saya tentang, bagaimana hendak menguruskan dan mengekalkan kekayaan yang ada pada saya ini!”…

Hakikatnya…. semuanya sibuk nak beli rumah besar, kereta besar serta bini besar… Oh!

Petua Simpan Duit Banyak-Banyak
Saya pasti ramai yang sudah tahu dan pernah mendengar nasihat tentang pengurusan kewangan yang berbunyi..

Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda

Bermakna.. jika gaji anda sebulan RM2,000.. anda perlu simpan RM200 sebulan

Jika gaji anda RM3,000 sebulan.. anda perlu simpan RM300 sebulan..

Dalam masa setahun, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM200 X 12bulan = RM2,400

RM2,400 ? Oh.. nampaknya impian anda untuk menjadi jutawan masih jauh lagi..

Jika anda masih meneruskan simpanan bulanan anda sebanyak RM200 sebulan.. berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan?

Jawapannya…. 400 Tahun!

Hah? Nampaknya.. dunia telah kiamat pun anda masih belum lagi jadi jutawan.. Oh!

Sebenarnya, nasihat menyimpan 10% daripada wang gaji kita itu sememangnya suatu nasihat yang baik. Tetapi, bagi saya, jika anda dapat menyimpan lebih dari 10%…. maka, itu adalah lebih lebih lebih baik lagi!

Persoalannya? Macam mana nak simpan lebih dari 10%?

“Saya tak boleh… kalau simpan lebih 10%.. nanti, makan pasirlah saya jawapnya.” ujar anda..

Jangan cepat berfikiran negatif… fikirkan perkara yang positif!

Sebenarnya, ada satu rahsia yang membolehkan kita menyimpan wang gaji kita lebih dari 10%. Jadi.. saya ingin kongsikan ia bersama anda, ini adalah rahsia peribadi saya… saya telah menguji dan menggunakannya pada diri saya sendiri, dan ikhlas saya katakan.. dengan rahsia ini.. saya mampu menyimpan wang sebanyak 200% daripada wang gaji saya setiap bulan! (Diulangi… wang gaji yer.. bukan wang pendapatan.. ho! ho! ho! Bermaksud… JIKA gaji saya RM100 sebulan.. maka, saya mampu menyimpan RM200 sebulan..)

Anda nak tahu apakah Rahsia itu?

Baiklah.. saya beritahu anda rahsia yang bernilai RM497 ini secara percuma. Khas untuk pembaca-pembaca blog ini.

Rahsianya ialah.. .. “Keghairahan”…  ho! ho! ho!… ataupun dalam bahasa omputihnya.. “Passion”

Oh! jangan salah sangka.. ini bukan ghairah seks.. ini ghairah lain.

(Kenapa yer?.. setiap kali sebut perkataan ghairah.. mesti orang akan ingat seks.)

Keghairahan yang saya maksudkan disini ialah keghairahan anda untuk mencapai cita-cita anda!.. Iaitu, suatu cita-cita yang memerlukan anda memiliki duit yang banyak untuk mencapainya.

Contohnya…..

Keghairahan untuk menjadi jutawan…

Keghairahan untuk memiliki kereta mewah..

Keghairahan untuk memiliki rumah banglo yang besar dan indah..

ataupun.. keghairahan untuk memiliki isteri 4.. ho! ho! ho!

Semua keghairahan ini memerlukan anda mempunyai duit yang banyak. tanpa duit yang banyak.. agak sukar untuk anda memenuhi keghairahan tersebut. Jadi.. jadikanlah keghairahan tersebut sebagai motivasi anda untuk menyimpan duit dengan banyak.

Anda masih tidak percaya bahawa keghairahan boleh membuatkan anda menyimpan duit dengan banyak?..

Baiklah! Mari kita imbas kembali zaman kanak-kanak anda? Sewaktu anda kanak-kanak dahulu, setiap hari, anda akan diberi wang poket oleh ibu atau bapa anda untuk belanja persekolahan anda. Kalau anda tidak ingat.. tidak mengapalah… tetapi saya masih ingat.

Sewaktu saya bersekolah rendah dulu, bapa saya akan memberikan saya wang poket sebanyak 30sen sehari. Ya, 30sen sahaja sehari, saya sememangnya bukanlah daripada golongan orang-orang yang berada. Bapa saya hanya bekerja di kampung dan saya dibesarkan sebagai seorang budak kampung. Dengan wang 30sen itu, saya akan membeli sepinggan mee goreng yang berharga 20sen dan segelas air yang berharga 10sen. Begitulah setiap hari, wang belanja yang diberi pasti akan dihabiskan dengan membeli mee goreng dan juga segelas air diwaktu rehat.

Sehinggalah, pada suatu hari, sewaktu sedang berjalan pulang dari sekolah, tapak kasut sekolah saya tercabut dibahagian depannya. Kasut itu memang sudah agak buruk. Sudah 2 tahun saya memakai kasut tersebut.. jadi memang tunggu masa sahajalah untuk ia menjadi arwah.

Sampai dirumah, saya memberitahu ibu tentang kasut tersebut. Tapi ibu kata, “Alaa.. boleh pakai lagi nie.. tampal je dulu dengan gam gajah!.”…Tanpa Banyak soal.. saya pun ambil gam gajah serta getah gred untuk melekatkan semula hujung kasut tersebut dan mengikatnya.

Selepas itu, disekolah, sewaktu rehat, saya tidak lagi bermain bola atau pergi berjalan-jalan keluar kelas atau ke kantin. Saya hanya akan duduk di dalam kelas dan buat-buat sibuk membaca buku cerita. Saya tak nak banyak bergerak sebab  saya takut kasut saya akan terkoyak lagi. Jadi, saya hanya duduk diam-diam didalam kelas dan makan “jemput-jemput” yang dibuat oleh ibu. Duit sekolah yang diberi oleh ayah, saya simpan.. nak buat beli kasut baru. Jika sebelum ini saya agak malas dan segan membawa bekalan makanan ke sekolah, tetapi, pada waktu itu saya dah tak kisah. Saya akan bawa  bekal makanan setiap hari dan duit yang ada pula saya akan simpan untuk membeli kasut baru… sememangnya masa itu saya dah tak pikir tentang malu, segan atau sebagainya.. apa yang saya tahu.. saya kena simpan duit untuk beli kasut baru.

Mungkin kisah saya agak berlainan sedikit dengan kisah hidup anda… tetapi.. saya pasti setiap anda pernah mengalaminya. Sewaktu kecil dulu, apabila anda teringinkan sesuatu.. tak kiralah.. basikal baru ke?, beg sekolah baru ke?, mainan baru ke? jajan baru ke? atau pun nak beli mercun sewaktu hari raya… anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyimpan duit sekolah anda. Sanggup tak makan atau tidak membeli makanan ringan semata-mata nak simpan duit untuk beli barangan yang anda idamkan. (Jika anda anak orang kaya dan selalu dapat apa sahaja yang anda hajati…. mungkin anda tidak mempunyai pengalaman sebegini!.. jadi, bersyukurlah bagi mereka yang tidak dilahirkan di dalam keluarga yg kaya-raya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.)

Bagaimana?.. masihkah anda ingat kisah-kisah zaman silam anda sewaktu di zaman persekolahan dulu?.. Penuh dengan keghairahan bukan? Begitulah juga pada waktu ini… jadikan keghairahan anda untuk memiliki sesuatu itu sebagai motivasi anda… dengan keghairahan tersebut.. saya pasti.. setiap dari kita akan mampu meningkatkan peratus wang simpanan kita setiap bulan!

Jadi… carilah dan wujudkanlah suatu keghairahan di dalam hidup anda!

P/s:- Kepada yang sudah berkahwin.. mungkin anda boleh mengimbas kembali kenangan anda sewaktu anda ingin “mencari duit kahwin”.  Anda sungguh ghairah bukan waktu itu? Keghairahan seperti itulah yang diperlukan.. jika dulu keghairahan anda untuk adalah untuk berkahwin.. kini, gunakan keghairahan yang sama, untuk menjadi jutawan pula..

Rahsia Duit
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

“Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”

Lima puluh menjawab “Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik  STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, ” Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau “.

TIPS: Jika ingin memperolehi duit yang banyak… kita perlulah terlebih dahulu memberi duit kepada orang lain dengan banyak (bersedekah). Jika kita merasa berat untuk memberikan wang RM100 atau RM200 kepada pihak surau atau masjid.. berilah wang tersebut kepada kedua orang tua kita. Insyallah.. mengembirakan hati orang tua itu juga adalah suatu amalan yang mulia dan ia juga boleh dikira sebagai salah satu amalan bersedekah.

Kepentingan Mengurus Kewangan…
Jika dilihat pada blog saya ini, kebanyakkan post yang saya hantar adalah lebih cenderung kepada tips-tips menguruskan kewangan. Berkenaan internet biz… ada juga, tapi agak kurang.. mengapa yer?

Blog saya ini masih baru.. jadi.. saya rasa, adalah lebih baik jika saya menekankan terlebih dahulu mengenai asas kewangan kepada pelawat-pelawat blog ini. Ini kerana, tanpa asas kewangan yang kukuh,sudah pastinya agak sukar untuk kita berjaya dalam apa-apa perniagaan. Tidak kiralah sama ada perniagaan yang kita ingin jalankan itu adalah perniagaan internet, mahupun perniagaan konvensional. Oleh itu, pengetahun mengenai asas kewangan perlulah dikukuhkan dahulu sebelum kita menceburkan diri dalam apa-apa perniagaan.

Percayalah, tanpa asas kewangan yang kukuh.. nescaya, perniagaan kita akan gagal.

Saya sudah lihat, ramai kawan-kawan serta saudara mara saya yang gagal dalam perniagaan mereka. Semuanya disebabkan mereka tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh.

Sedikit keuntungan yang diperolehi digunakan untuk kepentingan diri. Alasannya, duit itu ialah duit gaji  mereka.

Oh! betapa peliknya… orang yang bekerja sendiri mana boleh disamakan dengan orang yang makan gaji. Jika bulan tersebut hanya untung RM1,000, bukankah suatu yang kurang bijak untuk anda mengambil RM1,500 sebagai gaji anda?

Mungkin disebabkan sudah terlalu lama makan gaji, maka.. apabila menjalankan perniagaan sendiri pun, mereka tetap mahukan gaji bulanan.

Jadi, janganlah melakukan kesilapan ini, marilah kita sama-sama mengukuhkan asas kewangan kita… yosh!

Wang Simpanan…
Jika anda mempunyai wang simpanan antara Rm1,000 – Rm50,000, apakah yang anda akan lakukan dengan wang tersebut?…

Beli Handphone 3G? IPod? XBox? Video Camera? Cybershot? iMac? Home Theatre? Motosikal baru atau.. downpayment kereta baru?

Jika begitu… anda akan menjadi seorang yang sungguh bergaya, tetapi malang, impian anda untuk menjadi kaya akan menjadi semain kabur… ketahuilah, gaya sahaja tidak menjadikan anda seorang yang kaya & bebas dari masalah kewangan.

Perbezaan antara orang yang “akan” menjadi kaya dengan orang yang “akan” menjadi miskin boleh dilihat dari cara mereka menggunakan wang simpanan mereka.

Orang yang ‘akan’ menjadi miskin.. akan menghabiskan wang simpanan mereka dengan benda-benda atau perkara-perkara yang sia-sia dan tidak menghasilkan wang. Mereka lebih mementingkan gaya dan lebih suka ber’joli’ katak dengan wang simpanan mereka. Mereka gemar bermewah-mewahan terlebih dahulu. Wang simpanan yang ada akan digunakan untuk membuat downpayment kereta baru, membeli set perabot kayu jati, memasang set kabinet dapur serta tidak lupa juga untuk membeli almari baru kerana almari lama telah terkena tahi cicak.

Orang yang ‘akan’ menjadi kaya pula.. akan menggunakan wang mereka untuk menghasilkan lebih banyak wang. Mereka akan gunakan wang mereka untuk bermain saham, membeli hartanah yang berpotensi, melabur ke dalam dana-dana yang mampu memberikan pulangan yang baik, membuat modal untuk perniagaan dan tidak lupa juga melabur untuk diri sendiri. Mereka ini tidak cepat teruja untuk bermewah-mewahan dengan wang simpanan yang mereka kumpul. Mereka hanya akan bermewah-mewahan selepas wang simpanan mereka tidak berkurangan walaupun setelah mereka membeli sebuah bmw 7 series secara tunai.

Jadi, jika hari ini orang memandang “sengkek” kepada anda kerana anda memakai kereta buruk, mendiami rumah yang kecil, tidak mempunyai kabinet dapur serta tidak mempunyai astro. Usahlah berkecil hati, semua itu akan menjadi saat-saat manis di dalam hidup anda suatu hari nanti. Apa yang penting, anda tahu hala tuju serta impian anda….

Mengapa masih tidak cukup duit?
Ramai orang beranggapan, apabila mereka mengalami masalah kewangan. perkara utama yang perlu dilakukan  ialah menambahkan pendapatan. Jadi, berbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk menambahkan pendapatan. Ada yang mula menyertai MLM, menjual prepaid, menjual kain di pejabat, menjual kuih dan keropok… dan seribu satu lagi usaha yang termampu akan dilakukan.

Tetapi, setelah melakukan semua itu, masalah kewangan mereka masih juga tidak selesai. Setiap hujung bulan, duit yang diperolehi masih juga tidak mencukupi. Pernahkah anda mengalami situasi begini? Tahukah anda mengapa ia berlaku? Mengapa anda masih tidak cukup duit walaupun berbagai usaha dan kerja telah anda lakukan untuk menambahkan pendapatan anda?

Jika anda ingin tahu sebabnya dan mengetahui bagaimana mengatasi masalah tersebut… saya cadangkan anda dapatkan buku “Maskahwin Yang Hilang“.

Seringkali saya mendapat pertanyaan daripada bakal pelanggan atau pun orang ramai yang memasuki website  www.maskahwin.com, soalan yang kerap ditanya..

“Assalammualaikum En. Suhaimy, Adakah buku ini dapat menambahkan pendapatan saya? Bagaimanakah caranya? “

Oh! perlukah saya menjawapnya… saya tidak mahu membuang masa saya. Jawapan bagi persoalan diatas sudah saya tulis di dalam buku tersebut dengan panjang lebar. Anda hanya perlu mendapatkan buku tersebut dan membacanya.

Pada kebiasaannya, saya tidak akan menjawap dan melayan soalan-soalan seperti ini. Tetapi, jika saya rajin.. saya akan menjawap. “Bacalah buku tersebut,insyaallah anda akan mendapat jawapannya”.

Saya tidak mahu menjawap persoalan di atas kerana…

1) Ia akan membung masa saya, saya sudah menyatakan kesemuanya di dalam buku tersebut. Mengapa saya perlu mengulang taip jawapan tersebut? Lebih meyusahkan, mereka mengharapkan saya menaip semua itu dengan menggunakan handphone dan menghantarkan jawapan tersebut kepada mereka menerusi sms. Aduh.. sesuatu yg amat-amat membuang masa saya.

2) Orang-orang yang bertanyakan soalan seperti ini “biasanya” (tidak semua) adalah orang yang pemalas, kedekut dan ingin cepat kaya. Mereka tidak mahu berusaha. Terlalu kedekut untuk mengeluarkan modal demi menambah ilmu. Maaf, saya memang tidak ada masa untuk orang-orang yang bersikap seperti ini.

Jadi, kepada mereka yang inginkan jawapan kepada persoalan.. “Mengapa masih tidak cukup duit walau dah buat banyak kerja2 sambilan?” , Anda perlu dapatkan buku tersebut. Dan bagi yang telah mendapatkan buku tersebut tetapi masih tidak tahu jawapannya… saya nasihatkan anda ulang baca buku tersebut. Insyallah, anda pasti akan menjumpainya..

Oh!… kalau anda dah kahwin pun.. tak mengapa.. sebenarnya buku tu juga amat sesuai bagi orang yang asyik tidak cukup duit setiap bulan. Tidak kiralah dah kahwin atau pun belum..

p/s:- Rahsianya… untuk menambahkan pendapatan anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah bukan dengan menambahkan pendapatan anda…. he! he! he… semakin pening? baik anda dapatkan buku tersebut dengan segera.