Petua Simpan Duit Banyak-Banyak

Saya pasti ramai yang sudah tahu dan pernah mendengar nasihat tentang pengurusan kewangan yang berbunyi..

Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda

Bermakna.. jika gaji anda sebulan RM2,000.. anda perlu simpan RM200 sebulan
Jika gaji anda RM3,000 sebulan.. anda perlu simpan RM300 sebulan..

Dalam masa setahun, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM200 X 12bulan = RM2,400

RM2,400 ? Oh.. nampaknya impian anda untuk menjadi jutawan masih jauh lagi..
Jika anda masih meneruskan simpanan bulanan anda sebanyak RM200 sebulan.. berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan?

Jawapannya…. 400 Tahun!
Hah? Nampaknya.. dunia telah kiamat pun anda masih belum lagi jadi jutawan.. Oh!

Sebenarnya, nasihat menyimpan 10% daripada wang gaji kita itu sememangnya suatu nasihat yang baik. Tetapi, bagi saya, jika anda dapat menyimpan lebih dari 10%…. maka, itu adalah lebih lebih lebih baik lagi!

Persoalannya? Macam mana nak simpan lebih dari 10%?
“Saya tak boleh… kalau simpan lebih 10%.. nanti, makan pasirlah saya jawapnya.” ujar anda..

Jangan cepat berfikiran negatif… fikirkan perkara yang positif!
Sebenarnya, ada satu rahsia yang membolehkan kita menyimpan wang gaji kita lebih dari 10%. Jadi.. saya ingin kongsikan ia bersama anda, ini adalah rahsia peribadi saya… saya telah menguji dan menggunakannya pada diri saya sendiri, dan ikhlas saya katakan.. dengan rahsia ini.. saya mampu menyimpan wang sebanyak 200% daripada wang gaji saya setiap bulan! (Diulangi… wang gaji yer.. bukan wang pendapatan.. ho! ho! ho! Bermaksud… JIKA gaji saya RM100 sebulan.. maka, saya mampu menyimpan RM200 sebulan..)

Anda nak tahu apakah Rahsia itu?
Baiklah.. saya beritahu anda rahsia yang bernilai RM497 ini secara percuma. Khas untuk pembaca-pembaca blog ini.

Rahsianya ialah.. .. “Keghairahan”… ho! ho! ho!… ataupun dalam bahasa omputihnya.. “Passion”

Oh! jangan salah sangka.. ini bukan ghairah seks.. ini ghairah lain.
(Kenapa yer?.. setiap kali sebut perkataan ghairah.. mesti orang akan ingat seks.)

Keghairahan yang saya maksudkan disini ialah keghairahan anda untuk mencapai cita-cita anda!.. Iaitu, suatu cita-cita yang memerlukan anda memiliki duit yang banyak untuk mencapainya.

Contohnya…..
Keghairahan untuk menjadi jutawan…
Keghairahan untuk memiliki kereta mewah..
Keghairahan untuk memiliki rumah banglo yang besar dan indah..
ataupun.. keghairahan untuk memiliki isteri 4.. ho! ho! ho!

Semua keghairahan ini memerlukan anda mempunyai duit yang banyak. tanpa duit yang banyak.. agak sukar untuk anda memenuhi keghairahan tersebut. Jadi.. jadikanlah keghairahan tersebut sebagai motivasi anda untuk menyimpan duit dengan banyak.

Anda masih tidak percaya bahawa keghairahan boleh membuatkan anda menyimpan duit dengan banyak?..

Baiklah! Mari kita imbas kembali zaman kanak-kanak anda? Sewaktu anda kanak-kanak dahulu, setiap hari, anda akan diberi wang poket oleh ibu atau bapa anda untuk belanja persekolahan anda. Kalau anda tidak ingat.. tidak mengapalah… tetapi saya masih ingat.

Sewaktu saya bersekolah rendah dulu, bapa saya akan memberikan saya wang poket sebanyak 30sen sehari. Ya, 30sen sahaja sehari, saya sememangnya bukanlah daripada golongan orang-orang yang berada. Bapa saya hanya bekerja di kampung dan saya dibesarkan sebagai seorang budak kampung. Dengan wang 30sen itu, saya akan membeli sepinggan mee goreng yang berharga 20sen dan segelas air yang berharga 10sen. Begitulah setiap hari, wang belanja yang diberi pasti akan dihabiskan dengan membeli mee goreng dan juga segelas air diwaktu rehat.

Sehinggalah, pada suatu hari, sewaktu sedang berjalan pulang dari sekolah, tapak kasut sekolah saya tercabut dibahagian depannya. Kasut itu memang sudah agak buruk. Sudah 2 tahun saya memakai kasut tersebut.. jadi memang tunggu masa sahajalah untuk ia menjadi arwah.

Sampai dirumah, saya memberitahu ibu tentang kasut tersebut. Tapi ibu kata, “Alaa.. boleh pakai lagi nie.. tampal je dulu dengan gam gajah!.”…Tanpa Banyak soal.. saya pun ambil gam gajah serta getah gred untuk melekatkan semula hujung kasut tersebut dan mengikatnya.

Selepas itu, disekolah, sewaktu rehat, saya tidak lagi bermain bola atau pergi berjalan-jalan keluar kelas atau ke kantin. Saya hanya akan duduk di dalam kelas dan buat-buat sibuk membaca buku cerita. Saya tak nak banyak bergerak sebab saya takut kasut saya akan terkoyak lagi. Jadi, saya hanya duduk diam-diam didalam kelas dan makan “jemput-jemput” yang dibuat oleh ibu. Duit sekolah yang diberi oleh ayah, saya simpan.. nak buat beli kasut baru. Jika sebelum ini saya agak malas dan segan membawa bekalan makanan ke sekolah, tetapi, pada waktu itu saya dah tak kisah. Saya akan bawa bekal makanan setiap hari dan duit yang ada pula saya akan simpan untuk membeli kasut baru… sememangnya masa itu saya dah tak pikir tentang malu, segan atau sebagainya.. apa yang saya tahu.. saya kena simpan duit untuk beli kasut baru.

Mungkin kisah saya agak berlainan sedikit dengan kisah hidup anda… tetapi.. saya pasti setiap anda pernah mengalaminya. Sewaktu kecil dulu, apabila anda teringinkan sesuatu.. tak kiralah.. basikal baru ke?, beg sekolah baru ke?, mainan baru ke? jajan baru ke? atau pun nak beli mercun sewaktu hari raya… anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyimpan duit sekolah anda. Sanggup tak makan atau tidak membeli makanan ringan semata-mata nak simpan duit untuk beli barangan yang anda idamkan. (Jika anda anak orang kaya dan selalu dapat apa sahaja yang anda hajati…. mungkin anda tidak mempunyai pengalaman sebegini!.. jadi, bersyukurlah bagi mereka yang tidak dilahirkan di dalam keluarga yg kaya-raya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.)

Bagaimana?.. masihkah anda ingat kisah-kisah zaman silam anda sewaktu di zaman persekolahan dulu?.. Penuh dengan keghairahan bukan? Begitulah juga pada waktu ini… jadikan keghairahan anda untuk memiliki sesuatu itu sebagai motivasi anda… dengan keghairahan tersebut.. saya pasti.. setiap dari kita akan mampu meningkatkan peratus wang simpanan kita setiap bulan!

Jadi… carilah dan wujudkanlah suatu keghairahan di dalam hidup anda!

P/s:- Kepada yang sudah berkahwin.. mungkin anda boleh mengimbas kembali kenangan anda sewaktu anda ingin “mencari duit kahwin”. Anda sungguh ghairah bukan waktu itu? Keghairahan seperti itulah yang diperlukan.. jika dulu keghairahan anda untuk adalah untuk berkahwin.. kini, gunakan keghairahan yang sama, untuk menjadi jutawan pula.. ;)

Rahsia Duit

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab “Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, ” Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau “.

TIPS: Jika ingin memperolehi duit yang banyak… kita perlulah terlebih dahulu memberi duit kepada orang lain dengan banyak (bersedekah). Jika kita merasa berat untuk memberikan wang RM100 atau RM200 kepada pihak surau atau masjid.. berilah wang tersebut kepada kedua orang tua kita. Insyallah.. mengembirakan hati orang tua itu juga adalah suatu amalan yang mulia dan ia juga boleh dikira sebagai salah satu amalan bersedekah.

Kepentingan Mengurus Kewangan…

Jika dilihat pada blog saya ini, kebanyakkan post yang saya hantar adalah lebih cenderung kepada tips-tips menguruskan kewangan. Berkenaan internet biz… ada juga, tapi agak kurang.. mengapa yer?

Blog saya ini masih baru.. jadi.. saya rasa, adalah lebih baik jika saya menekankan terlebih dahulu mengenai asas kewangan kepada pelawat-pelawat blog ini. Ini kerana, tanpa asas kewangan yang kukuh,sudah pastinya agak sukar untuk kita berjaya dalam apa-apa perniagaan. Tidak kiralah sama ada perniagaan yang kita ingin jalankan itu adalah perniagaan internet, mahupun perniagaan konvensional. Oleh itu, pengetahun mengenai asas kewangan perlulah dikukuhkan dahulu sebelum kita menceburkan diri dalam apa-apa perniagaan.

Percayalah, tanpa asas kewangan yang kukuh.. nescaya, perniagaan kita akan gagal.

Saya sudah lihat, ramai kawan-kawan serta saudara mara saya yang gagal dalam perniagaan mereka. Semuanya disebabkan mereka tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh.
Sedikit keuntungan yang diperolehi digunakan untuk kepentingan diri. Alasannya, duit itu ialah duit gaji mereka.

Oh! betapa peliknya… orang yang bekerja sendiri mana boleh disamakan dengan orang yang makan gaji. Jika bulan tersebut hanya untung RM1,000, bukankah suatu yang kurang bijak untuk anda mengambil RM1,500 sebagai gaji anda?

Mungkin disebabkan sudah terlalu lama makan gaji, maka.. apabila menjalankan perniagaan sendiri pun, mereka tetap mahukan gaji bulanan.

Jadi, janganlah melakukan kesilapan ini, marilah kita sama-sama mengukuhkan asas kewangan kita… yosh!

Wang Simpanan…

Jika anda mempunyai wang simpanan antara Rm1,000 – Rm50,000, apakah yang anda akan lakukan dengan wang tersebut?…

Beli Handphone 3G? IPod? XBox? Video Camera? Cybershot? iMac? Home Theatre? Motosikal baru atau.. downpayment kereta baru?

Jika begitu… anda akan menjadi seorang yang sungguh bergaya, tetapi malang, impian anda untuk menjadi kaya akan menjadi semain kabur… ketahuilah, gaya sahaja tidak menjadikan anda seorang yang kaya & bebas dari masalah kewangan.

Perbezaan antara orang yang “akan” menjadi kaya dengan orang yang “akan” menjadi miskin boleh dilihat dari cara mereka menggunakan wang simpanan mereka.

Orang yang ‘akan’ menjadi miskin.. akan menghabiskan wang simpanan mereka dengan benda-benda atau perkara-perkara yang sia-sia dan tidak menghasilkan wang. Mereka lebih mementingkan gaya dan lebih suka ber’joli’ katak dengan wang simpanan mereka. Mereka gemar bermewah-mewahan terlebih dahulu. Wang simpanan yang ada akan digunakan untuk membuat downpayment kereta baru, membeli set perabot kayu jati, memasang set kabinet dapur serta tidak lupa juga untuk membeli almari baru kerana almari lama telah terkena tahi cicak.

Orang yang ‘akan’ menjadi kaya pula.. akan menggunakan wang mereka untuk menghasilkan lebih banyak wang. Mereka akan gunakan wang mereka untuk bermain saham, membeli hartanah yang berpotensi, melabur ke dalam dana-dana yang mampu memberikan pulangan yang baik, membuat modal untuk perniagaan dan tidak lupa juga melabur untuk diri sendiri. Mereka ini tidak cepat teruja untuk bermewah-mewahan dengan wang simpanan yang mereka kumpul. Mereka hanya akan bermewah-mewahan selepas wang simpanan mereka tidak berkurangan walaupun setelah mereka membeli sebuah bmw 7 series secara tunai.

Jadi, jika hari ini orang memandang “sengkek” kepada anda kerana anda memakai kereta buruk, mendiami rumah yang kecil, tidak mempunyai kabinet dapur serta tidak mempunyai astro. Usahlah berkecil hati, semua itu akan menjadi saat-saat manis di dalam hidup anda suatu hari nanti. Apa yang penting, anda tahu hala tuju serta impian anda….

Mengapa masih tidak cukup duit?

Ramai orang beranggapan, apabila mereka mengalami masalah kewangan. perkara utama yang perlu dilakukan ialah menambahkan pendapatan. Jadi, berbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk menambahkan pendapatan. Ada yang mula menyertai MLM, menjual prepaid, menjual kain di pejabat, menjual kuih dan keropok… dan seribu satu lagi usaha yang termampu akan dilakukan.

Tetapi, setelah melakukan semua itu, masalah kewangan mereka masih juga tidak selesai. Setiap hujung bulan, duit yang diperolehi masih juga tidak mencukupi. Pernahkah anda mengalami situasi begini? Tahukah anda mengapa ia berlaku? Mengapa anda masih tidak cukup duit walaupun berbagai usaha dan kerja telah anda lakukan untuk menambahkan pendapatan anda?

Jika anda ingin tahu sebabnya dan mengetahui bagaimana mengatasi masalah tersebut… saya cadangkan anda dapatkan buku “Maskahwin Yang Hilang“.

Seringkali saya mendapat pertanyaan daripada bakal pelanggan atau pun orang ramai yang memasuki website www.maskahwin.com, soalan yang kerap ditanya..

“Assalammualaikum En. Suhaimy, Adakah buku ini dapat menambahkan pendapatan saya? Bagaimanakah caranya? “

Oh! perlukah saya menjawapnya… saya tidak mahu membuang masa saya. Jawapan bagi persoalan diatas sudah saya tulis di dalam buku tersebut dengan panjang lebar. Anda hanya perlu mendapatkan buku tersebut dan membacanya.

Pada kebiasaannya, saya tidak akan menjawap dan melayan soalan-soalan seperti ini. Tetapi, jika saya rajin.. saya akan menjawap. “Bacalah buku tersebut,insyaallah anda akan mendapat jawapannya”.

Saya tidak mahu menjawap persoalan di atas kerana…

1) Ia akan membung masa saya, saya sudah menyatakan kesemuanya di dalam buku tersebut. Mengapa saya perlu mengulang taip jawapan tersebut? Lebih meyusahkan, mereka mengharapkan saya menaip semua itu dengan menggunakan handphone dan menghantarkan jawapan tersebut kepada mereka menerusi sms. Aduh.. sesuatu yg amat-amat membuang masa saya.

2) Orang-orang yang bertanyakan soalan seperti ini “biasanya” (tidak semua) adalah orang yang pemalas, kedekut dan ingin cepat kaya. Mereka tidak mahu berusaha. Terlalu kedekut untuk mengeluarkan modal demi menambah ilmu. Maaf, saya memang tidak ada masa untuk orang-orang yang bersikap seperti ini.

Jadi, kepada mereka yang inginkan jawapan kepada persoalan.. “Mengapa masih tidak cukup duit walau dah buat banyak kerja2 sambilan?” , Anda perlu dapatkan buku tersebut. Dan bagi yang telah mendapatkan buku tersebut tetapi masih tidak tahu jawapannya… saya nasihatkan anda ulang baca buku tersebut. Insyallah, anda pasti akan menjumpainya..

Oh!… kalau anda dah kahwin pun.. tak mengapa.. sebenarnya buku tu juga amat sesuai bagi orang yang asyik tidak cukup duit setiap bulan. Tidak kiralah dah kahwin atau pun belum..

p/s:- Rahsianya… untuk menambahkan pendapatan anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah bukan dengan menambahkan pendapatan anda…. he! he! he… semakin pening? baik anda dapatkan buku tersebut dengan segera.