Senaraikan Perniagaan Anda di Google

Setiap kali nak pergi ke mana-mana.. mesti saya akan check dulu lokasi serta jalan ke tempat itu menggunakan google maps. Boleh dikatakan, saya kini penguna tegar google maps. Alhamdulillah.. kini saya jarang sesat untuk pergi ke sesuatu destinasi yang saya tidak pernah pergi.

Cerita pasal sesat nie… pernah suatu ketika dulu, tahun 2001 , masa tu saya baru tamat belajar dan sedang cari kerja. Satu hari, adalah satu syarikat call saya. minta saya datang temuduga… so.. saya pun kata ok je!.. Tapi satu masalah bagi saya.. syarikat tersebut terletak di Petaling Jaya.. dan secara jujurnya, pada waktu itu, saya tidak pernah pergi ke petaling jaya dan tidak tahu langsung, dimanakah lokasi Petaling Jaya.

Tapi disebabkan kesuntukan masa, saya nekad je.. naik motor.. terus merempit ke arah KL, harap-harapnya.. adalah signboard yang tunjuk ke arah Petaling Jaya. Dipendekkan cerita, hampir 4 jam saya di atas motor berpusing-pusing di area KL tu, saya tak jumpa lokasi syarikat tersebut, minyak habis (2 kali berenti isi minyak dan tanya orang), masa terbuang dan lagi menyakitkan, punggung pun rasa macam keras je (cramp) sebab duduk atas moto lama sangat..

Fast forward….

Continue reading

Seni & Teknik Bercakap Di Telefon

Sedar atau tidak, masih ramai yang tidak tahu tentang teknik yang betul apabila bercakap di telefon.  Teruatamanya apabila hendak menelefon pihak pembekal ataupun rakan niaga yang baru.  Jadi, hari ini, saya nak bagi sedikit tips ringkas tentang komunikasi di telefon. Mempunyai skill bercakap di telefon dengan baik akan membuatkan pihak bakal pelanggan ataupun bakal pembekal anda, berasa selesa dan seronok untuk berurusniaga dengan anda. Silap haribulan.. mungkin bakal pelanggan/pembekal itu akan menjadi pasangan di dalam rumahtangga anda.. Oh!

Baiklah, berikut tips ringkas tersebut :-

1. Apabila bercakap di telefon, pastikan anda sedang tersenyum.. walaupun riak wajah anda tidak dapat dilihat oleh pihak satu lagi, , tetapi, ianya akan mempengaruhi “tone” suara anda..  saya pasti, anda pun boleh tahu adakah seseorang itu sedang sakit atau sedang gembira dengan hanya mendengar suara mereka.

2. Apabila anda menelefon seseorang yang  anda tidak kenali, seperti…  menelefon pusat khidmat pelanggan sesebuah syarikat atau pertama kali menghubungi no telefon pihak pembekal yang baru.  Sila perkenalkan diri anda terlebih dahulu…

Contohnya…

Hello!… Saya Suhaimy….. saya ingin bertanya tentang bla.. bla.. la..

Hello!.. Saya Suhaimy dari Cheras…. saya ingin buat sedikit pertanyaan tentang…..

Hello!.. Saya Suhaimy.. saya dapat no phone anda ini dari website XXX…. jadi boleh saya bertanya sedikit mengenai produk yang anda tawarkan di website tersebut? Iaitu tentang produk…bla.. bla.. bla..

Dengan teknik ini, ianya akan memudahkan si penerima panggilan mengetahui serba sedikit tujuan anda menelefon mereka dan juga sudah boleh memanggil anda dengan nama anda apabila mereka mahu membalas semula pertanyaan anda, ianya lebih mesra, memudahkan serta menggembirakan hati si penerima panggilan tersebut.

Ramai orang tersilap membuat panggilan dan sering menggunakan dialog seperti dibawah..

[X] Hello! Saya nak tanya, kenapa internet saya tak boleh masuk?..

[X] Hello! Awak ada kat kedai tak hari nie? Saya nak datang!

[X] Hello! Kenapa bill elektrik kat rumah saya tinggi sangat bulan ini?

[X] Hello! Nak tanya sikit.. bila lori sampah nak angkut sampah depan rumah saya nie? Dah sebulan tak datang-datang ni! Boleh kena demam kepialau tau saya sekeluarga!   (Haish.. ini siapa? rumah kat mana? Tetiba je nak marah-marah! Apahal? Putus haid ke?… bisik dalam hati si penerima panggilan. oh!)

Jadi.. sekianlah tip ringkas dari saya untuk kali ini. Selamat beramal dan jangan bercakap di telefon sewaktu sedang memandu! Yosh!

5 Tips Power Melayan Pelanggan

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips tentang bab “Khidmat Pelanggan”. Ramai juga peniaga-peniaga dan usahawan yang seringkali terlepas pandang mengenai perkara ini. Bagi mereka selepas mereka berjaya menjual sesuatu barang kepada pelanggan, ianya selesai sampai disitu sahaja. Sedangkan, “pelanggan yang setia” adalah seperti oksigen kepada  sesebuah perniagaan untuk memastikan ia terus hidup.

Semua orang inginkan pengalaman yang menggembirakan, termasuk juga pelanggan. Mereka mahu anda (usahawan) memberikan sedikit perhatian serta menghargai mereka.  Salah satu rahsia bagaimana sesebuah perniagaan boleh menjadi kukuh dan stabil ialah dengan memastikan pelanggan mereka terus datang dan datang dan datang semula kepada mereka.

Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tips berkaitan “khidmat pelanggan”, dimana anda mungkin boleh mencuba dan mengaplikasikannya untuk perniagaan anda. Continue reading

Fokus Kepada Kejayaan

Salah satu sikap orang yang berjaya, ialah, mereka lebih fokus kepada setiap kejayaan yang akan mereka perolehi. Manakala, orang yang kurang berjaya, akan lebih fokus kepada setiap halangan yang “AKAN” mereka tempuhi.

Orang yang berjaya, tidak pernah fikirkan tentang halangan-halangan yang AKAN mereka tempuhi.  Diulangai.. “AKAN”. Apa yang mereka lakukan, ialah, mereka lebih fikirkan tentang kejayaan yang akan mereka perolehi apabila melakukan sesuatu.

Mereka akan buat terlebih dahulu.. apabila mereka jumpa “halangan”, barulah mereka akan fikirkan jalan penyelesaiannya dan menyelesaikannya.. setelah selesai.. mereka terus bergerak. Continue reading

Seminar Ebook Batch 01

Semalam, “Seminar Membina Perniagan Ebook” yang pertama, telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 36 orang peserta telah menyertainya (tak sangka sambutan agak menggalakkan..target 30 orang je) .  Antara yang menyertai seminar kali ini ialah saudara Tazilan (www.ideabisnesluarbiasa.com) , Jamal (www.rahsiakamar.com) , saudara Fairuz (www.myfzbiz.com), saudara Nazrul (www.terbitsendiri.com) , saudara Bazli (www.ezi2swim.com) dan ramai lagi.. terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yag telah hadir pada seminar kali ini.

Harapan saya.. semoga ilmu yang dikongsikan.. dapat dimanfaatkan oleh anda untuk selama-lamanya.

Terima kasih juga saya ucapkan pada saudara Amirol (www.mohdamirol.com) yang telah sudi hadir untuk berkongsi pengalaman beliau bersama-sama peserta seminar didalam menjalankan pernigaaan ebook.

Di bawah ada beberapa keping gambar “kenang-kenangan”.. klik pada gambar untuk besar. Continue reading