Kad kredit, kawan atau lawan?

Masa saya muda-muda dulu (9 tahun yg lalu, sewaktu masih muda & teruna! oh!) , saya melihat kad kredit seperti sebuah lambang kepada mutu dan keunggulan. Waktu tu, agak sukar sedikit untuk memiliki kad kredit, perlu membuat permohonan dan syarat nya pula, si pemohon perlulah mempunyai gaji tahunan minima sebanyak RM18,000 . Tak seperti sekarang nie.. tak perlu dah nak mohon-mohon untuk dapatkan kad kredit, pihak bank main “campak-campak” je. Sesiapa pun boleh ambil dan memilikinya. Jadi, tidak hairanlah jika jumlah hutang tertungak kad kredit untuk rakyat malaysia boleh mencecah RM20 billion.

Saya dulu pun hampir-hampir menjadi mangsa kepada “ahlong berlesen” (kad kredit) ini.  Tetapi, nasib baik saya sedar awal. Masa tu saya sudah menggunakan kad kredit saya sebanyak RM3,000. Tiap-tiap bulan hanya bayar lebih sikit je dari kadar minimum. Lepas setahun membayar.. tak habis-habis… eh! pelik betul?. Continue reading

Belajar Pasang Sistem Affiliate!

Salah satu faktor kejayaan “Ebook Maskahwin” yang berupaya memperolehi jualan hingga ke hari ini (walaupun sudah berusia 3 tahun), adalah disebabkan oleh sistem affiliate yang dipasangkan pada website tersebut. Boleh dikatakan, pada masa kini, saya tidak lagi membuat aktviti promosi yang agresif untuk website maskahwin. Semua aktiviti pemasaran, lebih banyak dilakukan oleh ahli-ahli affiliate maskahwin yang kini sudah berjumlah 9,000 orang. Kerja saya pula? lebih banyak kepada “menyemak duit masuk” dan menghantar link pembelian. Ho! ho!..

Sistem affiliate , sememangnya adalah merupakan satu teknik pemasaran yang paling mudah, murah, berkesan dan juga menguntungkan. Ianya memang sudah diketahui umum, sebab itulah syarikat-syarikat besar seperti Amazon turut menggunakannya. Continue reading

Prasyarat buat duit di internet!

Setiap kali saya pulang ke kampung, saya akan berjumpa dengan orang-orang kampung yang sememangnya agak kurang “celik komputer”.  Jadi, apabila saya kata “saya buat bisnes secara online”, ianya seperti anda cuba menerangkan tentang “Teori F Kosmology” kepada kanak-kanak berusia 5 tahun.

Angguk-angguk, geleng-geleng macam paham…

Tetapi, apa yang nyata, apabila saya kata, ramai orang berpeluang menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan hanya duduk di depan komputer, mereka akan berasa teruja dan berkata.. “Eh! ajarlah macam mana nak buat?” Continue reading

M-Money , duit dalam handphone!

Pejam celik-pejam-celik, rupa-rupanya, sudah 8 tahun saya menggunakan Hotlink (maxis). Fuh!.. lama jugak tu, itulah satu-satunya nombor handphone saya sejak dulu sampai sekarang.  Setia beb!

Sekarang nie, maxis telah memperkenalkan satu produk baru untuk pengguna-pengguna maxis, tak tahulah baru ke lama, tapi saya baru tahu dan perasan produk ini minggu lalu.. so kira barulah pada saya. Oh!. Iaitu M-Money!

M-Money nie lebih kurang macam mobile-wallet , cara gunanya.. (1) Buka akaun free dengan hantar sms (2) masukan duit dalam akaun M-Money tersebut, (3) mula membeli barang dengan hanya hantar sms je untuk membayar

Idea ini nampak macam “coool”.. tapi dari segi “practicality”, masih banyak persoalan yang timbul dan perkara yang perlu diperbaiki. Buat masa ini, hanya 5 pihak sahaja yang menerima kaedah bayaran menggunakan M-Money ini, iaitu.. TGV ( Beli Tiket), Lelong, Maxis (Beli Top-up) ,  Domino Pizza dan MOL.

Fuh!.. Memang masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mewujudkan “trend” pembelian menerusi SMS ini.

Antara usaha yang menarik yang dilakukan oleh Maxis, adalah dengan membuat kerjasama dengan website Lelong. Dimana, pihak Lelong telah bersetuju mewujudkan satu ruangan khas bagi pengguna-pengguna maxis membida barang-barang jualan menggunakan M-Money ini. Ke semua barang tersebut, dijual(taja) oleh maxis dan kebanyakkan barang-barang yang ditawarkan, agak “coool”. Anda boleh lihat sendiri di http://www.lelong.com.my/Auc/MAXIS/

Mereka yang ingin membida barangan-barangan tersebut pula, perlu mengakses halaman bidaan itu menggunakan perkhidmatan WAP Maxis (saya dah cuba untuk bid guna streamyx, takleh beb!), dan apabila menang, mereka perlu membayar menggunakan M-Money ini.

Fuh! satu strategi marketing yang sangat hebat dan unik pada pandangan saya.

(1) Ia menggalakan pengguna maxis menggunakan WAP dan M-Money (sekaligus memupuk budaya pembelian menerusi sms)
(2) Kos tajaan barang dapat dikurangkan, sebab pengguna masih perlu bid dan beli barang tersebut (kalau maxis sponsor bulat2.. mesti sangat tinggi kos yang mereka perlu keluarkan.)

Diringkaskan cerita, saya telah mencuba “kempen kerjasama antara maxis-lelong” ini. Setiap hari khamis, produk-produk baru akan di senaraikan dan dibuka untuk “bidding” selama seminggu. Pada minggu lepas, salah satu produk yang ditawarkan, adalah PS3, dan produk tersebut telah berjaya membuatkan saya berasa teruja dan berasa ghairah! ho! ho! ho!… lebih-lebih lagi apabila telah membaca review dan kehebatan PS3 di beberapa web http://asia.playstation.com/my/en memang melekat la! Oh!

Tanpa membuang masa, saya pun mengaktifkan akaun M-money untuk nombor hotlink saya. Prosesnya agak mudah, hanya perlu hantar dalam 5 SMS dan ianya selesai.

Dipendekkan cerita lagi, berbekalkan teknik “LOA & The Secret” yang baru dipelajari 2 hari lepas, akhirnya, saya berjaya memenangi bid tersebut. Oh!

Kemudian, langkah seterusnya, adalah membuat bayaran. Nasib baik, Maxis juga menyediakan kemudahan top-up menerusi Maybank2u. So, dengan senang hatinya, saya pun cubalah men”top-up” akaun M-Money saya di web maxis.

Malang tidak berbau, wang top-up sebanyak RM1325 telah berjaya di tolak dari akaun maybank2u saya tetapi, diakhir proses, saya dibawa ke page “Transaksi Anda Tidak Berjaya” di website maxis.. erk? apa kes?

Saya check akaun M-Money saya.. memang tiada wang dikreditkan ke dalam akaun M-Money saya.
Check di Maybank2u pula, sejumlah RM1325 telah dipotong… Fuh! sedikit cemas dan suspen…

Kemudian, saya try pula call Maxis Centre.. layanan yang diberi agak baik, tetapi yang melecehkan, saya perlu pergi ke Maxis Centre yang terdekat untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Tetapi, alhamdulilah.. sekali lagi saya cuba menggunakan teknik “LOA & The Secret”.. selepas 5 minit saya meletekkan telefon, saya menerima SMS Notifikasi mengatakan wang top-up tadi telah dikreditkan ke akaun M-Money saya.. Fuh!.. lega!… tak perlu susah-susah nak ke Maxis Centre.

So.. dipendekkan lagi cerita.. saya berjaya membayar menggunakan M-Money dan insyallah minggu depan dah boleh start main PS3 (walaupun pada hakikatnya, saya bukanlah seorang kaki games! Oh!).

Kesimpulannya..

“Nak berlagaklah tu.. beli PS3 pun nak cite kat blog!”… Errk?.. taklah! Saya just nak cite pasal pengalaman saya membeli guna SMS je. Takkan nak cite pengalaman beli condom pula? (err..itu mungkin lain kali kot?). Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya..

(1) Membeli barang di Lelong sebenarnya dapat menjimatkan banyak wang anda, ini kerana barang-barang yang ditawarkan selalunya lebih murah dari di kedai. Jadi, amat rugilah jika anda tidak memiliki akaun di lelong dan tidak pernah membeli barang di lelong. Saya sendiri kerap membeli barang di lelong dan boleh dikatakan, saya telah berjaya menjimatkan wang sebanyak RM3k pada tahun ini dengan hanya membeli barang di lelong. TV LCD, handphone, usb modem, dan PS3 adalah antara barang2 yang saya beli di lelong pada tahun ini.

(2) Jika anda menghadapi masalah apabila membeli barang di internet, jangan malu-malu untuk call pemilik website tersebut. Sebab itu adalah penting untuk anda memastikan ada no phone yang disediakan di website penjual produk. Elakkan membeli produk dari website yang tidak meletakkan maklumat yang mencukupi untuk dihubungi.

(4) Jika anda ingin membuat JV, seboleh-bolehnya dapatkan nama-nama brand yang besar, contohnya, Maxis – Lelong – Maybank , fuh! memang semua syarikat itu mempunyai “% pasaran” yang paling besar dalam niche masing-masing.

(3) Buku berkaitan kuasa minda seperti “Law Of Attraction” dan “The Secret” adalah buku yang menarik untuk dibaca pada abad ini. Saya rasa, semua orang yang berjaya mempunyai “ilmu” yang terdapat di dalam buku tersebut dan telah mengaplikasikannya, sama ada secara sedar atau tidak. Jadi, jangan ketinggalan membaca buku tersebut.

Sekian, untuk kali ini… YOSH!..

Akan datang saya nak cerita pasal penggunaan LOA menerusi Twitter pula!
Wah! dah jadi blog pasal LOA pula blog saya nie?

P/s:- Untuk mencapai kejayaan! segala-galanya bermula dari memiliki minda (mind setting) yang betul. Oleh itu, ilmu “pengurusan minda” adalah satu lagi cabang ilmu yang menarik yang saya rasa saya perlu kuasai selain dari “ilmu kekayaan (ilmu pengurusan kewangan, perniagaan dan pelaburan)“.

Bagaimana mencapai kebebasan kewangan?

Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakkan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut.

Sebelum itu, kita semak dulu, apa maskud bebas kewangan?
Secara ringkasnya, bebas kewangan ialah, apabila.. anda tidak mempunyai hutang, dan pendapatan anda melebihi perbelanjaan anda setiap bulan. Ok that it! Senang je bukan?

Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan!

1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang)

Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, ptptn, rumah, mamak, kawan-kawan, court mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1.  Tuliskan juga, berpakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda.. contohnya,

1) Kad kredit (RM5000)… RM250 sebulan
2) PTPTN (RM21,000)…….RM150 sebulan
3) Kereta (RM70,000)…….RM600 sebulan
4) Rumah (RM180,000)….RM1,200 sebulan
===========================
Jumlah (RM276,000)…….RM 2,200 sebulan
===========================

Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama.. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda.

Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300).. bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda.

Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang ptptn anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda.

Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda.

Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda.

Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun.. pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang!

2) Tambah pendapatan berulang “passive income”  anda.

Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi.

Contohnya, adalah seperti..

  • menulis buku
  • memiliki rumah sewa
  • menulis lagu
  • memiliki website perniagaan internet yang berfungsi secara automatik
  • blog yang menjana pendapatan walaupun tidak diupdate
  • dan sebagainya

Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda.

3) Awasi status kewangan anda setiap masa

Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit).

Percayalah.. dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja! Hey! Ianya bukan teori tau… ianya adalah praktikal.. saya sudah berjaya melakukannya dan ianya hanya mengambil masa 3 tahun, saya pasti anda juga mampu melakukannya! :)

Yosh!