Advertlets : “Win-Win” & “Bling-Bling”

UPDATE , 1 Nov 2009: Advertlets tidak pernah membayar 1 sen pun earning yang terkumpul di akaun saya. Malah ramai lagi yang tidak menerima bayaran untuk earning mereka. Cadangan saya.. jauhkan diri anda dari advertlets.com


Salah satu ciri-ciri yang bagus di dalam sesebuah perniagaan adalah apabila perniagaan tersebut dapat mewujudkan situasi memang-menang bagi semua pihak. Sama ada pihak pembeli mahupun pihak penjual. Lebih-lebih lagi bagi perniagaan di dalam industri “pengiklanan di internet”, maka situasi menang-menang (win-win) ini adalah lebih kritikal. Dimana, ia bukan sahaja melibatkan 2 pihak (pembeli & penjual).. tetapi melibatkan 3 pihak. Iaitu, pihak pengiklan (syarikat perniagan), pihak penerbit iklan (blogger/webmaster) dan juga pihak penganjur iklan (google adsense/chitika/TLA). Kesemuanya haruslah “menang” dan mendapat manfaat.

Bagi industri “pengiklanan di internet” ini, saya melihat, advertlets.com adalah merupakan salah satu contoh penganjur program pengiklanan yang terbaik.

Selain memberi manfaat (peluang buat duit) kepada penulis-penulis blog selaku penerbit iklan. Pihak advertlets juga berjaya menyediakan satu medium pengiklanan yang terbaik kepada pihak-pihak pengiklan untuk mendapatkan “result” yang terbaik daripada kos pengiklanan yang mereka keluarkan. Dan saya rasa, inilah cabaran yang paling besar yang seringkali gagal di sempurnakan oleh pihak-pihak penganjur program pengiklanan yang lain.

Kebanyakkan program pengiklanan hanya mementingkan manfaat yang diterima oleh diri mereka sendiri sebagai penganjur, kemudian, pihak “penerbit iklan” (blogger) dan akhir sekali barulah pihak “pengiklan”.

Dan seringkali pihak pengiklan adalah pihak yang akan mendapat manfaat yang paling sedikit. Sedangkan, pihak inilah yang menjadi sumber “wang” kepada perjalanan sesuatu program pengiklanan itu.

Contohnya program google adword, anda boleh lihat betapa ramai yang kerugian kerana mengiklankan perniagaan mereka melaluinya. Seringkali kadar R.O.I menjadi negatif…
Sebagai blogger (pihak penerbit iklan)… sememangnya kita tiada banyak masalah.. kita paparkan iklan di blog kita, dan kita dapat duit darinya. So.. it’s clear and straight to the point.

Tetapi bagi pihak pengiklan pula… pelbagai persoalan perlu diperjelaskan, antaranya…

1) Adakah kaedah pengiklanan sebegini berkesan untuk perniagaan mereka?
2) Apakah kadar ROI (“Return of Investment”) nya?
3) Apa yang bagusnya kaedah pengiklanan ini berbanding kaedah pengiklanan yang lain?
4) Bolehkah mereka mengetahui perkembangan kempen pengiklanan mereka?
dan banyak lagi soalan-soalan yang perlu dijelaskan….

Di advertlets, semua persoalan itu, telah dijelaskan oleh pihak advertlets dengan baik sekali melalui sebuah gambarajah..

Advertlets Solution

Bravoooo Advertlets!!!

Saya yang menjadi pihak “penerbit iklan” (bloggers) ini pun berasa teruja untuk menjadi pihak “pengiklan”(advertiser) pula. Tapi sayangnya, tak jumpa pula borang untuk menjadi “advertiser” di laman web mereka. Mungkin pada waktu ini mereka hanya membukanya kepada syarikat-syarikat besar sahaja… (syarikat kecik2.. tak main..) ho! ho! ho!… Maybe coming soon…?

Ringkasnya.. apabila anda ingin menjalankan sesuatu perniagaan, seringkalilah fikirkan situasi “win-win” sebegini, insyallah perniagaan anda akan disukai ramai dan mudah untuk maju…

Kepada advertlets.com , selamat maju jaya saya ucapkan!.

P/s:- Kepada rakan-rakan penulis blog yang lain yang belum mendaftar sebagai pihak “penerbit iklan” (bloggers) di advertlets.com , cepat-cepatlah daftar, barulah blog anda akan “bling! bling!”…. yosh!

Persaingan… baik atau buruk?

======
Episod 1
======

Saya berasal dari muar, johor. Sesiapa yang tinggal di muar atau pernah pergi ke muar, mungkin tahu mengenai tempat-tempat makan yang menarik di muar. Salah satu tempat makan yang terkenal dan sering mendapat tumpuan ramai, ialah kawasan gerai di “stesyen bas pagoh” di muar. (Di bandar muar ada 2 stesyen bas, satu dipanggil stesyen bas pagoh, dan satu lagi dipanggil bas stesyen batu pahat. Nama tersebut diberikan kerana, bas yang menghala ke pagoh akan berhenti di “stesyen bas pagoh” manakala bas yang menghala ke batu pahat, akan berhenti di “stesyen bas batu pahat”, mengapa bas tersebut tidak berhenti di satu tempat sahaja? Jangan tanya saya… sila tanya masjlis perbandaran muar. Tapi yang pastinya.. kedua-dua stesyen bas tersebut, terletak di bandar muar, bukan di pagoh ataupun di batu pahat)

Di stesyen bas pagoh, dimana tempat-tempat bas parking pada waktu siang, akan berubah menjadi kawasan medan selera selepas pukul 7 malam. Terdapat banyak gerai jenis “stall” akan mengelilingi kawasan tersebut… dimana, di bahagian tengahnya, diletakkan kerusi dan meja untuk pelanggan makan. Apa yang menarik.. setiap gerai disitu, akan menjual makanan yang berlainan, dari mee bandung, nasi goreng, mee goreng, yong tau fu, mee kari, nasi ayam, hinggalah kepada minuman sejuk dan panas. Tiada satu pun gerai yang menjual makanan yang sama... setiap gerai menjual makanan yang berbeza-beza. Apa yang lebih menarik.. untuk memesan makanan ini, anda tidak perlu pergi dari satu gerai ke gerai yang lain untuk memesan makanan yang berbeza. Anda hanya perlu duduk, dan pekerja dari mana-mana gerai yang nampak kedatangan anda akan datang kepada anda dan mengambil order.

Anda boleh order apa sahaja menu dari mana-mana gerai, dan pekerja gerai tersebut akan mengambilnya dan akan memberitahu gerai yang terlibat untuk menghantarkan makanan tersebut kepada anda… lebih menakjubkan, pekerja tersebut, tidak sesekali akan menawarkan atau memaksa anda memesan makanan dari gerainya. Jika pekerja tersebut adalah pekerja dari gerai nasi lemak, dia tidak akan sesekali memaksa anda untuk memesan nasi lemak dari gerainya.

Kini setelah hampir 15 tahun… kawasan itu masih lagi dikunjungi oleh ramai orang dan masih lagi meriah.

Oh! Satu perkara yang unik di medan selera ini, anda dikehendaki membayar makanan anda sebaik sahaja dia dihidangkan di atas meja anda. Jadi, keluarkan duit anda siap-sipa selepas anda membuat order.

=========
Episod 2
=========

Pada tahun 1999, saya telah melanjutkan pelajaran di UKM dan sekaligus mula meng”habitat’kan diri saya di bangi. Pada waktu itu, saya seringkali keluar makan bersama rakan-rakan di salah sebuah medan selera di bangi ini. Di kawasan medan selera tersebut, terdapat banyak kedai makan dan ramai orang datang ke situ, tetapi, yang peliknya, semua gerai disitu, mempunyai menu masakan yang sama. Setiap gerai, pasti ada menjual mee goreng, nasi goreng, tomyam, nasi lemak dan sebagainya. Ada lebih kurang 5 kedai makan.. dan kelima-limanya menjual benda yang sama.

Selepas 5 tahun berlalu…. hanya tinggal 1 kedai makan sahaja yang masih dibuka di kawasan itu… itu pun seperti “hidup segan mati tak mahu”.

=========
Kesimpulan
=========

Saya tidak pasti… apakah faktor yang menyebabkan kejayaan medan selera di muar, dan apakah punca ke”bangkrap”an kedai-kedai makan di bangi ini. Saya tidak pasti… ini kerana.. apabila “sesuatu” itu berjaya.. ia biasanya disebabkan olehn banyak faktor & sebab…. begitu juga jka “sesuatu” itu gagal… biasanya, ia akan disebabkan oleh banyak faktor & sebab.

Tetapi, yang pastinya, diantara banyak-banyak sebab itu, pasti akan ada satu “sebab’ yang lebih menonjol (lebih dikenali dengan nama “penyebab utama”) daripada sebab-sebab yang lain, yang menyebabkan, sesuatu itu berjaya atau gagal.

Anda rasa…. apa sebab utamanya?

========
Soalan Survey
========

1) Jika anda ingin membina blog, adakah anda akan memilih niche perniagaan internet?
2) Jika anda ingin menulis ebook, adakah anda akan memilih topik “buat duit di internet”?
3) Jika anda ingin membuat seminar, adakah anda akan membuat seminar mengenai cara-cara buat duit di internet?