Saya tidak pasti siapakah yang memulakan trend ini.. sejak kebelakangan ini, saya melihat banyak minisite-minisite yang dihasilkan akan disertakan dengan blog.
Saya tidak pasti apakah alasan & tujuan sebenar mereka membina blog disamping minisite mereka. Mungkin atas alasan..
- Untuk menarik trafik dari SEO kerana blog lebih mesra SEO
- Membina kepercayaan & kredibiliti terhadap bakal pelanggan
- Mendidik serta memujuk pelawat untuk membeli produk
Walaupun alasan tersebut kelihatan bagus tetapi bagi saya.. kewujudan blog disamping minisite sebenarnya hanya akan menganggu objektif utama “minisite” tersebut.
Ini kerana.. objektif utama sesebuah minisite, adalah untuk membuatkan bakal pelanggan fokus terhadap penerangan mengenai produk dan akhirnya memujuk pelawat membuat belian. Pendek kata.. di akhir salesletter tersebut, pelawat sepatutnya diberikan 2 pilihan sahaja.. iaitu sama ada BELI atau TIDAK. Itu sahaja.. tiada pilihan lain selain itu..
Tetapi, apabila ada link blog di penghujung “salesletter” minisite tersebut, ia sebenarnya akan memberikan pelawat satu lagi pilihan.. iaitu.. “marilah mengenali diri saya”..
Dan bagi saya.. itu bukanlah sesuatu yang baik..
Ini kerana, selepas pelawat berkobar-kobar membaca salesletter yang membunuh.. dan apabila mereka ingin mengklik ke butang belian.. ternampak pula ada link blog dibawahnya.. “eh.. ada blog.. klik lah dulu”.. klik!… pelawat anda pergi ke blog.. baca satu post..nampak menarik.. baca post lain lagi.. baca lagi satu.. baca.. baca… eh? dah kul 1? nak gi makan dulu la.. terus tutup browser..
Woosshh!.. hilang peluang anda untuk “close” pelanggan tersebut.. (close bermaksud menghasilkan jualan)
Disebabkan itu, saya tidak dapat melihat, apa rasionalnya meletakkan blog di samping minisite (saleslleter) ? Ia sebenarnya hanya akan menganggu fokus bakal pelanggan..
Bagi saya, jika anda berhajat untuk menarik trafik menggunakan keupayaan SEO yang terdapat pada blog.. saya fikir kelebihan itu boleh diganti dengan gabungan On-page Optimizing di page salesletter dan juga kehebatan penarikan trafik dari program affiliate.
Manakala alasan untuk memujuk & membina kepercayaan pelanggan yang kononnya boleh dibina menerusi blog.. sebenarnya sudahpun mencukupi dengan penggunaaan autoresponder, malahan ia lebih baik kerana autoresponder boleh di”personalize”kan.
Jadi.. sekali lagi, apa rasionalnya meletakkan blog disamping minisite?. Walaupun blog memang diakui sebagai suatu alat yang sangat “bagus” dan mempunyai 1001 kelebihan.. tetapi penggunaannya juga haruslah pada tempat yang betul & tepat.
Analoginya seperti anda menggunakan penyembur serangga.. walaupun penyembur serangga itu diketahui amat bagus di dalam membunuh semut dan lipas.. tetapi jika ia digunakan untuk membunuh semut yang terdapat di atas makanan anda… saya fikir ia adalah sesuatu yang gila! oh! ho! ho! ho!..
Apa-apa pun itu hanya pendapat saya.. mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza?.. jika begitu, mungkin anda boleh tinggalkan sedikit komen di ruangan komen agar kita dapat bertukar-tukar fikiran dan mencari manfaat yang sebenar penggunaan blog di minisite…
peace..
Yosh!..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.







Latest Comments
FaridSulaiman.com, Zan, 1001Cures, KampungBoy, tivitune [...]
samdaddycool, Noorizam Shah, nal, SyedHafidz, nazri [...]
dioh, shah, Mengkarung, ACE NGV, sad [...]
Ida, shuth, rusmaini, cikguonline
Ida, EADDIE, eddy, linaptgc, muhamad azam [...]