Kelebihan Menghadiri Seminar…

Pada waktu ini, industri peniagaan internet di Malaysia sedang berkembang pesat dan menjadi semakin meriah. Ramai orang Malaysia sudah mula membuka mata untuk melihat peluang yang begitu luas dan menguntungkan di dalam menjalankan perniagaan di internet ini.

Bagi mereka yang sudah agak lama menceburkan diri di dalam bidang ini, sudah pastinya mereka ini mempunyai banyak pengalaman yang berharga untuk dikongsikan. Disebabkan industri ini masih baru lagi di Malaysia, maka, bahan-bahan rujukan di dalam industri ini masih agak kurang.. yer.. saya tidak nafikan! Kita boleh dapatkan banyak info berkenaan industri ini di internet. Bagi yang mahir berbahasa inggeris.. ia tidak menjadi masalah.. namun, bagi mereka yang kurang mahir… ini adalah merupakan masalah besar bagi mereka. Mereka ini ingin menceburkan diri di dalam bidang ini, tetapi mereka tiada panduan serta tempat untuk dirujuk.

Internet.. amat luas… untuk mencari panduan yang tepat itu sudah satu hal.. kemudiannya, maklumat tersebut kalau boleh mestilah berbahasa melayu… tambah satu lagi masalah.. tidak diketahui sama ada maklumat tersebut bersesuaian atau tidak dengan situasi di Malaysia. Maka, nak tak nak.. anda harus mencubanya sendiri.. try and error.. jadi.. proses pembelajaran anda akan menjadi semakin panjang.

Dengan itu, salah satu cara untuk memendekkan proses pembelajaran anda (learning curve).. ialah dengan menyertai seminar. Di dalam seminar, anda akan dapat mengorek rahsia (ilmu yang belum anda ketahui) daripada pakar-pakar dengan lebih mudah. Bertanyakan soalan-soalan yang menghantui fikiran anda selama ini serta satu lagi manfaat yang ramai orang terlepas pandang.

Iaitu…. “networking”. Inilah masanya untuk anda membina networking anda, mencari kenalan-kenalan baru.. serta mencari peluang-peluang baru di dalam memajukan perniagaan anda.

Jadi.. saya tidak nampak mengapa anda tidak patut menyertai seminar. Oh!. oh!.. ada.. ada.. saya tahu… anda mungkin tidak cukup duit untuk menyertai apa-apa seminar.

Saya tidak pasti sama ada anda sememangnya benar-benar tidak cukup duit atau anda sebenarnya merasakan diri anda akan membazirkan duit sahaja jika menyertai apa-apa seminar.

Jika anda merasakan begitu.. mungkin anda perlu memikirkannya semula sewaktu anda berada di dalam tandas. Hu! hu!.. apa pula kaitannya tandas dengan seminar? Saya tidak pasti.. tetapi saya banyak mendapat ilham sewaktu berada di dalam tandas… mungkin disebabkan suasananya yang sunyi menyebabkan minda saya tenteram untuk memikirkan tentang sesuatu. Tiada bunyi bising, tiada bunyi radio serta tiada bunyi bayi menangis… suasananya sungguh tenang dan tenteram.. hu! hu!..

Adus.. apa yang saya tuliskan ini… sudah sedikit menyimpang nampaknya.

Sebenarnya.. saya hanya ingin berkongsi dengan semua pembaca blog saya tentang seminar-seminar berkaitan perniagaan internet yang akan berlangsung di dalam bulan ini dan bulan depan. Jadi, jika keadaan anda mengizinkan dan berkesempatan, janganlah lepaskan peluang ini.. begitu banyak manfaat yg anda akan dapat hasil daripada menyertai seminar ini. Oh! satu lagi sebelum terlupa… jangan sekali-sekali menganggap yuran yg anda bayar sebagai yuran.. tetapi anggaplah ia sebagai suatu pelaburan. Insyallah anda akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda lagi hasil pelaburan anda di dalam seminar-seminar ini.

Okla.. inilah dia seminar-seminar tersebut.

1)Workshop Jutawan Internet (Asas)
Tarikh : Ahad, 25hb June 2006
Tempat : J.W. Marriott, Kuala Lumpur
Speaker : Irfan Khairi
Yuran : RM760

2) Seminar “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”
Tarikh: Sabtu, 8 Julai 2006
Tempat : Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur
Speaker : Team SaifulSham
Yuran : RM297 – RM497

3) Kelas Adsense & Affiliate Programme
Tarikh : Sabtu, 15 Julai 2006
Tempat : SHRDC, Shah Alam, Selangor
Speaker : Kidino & Shuth
Yuran : RM297

dan satu lagi…. seminar yang amat sesuai untuk mereka yang ingin berkahwin di dalam waktu terdekat ini…

4) Seminar “Mahligai Impian”
Tarikh : 22 Julai 2006 (8.30 pagi – 1.30 tgh)
Tempat : Dewan Melawati, Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor
Yuran : RM75

Untuk seminar yang ini.. manfaat lain yang mungkin anda akan perolehi ialah.. mungkin anda boleh menemui jodoh yang sesuai dengan anda disini. Hu! hu!.. maaf jika seminar ini tidak ada kaitan dengan industri perniagaan internet.

Maaf juga jika entry kali ini agak panjang. Wassalam…. yosh!!

Buat Duit dengan Adsense & Affiliate Program

Terus terang saya katakan.. sememangnya saya tidak berapa gemar untuk bercakap di depan orang ramai. Saya juga tidak berapa gemar menghabiskan masa sehari suntuk saya bersama-sama orang yang saya tidak kenali..

Saya sebenarnya lebih suka duduk di depan komputer sahaja dan melihat wang masuk ke dalam akaun bank saya…

Tetapi… entah bagaimana.. setelah beberapa bulan di pujuk oleh farid.. saya menjadi cair juga akhirnya..

Kisah selanjutnya anda boleh baca disini..

P/s:- Saya ada menulis artikel pendek yang terbaru bertajuk “Cari Duit Sampingan di Internet” di website wangcyber.com…. jika ada masa.. sudi-sudikanlah membacanya yer.

Kuasa Menulis Artikel

Jika anda mahu menarik ramai pelawat ke website anda… tulislah artikel.
Jika anda mahu membina kredibiliti di internet… tulislah artikel.
Jika anda mahu menerangkan produk anda dengan berkesan… tulislah artikel
Jika anda mahu mengukuhkan “brand” anda… tulislah artikel
Jika anda ingin mendapat banyak wang dari internet.. tulislah artikel
Jika anda ingin menjadi popular… tulislah artikel
Jika anda ingin menabur bakti & membuat pahala.. tulislah artikel.

Kesimpulannya.. tulislah artikel.. insyallah anda akan beroleh banyak duit manfaat. :)

Jadi, jangan lepaskan peluang ini, WCzine kini sedang dalam proses penerbitan isu yang ke-2. Segala sumbangan artikel amatlah dialu-alukan. Hantarkan artikel anda kepada admin(a)wangcyber.com sebelum 15 June 2005.

P/s:- Arrghh.. mcm mana nak buat archives nie? dah makin panjang dah current post tu.. kat mana nak setting yer? Hu! hu!..

Perniagaan Internet VS Pelaburan Internet..

Yo bro!! Bro tak nak main forex ke? Saya dah dapat untung USD20k main benda nie…

Tahniah! Anda memang seorang yang bijak dan bergaya… tetapi.. boleh saya tahu berapa modal yang telah anda laburkan?

USD17K..

Oh!……

Anda melabur USD17K dan mendapat keuntungan bersih sebanyak USD20k.. bermakna, peratusan keuntungan anda ialah = 117%

Saya pula, buat produk digital.. modal RM1.. dan saya jual dengan harga RM10, bermakna keuntungan saya ialah =900%

Saya rasa saya akan terus setia dengan projek RM1 juta saya.

Sekian, terima kasih.

Pelaburan…

Jika ditanya.. “apakah pelaburan yang paling menguntungkan dalam hidup ini?”

Setiap orang pastinya akan memberikan jawapan yang berbeza, ada yang akan katakan pelaburan hartanah, ada yang kata pelaburan saham, ada yang kata pelaburan dalam perniagaan, dan yang terbaru.. yang paling disukai oleh orang-orang yang nak cepat kaya.. forex & swisscash.

Terpulang pada anda, saya tidak berminat membahaskan apa yang betul dan apa yang salah tentang perspektif dan kemahuan anda pada kali ini.

Tetapi bagi saya.. pelaburan yang paling menguntungkan adalah peaburan kepada diri sendiri.
Yer.. pelaburan kepada diri sendiri, atau dengan bahasa mudahnya, ilmu/pendidikan untuk diri anda.

Mengapa?.. ini alasan saya..
Jika anda melabur pada hartanah.. boleh jadi, hartanah anda terbakar, rosak dan akhirnya hilang dari pegangan anda..
Jika anda melabur pada saham.. pabila harganya jatuh teruk.. anda hilang segala-galanya..
Begitu juga dengan perniaagaan.. semuanya boleh hilang dan dirampas daripada anda..

Tetapi.. ilmu?.. Sekali anda mengetahuinya, ia akan terus menjadi milik anda.. tiada siapa yang dapat merampasnya dari anda… sekalipun ekonomi jatuh merundum.. ilmu tersebut takkan hilang dari diri anda.

Orang-orang kaya akan sentiasa melabur pada diri mereka.. mereka akan memperuntukkan sejumlah wang mereka untuk melabur kepada diri mereka dengan membeli bahan-bahan illmiah seperti buku, kaset, cd, dan juga menghadiri kursus-kursus serta seminar-seminar yang dapat meningkatkan ilmu mereka. Ini kerana mereka sedar dan dapat melihat betapa pentingnya melabur kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan pada benda yang lain.

Jadi… berdasarkan perspektif tersebut, maka saya tanpa rasa menyesal atau kerugian, malah berbangga… mendaftarkan diri saya untuk menghadiri seminar Azizi Ali ini. (Hu! hu!.. ada sesiapa yang turut pergi ke?.. Leh lah duduk sama2 nanti.. ahak! Tengah nak cari geng nie sebenarnya..)

P/s:- Dulu, sewaktu kanak2, saya seringkali menonton drama di tv. Seringkali jika ada watak-watak orang kaya, pasti akan ditunjukkan satu adegan dimana orang kaya tersebut akan duduk di bilik bacaannya sambil membaca buku.. pada mulanya, saya sangkakan ia hanyalah drama semata-mata, tetapi… kini baru saya sedar, itulah realitinya. Jadi tidak hairanlah mengapa orang kaya dapat mengekalkan kekayaannya dan bertambah kaya, kerana mereka tidak jemu-jemu melabur kedalam diri mereka.

Jika anda ingin menjadi kaya.. rajin-rajinlah membaca yer! Yosh!!