Salam Maulidur Rasul…

Sempena mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w…
Banyak ciri-ciri serta akhlak nabi yang boleh dijadikan ikutan dan  teladan..
Video ini menunjukkan serba sedikit bagaimana untuk mencontohi akhlak nabi pada zaman yang serba moden ini…

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya…

Amin.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA)

Bermula semalam, Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia  ini semakin hangat diperkatakan. Maklumlah, bermula semalam (30hb Januari 2012), borang-borang permohonan untuk menyertai skim pelaburan ini sudah boleh diperolehi di bank-bank yang mengambil bahagian, antaranya Maybank, CIMB, BSN dan RHB.

Berita mengenai skim ini memang menjadi topik hangat di kampung-kampung, maklumlah, syarat utama kelayakan untuk menyertai skim ini adalah mesti mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 sebulan. Jadi memang ramai lah makcik-makcik jual karipap, janda-janda dan ibu tunggal berpusu-pusu ke bank untuk mendapatkan borang tersebut.

Apa yang menarik tentang Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia ini?

Dengar katanya, makcik-makcik nie cakap… kita boleh masuk skim ini, dengan bayaran RM5,000 , tapi kalau takde duit RM5,000, boleh buat pinjaman. Tapi yang bestnya… pinjaman tu tak payah bayar.. sebab, bila dah labur dalam skim ini, tiap-tiap bulan dapat untung RM134 selama 5 tahun.

Sedangkan bayaran bulanan semula bagi pinjaman RM5,000 itu, hanyalah RM88 sebulan. Bermakna, tiap-tiap bulan… dapat pulangan RM134, tolak ansuran bulanan RM88, maka.. masih ada baki dan untung RM50 lagi tiap-tiap bulan!

Boleh keluarkan RM50 ini tiap-tiap bulan, atau biarkan sahaja sampai genap 5 tahun, lepas tu, pihak pelabur akan ada wang terkumpul sebanyak  RM8,000  dalam akaun pelaburan mereka!.

Pendek kata, dapatkan borang mohon pinjaman dan penyertaan skim ini, kemudian, selepas diluluskan… tiap-tiap bulan boleh keluar RM50, atau biarkan sahaja wang tersebut tanpa perlu buat apa-apa, selepas 5 tahun, boleh keluar terus RM8,000. Wah!

Pertama kali saya dengar… macam tak percaya..! bunyi macam skim cepat kaya je!

Tapi disebabkan ianya adalah skim anjuran kerajaan.. maka… terpaksa.. percayalah~~~~~ (sila sebut seperti gaya siti nurhaliza)

Sekali pandang.. skim ini nampaknya akan dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Memang ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik di kampung serta golongan orang-orang asli yang menyambut baik skim ini. Objektif skim ini untuk membolehkan rakyat menabung dan melabur mungkin akan tercapai.

Namun begitu, timbul beberapa isu yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai skim ini… antaranya :-

  • Adakah skim pelaburan ini patuh syariah? Sebab kalau ikut hujah Ustaz Zaharuddin, pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap adalah haram.
  • Bagaimanakah keuntungan yang begitu tinggi boleh dijana oleh pengurus dana? iaitu 32% setahun (boleh kalah pelaburan emas macam nie)
  • Dimanakah wang-wang pelaburan tersebut akan dilaburkan? Hartanah? Saham?  Emas?

Bagi anda yang membaca blog ini, mungkin skim ini tidaklah begitu releven dengan anda…  tapi apakah pendapat/pandangan anda jika ada saudara-mara atau jiran tetangga anda yang bertanyakan anda mengenai skim ini?

Apa kata anda?

Masa untuk berubah!

Wah! sudah masuk minggu yang ke-4 tahun 2012. Tapi dalam kalendar cina.. hari ini baru masuk tahun baru! Gong xi fa cai (selamat tahun baru)… saya ucapkan pada semua rakan-rakan yang berbangsa cina…

Kalau ikut feng shui, tahun ini adalah tahun untuk “naga air”, dan ianya adalah tahun dimana “perubahan hidup yang besar” akan berlaku. Adakah perubahan itu ke arah yang baik atau yang buruk? Ianya bergantung kepada bagaimana anda menunggang “naga air” tersebut! (Woahh!)..  Selain naga, tahun ini juga sangat bagus bagi mereka yang lahir di tahun tikus, ayam jantan dan juga monyet! (yes!.. saya tahun monyet! oh!).

Itu kata tok guru feng shui…

Tapi bagi saya, kita memang kena sentiasa berubah.. berubah kepada yang lebih baik, malahan dalam islam pun perubahan itu dicadangkan dilakukan pada setiap hari.. seperti sabda nabi..

“Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,
dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi”

Cuma pada tahun ini, saya rasa, saya akan lakukan perubahan yang lebih-lebih besar dalam hidup saya, terutama sekali pada perniagaan yang saya jalankan..

Insyallah, tahun ini, saya akan jadikan perniagaan saya lebih-lebih serius dan make it more profesional and awesome!! (ceh cakap omputih pulak!).

—–

Sempoihosting.com Upgrade!

Jadi sebagai permulaan untuk berubah.. saya dah upgrade sempoihosting.com.. iaitu bisnes internet saya yang pertama, yang mana, telah saya mulakan sejak tahun 2005 dulu. (Fuh! sedar tak sedar.. dah masuk 7 tahun dah!)

Untuk sempoihosting.com yang baru ini, websitenya lebih profesional serta sistem pengurusan jualan & pelanggan juga lebih mantap. Begitu juga dengan sistem sokongan pelanggan (support).. ianya kini lebih teratur dan profesional.

Selain itu, kini sudah ditambah beberapa lagi pakej baru… tidak lagi setakat 150mb, tetapi kini, pelanggan sudah boleh dapatkan hosting sebesar 10Gb dari sempoihosting.com. Hopefully, ianya akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan..

Oh yer! Satu fanpage khas untuk sempoihosting juga sudah di hasilkan.. jadi, jangan lupa untuk klik LIKE sebagai tanda sokongan. Insyallah, akan datang, banyak kupon-kupon diskaun akan diberikan di fanpage tersebut!

Oh! lagi satu.. dah alang-alang like fanpage, apa kata follow sekali kat twitter.com/sempoihosting..  he he!..

Oklah! cukup sampai disitu pasal sempoihosting…. saya nak cerita pasal lain pula…

—–

Talk @ PUIM.my

Minggu lepas…  pada 14hb Januari 2012, saya telah berikan talk di Seminar Ebook anjuran PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia). Nampaknya, ia adalah talk pertama saya bagi tahun 2012. Di dalam talk tersebut, saya berkongsikan beberapa tips & rahsia mengenai perniagaan ebook.. antaranya mengenai niche yang laris, strategi pemasaran, serta serba sedikit pandangan saya mengenai masa depan industri ebook di Malaysia.

Bagi anda yang belum tahu, usahawan internet kini sudah ada persatuan, iaitu “Persatuan Usahawan Internet Malaysia” , ianya baru sahaja ditubuhkan. Jika anda ingin mendaftar sebagai ahli, insyallah, pendaftaran akan mula dibuka pada minggu hadapan, iaitu pada 28 Januari 2012. Pada hari tersebut, majlis perasmian PUIM akan diadakan di Menara Usahawan, Putrajaya (Pukul 9.00pg – 1.00tgh). Anda semua dijemput hadir… dan bolehlah mendaftar sebagai ahli pada waktu itu… jadi datang ya! Jumpa anda disana nanti!

—–

Harga Emas Naik!

Selain menjalankan perniagaan internet dan memberikan talk , saya juga ada membuat pelaburan emas “sikit-sikit”. Jadi, sejak 2 minggu lepas, ada berita baik bagi pelabur emas, sebab harga emas sudah mula naik semula. Sudah mahu “bull” semula orang kata..

Kalau dilihat dari rekod yang lepas-lepas.. harga emas selalunya memang akan naik selepas tahun baru cina… bagaimana dengan tahun ini? Sama-sama lah kita saksikan..

Oh ya!.. saya ada tulis satu report percuma pasal pelaburan emas ini.
Anda boleh download ia di www.wangemas.com

—-

Ermmm.. rasanya itulah sahaja catatan saya untuk kali ini… oklah tu kan? 2 minggu sekali update blog dan buat ulasan.. :)

Insyallah post seterusnya.. minggu depan atau dua minggu lagi…

Sekian dulu…. Amiiinnnn….

 

Selamat Tahun Baru 2012

Halamak……. dah tahun 2012 lah!

Rasanya masih berlum terlambat untuk saya ucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada pelawat-pelawat & pembaca-pembaca blog ini.. (Hmm.. ada lagi ke? oh!)

Kali ini, saya tak nak cerita apa-apa pasal “azam”…  asal tahun baru je cakap pasal azam.. asal tahun baru je cakap pasal azam..  asal azam je cakap pasal tahun baru..

Masuk tahun baru ini, saya cuba upgrade blog saya ke versi terbaru wordpres (3.3.1) , lepas-lepas upgrade.. ada error pula.. rupa-rupanya, tak compatible dengan themes yang diguna pakai… jadi, terpaksalah guna themes default wordpress nie.. themes “twenty eleven” nama nya… memula rasa macam tak best.. tapi lama-lama.. ok juga! Sebab themes ini adalah responsive design.. tak caya? cuba try kecilkan windows browser ini.. automatik design blog ini akan mengecil dan disesuaikan dengan paparan skin.. jadi ianya lebih mudah dan efektif.. terutama bagi mereka yang melayari blog ini menerusi handphone.

Tahun 2011, saya memang kurang update blog.. jadi nampak seperti saya menyepikan diri dan seolah-olah seperti sudah mahu melenyapkan diri dalam dunia perniagaan internet. Tetapi sebenarnya, tidak!… saya masih lagi aktif menjalankan perniagaan di internet… cuma, saya agak sedikit sibuk dengan jemputan memberi ceramah mengenai perniagaan internet serta menulis buku.

Tambahan lagi, pada tahun 2011 saya lebih banyak berfikir dan melihat sesuatu projek yang ingin dimulakan itu dengan pandangan yang lebih jauh.

Jika dulu, saya cuma fikir.. buat projek, dapat duit.. dan enjoy!….

Tapi sekarang, sebelum nak buat sesuatu projek… lebih banyak yang saya fikirkan… Apakah impak projek tersebut kepada masyarakat?, Adakah ia akan menarik rahmat & berkat dari Allah jika saya melakukannya?, Apakah faedah yang akan saya perolehi hasil dari projek ini selepas saya meninggalkan kehidupan ini?..

Ya!.. saya bukan sahaja fikirkan manfaat yang akan diperolehi di dunia, tetapi juga mula memikirkan tentang manfaat-manfaat yang boleh dibawa untuk bekalan di akhirat kelak.

(Halamak.. bunyi macam dah tua je… macam sedang dalam krisis pertengahan umur je… oh!)

Ho! ho! ho!.. anyway, untuk tahun 2012, sudah pastinya ada beberapa perancangan yang telah saya buat. Semoga ianya dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan…

Insyallah, pada tahun 2012 ini, saya akan mengeluarkan sebuah lagi buku fizikal. Kiranya, ini buku fizikal saya yang kedua selepas buku “Rahsia Blogger(halamak! abis stok lah pulak buku rahsia blogger nie)..

Apa-apa pun, nantikan kemunculan buku saya yang kedua itu nanti…!!

Amiinnn…… (sudah tukar! tak pakai yosh lagi! oh!)

Anda? Apa pula perancangan anda untuk tahun 2012 ya?

Samsung Galaxy Tab 8.9 Dari Celcom

Nampaknya, celcom agak pantas membawakan gadjet-gadjet terbaru untuk rakyat Malaysia.

Antara tablet terbaru yang dibawakan oleh pihak celcom di dalam senarai tablet mereka, ialah Samsung Galaxy Tab 8.9 .  Tablet yang bersaiz 8.9 inchi ini, tidak begitu besar dan tidak begitu kecil..sedang-sedang sahaja.. :)

Celcom menawarkan Samsung Galaxy Tab ini pada harga serendah RM1,288 dengan kadar bayaran bulanan sebanyak RM68.

Selain Samsung Galaxy Tab 8.9, pihak Celcom juga turut menawarkan sambung Galaxy Tab 7 Plus, Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Samsung Galaxy Tab…

Info lanjut & terbaru mengenai segala gadjet yang ditawarkan oleh pihak celcom, boleh dilihat di http://www.celcom.com.my/smartphones/