Saya suka membaca buku-buku berkaitan bisnes, terutama sekali tentang bagaimana sesebuah bisnes itu bermula dan seterusnya berkembang. Dan sememangnya, kebanyakkan buku bisnes yang ada di pasaran, menceritakan tentang model bisnes-bisnes “zaman dahulu” seperti kfc, pizza hut, mcdonald dan sebagainya.
Satu perkara yang saya perasan tentang bisnes-bisnes ini, kebanyakkan mereka menggunakan model “franchise” untuk memajukan dan memperkembangan bisnes mereka. “Sistem Franchise” digambarkan sebagai satu model bisnes yang paling agung dan terbaik di dalam dunia perniagaan. Hinggakan, di dalam permainan “catur bestari” pun , pemain-pemain disuruh untuk membeli/melabur di dalam perniagaan franchise jika sudah menjadi jutawan.
Formula untuk berjaya di dalam dunia perniagaan ialah… mulakan bisnes, “sistem”kan ia.. kemudian franchise kan.
Walaupun prinsip-prinsip perniagaan yang diajarkan di dalam buku-buku tersebut sangat baik, namun ianya masih belum begitu dapat memenuhi nafsu kehendak saya sebagai seorang usahawan yang berniaga secara online.
Sebagai seorang usahawan “tekno” (ceh! tekno lah sangat!) , sudah pastinya, saya tercari-cari bisnes model yang lebih sesuai dengan peredaran zaman. Suatu model perniagaan baru yang sesuai untuk perniagaan berasaskan yang berdasarkan teknologi dan internet.
Jadi, saya mula melihat kepada bisnes-bisnes zaman sekarang yang meletup-letup pada masa kini seperti Dropbox, Evernote, Skype, Linkedin, Vimeo, Twitter, Facebook, Google, Youtube dan lain-lain… apakah bisnes model yang mereka gunakan dan bagaimanakah mereka membuat duit ?
Google, Youtube dan Facebook membuat duit menerusi iklan, bisnes model mereka tidak jauh berbeza seperti bisnes model syarikat akhbar dan majalah. Jadi, saya tidak akan mengupas tentang bisnes model mereka di dalam entry kali ini..
Apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kupas pada entri kali ini, adalah tentang bisnes model Dropbox, Evernote, Skype, Linkedin, Vimeo dan sebagainya. Mereka ini menggunakan bisnes model yang diberi nama “Freemium”.
Freemium sebenarnya adalah nama gabungan diantara perkataan Free & Premium.
Apa yang dimaksudkan dengan Freemium ialah, memberikan sesuatu secara percuma, kemudian, caj untuk sesuatu faedah/ciri yang lebih baik dan advanced (premium).
- Dropbox, aplikasi penyimpanan fail secara awan (cloud) , ditawarkan secara percuma, tetapi jika mahu space yang lebih besar, boleh subscribe dengan yuran $9.99 sebulan untuk ruang simpanan sebesar 50gb.
- Evernote, aplikasi membuat nota, ditawarkan secara percuma, tetapi jika mahu ciri-ciri penggunaan yang lebih superb, boleh subscribe yuran $5.00 sebulan.
- LinkedIn, sebuah rangkaian sosial untuk profesional dan bisnes, ditawarkan secara percuma jika anda mahu membuat profile disitu, tetapi jika mahu mencari pakar & profesional, perlu bayar yuran subscription sebanyak $19.95 sebulan.
- Skype , sebuah aplikasi voip yang boleh digunakan secara percuma untuk membuat panggilan antara skype-ke-skype , tetapi jika mahu call ke telefon, perlu beli credit.
- Vimeo , sebuah website penghos video , boleh buka akaun percuma disitu dan upload video, tetapi jika mahu ruang yang lebih besar dan tiada iklan, boleh subscribe dengan yuran $59.95 setahun
Jika dilihat sekali imbas, model sebegini kelihatan seakan-akan merugikan,iyalah.. beri percuma sahaja.. bila pula masanya mana nak dapat untung?
Memang diakui, untuk bisnes model freemium ini, dari 100 orang pengguna, hanya sekitar 1% orang sahaja yang akan membayar sebagai ahli premium. Bagaimana pula dengan 99 pengguna lagi?
Kebiasaannya, pemilik bisnes freemium ini akan “monetize” (mendapatkan keuntungan) bisnes mereka, dengan cara, memaparkan iklan dan juga penjimatan dari segi kos pemasaran. . Ini kerana, pengguna-pengguna free selalunya akan mempromosikan produk tersebut kepada rakan-rakan mereka yang lain. Jadi, tidak hairanlah, website-website yang menawarkan produk secara freemium ini tersebar dengan begitu pantas dan menjadi popular dalam masa yang singkat sahaja.
Jadi, adakah bisnes model freemium ini akan menjadi bisnes model yang terbaik untuk abad yang akan datang? Adakah ianya akan menjadi se”agung” bisnes model franchise? Kita tunggu 50 tahun lagi.. Oh!
Apa-apa pun, kini saya berasa sedikit gembira dan teruja kerana, sudah ada beberapa model bisnes baru yang boleh dicontohi dan diikuti, terutama sekali bagi usahawan-usahawan di dalam bidang IT/Tekno/Online/Internet.
Insyallah, saya akan cuba applykan bisnes model ini untuk projek-projek yang akan datang.. Yosh!