Mengapa Rakyat Malaysia Muflis?

Apabila bercerita tentang isu muflis, ianya sering dikaitkan dengan penggunaan kad kredit dan aktiviti berbelanja yang melampau. Apakah benar dakwaan ini?

Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh jabatan insolvensi pada tahun 2010 (tahun 2011 takde lagi).

  •  24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
  • 11.78% disebabkan pinjaman perumahan
  • 10.93% disebakan pinjaman perniagaan
  • 5.5% disebabkan kad kredit
Dapat dilihat dengan jelas disitu, ramai yang muflis/bangkrap adalah disebabkan hutang kenderaan.. dan bukannya kad kredit. Jadi, saya kurang faham, mengapa isu kad kredit seringkali diperbesar-besarkan apabila bercerita tentang muflis.
Mungkin disebabkan kenderaan dan rumah adalah merupakan keperluan asas, dan sememangnya, tiada cara lain lagi untuk memilikinya kecuali dengan berhutang, maka perkara itu bolehlah di”skip”kan…  tidak boleh diperbesarkan, takut nanti terkena batang hidung sendiri.
Tapi hakikatnya, itulah.. itulah perkara yang seringkali menjadikan seseorang itu terperangkap di dalam hutang hinggakan menjadi punca penyebab seseorang itu  menjadi muflis.

Dari perspektif individu..

Saya BUKANlah mahu mengatakan bahawa, kita mestilah membeli rumah & kereta secara tunai.. saya tahu, sememangnya tidak ramai yang berkemampuan sebegitu. Apa yang boleh kita lakukan, adalah menganalisa dengan sebaik mungkin tentang tahap kemampuan kita apabila ingin membeli kereta dan rumah.
Dicadangkan, bayaran ansuran bulanan kereta perlulah tidak melebihi 20% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda. Manakala bayaran ansuran rumah pula, seelok-eloknya, tidak melebihi 30% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda.
Jika anda hanya mampu membeli viva.. maka belilah Viva. Jika hanya mampu membeli Proton Saga FLX, maka belilah.. tahan nafsu & ego untuk berkereta toyota atau honda.  Jika tidak mampu, terimalah hakikat yang anda masih belum mampu..
Elakkanlah membeli kereta-kereta mewah walaupun anda mampu.. selagi anda membelinya secara hutang, itu sebenarnya, bermaksud anda tidak mampu. Oh!
Akibatnya, kita boleh lihat sendiri di bahagian lelongan website Jabatan Insolvensi, kebanyakkan kenderan yang dilelong adalah kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, bmw, jaguar dan sebagainya. Ini bermakna, betullah, kebanyakkan orang yang muflis adalah disebabkan membeli kenderaan yang melebihi kemampuan mereka.
Satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang apabila membeli rumah dan kenderaan, ialah tentang kos-kos perbelanjaan yang akan turut muncul secara tiba-tiba di dalam hidup kita apabila kita memiliki kenderaan atau rumah. Antaranya adalah seperti kos minyak, tol, servis, roadtax dan sebagainya.. lebih mewah kenderaan kita, lebih besar kos pebelanjaannya. Begitu juga dengan rumah, lebih besar rumah yang dibeli, lebih banyak barangan perabot yang perlu disiikan, maka lebih banyaklah kosnya.
Jadi, berpada-padalah, fikirkan juga kos-kos tambahan ini apabila ingin membeli kereta dan rumah. Bukan hanya sekadar melihat pada kos bayaran ansuran bulanan sahaja.. :)

Dari perspektif pihak yang berkuasa a.k.a kerajaan..

Mungkin pihak kerajaan juga perlu melihat kepada isu ini, ianya tentang harga kereta dan harga rumah di negara ini. Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia, adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah, yang mana harganya semakin hari semakin meningkat. Perkara ini,  menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis… pihak kerajaan perlu juga mengambil sedikit tanggungjawab, dan bukannya dengan mudah, menyalahkan rakyat dan menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
Jadi dengan ini, saya mencadangkan, untuk bajet 2012 ini, pihak  kerajaan boleh mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menurunkan harga kereta (mungkin dengan mengurangkan cukai import kereta), dan juga harga rumah (subsidi rumah? penurunan blr?).  Ceh! macam lah ada orang yang berkuasa di kerajaan baca blog aku nie! Oh! 
Selain itu faktor inflasi & kenaikan harga barang  juga  turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.
 Jadi, camner?….

Kesimpulannya…

Lu pikir lah sendiri.. oh!
P/s;- Apsal plak tetiba je shuth cite pasal muflis nie? Dah lah dah lama tak update blog.. update-update je.. cite pasal muflis plak.. shuth muflis ke?”
P/p/s:- Ho! ho!.. taklah.. sebenarnya, saya baru je ditemuramah oleh pihak Astro di dalam rancangan U-Wartawan mengenai isu hutang & muflis nie..i tu yang semangat nak update blog tu! ho! ho ho!
P/p/p/s:- Jangan lupa saksikan rancangan u-wartawan di astro awani (saluran 501) hari jumaat ini pada pukul 10.00 malam.
P/p/p/s:- Harap anda dapatlah sebar-sebarkan post blog ini (klik je butang share kat bawah, manalah tahu kot-kot ianya boleh sampai kepada  pegawai kerajaan yang sedang buat bajet kerajaan untuk 2012 tu ke?..  ho! ho!

Pelaburan Emas Di Malaysia..

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, pelaburan emas mula mendapat perhatian. Dengan kenaikan harga emas secara purata 37% sejak 5 tahun lalu. Ianya menjadikan emas sebagai salah satu instrumen pelaburan kalis inflasi yang sangat mengujakan.

Saya lihat ada beberapa fenomena menarik yang berlaku berkaitan pelaburan emas ini..

1. Pihak bank pun kini berlumba-lumba mempromosikan produk mereka yang berkaitan emas. Dulu, yang kita tahu, hanya Maybank sahaja yang menawarkan akaun simpanan emas, tetapi itupun tak berapa di promosikan sangat. Suam-suam kuku je produk tersebut. Tetapi sekarang, tiba-tiba, semua bank pun ada akaun simpanan emas,  CIMB, Public Bank, UOB & KFH (siap iklan kat TV lagik!). Apakah makna semua ini?

2.  Kedai pajak Ar-Rahnu juga tiba-tiba muncul bak cendawan selepas hujan. Apakah makna semua ini?

3.  Begitu juga dengan syarikat-syarikat pengeluar & penjual emas, tumbuh cam cendawan. Apakah makna semua ini?

Saya pun tidak pasti…

Persoalannya, adakah benar pelaburan emas ini begitu menguntungkan?

Pada saya.. tak kisah apa-apa pelaburan pun, asalkan kita mempunyai ilmu berkaitan pelaburan tersebut, insyallah ianya akan memberikan pulangan yang menguntungkan kepada pemiliknya. Jadi, kepada pembaca-pembaca blog ini yang ingin melabur di dalam emas, saya cadangkan agar anda membuat kajian terlebih dahulu serta banyakkan membaca sebelum anda mengambil apa-apa tindakan.

Dan berita baiknya, saya juga telah membuat sedikit kajian mengenai pelaburan emas ini dan telahpun menulis sebuah laporan ringkas berkaitannya. Iaitu tentang “5 Kesilapan Pelabur Emas”.

Anda boleh download laporan tersebut secara PERCUMA di WangEmas.com

Sekian! Selamat membaca!

Duit Lebih… Mahu Buat Apa?

Entry kali ini saya nak cerita pasal “duit lebih”…

Maklumlah, awal-awal tahun nie, kebanyakkan company akan mula buat kira-kira penutupan akaun.. dan pekerja-pekerja pula akan tertunggu-tunggu pengumuman dari majikan mereka tentang “bonus” yang mungkin akan diperolehi.

Dengar kata, ada beberapa kawan saya yang dapat bonus 4 bulan gaji.. tahniah saya ucapkan! Teruskan kecemerlangan anda, insyallah boleh dapat bonus 6 bulan pula untuk tahun hadapan.

Namun begitu, ramai juga yang “jammed” kepala apabila menerima duit yang banyak ini. Maklumlah, sebelum ini, tak pernah dapat duit banyak-banyak sekaligus… sekali, rezeki Allah bagi.. tiba-tiba dapat selepuk duit! Maybe RM10,000 atau RM20,000 !  “Terus jam.. aku nak buat apa dengan duit nie?”

Kepada mereka yang menerima durian runtuh ini.. saya ada beberapa tips untuk anda.. !

1) Penuhkan Emergency/Reserved Fund!

Perkara pertama yang anda pelu lihat adalah pada “tabung kecemasan” anda. Jika anda masih belum mempunyai “tabungan kecemasan”, inilah masanya untuk anda penuhkan tabung kecemasan anda. Seeloknya, cuba penuhkan tabungan kecemasan anda untuk 6 bulan. Maksudnya, jika perbelanjaan anda RM3,000 sebulan, maka anda perlu simpan RM18,000 dalam akaun bank (Tabung Haji/ASB) anda untuk tujuan kecemasan.

Perkara kecemasan yang dimaksudkan adalah seperti..

  • Anda dibuang kerja
  • Kereta anda eksiden
  • Ahli keluarga anda dimasukkan ke hospital
  • Peralatan rumah yang penting rosak, seperti peti sejuk, mesin basuh dan dapur masak.

2) Dapatkan Insurans/Takaful

Jika tabung kecemasan anda sudah penuh, lihat pula kepada sistem “perlindungan kewangan” anda. Iaitu insuran/takaful. Insuran yang mesti anda miliki (sekurang-kurangnya), ialah insuran perubatan (medical card) dan juga insuran kemalangan peribadi (Personal Accident). Jika anda belum ada sebarang insuran, inilah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan perlindungan insuran.

3) Melabur / Membayar Hutang

Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan serta perlindungan insuran. Jika anda masih ada “duit lebih”. Maka, bolehlah anda berkira-kira untuk melaburkan wang anda itu.  Namun begitu, sebelum anda melabur kepada mana-mana instrumen pelaburan, adalah terlebih baik untuk anda melabur ke dalam diri anda terlebih dahulu. Beli & baca buku, pergi kursus/seminar dan sebagainya.

Setelah anda benar-benar faham tentang sesuatu pelaburan itu, barulah anda boleh melaburkan wang anda.

Jangan teburu-buru meletakkan wang anda kepada sesuatu pelaburan sebelum anda betul-betul memahaminya. Risikonya akan menjadi sangat tinggi.. bak kata Warren Buffet..

“Risiko adalah keadaan dimana anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan”

Tetapi, jika anda masih blur dan tidak tahu mahu melaburkan wang anda kemana-mana,  saya kira, adalah lebih baik anda gunakan sahaja wang tersebut untuk melangsaikan hutang-hutang anda. Sekuarang-kurangnya, anda boleh melepaskan diri dari bebanan kadar faedah sebanyak 4-18% yang mencengkam kewangan anda. Tak guna juga jika anda membuat pelaburan, dan memperolehi keuntungan 10% sedangkan anda terpaksa membayar faedah hutang kad kredit sebanyak 15%.

Senang kata, laburkan wang anda jika pulangan pelaburan yang ingin anda ceburi itu lebih tinggi dari kadar bayaran faedah hutang anda. Jika tidak, lebih baik setelkan sahaja hutang anda terlebih dahulu.

4) Barang Impian Anda

Ok.. jika katakan anda dah ada reserve fund, dah ada polisi insuran, dah setelkan hutang anda dan juga sudah melaburkan  sedikit wang anda. Tetapi masih lagi ada wang lebihan..

Pada waktu ini, bolehlah anda menggunakan “wang lebih” itu untuk membeli barang-barang yang anda impikan. iPhone ke? iPad? Kamera DSLR? Sofa baru? PS3?  Rantai Emas? Kereta? dan sebagainya…

Apa-apa pun yang ingin anda beli, kena beringat-ingat juga, jangan sampai tambah hutang dan membebankan anda dikemudian hari pula.

Oklah! itu sahaja tips yang ingin saya sampaikan pada entry kali ini..

Kalau masih ada lagi duit lebih tu.. apa kata belanja saya minum kopi secawan? Oh!

Sekian! Yosh!

P/s:- Jika anda merasakan entri ini bermanfaat, “share-share”kanlah entry ini kepada kawan-kawan. :)

Selamat Tahun Baru 2011

Wah! dah masuk tahun 2011…

Macam biasa lah, masuk tahun baru ni, macam-macam plan & azam di buat.  Dan macam biasa, saya pun ada buat juga. Tercapai atau tidak? Itu soal kedua.. yang penting ada buat! Better dari tak buat langsung..  kegagalan mencapai azam yang dibuat pada tahun 2010 tidak boleh dijadikan alasan bahawa kita tidak perlu membuat sebarang azam lagi seumur hidup kita.

“Eleh! asyik azam je.. buatnya tidak.. baik tak payah ada azam.. “

“Apa azam-azam? Nak azam gi minum air zam-zam arr..”

Tahun 2010 sudah berlalu, dari 12 azam yang saya buat, hanya 5 yang tercapai..
Alhamdulillah… Untuk azam yang belum dicapai, tak mengapalah, itu semua dijadikan pengajaran.
Ada yang saya forwardkan ke tahun 2011 dan ada juga yang disingkirkan.

Untuk tahun 2011, saya kira, azam saya lebih realistik. Tambahan lagi, saya kini sudah mempunyai target baru, fokus yang baru, prinsip baru serta semangat yang baru. Insyallah tahun 2011 akan menjadi lebih cemerlang untuk saya dan anda semua.

Yosh!

Teknik Paling Cepat Buat Duit Di Internet!

Entry kali ini ringkas sahaja.. tapi sangat power…

Ada orang bertanya kepada saya…

“Salam bro, minggu depan isteri saya nak bersalin. Jadi, agak terdesak nak pakai duit. Boleh tak bro bagi tips.. Apakah cara yang paling pantas untuk buat duit di internet?… Kalau boleh, buat hari ini, hari nie juga  dapat duit! Ada tak bro?”..

Berhari-hari jugalah saya fikirkan jawapan bagi soalan ini… pada mulanya, saya rasa.. macam takde. Tapi.. bila fikir-fikir balik.. mana boleh takde?!.. Brother jual burger kat simpang tu  selalu  kata.. “Nothing Is Imposibile”..

Jadi.. saya mesti cari jalan… Bak kata mentor saya.. “Jalan Pasti Ada! Pasti Ada Jalan! Jom jalan-jalan..”..
Manalah tahu.. kot-kot satu hari nanti saya pun berada pada situasi tersebut. Duit takde.. tapi terdesak nak pakai duit!.

Hari pertama.. saya rasa.. Jawapannya Google Adsense.
Google adsense?  Fuh!.. ikut pengalaman saya…. paling cepat pun, 3 bulan baru dapat cek pertama.. nak apply akaun google adsense je pun dah makan 3 hari, nak tunggu payment clear pula.. ambik masa 45 hari.. Tett!.. Pangkah!

Hari kedua… saya rasa.. jawapannya ialah Affiliate.
Walaupun “affiliate” adalah meupakan satu model  yang paling mudah diantara banyak-banyak model biz internet. Tetapi, bila difikir-fikirkan semula, ia tetap tidak boleh memberikan hasil yang pantas, maksud saya, “buat hari nie dapat duit esok”. Affiliate selalunya membayar pada setiap hujung atau pertengahan bulan. Jadi…ianya bukan teknik yang terbaik untuk dapatkan duit dengan pantas..

Hari ketiga.. saya rasa.. jawapannya ialah Ebay/Lelong.
Jualkan sahaja barang-barang di rumah yang masih elok tetapi  tidak digunakan di ebay/lelong..  tetapi bila fikir-fikir balik. Hmm.. ebay pun ambik masa.. tempoh listing barang pun dah 3 hari. Tambahan lagi, manalah ada barang “elok yang TIDAK dipakai” di rumah saya ini.. semuanya di pakai. Yang  TIDAK dipakai, semuanya dah tak elok.. Oh!

Hari keempat….. saya rasa.. saya dah jumpa jawapannya.

Perkara pertama.. lihat ke dalam diri…  kenalpasti kemahiran-kemahiran yang anda miliki! Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah dan pening kepala untuk mencari produk/pembekal.. kerana, produknya adalah “kemahiran” sedia ada yang terdapat di dalam diri anda.

Antara kemahiran sedia ada yang mungkin anda miliki..

  • Kemahiran menulis artikel
  • Kemahiran memasang blog
  • Kemahiran rekabentuk grafik/melukis (design banner, ecover dll)
  • Kemahiran mengedit photo
  • Kemahiran mengaturcara
  • Kemahiran mengupload video
  • Kemahiran membaca/proof reading
  • Kemahiran buat website
  • dan sebagainya…..

Selepas dah tahu apa kemahiran yang anda miliki… tawarkan ia di forum-forum yang berkaitan!  Seperti di Forum Wangcyber
Insyallah, jika ada yang berminat, anda boleh lakukan khidmat tersebut dalam masa 1 hari dan terus menerima bayaran pada hari tersebut.

Servis yang ditawarkan ini tidaklah perlu terlalu “advance” sangat… (tapi kalau advance pun, lagi bagus.. boleh up sikit harga! :P )
Cukup sekadar perkhidmatan yang basic-basic sahaja, seperti khidmat memasang blog. Percaya atau tidak, masih ramai insan diluar sana yang tidak tahu bagaimana menginstall blog di dalam server mereka, walaupun pada hakikatnya, perkara tersebut hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Kadangkala, ada juga insan yang sudah mahir, tetapi, mereka kesuntukan masa untuk melakukannya.. jadi mereka lebih suka outsourcekan sahaja.  Pada mereka, tak kisah bayar RM10-RM20, apa yang mereka tahu, web mereka mereka sudah siap dipasang sebuah blog  beserta plugin-plugins wajib dan juga themes yang menarik.

Jadi, disinilah peluang anda untuk membuat duit.

Sekarang.. cuba semak-semak semula kemahiran anda dan tawarkanlah ia di forum-forum yang  berkaitan . Insyallah.. RM10-RM50 senang-senang je boleh dapat.. :) (kaedah ini juga amat sesuai untuk mereka yang belum pernah merasa Rm1 yang pertama mereka di internet).

Tetapi.. jika anda dapati anda tiada langsung kemahiran yang boleh ditawarkan? Ermm…. mungkin anda sudah ditakdirkan untuk tidak boleh membuat duit dengan pantas di internet!.. Oh! …. ho! ho! ho!..

.

.

.

Ala.. gurau je.. jangan lah majuk… kalau takde kemahiran tu.. boleh belajar… bila dah pandai.. barulah boleh offer kat orang ramai.. :)

Kesimpulan Tips untuk entry kali ini..
Cara terpantas untuk buat duit di internet ialah, menawarkan servis di forum.

Sekian.. Peace!…

p/s:- Kalau dijadikan ebook, best jugak nie.. boleh letak tajuk.. “10RahsiaDuitTerdesak.com”.. Oh!