Membeli Mesin Buat Duit

Wow! Agak ganas sedikit tajuk kali ini!

Mesin Buat Duit? Buat duit betul ke duit palsu? Ada jual ke? Kat mana? Berapa ringgit?

Ya! Ini mesin buat duit yang betul-betul punya.. ini bukannya cobaaaannn! Oh!

Suatu masa dulu, cara yang paling singkat untuk memiliki “mesin duit” ialah dengan membeli sebuah “perniagaan” ataupun sebuah “hartanah”.

Kedua-dua “benda” tersebut, mampu memberikan pendapatan yang berterusan kepada pemiliknya jika diuruskan dengan betul. “Passive income” orang kata.

Dengan membeli perniagaan tersebut, ianya dapat menjimatkan masa & tenaga kita dari bersusah-payah memulakan dan membangunkan perniagaan tersebut. Serius.. bukan senang beb nak start & develop new bussiness.

Namun begitu, satu masalah besar bagi kebanyakkan orang untuk memiliki mesin duit ini ialah, ianya agak mahal… paling-paling kurang pun, RM30,000 ke atas.

Jikalau hartanah pula, harganya lebih kurang RM80,000 ke atas, itu pun baru dapat rumah flat sahaja. Hasil sewa bulanannya pula sekitar RM500 – RM700. Lepas di tolak bayaran loan, dapatlah untung bersih RM100-RM200 sebulan.

Untuk balik modal (cover up balik duit yang dikeluarkan), memerlukan masa yang agak lama, 10-30 tahun. ( Kalau keluar RM80,000 untuk beli rumah, nak dapat semula duit tu dari sewa RM500 sebulan, perlukan masa 13 tahun tu! Kalau buat loan, lagilah lama, mahu cecah 30 tahun baru habis.)

So, kesimpulannya, ada 3 kelemahan dengan “mesin duit” versi lama ini:-

  1. Sangat mahal untuk dimiliki
  2. Duit yang dibuat sedikit
  3. Ambil masa lama untuk balik modal.

Tetapi kini! Dunia dah berubah dan zaman dah maju!…. “Mesin Duit” pun dah ada versi terbaru.. lebih canggih! lebih hebat! dan lebih.. Uuuuuu DahsyatMeletupCunGilaWoooowwGempakGilerrrSyoookTakIngggaaaatt!

Mesin Duit Versi Terbaru ini… tidak lain dan tidak bukan ialah…. WEBSITE!

Ya! Website pada hari ini juga adalah merupakan sejenis “mesin duit”. Sebuah website yang memberikan hasil bulanan sebanyak RM1,000 sebulan, boleh dibeli dengan harga diantara RM10,000 -RM20,000.

Ianya…

  1. Lebih Murah jika nak dibandingkan dengan “mesin duit versi lama”.
  2. Menghasilkan Duit Yang Lebih Banyak, kalau “mesin duit versi lama”, untuk dapat RM1,000 sebulan, perlu beli rumah teres yang berharga RM200,000 keatas.
  3. Ambil masa lebih pendek untuk balik modal (1-2 tahun)… ya! harga sesebuah website selalunya adalah 10 kali ganda dari hasil bersih bulanannya.

Disebabkan ciri-ciri yang… Uuuuuu DahsyatMeletupCunGilaWoooowwGempakGilerrrSyoookTakIngggaaaatt! tersebut, maka pada bulan Ogos 2010 yang lalu, saya telah membeli sebuah website yang berpotensi tinggi dan menarik bagi saya, iaitu website www.RahsiaFlippa.com.

Ianya adalah sebuah website yang menjual ebook panduan “Bagaimana membuat dan menjual website di Flippa.com”.

Alhamdulillah,  ”mesin duit”  tersebut berfungsi dengan baik pada waktu ini. Insyallah, kalau tiada apa-apa “kerosakan” , 2-3 bulan lagi, sudah balik modal. Ho! ho! ho!

Anda pun boleh beli “mesin duit” ini, ada berlambak-lambak di internet, ada yang kecik, yang besar, yang murah, yang mahal dan sebagainya. Untuk membeli “mesin duit” level international (buat duit jenis USD), anda boleh lawati tempat berikut..

  • Flippa.com
  • WebsiteBroker.com
  • Marketplace Sitepoint.com
  • Forum Digitalpoint.com

Manakala untuk “mesin buat duit versi malaysia” (buat duit jenis RM), ianya masih tidak begitu banyak, tetapi, bolehlah jengok-jengok di forum wangcyber.com. Kadangkala, ada juga beberapa “mesin duit” yang dijual disitu.

Baiklah!, sekian sahaja untuk entry kali ini.. selamat memilih dan membeli mesin duit!

Adios!

P/s:-  Satu lagi tips, kalau nak beli “mesin duit”, pastikan anda tahu cara untuk menggunakannya. Maksudnya, anda tahu serba sedikit tentang produk/niche di website tersebut. Dan sangat baik juga jika anda sudah mempunyai perancangan  menjadikan website tersebut lebih baik. Seperti menaik taraf website tersebut  ataupun tahu teknik terbaik untuk menarik lebih banyak lagi trafik ke website tersebut.

I’m Still Alive…..

Tidak dinafikan….

Sudah agak lama saya tidak meng”update” blog ini. Ada juga yang tertanya-tanya, kemana saya menghilang? Adakah saya sudah merajuk dan beralih arah?

Sebenarnya, saya tidak kemana-mana, ada je kat rumah, lepak-lepak, tengok tv dan buat kerja sikit-sikit! Oh!.. Banyaklah ekau punya lepak-lepak?

Sebenarnya, saya amat sibuk sejak beberapa bulan kebelakangan ini… bermula dari kerja-kerja penubuhan syarikat, pindah rumah, penstrukturan semula projek-projek dan hinggalah kepada penganalisaan semula hala tuju di dalam perniagaan.

Kesibukan tersebut, memaksa saya untuk fokus kepada perkara yang lebih penting dan menjadikan saya lebih bijak dan berhati-hati di dalam membezakan “kerja-kerja” yang “buat duit” dengan “kerja-kerja yang “suka-suka”.

Akibatnya, terbiarlah blog ini tanpa diberi sebarang nafkah zahir dan batin update. Sikap dormant ini, memberikan kesan sampingan di dalam diri saya, dimana, saya dapat merasakan  sedikit demi sedikit “semangat” & “skills” penulisan saya  menjadi tumpul.

Saya sebenarnya telah cuba beberapa kali untuk update blog ini, tetapi, setiap kali saya menulis, terasa seperti ayat  yang ditulis itu tidak kena dan membosankan.

Maka, diamlah saya menyepi dari dunia blog ini selama hampir 6 bulan. Fuh! lama juga tu..

Anyway, kini saya sudah kembali dan menemui semula “rentak” di dalam penulisan saya, semuanya gara-gara “ebook” yang sedang saya siapkan untuk diberi kepada orang ramai secara PERCUMA tidak lama lagi!… Ianya telah mengembalikan semula rasa “nikmat menulis” dalam diri saya!. .. He he! menulis pun ada nikmat tau, jangan ingat “bergurau atas katil” je yang ada nikmat! Oh!

Insyallah,  ebook tersebut akan menemui semua peminat pembaca menjelang minggu hadapan. Saya akan umumkan ia di blog ini kelak apabila ia siap sedia untuk dimuatturun.

Sekian dulu entry permulaan untuk “come back”  ini…

Semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang!..

Adios!

Lot.my – Sistem Kedai Online Wajib Cuba

“Sistematik dan kos efektif” mungkin istilah yang sesuai untuk laman e-dagang terkini yang baru saya cuba, Lot.my. Bagi anda yang kurang biasa dengan perniagaan internet, saya cadangkan Lot.my sebagai penyelesaiannya. Bagi yang sudah biasa pula, ini sesuatu yang anda patut cuba.

Saya biasa mendengar keluhan dari usahawan-usahawan internet dan masalah di hadapi peniaga online seperti kos membuat laman web e-dagang yang tinggi, tiada kepakaran teknikal dalam bidang teknologi maklumat dan tidak pandai memasarkan produk online.

Dengan adanya Lot.my, saya pasti anda tidak perlu risau lagi, kerana Lot.my menyediakan platform yang menyelesaikan masalah-masalah ini. Continue reading

Seni & Teknik Bercakap Di Telefon

Sedar atau tidak, masih ramai yang tidak tahu tentang teknik yang betul apabila bercakap di telefon.  Teruatamanya apabila hendak menelefon pihak pembekal ataupun rakan niaga yang baru.  Jadi, hari ini, saya nak bagi sedikit tips ringkas tentang komunikasi di telefon. Mempunyai skill bercakap di telefon dengan baik akan membuatkan pihak bakal pelanggan ataupun bakal pembekal anda, berasa selesa dan seronok untuk berurusniaga dengan anda. Silap haribulan.. mungkin bakal pelanggan/pembekal itu akan menjadi pasangan di dalam rumahtangga anda.. Oh!

Baiklah, berikut tips ringkas tersebut :-

1. Apabila bercakap di telefon, pastikan anda sedang tersenyum.. walaupun riak wajah anda tidak dapat dilihat oleh pihak satu lagi, , tetapi, ianya akan mempengaruhi “tone” suara anda..  saya pasti, anda pun boleh tahu adakah seseorang itu sedang sakit atau sedang gembira dengan hanya mendengar suara mereka.

2. Apabila anda menelefon seseorang yang  anda tidak kenali, seperti…  menelefon pusat khidmat pelanggan sesebuah syarikat atau pertama kali menghubungi no telefon pihak pembekal yang baru.  Sila perkenalkan diri anda terlebih dahulu…

Contohnya…

Hello!… Saya Suhaimy….. saya ingin bertanya tentang bla.. bla.. la..

Hello!.. Saya Suhaimy dari Cheras…. saya ingin buat sedikit pertanyaan tentang…..

Hello!.. Saya Suhaimy.. saya dapat no phone anda ini dari website XXX…. jadi boleh saya bertanya sedikit mengenai produk yang anda tawarkan di website tersebut? Iaitu tentang produk…bla.. bla.. bla..

Dengan teknik ini, ianya akan memudahkan si penerima panggilan mengetahui serba sedikit tujuan anda menelefon mereka dan juga sudah boleh memanggil anda dengan nama anda apabila mereka mahu membalas semula pertanyaan anda, ianya lebih mesra, memudahkan serta menggembirakan hati si penerima panggilan tersebut.

Ramai orang tersilap membuat panggilan dan sering menggunakan dialog seperti dibawah..

[X] Hello! Saya nak tanya, kenapa internet saya tak boleh masuk?..

[X] Hello! Awak ada kat kedai tak hari nie? Saya nak datang!

[X] Hello! Kenapa bill elektrik kat rumah saya tinggi sangat bulan ini?

[X] Hello! Nak tanya sikit.. bila lori sampah nak angkut sampah depan rumah saya nie? Dah sebulan tak datang-datang ni! Boleh kena demam kepialau tau saya sekeluarga!   (Haish.. ini siapa? rumah kat mana? Tetiba je nak marah-marah! Apahal? Putus haid ke?… bisik dalam hati si penerima panggilan. oh!)

Jadi.. sekianlah tip ringkas dari saya untuk kali ini. Selamat beramal dan jangan bercakap di telefon sewaktu sedang memandu! Yosh!

Shuth @ TVSelangor.com

Bagi yang mengikuti saya di facebook, mungkin anda sudah tahu. Tetapi bagi yang belum tahu, ini sedikit info khas untuk anda.

Pada hari khamis, selama 2 minggu berturut-turut yang lalu. Saya telah dijemput oleh pihak TVSelangor.com untuk berkongsikan tips mengenai bidang perniagaan internet. Jadi, bagi mereka yang terlepas untuk menontonnya, bolehlah menonton rakaman yang telah saya “youtube”kan ini.

Topik : Perniagaan Internet

Topik : Ebook

Untuk makluman anda juga, TVSelangor.com adalah merupakan sebuah webTV yang dikendalikan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor dan bersiaran selama 24jam tanpa henti menerusi internet. Beritanya pula lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang berlaku di sekitar Selangor.

Pada setiap hari khamis pula, di dalam segmen “Apa Khabar Selangor” yang bersiaran pada pukul 2.30ptg, 4.30ptg dan 6.30 ptg..  topik-topik yang akan diketengahkan ialah topik yang berkaitan dengan  ”Teknologi”.

Untuk mengikuti siaran TVSelangor ini, sila lawati www.TVSelangor.com dan klik pada banner “Live Webcast”