Tips Mengurus Masa , Elakkan Mesin Ajaib!

Jimmy Conway (bukan nama sebenar) , seorang pemuda berumur 32 tahun, berasal dari  Setapak, dan sedang dalam perjalanan untuk pergi ke Pakistan. Jadual penerbangannya ialah pada pukul 2 petang. Namun begitu, beliau telah pun tiba di KLIA pada pukul 12 tengahari. Memandangkan masih ada banyak masa lagi, maka, Jimmy conway mengambil keputusan untuk bersiar-siar terlebih dahulu di kawasan sekitar KLIA.

Sedang beliau bersiar-siar, beliau ternampak sebuah mesin penimbang dan pengukur. Memandangkan beliau sudah lama tidak menimbang berat badan beliau, maka beliau pun ingin mencuba mesin tersebut.

Beliau pun memasukkan duit syiling 50 sen dan mula menaiki alat penimbang tersebut.

Tiba-tiba, alat penimbang tersebut pun mengeluarkan suara..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”.. Continue reading

5 Tips Power Melayan Pelanggan

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips tentang bab “Khidmat Pelanggan”. Ramai juga peniaga-peniaga dan usahawan yang seringkali terlepas pandang mengenai perkara ini. Bagi mereka selepas mereka berjaya menjual sesuatu barang kepada pelanggan, ianya selesai sampai disitu sahaja. Sedangkan, “pelanggan yang setia” adalah seperti oksigen kepada  sesebuah perniagaan untuk memastikan ia terus hidup.

Semua orang inginkan pengalaman yang menggembirakan, termasuk juga pelanggan. Mereka mahu anda (usahawan) memberikan sedikit perhatian serta menghargai mereka.  Salah satu rahsia bagaimana sesebuah perniagaan boleh menjadi kukuh dan stabil ialah dengan memastikan pelanggan mereka terus datang dan datang dan datang semula kepada mereka.

Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tips berkaitan “khidmat pelanggan”, dimana anda mungkin boleh mencuba dan mengaplikasikannya untuk perniagaan anda. Continue reading

Revolusi Bisnes Suri Rumah..

Ibu saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Setiap hari, ibu saya akan akan bangun di awal pagi untuk menguruskan anak-anak beliau pergi ke sekolah. Sediakan sarapan, bekalan dan juga keperluan-keperluan sekolah yang lain seperti baju, beg, kasut dan sebagainya. Memang seronok apabila bangun tidur nampak ibu, balik sekolah nampak ibu, petang nampak ibu, maghrib nampak ibu dan malam bila nak tido pun nampak ibu.. rasa lebih selamat dan disayangi.

Ayah pula? Ayah sibuk bekerja dan merupakan tonggak utama di dalam sumber pendapatan keluarga. Tetapi, apa yang menarik tentang ayah saya, pukul 6 pagi ayah sudah keluar kerja, jadi, masa bangun tido, jarang nampak ayah. Tetapi apabila tiba waktu tengahari, antara pukul 10-12, ayah sudah pun pulang ke rumah dan banyak meluangkan masa bersama keluarga. Waktu kerja ayah hanyalah dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Itulah kelebihan orang yang berniaga sendiri, waktu kerja di tetapkan sendiri. Continue reading

Panduan Menyelamatkan NYAWA?

Sewaktu saya kecil dahulu, saya masih ingat lagi, akak ipar saya terkena alahan dan mengalami kesukaran bernafas. Semua menjadi panik dan tidak tahu nak buat apa. Abang saya (suami akak ipar saya la), terus capai telefon, dail 99 dan minta ambulans datang ke rumah.

Selepas 5 minit… ambulan tak sampai…

Selepas 10 minit.. ambulan tak sampai juga..

Selepas 15 minit.. ambulan tak sampai juga lagi..

Selepas 20 minit.. ambulan tak sampai juga lagi-lagi..

Selepas 30 minit.. lagi-lagi tak sampai juga ambulan..

Hanya selepas 45 minit, barulah kedengaran bunyi siren ambulan, kemudian kelihatan 2 orang petugas turun dari van ambulan dan dengan lengang-lenggoknya menurunkan katil kecemasan dari ambulan dan menolak katil tersebut dengan sopan-santunnya ke arah rumah saya. Continue reading