Layakkah Anda Menulis eBook?

Saya sering mendengar orang berkata…

“Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?”
“Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layak dari saya untuk menulisnya”
“Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa..  saya tahu dengan mendalam mengenainya”
“Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri pun belum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!”

Baiklah….mari saya beritahu anda satu perkara.

Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikan ilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula mempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat.  Sama ada ilmu di dalam bidang perniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu  jahit-menjahit, ilmu sains, ilmu fizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu  sukan dan apa-apa sahajalah lagi  bidang ilmu.

Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum… ianya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Continue reading

Shuth @ Jom Seminar

Ya..! Sabtu haritu saya menghadiri seminar JomSeminar di Almanda Hotel, PJ. Memang seronok dapat jumpa rakan-rakan IM yang lain.

Ramai juga yang saya jumpa dan kenal pada haritu, antara mereka yang memang pernah saya jumpa sebelum ini ialah  kak G, gobala , norizam & sham , yang saya tak pernah jumpa sebelum ini pula adalah seperti alang ( tak sangka “abg bermisai polis” ini mempunyai suara yang agak “ceria”.. oh!) , syed ikhwan , riggithit, fuad latif, yusry, kasyidi, syawarma ( ke abooain.. confius nama dua nie.. orang sama ke orang yang berbeza?), arejee, kekero, wancyber, blalang, Sukeri (orang sekampung nie) dan ramai lagi yang saya tak berapa ingat namanya… maaf lah yer! Jika anda peserta seminar JomSeminar haritu.. bolehlah tinggalkan komen dibawah.

Tapi apa yang pasti memang seronok dapat jumpa mereka semua.

Berkenaan seminar Jomseminar pula.. secara keseluruhannya , ia amat OK!.. untuk menjadi mahir dalam 6 bidang (Adsense, Blogging, Affiliate, CPA, Direktori dan SEO)  dalam masa sehari memang sesuatu yang mustahil. Seminar ini hanyalah untuk “kickstart” sahaja… so.. ruangan forum private yang dijanjikan memang merupakan satu usaha “after sales” support yang amat diperlukan bagi kesemua bekas peserta. Syabas saya ucapkan kepada semua krew JomSeminar.

Kepada semua bekas2 peserta pula, diharapkan, segala ilmu yang diperolehi di seminar tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Yosh!