Semalam, Belanjawan / Bajet 2010 telah dibentangkan oleh perdana menteri malaysia dengan panjang lebarnya. Saya tak sempat nak tengok kat TV sebab sedang sibuk merayap dan mengedarkan kad jemputan kahwin adik saya yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Anyway, malam tadi.. saya sempat melihat ringkasan intipati bajet 2010 di web Malaysiakini. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang menarik perhatian saya..
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
Ini sesuatu yang amat menarik, secara tidak langsung, ramai orang kaya akan cuba memasukkan internet di rumah mereka. Sekaligus, akan meningkatkan lagi kadar kewujudan orang-orang yang mempunyai “kuasa membeli” di internet.
Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
Dari satu segi, ia amat bagus kerana dapat menggalakkan lagi pemilikan komputer. Dari segi yang lain..”Hmm.. nampaknya, bertambah lagi lah senarai hutang untuk penjawat awam.. miskin sangat ke penjawat awam sampai nak beli komputer pun nak kena buat pinjaman? Hu hu.. panas.. panas… Continue reading