Kenapa anda bekerja?

Jika ditanya, “Mengapakah anda bekerja?”.. rata-rata akan menjawap “Sebab nak duit lah!”.

“Nak buat apa dengan duit tu?”…..

A. Untuk sara hidup ( makan, minum, pakaian, bil-bil rumah dan sebagainya)
B. Untuk membayar hutang ( kad kredit, kereta, motor, personal loan, kedai mamak)
C. Untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan di dalam hidup ini. (kereta mewah, rumah idaman, melancong dan sebagainya)
D. Sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang, serta menjadikan dunia ini lebih baik.

Dari kajian yang dilakukan, mereka yang berumur 20-an akan menjawab A. Untuk yang berumur 30 an pula, akan menjawap B, dan bagi mereka yang  berumur 40an… mereka akan mula berfikir secara mendalam dan bertanya semula.. “Apakah ini yang aku benar-benar inginkan dalam hidup?”.

Dan selalunya, hanya selepas sesorang itu dapat menjawap soalan tersebut, barulah beliau akan memilih jawpaan C.

Jawapan D? itu hanya untuk otai-otai seperti..  tiger wood, oprah winfrey, bill gates dan yang sewaktu dengannya.

Jadi.. cuba try tanya diri kita… “Kenapa kita bekerja keras hari ini?”

Ada sesiapa ada jawapan yang lain selain diatas? ..