Kenapa anda bekerja?

Jika ditanya, “Mengapakah anda bekerja?”.. rata-rata akan menjawap “Sebab nak duit lah!”.

“Nak buat apa dengan duit tu?”…..

A. Untuk sara hidup ( makan, minum, pakaian, bil-bil rumah dan sebagainya)
B. Untuk membayar hutang ( kad kredit, kereta, motor, personal loan, kedai mamak)
C. Untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan di dalam hidup ini. (kereta mewah, rumah idaman, melancong dan sebagainya)
D. Sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang, serta menjadikan dunia ini lebih baik.

Dari kajian yang dilakukan, mereka yang berumur 20-an akan menjawab A. Untuk yang berumur 30 an pula, akan menjawap B, dan bagi mereka yang  berumur 40an… mereka akan mula berfikir secara mendalam dan bertanya semula.. “Apakah ini yang aku benar-benar inginkan dalam hidup?”.

Dan selalunya, hanya selepas sesorang itu dapat menjawap soalan tersebut, barulah beliau akan memilih jawpaan C.

Jawapan D? itu hanya untuk otai-otai seperti..  tiger wood, oprah winfrey, bill gates dan yang sewaktu dengannya.

Jadi.. cuba try tanya diri kita… “Kenapa kita bekerja keras hari ini?”

Ada sesiapa ada jawapan yang lain selain diatas? ..

Kena Berhenti Kerja, Apa Nak Buat?

Saya mendapat email dari salah seorang subscriber saya yang mengatakan beliau telah diberhentikan kerja. Sekarang ini, beliau sedang tercari-cari pekerjaan yang baru. Saya doakan beliau akan berjaya menemui pekerjaan yang baru secepat mungkin.

Berlanjutan dari email tersebut, ianya membuatkan saya tergerak hati untuk menuliskan sedikit tips berkenaan perihal tersebut. Jadi, terimalah sedikit tips dari saya jika anda menghadapi situasi “dibuang kerja”.

Hadapi Dengan Tabah

Ramai orang yang diberhentikan kerja akan merasakan hidup mereka seperti sudah berakhir. Tetapi realitinya, tidak sebegitu. Anda mungkin boleh berasa down, kecewa dan sedih untuk 1-2 hari,  tetapi jangan biarkan ia berlarutan. Pada waktu-waktu begini, Anda perlu sangat-sangat untuk berfikiran positif. Berhenti menyalahkan sesiapa, kerana ia tidak akan membawa diri anda kemana-mana. Malah ia akan menyebabkan anda berasa lebih tertekan. Sentiasa tanam dalam fikiran, apabila satu pintu tertutup, akan ada 10 lagi pintu terbuka. Apa yang penting, halakan pandangan kepada pintu-pintu yang lain itu, jangan terlalu asyik mengetuk-ngetuk dan berharap pintu yang sudah tertutup itu terbuka semula. Continue reading