MohdSuhaimy.com » dana kecemasan

3 Kesilapan Dalam Memulakan Pelaburan
Akhir-akhir nie banyak pula blog cerita pasal pelaburan, yang paling hangat pada waktu ini, pelaburan emas.  Untung ke melabur di dalam emas? Ermmm… bergantung.. bergantung kepada berapa banyak ilmu & kemahiran yang anda miliki.

Satu perkara yang perlu difahami tentang pelaburan ialah, semua pelaburan ada risiko untung dan ruginya. Hatta pelaburan emas sekalipun, siapa kata pelaburan emas tidak akan rugi? Harga emas pun ada turun-naiknya… macam saham juga. Tak percaya? Lihat statistik dibawah untuk harga emas sejak 36 tahun kebelakangan ini.

Harga emas sedang berada pada kemuncaknya pada waktu ini.. adakah harga emas akan jatuh atau akan terus naik selepas ini?  Tiada siapa yang tahu… itulah risikonya.

Baiklah.. saya sebenarnya bukan nak cerita pasal pelaburan emas… tapi saya just nak kongsi tip tentang 3 kesilapan yang sering dilakukan apabila melabur.

Jika ditanya pada agent Unit Amanah.. bila masa yang sesuai untuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!

Jika ditanya pada broker  Saham… bila masa yang sesuai unutuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!

Jika ditanya pada agent Hartanah… bila masa yang sesuai untuk melabur… mereka akan kata.. SEKARANG!

Hatta.. jika ditanya pda penganjur skim cepat kaya pun.. mereka akan kata.. SEKARANG lah masa yang sesuai untuk melabur.

Realitinya.. bila-bila-bila masa pun adalah sesuai untuk membuat pelaburan.. bagi saya.. untuk mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melabur, bukanlah diukur pada keadaan ekonomi semasa, ianya adalah faktor no 2 atau 3. Faktor utama yang perlu dilihat sebelum seseorang itu  membuat pelaburan, ialah.. situasi kewangan semasa mereka.

Ramai orang yang terhegeh-hegeh mahu ikut melabur pada sesuatu tempat/instrumen setelah melilhat orang lain berjaya mengaut keuntungan yang besar pada pelaburan tersebut. Takde duit nak melabur? Tak kisah.. boleh pinjam! Sebab % keuntungan pelaburan adalah lebih tinggi dari % faedah(bunga) yang perlu dibayar. Mesti boleh cover punya….

3  kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam pelaburan…

No #1. Mengabaikan risiko kerugian…

Macam yang saya tulis diatas.. apabila sebut pasal pelaburan.. ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”.. jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja.  Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.

No # 2. Meminjam wang untuk melabur..

Jika anda tidak ada duit, ikhlas lah pada diri mengatakan “anda tidak ada duit pada waktu ini dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda melabur”.  Melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang saya maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”.

Maksudnya.. wang lebihan dari dana kecemasan anda.

Contohnya,

Anda ada wang RM10,000.

Dana kecemasan yang anda perlukan ialah RM6,000 (iaitu simpanan sebanyak RM2,000 untuk 3 bulan)

Jadi, wang yang anda boleh gunakan untuk pelaburan… RM10,000 – RM6,000 (dana kesemasan) = RM4,000

Ya! Hanya RM4,000. Jangan melabur lebih dari RM4,000..

Jangan sesekali melabur jika anda masih belum mempunyai “Dana Kecemasan”.

No #3.  Kurang ilmu ,  hanya dengar-dengar dan ikut.

Perkara ini saya selalu tekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula melabur atau mula berniaga. Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu. Macam mana nak dapatkan ilmu? Senang je.. banyakkan membaca dan bergaul dengan mereka yang pakar. Saya pernah terbaca satu laporan kajian. Tapi tak ingat di mana.. untuk kita mengetahui sesuatu perkara/topik  itu, secara “purata”.. kita hanya perlu baca 2 buku mengenainya.  Bergantung kepada “info dalam buku” tersebut dan juga “tahap kefahaman” anda. Ho! ho! ho!.. anyway, itulah perkara yang sering saya lakukan sebelum menceburi sesuatu bidang yang baru.

Contohnya,

Nak berniaga di ebay.. kena baca 2 buah buku dulu pasal ebay.

Nak berniaga pasar malam..  kena baca 2 buku dulu pasal bisnes pasar malam.

Nak melabur dalam saham… kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburan saham.

Nak melabur dalam emas…. kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburan emas.

Saya mendapati, teknik ini agak bagus dan sudah agak mencukupi untuk “membekalkan” diri saya dengan ilmu-ilmu asas tentang sesuatu perkara untuk bermula. Tak perlu nak baca banyak buku.. kalau nak tunggu baca sampai 100 buku dulu baru nak bemula.. ditakuti kita tidak akan bermula langsung nanti. Buku yang ke-3 dan seterusnya… boleh dibaca SELEPAS kita bermula.

Ringkasnya.. kalau nak menceburi sesuatu bidang baru.. baca 2 buku dulu mengenainya. Kemudian mula buat… selepas dah buat.. baca lagi buku (yg ke-3).. kemudian improve skill.. kemudian, baca lagi buku lain (yg ke-4).. improve lagi skill  yang ada dan begitulah seterusnya sampai bila-bila..

Jangan bermula sesuatu itu dengan hanya “dengar-dengar” cakap orang sahaja… biasalah.. kebanyakkan orang hanya suka menceritakan benda-benda yang menarik sahaja..

Oklah! sampai disini sahaja untuk entry kali ini..

Yosh!…  selamat melabur dan selamat maju jaya!

tips mengukuhkan kedudukan kewangan
Bayangkan….

Isteri anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan sedang sarat mengandung, bulan hadapan, anda akan menyambut cahaya mata anda yang ke-4. Sebagai satu-satunya pihak yang menjadi punca rezeki untuk keluarga, hari ini anda bangun tidur dan mula bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja.

Setibanya di tempat kerja, anda lihat rakan-rakan anda berkumpul di hadapan pintu gate tempat kerja anda.  “Eh?” Kenapa nie? Pak guard tertinggal kunci pintu gate lagi ke?”… bisik hati anda.

“Kenapa nie wak? Pak guard tinggal kunci lagi ke?” anda bertanya kepada rakan sekerja anda yang umurnya sudah agak veteran sedikit.

“Tinggal kunci apanya?..   Kilang kita nie dah tutup!.. Dah Bangkrap!”.. ujar wak dengan nada sedikit tinggi

“Bangkrap?”…

Jeng! jeng! jeng! (muzik latar dari filem p. ramlee)

WPvideo 1.10

<object data="http://www.youtube.com/v/khVlSAwgEP0" type="application/x-shockwave-flash" width="100%" height="100%"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/khVlSAwgEP0"></param></object>

Dalam kehidupan hari ini, ramai yang beranggapan, apabila mereka mempunyai satu pekerjaan, kedudukan kewangan serta kehidupan mereka akan “selamat dan terjamin”. Hakikatnya , untuk mendapatkan kedudukan kewangan yang kukuh dan lebih selamat, kita memerlukan beberapa perkara.

1) Memiliki Dana Kecemasan Yang Mencukupi.

Untuk mencari pekerjaan baru setelah diberhentikan kerja bukanlah sesuatu yang mudah pada hari ini. Hari ini diberhentikan kerja, esok dah boleh dapat kerja baru di tempat lain… ia tidak semudah itu. Selalunya ia akan mengambil masa antara 1-3 bulan untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baru. Pada waktu-waktu begini, dana kecemasan menjadi sangat penting.

2) Memiliki Lebih dari satu punca pendapatan

Kebanyakkan orang hanya memiliki satu sahaja punca pendapatan, iaitu pekerjaan mereka. Jika sesuatu ancaman berlaku terhadap punca rezeki mereka yang satu ini seperti ,

dipecat kerana masalah disiplin diri

dibuang kerja kerana faktor pengurangan kos oleh pihak majikan,

dianiaya dan akhirnya dipecat akibat bahana politik pejabat

ditangkap dan dipecat kerana aktiviti salahlaku seperti, rasuah, penyalahgunaan kuasa , bunuh dan liwat

Maka, mereka akan terkapai-kapai dan kedudukan kewangan mereka akan berada pada tahap yang bahaya. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda mempunyai pelbagai punca pendapatan di dalam hidup anda. Jangan terlalu bergantung kepada satu punca pendapatan (kerja makan gaji).

3) Mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi

Hidup ini tidak selalu cerah! Ada masa kita sihat dan ada masa kita sakit. Ada masanya kita gembira dan ada masanya kita bersedih. .

Rumah terbakar, kereta hilang, anak sakit, kemalangan jalan raya, masuk hospital, adalah beberapa contoh risiko dalam kehidupan yang bukan sahaja menganggu emosi dan fizikal, tetapi, turut juga menganggu kedudukan kewangan. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia dan menyediakan payung sebelum hujan. Insuran & takaful, adalah merupakan “alat” yang terbaik untuk menjadi “payung” bagi kedudukan kewangan kita. Walaupun payung itu tidaklah dapat menjamin kita sepenuhnya untuk tidak “basah” langsung , tapi sekurang-kurangnya, payung itu boleh mengelakkan kita dari basah kuyup (orang utara kata basah lencun kot?).

Jadi… mari kita sama-sama fikir-fikirkan, jika hari ini tiba-tiba syarikat tempat saya bekerja menutup operasinya dan saya dibuang kerja, bolehkah kewangan saya “survive”?

Bagi yang bekerja & berniaga sendiri, jika hari ini tiba-tiba perniagaan anda “bungkus” adakah kewangan anda masih boleh survive?

Akhir kata,  simpan duit banyak-banyak, buat kerja/perniagaan part time (bagi makan gaji) , pelbagaikan cabang perniagaan (bagi yg berniaga) , buat sedikit pelaburan (hartanah & saham, bukannya skim cepat kaya, atau pelaburan internet) dan akhir sekali, jangan lupa beli insuran.

Ke arah kewangan yang sihat & selamat! (hmmm.. best juga slogan nie!)