Kenapa saya suka facebook?

Ya! nampaknya, saya kini lebih banyak berkongsi tips, info, perkembangan terkini , dan mencari awek baru bersosial di facebook berbanding di forum atau blog.

Apa yang saya suka mengenai facebook ialah, ianya cepat, mudah dan ringkas… di facebook saya boleh berkongsikan tips-tips yang ringkas kepada kawan-kawan. Boleh bertanyakan soalan dan pendapat yang ringkas-ringkas dan  mendapat reply yang pantas , lebih-lebih lagi jika bilangan rakan anda sangat ramai macam saya.

Di facebook juga, individu yang penakut menyamar sebagai orang orang lain apabila hendak meninggalkan komen “jahat”  juga agak kurang berbanding di blog.

Di facebook, anda lebih mudah untuk mengenali rakan anda.. dengan beberapa klik, anda boleh tahu serba sedikit latar belakang mengenai rakan anda serta melihat gambar-gambar panas mereka. Ianya lebih seronok dan “mesra”. ho! ho!

Untuk tujuan “Marketing”.. ianya akan menjadi satu revolusi baru… kini banyak syarikat-syarikat yang telah menggunakan facebook sebagai salah satu “channel” pemasaran mereka seperti HP, Dell, Nuffnang, Air Asia dan banyak lagi.. jadi, jika syarikat-syarikat besar pun mengunakan facebook, kenapa tidak anda?

Jika anda masih belum ada akaun facebook… daftarlah segera! Ianya percuma sahaja!..

Selepas dah buka akaun facebook, jangan lupa add saya sebagai friend dan juga subscribe fanpage saya yer?!

Facebook saya : http://www.facebook.com/shuth

Fanpage facebook :  http://www.facebook.com/pages/mohdsuhaimy/222073419088

Awasi “brand” perniagaan anda!

Suatu masa dahulu, adalah amat sukar untuk sesebuah perniagaan mengetahui tentang apa yang pelanggan “komen / ceritakan” tentang perniagaan mereka.  Baikkah? Burukkah?… selalunya, pemilik perniagaan tersebut tidak akan ketahui. Ini kerana, pelanggan yang tidak berpuas hati selalunya tidak mahu mengadu tentang ketidakpuashatian mereka kepada pemilik perniagaan secara terus, tetapi mereka akan menceritakan tentang pengalaman buruk mereka kepada ahli keluarga serta rakan-rakan  yang terdekat.

Sedar-sedar sahaja, hasil jualan perniagaan tersebut jatuh merundum. Mereka tertanya-tanya.. “Apakah yang telah berlaku?”. Setelah beberapa bulan, baru mereka ketahui.. rupa-rupanya, ada segelinitir pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap produk keluaran mereka dan kemudiannya menyebarkan cerita “buruk” tersebut.

Dalam satu kajian yang pernah dibuat suatu masa dulu, didapati, seorang pelanggan yang tidak berpuas hati, selalunya akan menceritakan pengalaman buruk mereka, sekurang-kurangnya  kepada 12 orang yang lain.

Itu dulu… kini, dengan kewujudan blog dan pelbagai lagi medium komunikasi menerusi  internet (forum, group, myspace, facebook)… penyebaran kisah buruk tadi, tidak lagi terhad kepada 12 orang sahaja.. malah boleh mencecah hingga kepada beribu-ribu orang. Continue reading