===================================
Sila dapatkan mood seperti menonton iklan petronas sebelum membaca entry kali ini.
===================================
“Berapa ribu Bakar kau nak jual tanah ni?”
“Kalau kau nak, aku jual RM21,000 jer la..”..
“Kenapa ko nak jual tanah nie?”
“Anak aku nak masuk U la, pastu, aku ingat nak buat duit tu pergi haji sekali”.
Itulah antara perbualan abah yang aku dengar sewaktu abah ingin menggadaikan setengah ekar tanahnya.
Aku lihat, riak muka abah agak gembira, sedangkan bagi aku, menggadai tanah bukanlah sesuatu yang patut digembirakan. Mungkin abah terlalu gembira kerana anaknya telah berjaya diterima masuk ke universiti. Maklumlah, di kampung ini, untuk mencari seorang anak masuk ke universiti bukanlah senang. Ianya boleh dibilang dengan jari, dalam 2-3 tahun, hanya 1 atau 2 sahaja anak orang kampung yang berjaya masuk ke universiti. Mungkin, itulah punca kegembiraan yang terpancar di wajah abah. Continue reading