Panduan Menyelamatkan NYAWA?

Sewaktu saya kecil dahulu, saya masih ingat lagi, akak ipar saya terkena alahan dan mengalami kesukaran bernafas. Semua menjadi panik dan tidak tahu nak buat apa. Abang saya (suami akak ipar saya la), terus capai telefon, dail 99 dan minta ambulans datang ke rumah.

Selepas 5 minit… ambulan tak sampai…

Selepas 10 minit.. ambulan tak sampai juga..

Selepas 15 minit.. ambulan tak sampai juga lagi..

Selepas 20 minit.. ambulan tak sampai juga lagi-lagi..

Selepas 30 minit.. lagi-lagi tak sampai juga ambulan..

Hanya selepas 45 minit, barulah kedengaran bunyi siren ambulan, kemudian kelihatan 2 orang petugas turun dari van ambulan dan dengan lengang-lenggoknya menurunkan katil kecemasan dari ambulan dan menolak katil tersebut dengan sopan-santunnya ke arah rumah saya. Continue reading